Langkau ke kandungan utama

104) TIPS ISTIQAMAH DI MASA FITNAH

Bismillah.
Assalamualaikum,



         Seorang sahabat nabi  bernama Abu Tsalabah al khusyani bertanya Rasulullah s.a.w mengenai satu ayat quran surah al Maidah:105,
        Iaitu 'Uruskan diri kamu sendiri dan tiadalah orang yang sesat itu akan memudharatkan kamu, apabila kamu telah diberi petunjuk oleh Allah'.

          Jadi, sahabat itu bertanya , iaitu kalau begitu adakah cukup dengan menjaga diri sendiri dari kemungkaran dan dosa, tanpa mengendahkan perbuatan orang lain lagi?

        Lalu rasulullah menjawab,  "Bahawa tidak begitu, bahkan harus terus amar makruf dan nahi mungjar. Sampai kamu melihat  bakhil yang ditaati   dan hawa nafsu yang diikuti  dan dunia diutamakan  dan kagum pada pendapatnya sendiri."

 
        Bahkan di dalam lafaz lain rasulullah mengatakan,  
“Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari kesabaran, orang yang tetap mengamalkan ajaran agama ketika zaman itu akan mendapatkan pahala amalan 50 orang dari kalian (para sahabat Nabi)”
 (HR. Abu Daud 4341, dishahihkan Al Albani dalam Silsilah Ash Shahihah 494).

       Malaikat akan  mengucapkan salam kepada orang-orang yang sabar katanya, 'Salam sejahtera atas kamu kerana kesabaran kamu'.

      Bahkan rasulullah menghadiahkan kepada orang-orang yang sabar di akhir zaman satu hadiah yang belum di capai oleh orang terdahulu. Kata rasulullah, "Orang yang mengamalkan sunnah mendapat pahala 50  orang"

       Sahabat bertanya  '50 orang itu di kalangan kami atau mereka?' Jawab nabi, "Kalian"


Kenapa begitu?
    
        Kerana konsisten di atas sunnah itu berat.  Kerana orang yang memegang kebenaran itu seperti memegang bara api.  Berbeza dengan orang yang mengikuti agama awam  atau agama selera rakyat atau yang beragama mengikut apa yang dimahukan  oleh majoriti.
  
         Kenapa mereka dimusuhi? Kerana ia berbeza dengan  agama orang awam. Kenapa mereka terkucil dan terasing? Kerana menurut kacamata awam mereka itu tidak lumrah. Kenapa tidak lumrah? Iaitu kerana mereka itu :

1. Konsisten dengan kebenaran sunnah.
2. Kerana ia tidak mengikuti hawa nafsu
3. Mereka tidak mahu bertolak ansur dalam beragama, iaitu menyampaikan kebenaran
         
        Mereka memusuhi ahli sunnah itu bukan ada sebab apa-apa, kecuali kerana tiga hal diatas.
      
        Oleh sebab itulah kita perlu sabar. 

Kenapa mereka menentang?

        Kerana ada 6 syubhat dalam diri mereka yang harus dihilangkan:

1. Pemahaman yang salah
        
Kata imam syafie,
'Berapa banyak orang yang mencacatkan pandangan yang baik , kerana sumbernya ialah salah fahaman'
   
        Contoh, orang yang membenci ilmu. Sedangkan dia pun  tidak menghadiri majlis ilmu.
    
       Ia umpama orang mengatakan gajah itu seperti daun  kerana dia hanya memegang telinganya sahaja.
      
        Jadi, pemahaman yang salah hanya boleh diluruskan dengan ilmu yang benar.  Kerana rosaknya agama ini adalah  ditangan orang yang bukan ahli tetapi mengaku ahli.

2. Menerima berita dusta

        Rasul itu benar dan benar apa yang dibawanya. Jika ia wafat, kita merujuk kepada sunnahnya.
       
        Sebab itu bila mendapat berita atau ilmu, maka hendaklah diperiksa seperti kata Allah,
           Jika sampai berita dusta, jika  tidak di tabayyun, maka akan jadi pergaduhan dan umat akan hancur.

3. Mendapat kebenaran / sangkaan yang silap
      
        Iaitu bila dalil belum dicari dan diketahui sudah membangkang sekuat-kuatnya.  Ia belum tahu hal yang sebenar tapi sudah merendah-rendah orang lain.  Sebab itu Allah ingatkan lagi dalam alquran, surah al hujurat:11,
             
         Malangnya, sesama muslim kita berburuk sangka, tapi dengan orang kafir boleh pula berkasih sayang. Itu sudah terbalik.

          Allah kata kalau nak rahmat, hendaklah tabayyun dulu sesama muslim. Jangan cepat membuat hukuman.

         Jauhi buruk sangka kerana nabi berkata,
        “Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (HR Bukhari No: 5604)

       Kata saidina Ali , " Carilah kebenaran, nanti kau akan temui siapa yang membawa kebenaran itu."  Maksudnya ialah terima lah kebenaran itu bukan dengan melihat siapa yang membawanya. Kerana ada kebenaran  itu yang kita tak sampai kepadanya.
         
        Adakala memang dalam hati seseorang  memang tidak suka atau ingin membawa kerosakan . Maka apa pun yang kita katakan pasti takkan diterima. Iaitu gelap mata hati nya dan rosak  perilakunya.

Tanda-tanda orang terkena fitnah.

1. Dulu meyakini haram , sekarang halal.
Kecuali ia berubah kerana ilmu.

2. Dulu tegas sekarang longgar.

3. Berwarna-warni dalam beragama.
Sekali ia bermuka ini  hari lain ia bermuka itu.  Islam itu satu. Kita bukan mencari redha manusia tetapi redha Allah.

4. Suka mencari yang syubhat-syubhat.



Kiat/tips mengamal sunnah di zaman ini

1.  Kembali kepada Allah dengan jujur.

Iaitu dengan mentauhidkan Allah, mengikut perintahNya, dan bertaubat dengan taubat nasuha.
       
        Bila bertauhid dengan benar kepada Allah maka di mana saja Allah berada, akan dikuatkan Allah. Bertaubat kerana manusia tak lepas dari dosa.

2. Memperbanyak ibadah dan amal soleh.

Solat 5 waktu di masjid, sunat rawatib ,  tahajjud  dan sedekah. Qiamulail, istighfar dan sedekah itu ciri-ciri orang muttaqin. Lihat  As sajdah:16,
        Umur sudah 50an , 60an tidak tahajjud, apakah anda super sibuk? Berinfak seperti kata Allah dalam al Baqarah:273,
        
3. Tetap berjemaah dengan kaum muslimin dan imamnya.

       Kata imam Syafie  ,  imam dalam masalah dunia itu ialah umara dan imam dalam masalah agama itu ulama. Sebab itu berkenaan tata negara serahkan kepada umara . Kita sebagai rakyat dengar kata Allah  dalam an nisa:59,
        Bila kita mendapati sesuatu  yang tidak menyenangkan dari diri pemimpin,  bagaimana kita? Hendaklah bersabar.

Ibnu Abil ‘Izz mengatakan,

“Hukum mentaati pemimpin adalah wajib, walaupun mereka berbuat zholim (kepada kita). Jika kita keluar dari mentaati mereka maka akan timbul kerusakan yang lebih besar dari kezholiman yang mereka perbuat. Bahkan bersabar terhadap kezholiman mereka dapat melebur dosa-dosa dan akan melipat gandakan pahala. Allah Ta’ala tidak menjadikan mereka berbuat zholim selain disebabkan karena kerusakan yang ada pada diri kita juga. Ingatlah, yang namanya balasan sesuai dengan amal perbuatan yang dilakukan (al jaza’ min jinsil ‘amal). Oleh karena itu, hendaklah kita bersungguh-sungguh dalam istigfar dan taubat serta berusaha mengoreksi amalan kita.
Sumber https://rumaysho.com/3111-taat-pada-pemimpin-yang-zalim.html

4. Terus bersama dengan ulama yang amilin.

        Iaitu ulama yang alim, memahami syariat, mengamalkannya,  mengajar kepada orang lain dan komited dalam aqidah.  Ada juga ulama yang buruk. Di mana rosaknya agama itu ditangan ulama yang buruk dan ahli ibadah yang jahil. Ulama yang buruk itu menjadi kan agama sebagai lembu yang diperah susunya. Seperti kisah Bal'am dalam surah al araf,

      

5. Berhati-hati kepada  setiap berita dengan cara tabayyun.
   
        Jika dapat berita palsu dan terus bertindak mengikutinya tanpa tabayyun, kelak akan rugi dunia dan akhirat.
Kata rasulullah s.a.w ," Di akhir zaman , tajam nya lisan lebih bahaya dari tajamnya pedang."

         Ada sekelompok kaum semasa diperlihat kan  kepada rasulullah semasa isra mikraj  , ditusuk dari kanan kekiri rahangnya. Sebabnya ,  iaitu sekali dia menyebar kedustaan , maka terus melebar keseluruh dunia.  Itulah dia menggunakan media sosial  sekarang.

6. Terus sabar dan tegar dengan kebenaran.

         Difitnah dan goncangan pasti ada.  Tidak ada hidup ini tanpa ujian dan cubaan.

        Kata Muawiyah bin abu Sufian,   "Sesungguhnya tidak tersisa dari dunia ini kecuali penuh fitnah dan  cubaan. Siap lan menyambutnya dengan kesabaran."

7. Menahan lisan dan tangan dari mudah memberi komen
    
         Hadis riwayat Abu Hurairah,
"Akan muncul  fitnah yang membabi buta,  tuli dan bisu .  Siapa yang mendekat pasti digilas . Komentar pada zaman itu lebih tajam atau seperti tajamnya pedang"

8.  Berhati-hati dalam menyampaikan apa pun berita. 

Jangan serampangan. Dan jangan mudah-mudah melayan apa-apa  isu.
Bukan semua hal patut di beri komen.  

        Bila terjadi fitnah, rasulullah berkata,
" Orang yang tidur lebih baik dari yang bangun  , yang  bangun lebih baik dari yang berdiri, yang berdiri  lebih baik dari yang berlari.  Siapa bertemu tempat berlindung hendaklah ia berlidung"

9. Seboleh mungkin jauhkan dari fitnah
     
Sungguh orang yang paling bahagia ialah  orang yang dihindarkan dari fitnah.

10. Mewujudkan persaudaraan  Islam yang sejati.

Bukan hanya sekadar zahir.

11. Berhati-hati menafsir ayat dan  hadis fitnah.

        Iaitu jangan mengatakan hadis ini kena dengan keadaan sekian-sekian.

12. Yakin terhadap pertolongan Allah.

Yakin bila solat ada berkat.  Yakin bila sedekah akan dapat berkat.
'Seseorang akan dapat menafaat dari keyakinannya.'



Klang.
24/9/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...