Bismillah.
Assalamualaikum
Setiap pagi hendaklah kita berdoa dengan doa yang nabi amalkan setiap pagi. Nabi itu seorang nabi, pun berdoa apa lagi kita , lebih patut berdoa dengan doa ini,
Sungguh yang paling utama dalam hidup kita ini tiga benda:
1. Ilmu yang bermenafaat
2. Rezeki yang baik lagi halal
3. Amalan yang diterima Allah
Tanpa ilmu manusia akan sesat. Punca manusia tak sembah Allah ialah jahil. Ilmu pula ada dua jenis iaitu satu, ilmu yang bermenafaat . Kedua , ilmu yang sia-sia lagi menyesatkan manusia. Ilmu yang bermenafaat ialah ilmu yang bersumber dari al quran dan hadis yang diamalkan. Kalau ada ilmu tapi tak diamalkan maka ia jadi musibah dan bala' kepada kita . Ia akan jadi hujah dan melawan kita di akhirat nanti.
Ilmu yang sia-sia ialah ilmu sihir dan ilmu agama yang tidak diambil dari quran dan hadis.
Yang kedua penting dalam hidup kita ialah rezeki yang thoyyib iaitu yang baik dan halal. Nabi tak ajar kita minta rezeki yang banyak tapi rezeki yang thoyyib. Ianya berbeza antara banyak dan thoyyib.
Kenapa nabi tak ajar kita minta rezeki yang banyak.?
Kerana banyak tak semestinya cukup. Tapi kalau rezeki yang thoyyib semestinya berkat dan yang pentingnya Allah redha. Kalah kita dapat rezeki yang sikit tapi Allah redha, sebenarnya redha Allah lebih mahal dari rezeki yang banyak.
Apakah rezeki yang Thoyyib itu?
Toyyib (atau toyyibah; toyyibat atau tuuba sebagai jamak) dari segi makna ialah sesuatu yang baik atau elok atau yang berlawanan dengan yang buruk. Jadi apabila disebut “halalan toyyiban” ia memberi maksud sesuatu yang halal yang bersifat baik atau elok.
Jadi rezeki yang thoyyib itu bermaksud rezeki yang baik barangnya , baik puncanya dan baik akibatnya.
Siapa yang lapangkan rezeki dan sempitkan rezeki kita?.
Lihat surah Asyura:27,
" Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya niscaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi, tetapi Dia menurunkan rezeki itu dengan ukuran yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Mahateliti terhadap (keadaan) hamba-hamba-Nya, Maha Melihat."
Allah kata Dia yang lapangkan rezeki hamba Nya. Begitu jugalah Allah yang sempitkan rezeki hambaNya. Jadi jika Allah kayakan seseorang, Dia yang bagi kaya dan Dia juga yang bagi miskin seseorang . Jadi apa yang kita kena buat? Apa? Iaitu cari Tuhan, minta padaNya. Usaha atau manusia tak boleh lapangkan rezeki kita. Kita tak boleh bergantung pada manusia, tenaga dan usaha kita sahaja. Kita berusaha tapi tempat bergantung hanya kepada Allah.
Ada manusia kaya , ada manusia miskin , kenapa.? Adakah itu ikut suka Allah saja? Tidak. Allah beri mengikut kemampuan orang itu dan mengikut hikmah. Allah lebih tahu siapa hamba Nya yang patut jadi kaya atau yang patut miskin.
Ada orang yang Allah bagi kaya ia membawa kerosakan seperti firaun dan qarun dan lain-lain. Oleh itu Allah beri rezeki ikut kadar yang Allah kehendaki bukan yang manusia itu kehendaki. Kenapa? Sebab Allah tahu jika Ia beri maka manusia itu akan rosak, tinggalkan agama. Sebab dengan dunia manusia boleh rosak. Allah tahu.
Kata ulama, ' sebaik-baik rezeki ialah yang tidak melalaikan seseorang dari mengingati Allah.'. Tak kira berapa banyak, asalkan ia tak melalaikan itu tak mengapa. Tapi jika kita dapat rezeki hingga melalaikan itu bukan rezeki, itu musibah. Dapat banyak, nak lagi , nak lagi hingga tinggal solat, itu musibah.
Ada orang yang jika dia kaya, dia akan tinggalkan agama, maka Allah jadikan dia miskin. Ada pula orang kalau dia miskin dia akan tinggalkan agama maka Allah jadikan dia kaya. Kita mahu yang mana? Kalau mahu kaya yang beriman, patutnya kita cari iman dulu baru cari harta.
Allah mahu mengajar apa dari hal diatas? Iaitu redha dengan pemberian Allah.
Maksiat dan dosa menyebabkan apa?
1. Hadis nabi yang bermaksud,
" Sesungguhnya seseorang itu di halang rezekinya kerana dosa yang ia buat."
Jadi, elakkan membuat dosa maka rezeki dan urusan kita akan lancar
2. Dosa juga menyebabkan ilmu yang kita dengar atau pelajari tak dapat diamalkan.
3. Dosa juga menyebabkan hilang nikmat ibadat. Tak khusyu', tak sempat dan macam-macam. Nikmat beribadah melebihi nikmat segala-segalanya di dalam dunia ini, hanya yang merasakannya saja yang tahu.
Dalilnya: " Telah berjaya orang-orang beriman yang khusyu' dalam solatnya.
(al Mukminun:2)
Disebabkan dosa seseorang mula tinggalkan solat sunat. Kemudian melambatkan solat fardhu dan akhirnya tinggal solat terus. Semuanya sebab dosa yang dia tak bertaubat.
4. Dengan sebab dosa juga akan menambahkan dosa-dosa baru. Sebab syaitan itu tak duduk diam . Bila kita buat satu dosa dia akan hasut supaya buat dosa lain pula. Akhirnya hati manusia jadi hitam dan tak rasa berdosa lagi. Hingga dia bangga pula berbuat dosa. Dengan dosa bertambah dosa yang lain.
Dalam satu hadis yang berbunyi:
"Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan al-mujahirin. Sesungguhnya di antara perbuatan mendedahkan dosa itu adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam. Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya. Lalu dia menceritakan kepada orang lain dengan katanya: ‘’Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’’. Sedangkan dia telah tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang Allah tutupkan dari dirinya."
Riwayat Al-Bukhari (6069)
Dia buat maksiat secara tertutup tapi dia dedahkan dan dan dia bangga pula dengan dosanya, maka orang begini Allah tak akan ampunkan.
5. Dosa menyebabkan akhlak buruk dan memberi kesan kepada ahli keluarga dan kawan-kawan kita. Ada sebahagian salaf berkata: 'Bila aku buat dosa maka aku dapati kesannya pada peliharaan aku dan isteri aku dan anak aku".
Jadi, kesan dosa kita mereka pun kena tempias.
Bagaimana mendapat rezeki yang berkat?
Iaitu dengan:
1. Istighfar dan taubat. Kerana dosa menghalang rezeki maka untuk membukanya dengan istighfar.
Ada orang bertanya kepada Hassan al Basri, 'kebun ku tak berbuah tolonglah aku." Maka jawab Hassan al Basri,' Istighfar lah engkau, kerana Allah berfirman dalam surah Nuh:
"Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun-, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS. Nuh : 10-12).
2. Solat
Dalilnya surah Taha: 132
132." Dan perintahkanlah keluargamu melaksanakan salat dan sabarlah dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik di akhirat) adalah bagi orang yang bertakwa."
Di sini Allah perintah dirikan solat, Dia akan beri rezeki.
3. Sentiasa bertaqwa kepada Allah
Selain solat kena bertaqwa iaini sentiasa taat kepada Allah dalam setiap urusan..
Dalilnya lihat surah at Talaq :2,3,
:Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar," (QS Surah At Talaq ayat 2).
"Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. ( At Talaq:3)
Kesimpulan.
Urusan rezeki bukan semuanya di tangan kita. Allah lah pemberi rezeki sebenar. Walau apa pun rezeki kita , tetaplah taat dengan perintah Allah. Kelak Allah pasti memberikan pemberian Nya. Allah maha kaya.
Padang Jawa.
11/8/23
Ulasan
Catat Ulasan