Langkau ke kandungan utama

75) APA MAKNA 'TENANG DENGAN ZIKRULLAH' ?


Bismillah.
Assalamualaikum,


          Semua orang hendakkan ketenangan. Ada bermacam-macam cara orang mencari ketenangan. Ada  dengan cara latihan spiritual  , ada dengan yoga,   ada dengan masuk hutan dan bermacam -macam cara lagi yang terlintas di fikiran manusia.

         Tapi Allah yang maha Agung yang mencipta kita semua telah menunjukkan cara mencari  ketenangan di dalam al quran.

Lihat surah ar Ra'd:28,
28." (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram."

       Dari ayat di atas,  apa yang Allah nak bagitau kita ?  Iaitu ketenangan itu letaknya  di hati, bukan pada pakaian, bukan pada fizikal kita, bukan pada jawatan, bukan pada wang kita.  Semua orang hendak ketenangan, tapi mereka lupa bahawa ketenangan bukan terletak pada luaran atau  pada material. Berapa ramai yang berpangkat, hartanya  banyak tapi hatinya tak tenang.  Berapa  ramai pula yang tiada apa-apa tapi dia tenang , dia  tawakkal kepada Allah.
        
        Sekali lagi, tenang  itu letaknya  di hati . Selagi hati tak  tenang janganlah menipu orang mengatakan  kita bahagia. Ada orang suka menyanyi lagu-lagu  kononnya supaya hati tenang dan menghibur orang lain. Tapi berapa ramai penyanyi yang bunuh diri atau hidup dalam stress?

           Yang kedua Allah nak bagitau lagi  ialah satu-satunya jalan  yang membawa ketenangan ialah dengan mengingati Allah  iaitu zikrullah. Maknanya selain dari zikrullah  takkan membawa ketenangan hati. Hanya dengan zikrullah iaitu  mentaati Allah baru hati akan tenang. Cara-cara ibadah itu telah ditunjukkan oleh nabi s.a.w melalui hadisnya yang sahih. Kita hanya perlu ittiba' dan tidak mereka-reka cara yang baru.

Apa Tanda Ketenangan Itu?

         Ulama mengatakan bahawa maksud bila zikrullah hati akan tenang ialah bila ia solat contohnya, dia rasa tenang, bahagia seronok . Tapi bila dia buat maksiat dia  rasa serabut, rasa gelisah dan tak tenang.  Bila berzikir dia rasa tenang, sejuk. Bila dia tenang dia akan buat apa?

            Dia akan sambung lagi , sambung lagi. Bila kita dah seronok kita akan buat lagi dan lagi sampai  lama. Sebab itu bila nabi baca quran bukan 5 minit  tapi berjam-jam. Sebab dengan baca quran  itu menenangkan hati. Itulah makna tenang dengan zikrullah.

         Orang yang dah tenang ini tak rasa seronok dengan makanan  , dengan melancong, tengok pemandangan , tak lebih seronok. Tapi bila solat, berzikir, beribadah   dia rasa seronok dan tenang. Itu tanda orang itu  kembali kepada jalan  Allah. 

Periksa Diri

         Kita boleh periksa diri kita apakah kita suka berzikir 10 kali atau 100 kali? Kalau 10 kali itu tanda kita tak tenang lagi. Bila kita nak cepat sudah itu tanda ia  tak membahagiakan kita. Mana mungkin benda yang membahagiakan kita , kita nak cepat tinggal. Sebab itu kata saidina  Ali , " Kalau boleh dalam solat aku tak mahu beri salam, tapi sebab ada tanggungjawab lain maka aku kena  beri salam".  Itulah tanda orang bahagia dan tenang.

         Ayat 'tenang dengan zikrullah'  di atas selalu orang salah faham. Dia zikir 5 minit saja tapi duduk tepi sungai 5 jam. Dimanakah tenang dengan zikir nya? kalau dia tenang dengan zikir , zikir 5 jam, duduk tepi sungai 5 minit saja. 

         Ada orang beralasan nak tengok sungai tanda kebesaran  Allah. Tapi nabi tak tengok pemandangan berjam-jam , nabi solat berjam-jam.

        Begitu juga bila buat kerja dakwah, sekejap rasa tak puas. Nak pergi lagi.  Itu tanda hati yang tenang. 

Membaca al Quran
 
        Membaca quran adalah suatu yang paling besar yang membawa ketenangan. Sebab  setiap ayat yang kita baca dengan faham, kita  boleh rasa kehebatan Allah , kasih sayang Allah , pemurah  dan pengampunnya Allah. Lagi kita nak baca seterusnya kerana setiap ayat menunjukkan kebesaran dan rahmat Allah. 

        Jadi tanda orang yang kembali kepada Allah ialah:

1. Beriman kepada Allah
2. Suka dengan ibadah/ zikrullah

        Orang yang bangun solat di waktu malam dia rasa lebih lazat dari orang yang tengah makan  , dari orang yang berjalan melancong . Ramai orang yang melancong dan ia tak baca quran dalam masa itu, lupa zikir pagi petang. Dengan alasan nak melihat kebesaran  Allah, hingga tinggal zikir , tinggal al quran. Itu semua  tipu daya syaitan.
 
         Kalau kita lihat pemandangan rasa tenang sekejap saja, selepas satu jam sudah bosan. Tapi dengan zikrullah hati sentiasa tenang dan tidak rasa bosan.  Buktinya bila ada musibah  hati  sentiasa tenang, tidak mengeluh,  memberontak dan marah-marah.  Kenapa?  Sebab hatinya telah kembali ke jalan Allah.

Kesimpulan.

        Jiwa yang tenang itu ialah dengan zikrullah. Zikrullah itu maknanya sentiasa mentaati Allah , tidak bermaksiat dan lama dalam beribadah kepada Alllah.  



Padang Jawa.
25/7/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...