Langkau ke kandungan utama

78) BOLEHKAH SALAHKAN TAKDIR BILA BERBUAT DOSA?

 Bismillah.
Assalamualaikum,

     


       Jika ada   orang bertanya  adakah manusia patut dihukum kerana kesalahannnya dan kemaksiatannya,  padahal Allah telah  mentakdirkan hal tersebut sejak di lauh mahfuz lagi?

        Maka di jawab oleh Syeikh Muhammad bin Shalih Utsaimin lebih kurang begini:

       ' Ya, memang benar manusia akan dihukum kerana  kesalahan   dan  dosanya yang ia  lakukan.  Jika kesalahann itu bukan kesalahan kesyirikan,  maka samada ia akan dihukum atau tidak ia    bergantung kepada kehendak  Allah.  Tidak diragukan lagi bahawa  setiap  kesalahan ianya adalah dalam ilmu Allah dan kehendaknya.  Hal tersebut telah tertulis di lauh mahfuz dan telah diketahui Allah sejak ia dalam perut ibunya lagi.

        Jika Allah tidak mengetahuinya  bermakna Allah itu lemah dan ilmunya terbatas. Itu mustahil.

       Akan   tetapi apa  yang  tertulis di lauh mahfuz itu  tidak diketahui  oleh kita manusia . Hingga kita hendak beralasan dengan sebab ia sudah tertulis itu apabila kita membuat kesalahan  . Jika kita memberi alasan ia sudah tertulis , dari mana kita tahu ia tertulis begitu? Apa bukti yang kita tahu ianya ditulis begitu? Sebenarnya itu hanya sangkaan kita yang tanpa bukti sahaja.'
     
         Siapa yang boleh mengatakan seseorang itu akan  melakukan dosa itu dan ini pada masa  sekian-sekian?  Tidak ada manusia  yang  tahu. 

Lihat surah  Luqman:34
"Dan tiada seseorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya."

       Ini bukti bahawa kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang. Atau apa yang akan terjadi esok atau bila kita mati .

        Jika kita memberi alasan sesuatu  perbuatan kita yang akan  datang itu sudah ditakdir,  maknanya kita sudah tahu sebelum ianya terjadi.  Sebab itu sebahagian ulama berkata , " takdir itu bersifat rahsia dan tertutup dan  tidak diketahui sehinggalah  ianya terjadi".

       Jika dia masih juga mahu memberi alasan dia bermaksiat kerana takdir, kita ikat saja dia dan letak dia di tengah jalan biar dia dilanggar kereta. Bila dia kena langgar katakan padanya ini sudah takdir. Adakah dia mahu? Mesti dia tidak mahu. Kalau begitu tidaklah benar dosa kita itu adalah disebabkan takdir semata-mata.. Sebab kalau dia beralasan itu sebab takdir dia mesti sanggup dan terima  ia  kena langgar tadi di sebab takdir juga.

         Tanyalah ia apakah ia tahu hujan  akan turun esok? Tentu tidak.  Sesudah hujan  turun barulah ia tahu Allah telah takdirkan hujun turun. 

Lihat surah al A'raf :168
168." Dan Kami pecahkan mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan; di antaranya ada orang-orang yang saleh dan ada yang tidak demikian. Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran)"

       Allah berikan seseorang itu nikmat dan musibah untuk menguji manusia. Manusia dikurniakan akal tidak seperti haiwan. Manusia boleh memilih mana yang baik mana yang buruk.

       Jikalau alasan  mereka itu dibenarkan maka tidaklah ada azab Allah lagi kepada orang yang berdosa. Maknanya tidak ada beza orang yang zalim dan orang yang kena zalim.

   Lihat surah an nisa;165

165." Rasul-rasul itu adalah sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, agar tidak ada alasan bagi manusia untuk membantah Allah setelah rasul-rasul itu diutus. Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana."


        Sekiranya alasan takdir itu diterima maka tidak lah berguna nabi dan   rasul di utuskan kepada manusia, mengajar dan mengajak manusia supaya berbuat kebajikan dan menjauhkan yang buruk.

         Nabi bersabda " setiap orang telah ditentukan tempatnya samada di syurga atau dineraka  . Para sahabat bertanya  , "kenapa kita tidak meninggalkan  amal lalu berserah kepada takdir  saja?
        
        Baginda menjawab  " tetaplah beramal kerana manusia itu dimudahkan  sesuai dengan suratan  takdirnya. Kemudian beliau membaca ayat,  "maka sesiapa yang memberikan hartanya dijalan Allah  dan  bertaqwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik( Syurga) maka akan  Kami              mudahkan  baginya jalan menuju kebahgiaan (syurga), Adapun orang yang kikir dan  merasa dirinya cukup ( tak perlu pertolongan Allah) dan mendustakan pahala yang terbaik maka Kami akan mudahkan   baginya jalan  menuju kesukaran ( neraka)  .
( hadis Bukhari :4949)



Kesimpulan.

         Sungguh  takdir  itu hanya diketahui oleh Allah ilmunya.  Ia bersifat rahsia dan tertutup kepada pengetahuan manusia. Kita hanya diperintahkan beramal soleh  semampu kita dan   menjauhkan  dari dosa. Inilah yang dituntut kita melakukannya. Bukan  menjadi seperti orang yang tidak berakal yang melakukan  apa saja selepas itu  menyalahkan takdir.



Klang.
2/8/23

    

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...