Langkau ke kandungan utama

74) APA PERNIAGAAN YANG PASTI UNTUNG?

Bismillah.
Assalamualaikum,



          Setiap orang mahukan keuntungan semasa hidup  ini. Semua orang tak mahu rugi. Allah berjanji akan beri keuntungan yang pasti dan besar bagi sesiapa yang mahu. Apakah perniagaan itu?


Lihat surah al Fathir:29
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah (Al-Qur`ān), mendirikan salat, dan menginfakkan sebagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepadanya dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan rugi." (QS. Fathir (35): 29).

            Jika kita berniaga kadang ada untung  kadang rugi. Tapi Allah kata dia nak beri satu perniagaan yang pasti untung. Tidak ada perkataan yang lebih benar selain dari kata-kata Allah.

 Apa kah Perniagaan itu?

              Allah dah beritahu tanpa ada rahsia lagi kepada semua manusia jika dia mahu. Iaitu ada tiga perniagaan yang Allah jamin keuntungannya iaitu:

1. Membaca alquran
2. Mendirikan solat
3. Infak sebahagian harta

           Membaca quran tidak bermaksud baca  dengan tajwid yang betul hingga khatam sahaja. Baca itu maknanya baca , faham, amal dan dakwahkan isinya kepada orang ramai. Sebab nabi tak baca saja quran itu bahkan ia amal dan dakwahkanya sekali. Kerana dengan al quran saja akan dapat merawat hati-hati manusia yang berpenyakit hingga ia selamat bila bertemu Allah nanti. Tapi ramai orang salah faham. Dia baca dan hafal sahaja al quran itu tanpa faham isinya. Bertahun-tahun dia baca saja  hingga habis umurnya. Ini tidak akan mengubah penyakit yang ada dalam hatinya. Yang mengumpat dan kedekut terus mengumpat dan kedekut.

           Selepas memahami al quran maka mendirikan solat adalah amal yang paling utama. Dengan solat Allah janjikan bermacam-macam  ganjaran,  contohnya solat sunat subuh Allah beri  ganjaran lebih dari dunia dan isinya. Sebab itu juga orang bangun malam untuk mendirikan solat ketika orang lain sedang tidur. 

         Tapi ada orang  berniaga tapi dia tinggalkan solat sebab meniaga. Dia ingat meniaga lebih besar dari solat. Walaupun berapa keuntungan meniaga yang ia dapat, pahala solat itu tetap lebih besar. Itulah tanda orang yang rugi. Allah janjikan keuntungan yang pasti  dengan solat tapi dia tinggalkan solat hanya kerana meniaga atau bekerja yang untungnya tak seberapa.

          Satu lagi perniagaan yang Allah janjikan keuntungan ialah infak harta atau   wang ringgit di jalan Allah. Harta ialah benda yang manusia paling sayang. Sebab itu dia sayang sangat nak beri  kepada orang lain dijalan  Allah. Dia takut harta dia berkurang. Tapi dia tak tau janji Allah itu lebih besar dari harta yang dia simpan ketat-ketat tu. Allah janjikan syurga tapi manusia tak nampak. Dia kejar dunia. Setelah mati baru menyesal.

         Orang yang cerdik  akan cari perniagaan yang paling menguntungkan . Ganjaran syurga yang mengalir sungai-sungai  di bawahnya adalah satu ganjaran yang tidak akan di dapati di dunia walau sekaya mana pun ia. Walau ia ada kekayaan 10 billion sekalipun takkan mampu mengadakan sesuatu yang sama walaupun hanya   sekadar pintu syurga Allah.

Kesimpulan

           Allah janjikan keuntungan perniagaan yang pasti  hanya kepada orang beriman. Orang yang tidak percayakan akhirat tidak akan merasa keuntungan itu . Kenapa  kita masih lagi membuang-buang masa untuk menuntut janji Allah ini?



Padang Jawa.
22/7/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...