Langkau ke kandungan utama

80) ADAKAH MENGIRIM BACAAN AL QURAN ITU DISYARIATKAN?

Bismillah
Assalamualaikum,      

     Adakah disyariatkan mengirim pahala bacaan al quran kepada si mati?

        Yang pertama sekali, yakinkah si pembaca tadi bahawa  dia ikhlas dalam bacaannya kepada si mati? Atau ianya  kerana upahnya atau hidangan nya sahaja.? Kalau tidak ikhlas, maka mana datangnya pahala yang hendak dikirimkan? 
,.
 Sekarang kita kaji.
        
     Apakab Al quran sudah ada di zaman nabi s.a.w ? Ada.
       Adakah orang mati ada di zaman nabi? Ada.
      Adakah orang mati si zaman nabi s.a.w  memerlukan doa dari orang hidup ? Ya, perlu.

       Memang  orang yang meninggal memerlukan  doa dari yang hidup. Kalau boleh,  orang yang meninggal itu  ingin balik lagi ke dunia. Nak bersedekah ,nak beramal soleh. Bererti dia perlukan kiriman-kiriman dari kita. Doa anak yang soleh ,  sedekah jariah dan  macam-macam  lagi.
     
        Tapi ternyata dari semua kiriman-kiriman  itu tidak termasuk kiriman  bacaaan al quran. Padahal zaman nabi al quran sudah ada, orang meninggal sudah ada, keperluan mengirim juga sudah ada dan tiada halangan yang boleh menghalangnya.  Tapi nabi sengaja meninggalkan kiriman bacaan al quran kepada di mati. Dan para   sahabat juga sengaja tidak berbuat begitu. Kenapa? Pada hal ramai para sahabatnya yang meninggal.
  
        Ini   bererti kalau sesuatu itu  ditinggalkan oleh nabi dan  sahabat   , bermakna ianya tidak  disyariatkan . 
     
         Masalah ini khilaf di antara ulama. Mereka mengkiaskan,  jika haji , umrah  dan sedekah boleh diwakilkan  , kenapa baca quran tidak boleh  di wakilkan ? Kerana katanya  , dalam haji pun  ada bacaan  quran?  Ya, kalau di kiaskan memang betul. 
      
         Tapi kalau memang dibolehkan kenapa nabi tak tunjukkan? Dijawabnya, tak semua mesti nabi tunjukkan. Maka , jika begitu bermaksud nabi belum selesai tugas dakwahnya. Ini bererti nabi tidak sempurna tugasnya dalam menyampaikan syariat. Mustahil nabi tidak sempurna tugasnya.
     
        Atau adakah nabi tidak tahu ianya benda baik? Kalau tahu   , kenapa tak sampaikannya atau  kerjakannya? Adakah nabi tidak  bersifat tabligh atau tak sempurna amalannya?
       
        Sesuatu yang keluar dari jalan yang utama pasti tidak sama. Nabi pernah  membuat satu garis lurus yang panjang di depan para sahabatnya. Di tepinya ada garis-garis yang kecil di kiri  dan   kanannya.  Lalu kata nabi s.a.w,    ini  jalanku,  ikutkan. Jangan ikut jalan-jalan   kecil ni.
      
        Jalan   nabi sudah jelas.  Tidak ada bacaan quran yang dihadiahkan,  baik yang ditunjukkan  melalui    kata-kata beliau ,  baik perbuatan beliau  atau pun persetujuan beliau.  Tidak ada.

        Ada kaedah fikh yang cukup ma’ruf di kalangan para ulama iaitu,

الأصل في العبادات التحريم

“Hukum asal ibadah adalah haram (sampai adanya dalil).”

     
        Lalu ada sebahagian ulama yang membolehkan   dengan keluar dari jalan utama. Maka bila keluar dari jalan utama pasti kaedahnya  tidak sama. Iaitu dengan  cara mengkiaskannya dengan  amalan  haji, bayar hutang dan sebagainya. 
       
           Maka kita katakan bahawa menurut jumhur ulama bahawa dalam masalah ibadah tidak  berlaku kias.  Ia perlukan dalil. Jika tiada dalil, maka tiada ibadah tersebut.

        Sebab jika berlaku kias  maka semua yang bid'ah  akan menjadi syariat. Jika yang itu boleh maka yang ini pun boleh. Semuanya  dipakai  dengan  menamakannya bid'ah hasanah.



Kesimpulan.

         Amalan nenek moyang yang diikuti oleh orang ramai bukanlah bermakna ianya benda  yang benar.  Apa pun amalan soleh perlukan dalil atau perlu ittiba' kepada sunnah nabi.  Itu lah jalan yang diterima Allah.


Padang Jawa.
4/8/23



         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...