Bismillah.
Assalamualaikum,
Ada satu surah dinamakan surah Luqman di dalam al quran. Siapakah Luqman?
Luqman bukan nabi. Hanya orang soleh. Di dalam quran tidak diterangkan siapa dia, cuma disebut dalam satu hadis riwayat Thabrani di mana nabi menerangkan,
" Ambillah ( beri hormat) tiga orang kulit hitam ini kerana mereka menjadi penghulu ahli syurga. Pertama Luqman ul Hakim , kedua Najashi dan ketiga Bilal bin Rabah".
Kenapa tidak diterangkan siapa Luqman yang sebenar? Kerana Allah nak kita fokus kepada apa yang dibawa oleh beliau, apa nasihat yang dirakamkan, bukan dirinya. Tinggi rendah, gemuk kurus orangnya itu tak penting , yang penting apa pengajaran yang di bawanya.
Allah angkat namanya di dalam al quran dan kata-katanya kepada anaknya, diolah menjadi kalam Allah di dalam al quran di mana kalam itu menjadi kalam yang suci yang boleh dibaca di dalam solat. Kata-katanya dipelihara oleh Allah hingga hari kiamat. Walaupun ia hanya seorang berkulit hitam
Apa Yang Allah Kurniakan kepada Luqman?
Lihat apa yang Allah rakamkan di dalam al quran surah Luqman:12
Allah kurniakan hikmah kepada Luqman. Hikmah itu maksudnya ialah kemampuan mendapatkan ilmu dan pemahaman serta mengamalkannya , .
iaitu satu perasaan yang halus, akal fikiran, dan kearifan yang dapat menyampaikannya kepada pengetahuan yang hakiki dan jalan yang benar menuju kebahagiaan abadi.
Iaitu dengan cara bersyukur di atas sebarang kurniaan dari Allah. Maka siapa yang bersyukur , itu untuk kebaikan dirinya juga. Dan siapa yang kufur nikmat maka Allah tidak terjejas apa-apa. Sebab Allah itu tetap kaya. Dan siapa tidak memuji Allah , Allah tetap terpuji .
Ini juga menunjukkan bahawa pengetahuan dan ajaran-ajaran yang disampaikan Lukman itu bukanlah berasal dari wahyu yang diturunkan Allah kepadanya, tetapi semata-mata berdasarkan ilmu dan hikmah yang telah dianugerahkan Allah kepadanya.
Pengajaran Luqman kepada Anaknya.
Pengajaran Luqman kepada anaknya meliputi tiga perkara iaitu akidah, ibadah dan akhlak.
1. Akidah
Ini pengajaran pertama dan terpenting kepada anak. Iaitu mengesakan Allah dan jangan mensyirikkan Allah dengan sesuatu apa pun . Iaitu menyamakan Allah baik dari segi apa pun dengan makhluk lain.
Ini juga menunjukkan bahawa tugas seseorang bapa bukan hanya memberi makan kepada anak-anaknya. Tetapi tugas mendidik supaya kenal dan mengesakan Allah. Bukan mendidik itu diserahkan kepada emak sahaja. Dan ajaran yang terpenting ialah mentauhidkan Allah.
Panggilan 'wahai anakku' itu menunjukkan anak Luqman itu kecil bukan dewasa. Jadi, didikan itu mesti bermula dari kecil lagi.
Jangan sampai anak sudah besar dan terikut ajaran sesat baru nak dididik , itu sudah terlambat.
Tapi ibubapa sekarang lebih utamakan mengajar anak 3M, menulis, membaca dan mengira. Itu dipentingkan . Tauhid tak ajar. Sebenarnya bapa itu zalim sehingga anaknya menjadi zalim(syirik) pula.
Kita ajar anak jangan syirik, beritahu sebab apa jangan syirik supaya anak faham. Iaitu Allah itu bukan dua, tidak beranak dan tidak diperanakkan.
Selain daripada itu pesan kan juga kepada anak supaya berbuat baik kepada kedua ibubapa seperti kata Allah ini,
Allah berpesan supaya kita berbuat baik kepada ibubapa. Tapi Allah terangkan jasa ibu yang mengandungkan sahaja, jasa bapa tiada diterangkan. Kenapa?
Kerana jasa ibu yang mengandung , menyusu itu tak nampak oleh anak. Tapi jasa bapa nampak. Beri duit, hantar sekolah, beli baju dan sebagainya. Tapi jasa ibu semasa ia kecil ia tak tahu. Sebab itu Allah terangkan.
Jadi Allah suruh bersyukur kepada ibubapa dan kepada Allah.
Bagaimana Jika Ibubapa menyuruh berbuat Syirik?
Taat kepada ibubapa tidak mutlak, tapi taat kepada Allah dan rasul itu mutlak. Bagi ibubapa selagi mereka tak menyuruh kepada syirik atau yang berdosa maka wajib kita taat. Jikalau menyuruh kepada perbuatan yang syirik maka haram diikuti.
Walaupun apa saja perbuatan kedua ibubapa, kita hendaklah berbuat kepada kedua-duanya.
Seperti .apa yang berlaku kepada seorang sahabat nabi bernama Saad bin Abi Waqas. Ia baru masuk islam. Tapi ibunya tak bersetuju. Maka ibunya mengugut akan mogok lapar sehingga ia kembali ke agama asal. Tapi Saad menjawab bahawa jika ibunya ada 100 nyawa dan ia mati dan hidup lagi pun dia tidak akan keluar dari agama Islam. Itu tepat sekali dengan maksud ayat Allah diatas.
Oleh itu ikutlah jalan orang yang mengikut jalan Allah. Bila kembali kepada Allah nanti ,Allah akan beritahu apa yang kita kerjakan .
Kerana siapa yang membuat perkara syirik maka terbatal semua amalannya. Manakala amalan bid'ah pula tidak diterima Allah.
Tapi syaitan pandai. Jika orang itu tak mahu buat syirik, syaitan hasut buat dosa besar. Jika tidak juga, ia hasut buat dosa kecil. Jika tidak juga , ia hasut buat amal yang kurang afdhal. Sehingga akhirnya ia meninggalkan amal.
Seterus nya nasihat Luqman kepada anaknya ,
Di sini Luqman menanamkan rasa suka berbuat baik walau sekecil apa pun kerana Allah tahu dan akan membalasnya.
Manakala jangan berbuat dosa walau sekecil apa pun , dan di mana-mana pun, kerana Allah tahu apa yang kita lakukan. Sehingga walau ke mana anak itu pergi nanti, dia akan sentiasa berbuat baik dan sentiasa menjauhkan dosa. Walaupun ibubapanya tidak nampak.
Jika hal ini tak tertanam di hati anak, nescaya bila ia jauh dari kita maka ia akan malas berbuat baik dan tidak takut membuat dosa.
Tapi yang ibu-ibu suka baca ialah surah Yusuf supaya dapat anak cantik. Surah Luqman tak mahu baca. Akhirnya jadilah anak itu tidak takut buat dosa.
2. Ibadah
Selepas akidah , Luqman ajar anaknya supaya buat ibadah. Iaitu ,
1. Selalu mendirikan solat dengan sebaik-baiknya, sehingga diredhai Allah.
Jika solat yang dikerjakan itu diredhai Allah, perbuatan keji dan perbuatan mungkar dapat dicegah, jiwa menjadi bersih, dan tidak ada kekhawatiran terhadap diri orang itu, dan mereka tidak akan bersedih hati jika ditimpa cubaan, dan merasa dirinya semakin dekat dengan Tuhannya.
Nabi saw bersabda:
"Sembahlah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, maka jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
2. .Berusaha mengajak manusia mengerjakan perbuatan-perbuatan baik yang diredhai Allah, berusaha membersihkan jiwa dan mencapai keberuntungan, serta mencegah mereka agar tidak mengerjakan perbuatan-perbuatan dosa.
Allah berfirman:
"Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya. "
(asy-Syams/91: 9-10)
3. .Selalu bersabar dan tabah terhadap segala macam cubaan yang menimpa, akibat dari mengajak manusia berbuat baik dan meninggalkan perbuatan yang mungkar. Baik cubaan itu dalam bentuk kesenangan dan kemegahan, maupun dalam bentuk ke-sengsaraan dan penderitaan.
Pada akhir ayat ini diterangkan bahwa Allah memerintahkan tiga hal tersebut di atas kerana ianya merupakan pekerjaan yang amat besar faedahnya bagi yang mengerjakannya dan memberi manfaat di dunia dan di akhirat.
3. Akhlak
Selepas akidah dan ibadah, Luqman menekankan perkara akhlak pula kepada anaknya ,
Ayat ini menerangkan lanjutan wasiat Lukman kepada anaknya, iaitu agar anaknya berbudi pekerti yang baik, dengan cara:
1. Jangan sekali-kali bersifat angkuh dan sombong, membanggakan diri dan memandang rendah orang lain. Tanda-tanda seseorang yang bersifat angkuh dan sombong itu ialah:
-Bila berjalan dan bertemu dengan orang lain, ia memalingkan mukanya, tidak mau menegur atau tidak memperlihatkan sikap ramah.
-Berjalan dengan sikap angkuh, seakan-akan ia yang berkuasa dan yang paling terhormat. Firman Allah:
"Dan janganlah engkau berjalan di bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung."
(al-Isra'/17: 37)
Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda:
"Janganlah kamu saling membenci, janganlah kamu saling membelakangi dan janganlah kamu saling mendengki, dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Tidak boleh bagi seorang muslim memencilkan (tidak berbaik) dengan temannya lebih dari tiga hari." (Riwayat Malik dari Anas bin Malik)
Dan Luqman berpesan lagi kepada anaknya ,
2. Hendaklah berjalan secara wajar, tidak dibuat-buat dan kelihatan angkuh atau sombong, dan berlemah lembut dalam berbicara. Sehingga orang yang melihat dan mendengarnya merasa senang dan tenteram hatinya.
Berbicara dengan sikap keras, angkuh, dan sombong dilarang Allah kerana gaya bicara yang semacam itu tidak enak didengar, menyakitkan hati dan telinga. Hal itu diibaratkan Allah dengan suara keldai yang tidak nyaman didengar.
Kesimpulan
Wasiat Luqman kepada anaknya mengandung hukum-hukum penting. Luqman memerintahkan kepada anaknya dasar agama, iaitu tauhid dan melarangnya berbuat syirik, serta menerangkan pula sebab untuk menjauhinya.
Beliau juga memerintahkan berbakti kepada kedua orang tua dan menerangkan sebab yang mengharuskan untuk berbakti kepada keduanya.
Beliau juga memerintahkan anaknya untuk bersyukur kepada Allah dan bersyukur kepada kedua orang tuanya, dan menerangkan, bahwa mentaati perintah orang tua tetap dilakukan selama orang tua tidak memerintahkan berbuat maksiat. Meskipun begitu, seseorang tetap tidak boleh mendurhakai orang tua, bahkan tetap berbuat baik kepada keduanya.
Luqman juga memerintahkan anaknya agar memiliki rasa pengawasan Allah dan bahwa Dia tidaklah meninggalkan sesuatu yang kecil atau yang besar kecuali Dia akan menerangkannya.
Luqman juga melarang anaknya bersikap sombong dan membanggakan diri, serta memerintahkan untuk bertawadhu’ dan memerintahkannya agar tenang dalam berjalan dan agar merendahkan suara.
Demikian pula beliau memerintahkan anaknya beramar ma’ruf dan bernahi mungkar serta tetap mendirikan shalat dan berlaku sabar, di mana dengan keduanya (shalat dan sabar), maka semua masalah menjadi mudah.
Padang Jawa.
22/8/23
Ulasan
Catat Ulasan