Langkau ke kandungan utama

92) APA TIPUDAYA SYAITAN KEPADA PEMBACA QURAN?

Bismillah.  
Assalamualaikum,


         Membaca isti'azah sebelum membaca al  fatihah atau membaca quran hukumnya sunat. Begitu  juga apabila mula membaca di tengah-tengah al quran, kena baca isti'azah, tapi tak perlu bismillah. Membaca bismillah bila di awal surah sahaja.  Kerana perintah Allah bila nak baca al quran kena baca isti'azah. Iaitu,

        Apa dalilnya? Iaitu di surah an Nahlu: 98,
         Apabila kita hendak membaca al quran maka hendaklah kita memohon perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam.

      Kenapa minta perlindungan dengan Allah tidak kepada  manusia?  Kerana Allah yang mencipta syaitan, maka Allah tahu bagaimana  nak mengelak tipu daya syaitan. Sebab hanya Allah lah sahaja yang kuat untuk melawan tipu daya syaitan.

        Persoalannya,  kenapa syaitan mahu mengganggu orang yang nak baca al quran? Dan adakah bila baca isti'azah tentu selamat dari syaitan? Contohnya, kita baca isti'azah sebelum makan, tapi makan dengan tangan kiri, adakah kita telah selamat dari syaitan? 
      
        Jadi, adakah dengan hanya membaca isti'azah sudah selamat dari syaitan? Kalau tidak , bagaimana hendak selamat?

       Contoh lagi jika seseorang membaca isti'azah dengan  kuat sebelum solat konon nak jauh dari syaitan. Kuatnya itu hingga mengganggu orang lain, maka syaitan tak kisah pun  jika baca isti'azah kerana dengan itu ia dapat mengganggu orang lain.

         Sebab itu , penting untuk kita  tahu cara-cara syaitan menipu manusia. 
     
       Sebelum baca quran, Allah suruh minta berlindung dari syaitan. Maknanya syaitan memang akan kacau orang yang nak baca quran. Kalau tak ganggu tiada makna Allah suruh baca.

Apa Tujuan Syaitan?

       Apa target syaitan dalam mengganggu manusia? Ini perlu kita tahu sebab kalau tak tahu, memang kita  kena tipu oleh syaitan selama ini. Antara berikut  yang mana target syaitan  kepada manusia yang baca quran?
A. Mengantuk
B tertidur
C. Riak
D .tak faham.

         Jawapannya ialah 'tak faham'.  Inilah target syaitan iaitu supaya manusia tak faham apa yang ia baca. Inilah yang syaitan takut sekali iaitu ia takut kalau manusia faham isi quran.  Kenapa syaitan takut kepada orang yang faham quran?
   
       Sebab quran itu  sumber hidayah kepada manusia. Bila dia faham dan  ikut quran, maka masa itu syaitan susah nak tipu dia lagi. Iaitu bila orang itu faham al quran, maknanya ia   berilmu dan faham agama. Dan jalannya akan lurus mengikut jalan yang diredhai Allah.
       
        Syaitan tak takut kepada orang yang setakat baca , hafal  dan khatam quran  sahaja, tapi  tak faham apa yang ia baca.
        
       Dan siapa kroni syaitan? Iaitu orang kafir. Target syaitan ialah supaya orang baca quran tapi tak faham. Apa pula target orang kafir kepada  orang yang baca quran?  Lihat surah Fussilat:26,

       Syaitan dan orang kafir itu satu matlamat dan satu tujuan. Apa yang syaitan  mahu itulah yang orang kafir mahu.
     
       Bila orang kafir berkata kepada orang Islam supaya jangan dengar alquran , apa maksud dengar di situ? Adakah setakat dengar sahaja? Tidak. Maksudnya ialah dengar sehingga faham akan al quran itu. Maksudnya jangan faham isi al quran itu. Inilah perangai orang kafir dulu ,  kini dan selamanya. 

Kenapa Orang Kafir Tegah dari Faham al Quran?
    
       Sebab pada zaman nabi ramai orang kafir masuk Islam kerana mendengar al quran dibaca kepada mereka. Sebab itu orang kafir sangat melarang quran dari diperdengarkan. Kerana mereka takut orang akan masuk Islam.  Bila masuk Islam  mereka berubah 180 darjah dan ini mengancam mereka. Itu sebab mereka sekat al quran dari di dengar.
     
       Bila nabi baca juga quran kepada orang ramai, maka orang kafir akan buat bising dan buat kacau supaya manusia tak mendengar quran dari nabi. Bila tak dengar maka tak faham,   dengan cara itu saja orang kafir dapat mengalahkan dan mengatasi orang islam.
         
        Bila orang Islam tak faham isi al quran maka ia tak beramal dengan quran, bila tak beramal maka orang kafir akan menang mengatasi orang Islam.

      Tapi akhirnya  nabi dan sahabat menang juga. Seluruh Mekah menjadi Islam.  Adakah menangnya itu dengan sebab,
1. Ekonomi?
2. Pengurusan yang cekap?
3. Atau para sahabat beramal dengan quran?

      Jawapannya ialah kerana sahabat beramal  dengan   quran. Ekonomi Madinah zaman nabi tidak sekuat mana. Masjid dibuat dari pelepah tamar saja tapi sentiasa penuh  orang solat.  Quran menjadi darah daging mereka zaman itu. Bila ditanya bagaimana akhlak nabi? Aishah menjawab bahawa akhlak nabi ialah alquran. Begitu juga sahabat, dapat satu ayat, amal satu , dapat lagi amal lagi. Akhirnya orang kafir tewas.
      
        Jadi, matlamat orang kafir dan syaitan sama. Setakat nak baca silakan tapi jangan faham quran.
        
Bagaimana syaitan mengacau? 

      Antaranya  ialah  mengantuk. Bila mengantuk,  manusia hikang fokus dari memahami alquran. Kedua , syaitan hasut supaya fokus nak khatam. Bila kejar nak khatam, maksud ayat ditinggalkan. Khatam dah berkali-kali, tapi satu ayat pun tak faham. Mana lebih penting, khatam atau faham maksud walau satu ayat?
           
        Sahabat nabi dulu lebih tumpu kepada faham isi quran dari khatam. Yang kebih baik ialah faham dan khatam quran.  
       
         Syaitan suka jika kita tak faham quran. Sebab kalau tak faham, tidak ada apa-apa yang berubah dalam hidup kita. Bagaimana nak berubah, jika suruhan dan larangan dalam quran kita langgar sahaja? Bagaimana akan jadi lebih baik?
   
       Bila tiada ilmu dan amal ,  yang panas baran, terus panas baran, yang kedekut terus kedekut, yang buang masa tengok handphone terus buang masa. Akhirnya apa pun tak berubah, sedangkan masa terus menelan  usia kita..
       
       Saidina Umar r.a sebelum dia tahu isi quran, ia panas baran  sampai nak membunuh nabi s.a.w.  Tapi bila nabi wafat, dia hendak memancung sesiapa yang kata nabi telah wafat kerana terlalu cinta  kepada nabi. Itu bukti bahawa dengan faham quran dia berubah 180 darjah dari jahil kepada ilmu.
       
        Tapi dengan hanya khatam sejak  muda sampai ke tua, takkan mengubah apa-apa jika tidak tahu apa yang dibaca. Bacalah isti'azah , syaitan akan senyum sahaja. Tapi jika kita faham atau berusaha nak faham quran, dengan baca isti'azah syaitan jadi  sangat marah.

         Jadi , dari  2 ayat di atas kita kena berhati-hati dengan tipudaya syaitan. Baca quran tapi tak faham isinya, memang kena tipu saja .
         
       Sebab itu ulama berkata bahawa lebih baik kita baca satu ayat dan amal, daripada khatam quran tapi tak faham.
   
        Ada   sahabat  dulu bila baca ayat di bawah mereka menangis kerana terasa seperti kena pada dirinya  iaitu,
        Allah banyak beri perumpamaan dalam quran seperti orang yang membaca kitab tapi tak beramal ia umpama kaldai. Kerana kaldai akan bawa saja apa barang yang diletak tanpa ia tahu apa barang itu. Begitu pula orang yang ada kitab, tapi tak tahu apa isinya apalagi mengamalkannya. Atau orang yang khatam quran 10 kali, bila ditanya apa isinya, ia tak tahu.
          
       Hanya orang yang berilmu faham perumpamaan yang Allah beri.  Tapi orang yang tak faham maknanya ia jahil.
      
        Sebab itu sahabat yang  tahu  perumpamaan dalam quran, ia menangis sebab terasa Allah menegurnya. Kalau tak terasa, itu tanda ia jahil.
     
       Tapi kita bila khatam dengan tak faham, kita menangis atau suka? Kita suka sebab dah khatam, tapi sebenarnya kita  umpama kaldai,  tapi kita tak tahu.
      
       Manusia kalau tak faham quran lalu ia beramal dengan apa yang bercanggah dengan quran, ia masuk neraka. Tapi kaldai walau apa pun ia buat, ia hanya jadi tanah di akhirat nanti, tidak masuk neraka. 


Kesimpulan

        Kalau kita nak berubah, bila baca satu ayat , fahamkan dan amalkan.  Buat lagi dan lagi. Insya allah kita akan berubah. Jangan target nak khatam sahaja, tapi tak faham apa yang dibaca  maka kita kekal seperti yang ada. Akhlak dan amal tak bertambah baik.  Kalau baca quran pun boleh kena tipu, kalau tak baca langsung, 10 kali kena tipu. Itulah tujuan syaitan.


Klang.
31/8/23


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicinta...

174) MENGAPA PERLU KENAL SUNNAH NABI S.A.W?

Bismillah, Assalamu'alaikum,         Mengapa perlu kenal sunnah nabi s.a.w? Kerana dengan itu kita akan kenal apa itu bid'ah. Kenapa perkara ini perlu dibahas? Kerana ramainya orang membahas syariat. Sehingga dengan keahliannya beretorika, atau kepintarannya dalam berlogika, hingga boleh memahamkan orang yang tidak faham , bahawa bid'ah itu sama dengan sunnah.  Dan hingga semua bid'ah itu dianggap bid'ah hasanah.  Sehingga baginya tidak ada lagi bid'ah yang dholalah (sesat).         Dengan mafhum seperti itu, diakui atau tidak diakui, maka setiap kali lahir bid'ah , asal baik dianggap oleh pelakunya, maka mereka panggil ia  bid'ah hasanah.         Oleh itu, daripada kita payah memikirkan definisi bid'ah ini, yang mana definisi bid'ah itu semakin hari semakin berkembang, semakin hari semakin membuka peluang untuk memasukkan hal-hal yang bukan dari sunnah menjadi sesuatu yang tak terpis...

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...