Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2023

92) APA TIPUDAYA SYAITAN KEPADA PEMBACA QURAN?

Bismillah.   Assalamualaikum,          Membaca isti'azah sebelum membaca al  fatihah atau membaca quran hukumnya sunat. Begitu  juga apabila mula membaca di tengah-tengah al quran, kena baca isti'azah, tapi tak perlu bismillah. Membaca bismillah bila di awal surah sahaja.  Kerana perintah Allah bila nak baca al quran kena baca isti'azah. Iaitu,         Apa dalilnya? Iaitu di surah an Nahlu: 98,          Apabila kita hendak membaca al quran maka hendaklah kita memohon perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam.       Kenapa minta perlindungan dengan Allah tidak kepada  manusia ?  Kerana Allah yang mencipta syaitan, maka Allah tahu bagaimana  nak mengelak tipu daya syaitan. Sebab hanya Allah lah sahaja yang kuat untuk melawan tipu daya syaitan.         Persoalannya,  kenapa syaitan mahu mengganggu orang yang nak baca al quran? Dan adakah bila baca isti'azah tentu selamat dari syaitan? Contohnya, kita baca isti'azah sebelum makan, t

91) APA KEKUATAN ORANG BERIMAN?

   Bismillah. Assalamualaikum,           Siapakah orang yang kuat dalam menerima ujian dalam perjalanannya untuk  mendapat rahmat Allah?  Lihat apa kata Allah dalam surah an Nahl: 42 ini,          Iaitu orang yang sabar dan selepas itu bertawakkal kepada Allah.   Inilah  dua senjata bagi orang yang berhijrah dari jahil kepada iman dan amal untuk mendapat rahmat Allah,  iaitu, 1. Sabar 2. Tawakkal       Jadi, orang yang ingin mengubah hidupnya dari jalan hidup yang lama kepada jalan hidup yang baru yang mengikut hidayah Allah, perlukan kesabaran. Sabar dalam menuntut ilmu, sabar beribadah, sabar meninggalkan larangan Allah, sabar menghadapi ujian dan sebagainya.          Selepas sabar , serahkan urusan atau keputusan yang diambil,   iaitu bertawakkal kepada Allah apa hasilnya. Ada orang sabar tapi tak serah pada Allah maka ia gagal. Ada orang serah pada Allah tapi panas baran. Tak sabar. Lepas marah , baru  nak serah  pada Allah , tengok-tengok  dah terlepas caka

74) APA PERNIAGAAN YANG PASTI UNTUNG?

Bismillah. Assalamualaikum,           Setiap orang mahukan keuntungan semasa hidup  ini. Semua orang tak mahu rugi. Allah berjanji akan beri keuntungan yang pasti dan besar bagi sesiapa yang mahu. Apakah perniagaan itu? Lihat surah al Fathir:29 "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah (Al-Qur`ān), mendirikan salat, dan menginfakkan sebagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepadanya dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan rugi." (QS. Fathir (35): 29).             Jika kita berniaga kadang ada untung  kadang rugi. Tapi Allah kata dia nak beri satu perniagaan yang pasti untung. Tidak ada perkataan yang lebih benar selain dari kata-kata Allah.  Apa kah Perniagaan itu?               Allah dah beritahu tanpa ada rahsia lagi kepada semua manusia jika dia mahu. Iaitu ada tiga perniagaan yang Allah jamin keuntungannya iaitu: 1. Membaca alquran 2. Mendirikan solat 3. Infak sebahagian harta    

75) HENDAK TIPS MERAIH CINTA ALLAH?

Bismillah. Assalamualaikum,               Apabila Allah cintakan hamba Nya  dia akan membalasnya dengan nikmat yang terbesar iaitu syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya.         Seperti kata Allah dalam al quran surah ar Rahman: 46, “Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya, ada dua syurga”  (Ar-Rahman: 46)        Semua orang mahukan syurga. Tidak ada orang yang tidak mahu. Tapi sebelum itu bagaimana cara kita hendak meraih cinta Allah supaya akhirnya kita diberi ganjaran syurga? Baca 10 tips bagaimana meraih cinta Allah : 1. Membaca al quran dengan faham.          Ada sahabat dulu yang sedang membaca al quran dalam solat ketika menjadi pengawal malam, telah di panah. Sahabat itu tidak berhenti hinggalah panahan yang kedua sampai. Ia tak berhenti membaca al quran tetapi kerana mengingatkan pesanan nabi supaya menjaga keselamatan  pasukan maka ia terpaksa berhenti.          Begitu lah tahap cinta sahabat dulu kepada  al quran. Tapi

77) KENAPA PENTING BERAKHLAK MULIA?

Bismillah. Assalamualaikum,                        Nabi s.a.w datang untuk menyempurnakan akhlak yang mulia kepada manusia. Akhlak seseorang itu dapat dipandang oleh manusia maka ia melambangkan agama yang dibawanya. Jika buruk akhlaknya maka agama itu pun dipandang buruk juga.           Ada peristiwa di zaman nabi yang melambangkan akhlak nabi yang mulia . Dan ada pula peristiwa sekarang yang telah menyimpang dari akhlak nabi yang sebenar.           Mula-mula kita lihat kisah yang berlaku di dalam satu masjid di satu negeri. Seseorang telah mencuri tabung masjid . Kemudian ia ditangkap dan telah dihukum,  dikasari dengan melampau oleh Ajk masjid tersebut  yang ianya  memakai serban , pakai jubah, yang tak berhenti mengikut kuliah maghrib di situ. Tapi sayang, hati mereka tiada rahmat kepada orang lain. Semuanya mengikut hawa nafsu yang geram sahaja. Akhlak nabi         Kita lihat pula bagaimana akhlak nabi yang lembut hingga orang kafir jadi beriman. Ada seorang kafir bern

78) BOLEHKAH SALAHKAN TAKDIR BILA BERBUAT DOSA?

 Bismillah. Assalamualaikum,              Jika ada   orang bertanya  adakah manusia patut dihukum kerana kesalahannnya dan kemaksiatannya,  padahal Allah telah  mentakdirkan hal tersebut sejak di lauh mahfuz lagi?         Maka di jawab oleh Syeikh Muhammad bin Shalih Utsaimin lebih kurang begini:        ' Ya, memang benar manusia akan dihukum kerana  kesalahan   dan  dosanya yang ia  lakukan.  Jika kesalahann itu bukan kesalahan kesyirikan,  maka samada ia akan dihukum atau tidak ia    bergantung kepada kehendak  Allah.  Tidak diragukan lagi bahawa  setiap  kesalahan ianya adalah dalam ilmu Allah dan kehendaknya.  Hal tersebut telah tertulis di lauh mahfuz dan telah diketahui Allah sejak ia dalam perut ibunya lagi.         Jika Allah tidak mengetahuinya  bermakna Allah itu lemah dan ilmunya terbatas. Itu mustahil.        Akan   tetapi apa  yang  tertulis di lauh mahfuz itu  tidak diketahui  oleh kita manusia . Hingga kita hendak beralasan dengan sebab ia sudah tertulis

69) APA AKIBAT TINGGALKAN AL QURAN?

Bismillah.   Assalamualaikum,         Para sahabat  nabi dahulu berkata bahawa mereka belajar ilmu dari rasulullah  s.a.w hingga faham  dan terus beramal.. Tidak tunggu -tunggu lagi. Itu lah method yang diajar oleh rasulullah s.a.w.         Tapi cara ini masyarakat kita  tak amal lagi. Mereka diajar bahawa wajib baca quran dengan  betul dahulu.  Jika bacaan salah maka berdosa. Maka berterusanlah   masyarakat  belajar membaca quran sehingga benar-benar betul  bacaan dan baca lagi hingga khatam berkali-kali.          Ditambah pula ada hadis yang mengatakan bahawa membaca satu huruf dapat 10 pahala.  Akhirnya dengan method salah baca quran berdosa dan baca dapat 10 pahala, akibatnya  masyarakat hanya fokus kepada membaca  sahaja.       Manakala method yang diajar nabi tak di gunakan. Sedang kan tujuan sebenar al quran diturunkan ialah sebagai huda, iaitu petunjuk. Iaitu memandu, membimbing menunjuk manusia ke jalan yang Allah redha. Sedangkan prasyarat untuk itu adalah  dengan

68) APA PUNCA KEJAHATAN? APA PUNCA KEBAIKAN?

Bismillah. Assalamualaikum,          Terjadi segala macam kejahatan baik di timur mahupun di barat , dibuat oleh manusia kepada manusia yang lain.  Yang kuat menindas yang lemah, pembunuhan, penyiksaan, kufur kepada Allah  , maksiat dan sebagainya . Kenapa ini berlaku?          Allah tahu segala-gala punca ianya berlaku, lantas Allah berfirman dalam surah an Nahl: 60, "Bagi orang-orang yang tidak beriman pada (kehidupan) akhirat, (mempunyai) sifat yang buruk; dan Allah mempunyai sifat Yang Mahatinggi. Dan Dia Mahaperkasa, Mahabijaksana." ( An nahl:60)              Iaitu puncanya ialah manusia tidak percaya kepada hari akhirat. Sebab bila tidak percaya kepada akhirat, maka ia tidak percaya  kepada pembalasan dari Allah.  Mereka akan buat apa saja kejahatan  kerana mereka fikir  tidak ada pembalasan. Manakala orang yang nak buat amal  soleh pula  kecewa kerana walaupun  d ah buat baik tapi tiada  balasan baik.. bahkan di dunia  mereka ada yang dihina,  b