Langkau ke kandungan utama

85) APA PENYAKIT PALING BAHAYA?

Bismillah.
Assalamualaikum,    

        


       Sebenarnya Allah beri kekayaan kepada seseorang  apa tujuannya? Ia untuk menguji kita bukan untuk berbangga. Bila kita berbangga , maka kita gagal dalam ujian dariNya.

      Nabi Sulaiman, kayanya ia terlampau kaya. Hingga semua makhluk, jin dan burung-burung menjadi suruhannya. Tapi apa  katanya?


 
       '” Maka ketika dia (Sulaiman) melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, dia pun berkata, “Ini termasuk karunia Tuhanku untuk mengujiku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (nikmat-Nya). Barangsiapa bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri, dan barangsiapa ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Mahakaya, Mahamulia.”
(An Naml:40)

          Ia tak berbangga dengan kekayaannya, bahkan ia mengakui ianya kurniaan Tuhan untuk mengujinya. Hatinya  terjaga dari penyakit yang paling bahaya.


Apa dia Penyakit yang paling Bahaya itu?


       Penyakit yang paling bahaya ialah dari amalan hati.  Apakah dosa pertama makhluk Allah kepada Allah ? Dosa apa dan dilakukan oleh siapa? Adakah rasuah, atau berzina atau arak? 
     
       Dia  ialah iblis. Ia tak mahu sujud kepada Adam,  kenapa? Kerana sombong.  Itulah dosa pertama makhluk Allah kepada Allah. Bukan tak solat tapi sombong. Bahkan Allah bukan suruh sujud 4 kali tapi sekali saja. Tapi iblis sombong.  Sombong adalah penyakit yang paling bahaya yang membawa azab di dunia dan akhirat.

          “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ‘Sujudlah kalian kepada Adam’, maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur, dan ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.” (QS al-Baqarah: 34).
    
      Dan kesannnya ialah iblis  dilaknat oleh Allah  sampai bila-bila  dan ia kekal dalam neraka. Nabi juga menyebut:

        Daripada Abdullah bin Mas’ud Radiallahu’anhu yang diriwayatkan oleh Muslim:

“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat zarah”.

       Walaupun sombong yang kecil dari hati kita, akibatnya tak dapat masuk syurga.

      Terdapat tiga jenis sifat sombong yang harus kita elakkan iaitu sombong kepada ALLAH SWT, sombong kepada Rasulullah SAW serta sombong sesama manusia.
       
       Bagaimana sombong dengan Allah ? Iaitu apabila diseru kepada Allah, kepada mentauhidkan Allah, ibadah kepada Allah, memohon pertolongan kepada Allah, ia enggan dan membantah. Itu sombong.
      
       Jika sombong kepada rasulullah s.a.w ialah bila ia di beri dalil dengan hadis sahih, ia menolak. Apabila di sebut nama rasulullah ia tak mengucap selawat .
   
       Kepada manusia pula kita membesarkan diri kita kepadanya.  Kita bangga kerana  lebih kaya , lebih berpangkat dan lebih  bijak daripadanya. Itu sombong.


         Sombong sebesar zarrah saja sudah tak boleh masuk  syurga. Kadang-kadang bukan  sombong dengan perkataan tapi perbuatan. Kita jumpa orang tak senyum, tak beri salam. Kita tak  sedar itu pun ciri-ciri sombong.
       
         Nabi beritahu, 'Kamu takkan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu takkan beriman sehingga kamu berkasih sayang'.


        
 Bagaimana Menimbulkan Kasih Sayang?

  Apa kata Allah?

 "Sesungguhnya orang beriman dan beramal soleh, Allah melimpahkan rahmat-Nya, menanamkan dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang". (Maryam, ayat 96)

       Jadi, asas kepada kasih sayang sebenar adalah  iman dan amal soleh.

      Ini bermakna, kasih sayang kepada makhluk perlu disandarkan kepada kasih sayang Allah SWT dan bukan mengikut hawa nafsu syahwat semata-mata.

       Ada beberapa amalan yang dianjurkan oleh rasulullah s.a.w agar timbul rasa kasih sayang, iaitu:

1. Memberi salam.
Dalilnya:
: “Mereka tidak akan masuk syurga sehingga mereka beriman dan tidak beriman mereka itu sehingga mereka berkasih sayang. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu yang mana apabila kalian mengerjakannya nescaya kalian akan saling menyayangi sesama kalian? Sebarkanlah salam sesama kalian”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 81]

2. Memberi hadiah.
Dalilnya dari kitab Targhib wa tarhib:
Rasulullah ﷺ bersabda:
    " Saling memberi hadiah kalian, kerana sesungguhnya saling memberi hadiah itu boleh  menghilangkan dendam dalam hati, dan jangan sekali-kali meremehkan seseorang kepada tetangganya meskipun dengan sebagian teracak kaki kambing. "

3. Ziarah menziarahi
Dalilnya:

Nabi SAW bersabda: “Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: ke manakah engkau hendak pergi? Lelaki itu menjawab: aku ingin menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini.

“Malaikat bertanya: Apakah ada kenikmatan yang kamu inginkan darinya?. Lelaki itu menjawab: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah Azza Wa Jalla. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu. (HR Muslim)

        Jika Allah sudah cinta pasti Ia memberikan kasih sayang sesama orang itu.

Kesimpulan.

           Sombong dengan kelebihan yang ada adalah penyakit hati yang bahaya. Kerana ia menyebabkan kemurkaan Allah dan dibenci manusia.  Orang yang berkasih sayang sesama manusia  ia dikasihi Allah.


Klang.
17/8/23
          


      

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...