Langkau ke kandungan utama

93) APAKAH TUJUAN SEBENAR AL QURAN DITURUNKAN?

Bismillah.
Assalamualaikum,

           Apakah tujuan sebenar al quran diturunkan oleh Allah kepada umat manusia?

           Di dalam surah Sajdah:1 -3, Allah menerangkan sebab al quran diturunkan.
Ayat 1 ,

           Alif lam mim adalah tiga huruf yang tidak diketahui maknanya kecuali Allah. Apa tujuan ianya ditulis? Tujuannya ialah hendak mencabar orang musyrikin Mekah supaya membuat satu ayat yang sama seperti  quran. Alif lam mim itu huruf arab, mengapa mereka  tak boleh buat sedangkan mereka orang Arab juga?

 Ayat 2,

           Ia, iaitu kitab al quran itu diturunkan oleh Allah. Kenapa dinamakan kitab? Kerana ia sudah dalam keadaan tertulis di  lauh mahfuz. . Diturunkan oleh malaikat pun dalam keadaan tertulis tapi diterima oleh nabi dalam keadaan dibacakan. Kemudian para sahabat menulisnya di dalam mushaf.

        Allah turunkan kitab quran. Bukan memberi. Jadi apa maksudnya.? Maksudnya ialah quran itu turun dari atas. Tidak ada benda turun dari bawah. Dan juga maksudnya quran turun dari Allah yang berada tinggi di atas . Tak mungkin quran itu turun dari atas tapi Allah itu di mana-mana. Kalau Allah itu di mana-mana , Allah tak turunkan  quran tapi  Allah akan beri alquran itu. Cukup jelas, jika turun maknanya dari atas.
         
          Quran  itu tiada sebarang keraguan padanya, pada setiap huruf dan  ayatnya.  Jika ada orang kata quran ketinggalan  zaman, itu salah sebab quran itu tetap relevan setiap masa dan tiada keraguan padanya.  Tidak juga hukumnya tidak adil, susah difahami, membosankan , semua itu salah.
     
        Ragu lawannya yakin. Tapi betulkah kita sudah yakin kepada isi alquran?  Jika kita yakin adakah kita sudah faham isinya.?  Jika tidak faham bolehkah kita yakin kepada sesuatu yang kita tak faham?
         
         Umpama, kita ada dengar negeri Hawaii terbakar, mula-mula tak yakin. Tapi bila baca berita, tengok video , baru faham maka baru datang yakin.  Begitu juga quran, jika faham isinya baru datang yakin. Jika tak faham, apa yang nak diyakinkan?
 
 Lihat qurah an Baqarah :121,
          Orang-orang yang beriman dengan  kitab, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenar. Iaitu bermaksud membaca mengikut lafaznya, memahami maksudnya dan beramal dengan maksud ayat itu.  Selepas itu mereka baru dipanggil beriman  kepada kitab itu. 
      
Adakah Kita Sudah Yakin ?

     Kita, antara quran dengan baca whatsapp mana lebih penting? Kita kata quran. Tapi baca whatsapp dengan baca quran mana yang kita faham?  Whatsapp kan? Bahkan kita jawab pula, dan kita boleh tahu whatsapp itu betul atau palsu. Tapi baca quran kita tak faham.
Itu menunjukkan whatsapp lebih penting bagi kita.
       
       Kedua,  bila kita baca whatsapp kita baca sampai  habis. Berkali-kali kita baca. Maknanya kita tidak ragu tentang whatsapp itu. Tapi quran, berapa kali kita baca? Baca pula tak faham. Itu tanda ada keraguan dengan Quran.  Kita rasa quran itu tak penting bagi kita.

           Sebab itulah Allah turunkan ayat di atas, bahawa quran itu tiada keraguan padanya. Oleh itu, kita wajib beri masa untuk faham al quran.  Kita boleh ada masa baca buku atau facebook yang dibuat oleh manusia. Tapi tiada masa untuk baca benda yang kamu beriman dengannya.  Itu tanda kita masih ada keraguan dengan al quran. Begitu juga keluarga kita.

         Kalau kita yakin quran itu ada rahmat, ada syifa' , kita mesti akan baca dan fahamkan. Kita akan usaha juga sampai boleh faham.

        Nabi dulu ajar sahabat beberapa ayat hingga faham dan terus amal. Sebab itu sahabat cepat berubah, Islam berkembang dan kuat. Kita sudah 66 tahun merdeka, tapi Islam bukan makin kuat, tapi makin ranap. Dengan Singapura pun dah takut, belum Amerika lagi. Umar sebelum islam ancam nak bunuh nabi, tapi adakah nabi takut? Bahkan nabi terus maju berdakwah. Akhirnya Umar r.a masuk  islam dan jadi tonggak kekuatan Islam.. Sebab apa dia masuk islam? Sebab nabi berdakwah. Tapi kita sekarang sebab apa takut? Sebab tak buat kerja dakwah.
      
        Amerika tak payah hantar tentera pun, dia hantar bola sebiji saja  orang Islam dah lupa quran. 

 
Quran diTurunkan oleh Rabb ul alamin
       
          Rabb itu bukan bermaksud tuhan sahaja tapi ada 3 maksud iaitu, 
1. Pencipta
2. Pemilik
3. Pentadbir alam ini.

        Jika kita tak rasa Allah yang cipta langit, yang memiliki langit dan mentadbir langit, kesannya, kita akan solat lambat saja. Tiada rasa kebesaran Allah.

      Jadi, quran itu diturunkan oleh Pencipta alam ini. Makna alam ini ialah apa-apa yang selain Allah.  Termasuklah apa yang ada di akhirat. Alamin itu bermaksud tanda. Iaitu ianya tanda kebesaran Allah. Semua ciptaan Allah menunjukkan tanda kebesaran Allah.
        
           Kenapa Allah tak kata quran ini turun oleh tuhan sahaja? Tapi oleh Pencipta, dan Pemilik alam ini?    Kerana Allah nak bagitau bahawa quran itu hebat. Oleh itu jangan pandang remeh alquran.

         Masa sekolah ambil Spm, kita baca betul-betul buku yang dibuat oleh manusia. Maknanya kita tak pandang remeh buku itu. Tapi alquran yang diturun oleh Pencipta kita  ,  kita baca sekejap, tutup. Kita baca tak   faham, tutup,  sebab apa? Sebab kita tak rasa bahawa quran itu besar. 
     
          Kedua, al quran ini turun untuk semua makhluk, bukan orang islam sahaja. Tapi quran tak sampai kepada orang kafir sebab kita tak berdakwah. Sebab apa kita tak berdakwah? Sebab kita sendiri pun tak faham alquran.  Kalau kita faham quran   kita tak akan duduk diam.  


Tuduhan Orang Kafir
   

            Orang musyrikin Mekah menuduh quran itu direka olah nabi Muhammad. Sebenarnya mereka tahu nabi itu tak tahu membaca dan menulis, ilmu pun tiada,  tapi dia tuduh juga. Seperti kita menuduh orang yang kudung kaki dan kudung tangan mencuri  , adakah patut? 
        
          Maka  Allah bela nabi s.a.w dengan mengatakan quran itu adalah al haq dari Rabb. Al haq bermaksud sesuatu yang tetap. Maksudnya hukum al quran itu sesuai sepanjang zaman  dan ia takkan berubah. Lawannya batil iaitu berubah-ubah.
         
        Tapi kita lebih banyak  baca buku sekolah yang sentiasa berubah dari masa kesemasa. Lepas 10 tahun mungkin buku itu sudah tak boleh pakai. Sedangkan alquran yang isinya kekal sepanjang masa kita baca dengan tak faham. Itulah tanda kita ragu kepadanya.
         
Apa Tujuan di Turunkan?



         Quran diturunkan bertujuan  untuk memberi peringatan kepada manusia. Tapi dalam masyarakat kita quran di baca untuk mendapat pahala. Dibaca hingga khatam untuk mendapat pahala yang banyak. Itu bukan tujuan sebenar quran diturunkan.
         

       Quran turun sebagai peringatan kepada manusia.  Maknanya kita wajib beri peringatan dengan Al quran. Dan untuk tujuan itu  maka wajib pula kita faham. Pahala baca itu hanya pendorong motivasi sahaja, bukan tujuan.
      
        Umpama cikgu yang memberi hadiah kepada murid  yang datang sekolah. Jadi murid pun datang sebab nak dapat hadiah , tapi tak mahu belajar.
Hadiah itu pendorong saja.  Tujuan sekolah ialah belajar. Bila tak belajar macamana  ia nak lulus sekolah?
       
       Jadi,  jika quran  itu dibaca saja atau dihafal saja, atau di  tarannum saja,  tak disampaikan maka tidak  sampai tujuan sebenar ia diturunkan.
       
       Sebab itu bila quran turun kepada nabi, nabi terus sampaikan kepada sahabat, sahabat sampaikan kepada  sahabat lain dan seterusnya   diamalkan. Bukan di hafal sahaja.  Maka Islam terus berkembang.
        
       Peringatan itu untuk kaum yang bapa-bapa mereka dulu tidak mendapat peringatan dari sebarang nabi. Sama seperti surah yasin:6,

         
   
         Orang Mekah tidak ada nabi sejak zaman nabi Ismail. Beberapa ratus tahun, barulah datang nabi Muhammad sebagai pemberi peringatan. Jadi , diantara nabi Ismail dan nabi Muhammad setiap orang yang mati dalam fitrah iaitu tidak syirik  maka ia tak akan Allah azab nanti.
       
           Secara tersiratnya, orang-orang yang jauh dari ilmu dan dakwah sangat memerlukan para pendakwah. Oleh itu sangat perlu  para pendakwah datang kepada mereka. Memberi  ilmu dari kitab Allah
        

Kesimpulan

         Di akhir ayat 3 Allah berkata bahawa untuk kita mendapat hidayah ada jalannya.   Kalau kita telusuri ayat 2 dan 3 tadi kita akan boleh buat kesimpulan bahawa untuk mendapat hidayah Allah, langkahnya   ialah mesti baca,  faham dan amalkan  alquran  dulu.  Kemudian sampaikan .  Barulah hidayah akan dapat. Barulah ada perubahan iman ,akhlak dan  ibadah. Jika hanya menyampaikan kata-kata sendiri atau kata-kata guru kita , ia takkan membawa perubahan.

   

Klang.
3/9/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...