Bismillah.
Assalamualaikum,
Kita membicarakan satu hal yang besar dalam beragama. Besar , tapi ramai orang yang mengabaikannya. Iaitu syubhat yang dilakukan oleh sebahagian manusia yang menentang tauhid dan kebenaran.
Tidak ada perbezaan antara ulama, bahawa tauhid yang utuh itu mesti disertakan dengan hati, mengucapkan dengan lisan dan beramal dengan tubuh badan. Kalau cacat salah satu dari tiga hal itu, maka seseorang tidak boleh di katakan muslim.
Jika seseorang itu mengetahui tauhid secara keseluruhan tetapi ia tidak mahu menjalankan kehendaknya, maka ia kafir yang sebenar, penentang islam seperti iblis dan seperti firaun. Firaun sebenarnya tahu Allah, seperti di khabarkan dalam surah an Naml;14,
Firaun itu mengingkari Allah secara zahir tetapi di dalam lubuk hatinya ia meyakini adanya Allah dan dia sendiri bukanlah tuhan. Dia mengaku ia tuhan itu hanya kerana kezalimannya dan kerana ia ingin di tinggikan dengan cara bermacam-macam kemungkaran dan kezalimannya.
Tiga kelompok manusia
Oleh itu orang yang bertauhid itu ada 3 kelompok. Iaitu:
1. Yang bertauhid dengan yakin dari hatinya, lisan dan perbuatannya. Inilah orang muslim. Hatinya mentauhid kan kalimat,
Contoh, ketika orang mengucapkan 'Tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah ' , maka hatinya meyakininya, bahawa tiada tuhan yang berhak disembah, kecuali Allah, menafikan tuhan yang selain Allah ,ia mengutamakan perintahNya dan meninggalkan larangannya .
Dan tindakannya juga begitu. Jika itu perintah Allah, seperti solat jemaah di masjid , dia tunaikan, khamar ditinggalkan kerana ia larangan Allah. Ini maksud tindakan. Apa saja perintah Allah ia jalankan dan apa saja larangan Allah ia tinggalkan.
Maka iktiqad itu ialah mengucapkannya dengan lisan , meyakininya dengan hati dan menjalankan kehendak tauhid itu secara rukun.
2. Orang yang bertauhid secara lisan, tetapi hatinya tidak. Iaitu ia mengaku di depan kita bahawa dia mempercayai tiada tuhan kecuali Allah tetapi itu hanya ucapan di lidah , hatinya tidak yakin. Dan perbuatannya pun hanya berpura-pura. Maka ini namanya munafik.
3. Orang yang tidak bertauhid secara lisan , ia tidak mahu mengucap ' tiada tuhan selain Allah' ,juga hati dan tindakannya langsung tidak menunjukkan yakin kepada Allah, iaitu ia langsung tidak percaya kepada Allah, bahkan ia mempercayai sebaliknya maka ini dipanggil kafir asli. Seperti mereka yang memeluk agama selain islam.
Maka sekarang kita tahu siapa yang mukmin , siapa yang munafik dan siapa yang kafir.
Satu kekeliruan
Bagaimanapun, dalam hal ini ada orang yang keliru. Iaitu dia mengakui Allah itu tuhan dengan hatinya, mengucapkannya dengan lisannya dan mengakui semenangnya kena bertindak mengikut kehendak Allah. Dia mengakui hal ini.
Tapi dalam masa yang sama, dia juga mengatakan bahawa ia tidak dapat menunaikan semua kehendak tauhid itu di negeri ini dalam suasana yang ada. Kerana itu tidak menyamai amalan dengan penduduk dan ketua-ketua di tempatnya.
Bila diajak kembali kepada sunnah rasulnya , beragama secara benar, diajak bertauhid secara benar , baik dalam uluhiahnya(ketuhanan) , rububiahnya (penciptaan) atau asma' wa sifat Allah, mereka ber argumen bahawa itu benar. Tapi mereka tak dapat melaksanakan kehendaknya kerana mereka minoriti di tempatnya dan akan dilihat aneh. Seperti firman Allah dalam al Baqarah: 170,
Amalan popular
Katanya, bahawa sudah cukup dengan beramal dengan apa yang popular dan umum di tengah masyarakat. Tak usah membuat sesuatu yang aneh yang tidak biasa. Walaupun yang jadi kebiasaan itu jika dicari dalil , tidak ada.
Contoh:
1. Nak dapat anak cantik baca surah Yusuf
2. Bila hamil 7 bulan kena mandi air bunga.
3. Tahlil sempena kematian
4. Kenduri doa selamat sempena kematian
5. Zikir berkumpul sehingga hilang kesedaran dan sebagainya.
Dengan dalil bahawa semua itu bid'ah yang hasanah. Sedangkan dalil yang sebenar ialah, hadis nabi ,
''Dan jauhilah oleh kamu perkara-perkara yang baru diadakan, kerana tiap-tiap perkara yang baru diadakan itu adalah bid'ah, dan tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat.'' (Hadits riwayat Imam Abu Daud dan Imam at-Tirmizi).
Mana mungkin ada kesesatan yang baik. Baik tapi sesat, sesat tapi baik. Maka, kalau kita kembangkan kepada semua amalan yang menyelisihi sunnah nabi s.a.w , maka kita akan mendapat kefahaman bila nabi berkata:
"Kalian benar-benar akan mengikut jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggalah jika mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kalian akan memasukinya. Kami (iaitu kalangan sahabat) bertanya: "Ya Rasulullah, adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda SAW menjawab: "Siapa lagi (kalau bukan mereka)?" (Hadis Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)
Apa argumen mereka sejak dulu?
Ertinya bagaimana mustahil pun amalan agama yang mereka adopsi dari agama lain , mereka tetap mengikutnya. Seperti kata Allah dalam az Zukhruf:23,
Seperti itulah argumen mereka dari masa kemasa , dari zaman ke zaman. Kata mereka, bahawa mereka telah mendapat petunjuk tentang praktik keagamaan itu dengan memegang amalan nenek moyang iaitu dengan mengikut orang dahulu kala. Sehingga mereka berkata bahawa jangan kamu meninggal kecuali dengan memegang amalan tradisional. Kata mereka, itulah jalan yang lurus. Iaitu mereka tetap berpegang teguh dengan apa yang dipegang oleh nenek moyang mereka.
Ianya bersamaan seperti kata-kata firaun kepada kaumnya, supaya ia bertaqlid kepadanya, iaitu,
Firaun menunjukkan kekuasaan dan kehebatan nya kepada kaumnya supaya dengan cara itu mereka taat kepadanya. Tetapi bukan dengan cara ilmu atau argumentasi. Tetapi ditakutkan dengan kekayaan dan kekuasaannya. Dan Firaun berkata lagi,
Firaun cuba membenarkan dirinya sendiri berbanding nabi Musa a.s dengan katanya bahawa, tak mungkin orang yang hina dan gagap seperti Musa itu lebih benar dari dirinya. Kalau Musa memang benar dan lebih baik dari dirinya, kata Firaun lagi, pastilah ia dikurniakan emas yang banyak dan ada malaikat yang menjaganya,
Begitulah Firaun cuba memberi tekanan mental melalui kuasa dan kekayaannya kepada kaumnya. Akhirnya kaumnya berteguh lutut kepada nya tanpa memikirkan benar atau salahnya lagi. Seperti di dalam ayat di bawah,
Begitulah keadaan orang sekarang, tak penting benar atau salahnya sesuatu. Yang penting ia tetap berkuasa , tetap disanjung oleh masyarakat dan kedudukan nya tidak tergugat.
Menolak bukan kerana tidak tahu
Pimpinan orang kafir Mekah dulu tahu kebenaran. Bahawa rasul s.a.w itu nabi akhir zaman dan Islam itu agama yang benar. Dalam hati kecil mereka mengakui islam itu agama yang benar. Cuma jika mereka masuk islam , takut di kata oleh kaumnya atau takut apa kata pimpinan.
Semua alasan itu adalah sama dari dulu sampai sekarang, iaitu bertujuan untuk menjaga keduniaannya, menjaga kedudukan dan hubungan dengan masyarakatnya.
Yahudi di Madinah dulu pun bukan tidak kenal nabi s.a.w . Bahkan mereka berhijrah ke Madinah juga di sebabkan hendak menunggu kedatangan nabi . Tapi akhirnya mereka menolak nabi. Bukan kerana nabi itu palsu atau sesat. Tetapi kerana nabi s.a.w itu bukan dari nasab bani israel.
Munafik
Jika mereka mengakui tauhid secara lisan dan melaksanakan tuntutannya dengan tindakan, tapi hatinya tidak mentauhid kan Allah, maka ini munafik. Seperti Ubai bin Salam. Ia mengucapkan tauhid dengan lisan, sesekali pergi solat dan berjihad . Itu adalah kehendak dari tauhid. Tapi hatinya tidak ada keyakinan kepada Allah dan akhirat. Bahkan hatinya penuh kebencian dan kedengkian kepada islam. Mereka lebih jahat dari gunting dalam lipatan. Mereka tidak terang-terangan seperti orang kafir. Merekalah musuh dalam selimut yang selalu menggoncangkan kesatuan kaum muslimin.
Kita juga dapat mengetahui melalui celotehan di sekitar kita bahawa mereka kenal kebenaran tapi tidak mahu mengamalkannya. Apatah lagi mereka yang telah berhijrah , kemudian kembali lagi kehabitat lamanya . Dia tidak tahan banting ketika dia menjalani jalan-jalan hijrah . Argumen mereka sama. Iaitu takut kehilangan keduniaan, kedudukan dan hubungan dengan masyarakat.
Dari dulu sampai sekarang bahkan sampai kiamat, seseorang maju mudur dalam beragama islam, tidak sungguh-sungguh dalam melaksakan kehendak hijrah. Mereka tidak akan lari dari tiga alasan ini:
1. Takut kekurangan atau kehilangan sama sekali kekayaannnya.
2. Takut hilang kedudukan
3. Takut kehilangan jemaahnya, dijauhi masyarakat.
Kadang hanya kerana ia mengatakan ia patuh perintah Allah iaitu meninggalkan segala syirik dan bidah yang ada pada masa itu, seperti tahlil arwah, maka mereka dipulaukan, dihinakan dan sebagainya.
Menjaga tauhid
Ada orang yang beramal dengan kehendak tauhid secara zahirnya, tapi ilmunya dia tak faham. Maksudnya bila ia mengikut kehendak tauhid yang sebenar, dia pasti akan menerima beban dan penentangan . Itu sunatullah dari dulu sampai kiamat. Walau di mana dan bila. Itulah yang dilalui oleh para nabi dan rasul.
Perhatikan baik-baik surah at taubah:65
Ceritanya bermula bila para sahabat yang dalam perjalanan ke perang Tabuk, untuk melepaskan keletihan, ada munafik berkata secara main-main atau berbalas-balas kata, iaitu katanya, " "Tidak aku temukan manusia yang paling dusta mulutnya, paling rakus perutnya dan paling penakut bertemu musuhnya kecuali sahabat nabi Muhammad."
Maka dengan kata-katanya itu walau ia bermaksud bermain-main, tapi Allah mengatakan ia telah kafir. Dan Allah tidak mahu memaafkannya. Lihat at Taubah:66,
Lihat bagaimana orang yang mempermain-main kan para sahabat hanya dengan beberapa kalimah sahaja boleh jadi kafir , bagaimana pula keadaan orang yang terang-terang tidak melaksanakan kehendak tauhid , hanya dengan sebab kehilangan keduniaannya , maka lebih lagi kekufuran mereka.
Jika dipaksa kafir
Allah tidak memaafkan orang yang melakukan kekufuran kecuali jika ia dipaksa. Maka boleh diterima keuzurannya kalau ia dipaksa. Sebab lisan dan perbuatan boleh dipaksa tetapi hati nya tidak. Lihat an Nahl: 106,
Seperti Ammar bin Yasir yang dipaksa oleh kaum musyrikin. Itu tidak kufur. Sebab hatinya masih beriman.
Begitupun orang yang jatuh dalam syirik dan bid'ah hanya kerana takut dipandang serong atau di pulau, maka itu tak diterima alasannya. Sebab itu bukan dipaksa. Kalau dipaksa tak mengapa. Tetapi kalau takut hilang keduniaan, atau sebab politik, itu boleh kufur. Orang yang melakukan kekufuran bukan kerana dipaksa, apa pun alasannya ia tetap kufur.
Mengapa mereka memilih kekufuran?
Apa sebab mereka memilih kekufuran dan bid'ah berbanding tauhid dan sunnah? Adakah mereka tidak mendapat keterangannya?
Mereka lebih memilh kekufuran dan bid'ah lebih dari kebenaran, bukan sebab apa-apa, cuma kerana ia lebih cintakan kehidupan dunia bebanding kehidupan akhirat. Bukan kerana keyakinannya kufur atau kerana kejahilan atau kerana kebencian kepada agama atau cintakan kekufuran. Tetapi mereka memilih kekufuran hanya kerana faktor dunia. Iaitu takut kehilangan kekayaan, atau kuasa atau pengikut sehingga mereka memilih agama yang sesat dan menyimpang, dan bermati-matian membela kesyirikan dan bid'ah .
Mengutamakan dunia
Lalu sebaliknya, mereka memusuhi tauhid, iman , sunnah dan kebaikan. Semua itu mengalahkannya sehingga ia masuk kedalam firman Allah surah an Naziat : 37,38 dan 39,
Iaitu mereka, yang mengutamakan dunia dengan melampau batas sehingga melupakan kehidupan akhirat, maka neraka menjadi tempatnya kelak.
Sebaliknya sesiapa yang mengendalikan nafsunya , popularitinya dan taatnya kepada perintah Allah, maka syurga, insyaallah menjadi tempat tinggalnya seperti kata Allah,
Kesimpulan
Iman, tauhid dan sunnah nabi s.a.w adalah pokok agama yang tidak boleh dicelahi dengan syirik dan bid'ah. Tidak ada alasan apa pun demi untuk menjaga keduanya, kecuali kerana dipaksa. Tidak juga selamat orang yang telah beriman tetapi ia tidak melaksanakan kehendaknya hanya kerana keduniaan.
Klang.
22/9/23
Ulasan
Catat Ulasan