Bismillah.
Assalamualaikum ,
Jika guru kita selalu ingat kita dan sebut nama kita, kita rasa apa? Tentu rasa bangga dan seronok . Tapi bagaimana kalau Allah yang ingat pada kita? Tentu lebih lagi rasa bangga dan syukur.
Tapi bagaimana nak supaya Allah ingat pada kita? Sebenarnya, kadang kita tak pun rasa penting kasih sayang Allah atau Allah ingat kita atau tak. Kita rasa tak penting . Yang penting dapat makan hari-hari dan badan sihat. Dengan sebab itu kita rasa tak perlu nikmat Allah itu iaitu Allah ingat pada kita atau tidak. Itu tak penting.
Sebenarnya kalau Allah ingat kita apa yang kita dapat? Kita dapat keselamatan dan jiwa yang tenang. Kalau ada apa-apa masalah kita tak akan runsing dan marah, kita rasa tenang saja. Kalau ada apa-apa masalah, Allah beri jalan keluar. Cuaca panas pun kita akan senyum saja. Sebab Allah ada bersama kita. Dalilnya surah Ar Ra'du :28
:(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram."
Bagaimana Supaya Allah Sentiasa Ingat Kita?
Macamana caranya supaya Allah sentiasa ingat kepada kita? Apa yang perlu kita lakukan?
Iaitu dengan sentiasa berzikir kepadaNya. Dalilnya di surah al Baqarah :152
152. "Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."
Allah kata ' ingatlah kepada Ku' , maknanya ia satu perintah. Maka jika perintah maka ia wajib. Jadi , wajib mengingati Allah setiap masa. Dan seterusnya Allah bagitau kelebihan bila berzikir kepada Nya iaitu Allah akan ingat kepada kita.
Mana lebih besar, antara kita ingat Allah atau Allah ingat kita? Kalau kita ingat Allah , Allah tak dapat apa-apa pun. Tapi jika Allah ingat pada kita maka besar faedahnya.
Kalau nak Allah ingat kita maka kita kena sentiasa berzikir pada Allah. Tapi bolehkan kita berzikir kepada Allah 24 jam sehari? Setiap hari? Itu tak mungkin.
Sebab itu makna atau kaedah ber zikir itu ada dua iaitu menyebut nama Allah atau mentaati perintah Allah. Itu lah makna berzikir kepada Allah yang sebenar.
Nabi pernah berkata iaitu , 'bercakaplah benda yang baik , jika tidak ada benda yang baik hendaklah diam'.
Diam disitu adalah berzikir sebenarnya. Sebab kita mentaati perintah nabi supaya diam jika tiada benda yang baik nak dikatakan. Tak perlu zikir subhanallah ketika itu. Tapi kita sedang berzikir sebenarnya.
Jadi, berzikir itu kadang-kadang kena sebut pujian, kadang-kadang tidak perlu sebut. Misalnya lagi , ketika makan perlukah menyebut alhamdulillah alhamdulillah sampai habis makan? Tidak. Tapi bolehkah berzikir ketika makan? Boleh.
Iaitu dengan membaca basmalah, makan dengan tangan kanan, tidak membazir , makan benda halal dan doa selepas makan. Itulah zikir semasa makan sebenarnya. Jika tak baca bismillah, membazir pula , menyebabkan hati itu tak berzikir dan keras sebab itu terlupa berdoa selepas makan.
Sebab itu nabi ajar kita dalam semua keadaan ada doa khusus . Menunjukkan tiada tempat yang tiada zikir. Masuk tandas, keluar tandas, nak tidur , bangun tidur, naik kenderaan, keluar rumah , masuk rumah, masuk masjid, keluar masjid, sebelum makan, selepas makan , waktu hujan dan sebagainya. Semua keadaan nabi ajar doanya. Tapi hidup kita dah berapa tahun? Ruginya kalau tak berzikir selama ini.
Menguap ada zikir atau tidak? Tidak ada. Hanya perlu tutup mulut dengan tangan saja walaupun dalam solat. Itulah zikir ketika menguap.
Cuma di dalam tandas saja tak boleh berzikir. Sebab itu tak boleh duduk lama-lama dalam tandas. Ia juga tempat syaitan, ia suka tempat itu.
Kesimpulan.
Berzikir sebenarnya mudah dan boleh dilakukan setiap masa. Ganjarannya juga besar iaitu Allah akan ingat kita. Rugilah siapa yang meninggalkan zikir selama ini sedangkan waktu tetap berjalan meninggalkan kita seperti air sungai yang mengalir.
Padang Jawa.
13/8/23
Ulasan
Catat Ulasan