Langkau ke kandungan utama

60) APA CIRI-CIRI ORANG YANG BERJAYA?

Bismillah.
Salam,
        


      Kemuncak kejayaan manusia ialah dapat masuk syurga. Tidak ada kejayaan yang lebih besar dari masuk syurga. Kejayaan lainnya hanyalah kecil sahaja.

       Ramai orang solat atau naik haji dengan  harap  dapat masuk syurga. Ramai juga yang  sedekah.  Tapi untuk masuk syurga bukan mesti lulus solat , bukan mesti lulus puasa sebab dalam  alquran Allah sebut ciri-ciri orang yang akan  masuk syurga . Kadang-kadang Allah tak sebut solat atau puasa. Ini mungkin ada orang salah faham. Tentang sifat orang yang layak masuk syurga.

        Kita mungkin  boleh tahu ciri-ciri usahawan yang berjaya atau orang yang berjaya. Tetapi sifat-sifat  ahli syurga kadang kita tak  tahu pun. Padahal kita semua nak masuk syurga.

        Kalau kata ia mesti  orang berilmu, ada sahabat nabi yang  baru masuk Islam terus pergi perang  lalu mati syahid dan ia masuk syurga. Ilmu pun tak ada lagi. Sebaliknya ahli kitab banyak ilmu tapi kena laknat dan masuk neraka.

        Kalau nak masuk universiti , perangai  hodoh pun boleh masuk.  Yang penting Spm 5A. Penipu , pencuri ke , derhaka mak bapa dapat 5A boleh masuk  universiti. Tapi syurga tidak. Kalau ada 5A rukun islam pun belum  tentu masuk syurga

         Kalau kata yang mengajar kalam  Allah ahli syurga. Ada yang mengajar agama awal-awal lagi masuk neraka.

        Ada juga yang bersedekah  atau berjihad tapi awal-awal  lagi dia masuk neraka. Kenapa? Mesti ada sebab.


        Boleh kah kita masuk istana tapi tak tahu syarat nak masuk? Tentu tidak.


         Banyak Allah sebut ciri-ciri ahli syurga dalam alquran . Tapi sebab kita tak tadabbur maka kita tak tau.
        
Inilah sifat-sifat ahli Syurga yang Allah sebut dalam al quran.

 Lihat surah  al mukminun: 1-11

1.  ."Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman"

        Allah sebut telah berjaya  bermakna sudah tentu akan berjaya orang-orang  tersebut. Allah belum sebut ciri-ciri nya lagi  tapi Allah dah sebut ia tentu berjaya. Maknanya pasti berjaya mereka itu jika ada ciri-ciri  yang akan disebut.

         Perkataan 'sesungguhnya'  itu bermaksud itu pasti dan tetap akan terjadi jika ia ada sifat-sifat yang akan disebut ini. Allah tak mungkin akan berbohong.

       Orang kafir tidak akan masuk syurga. Mesti orang yang  beriman.  Iman itu maknanya percaya iaitu perbuatan hati. Ini asas orang yang boleh masuk syurga.



2. " Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;"

        Iman mesti ada bukti, iaitu mesti ada amalan dari anggota badan. Dan yang paling asas ialah solat. Iman di dalam, dan tanda di luarnya yang paling jelas ialah solat.

         Ada orang solat masuk neraka wail. Maknanya bukan semua yang solat akan diterima.  Kecuali yang khusyuk dalam solatnya. Solat dan solat dengan khusyuk itu dua benda yang berbeza.

       Orang munafik pun solat. Tapi ia pura-pura dan dengan rasa malas sahaja.

Apa Erti khusyuk?

        Kita selalu dengar perkataan khusyuk. Sebenarnya maksud khusyuk ialah  'tunduk dan patuh kepada Allah' . Tunduk dan patuh kepada suruhan dan larangan Allah. Tapi larangan Allah bukan didalam solat sahaja, tetapi luar dan dalam solat. Di luar solat kita berhenti mengumpat, kena tutup aurat, jangan berbohong maka kena patuh semua itu.

         Untuk dapat khusyuk dalam solat kita kena pastikan di luar solat pun khusyuk.  Dalam solat mata lihat tempat sujud, ianya nabi yang suruh. Maknanya diluar solat pun  nabi suruh mata jangan  lihat benda haram, itu maksud khusyuk.

         Di dalam solat kita disuruh dengar apa yang imam baca. Dan di luar solat kita dengar apa yang Allah redha sahaja , itu khusyuk. Apa yang di dalam  solat kita bawa ke luat solat.

         Dalam solat kita bayangkan kebesaran Allah. Di luar solat juga kena fikir kebesaran Allah . Lihat langit Allah cipta betapa tingginya  tapi tiada tiang. Rasa diri  kerdil , tapi nak buat maksiat langgar petintah Allah,  lalu tak jadi buat maksiat.


         Apa yang didalam kita bawa keluar solat  . Insya allah solah kita khusyuk.

         Tapi jika di luar buat benda yang salah, bawa ke dalam solat, solat takkan khusyuk.

         Dua-dua  luar dan dalam solat kena khusyuk tetapi di dalam solat lebih utama kerana di masa itu kita tengah menghadap rabbul jalil. Kalau depan Allah pun tak khusyuk  diluar solat lagi lah takkan khusyuk, senang langgar perintah Allah.

Apa Tanda khusyuk?

          Wajib khusyuk dalam solat. Lihat surah al Ankabut: 45,

"dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."


           Ada dua tanda solat kita khusyuk iaitu dapat mencegah perkara keji  dan mungkar. Jika sebelum ni lihat benda haram,  jika solat khusyuk lepas itu pasti tinggal benda haram. Lepas solat yang khusyuk tinggal mengumpat. Sebab solat yang khusyu ada kesan , ada tandanya.

         Jika lepas solat , masih buat maksiat , bohong ,mengumpat , itu tanda solat tak khusyuk.

         Kalau setakat belajar rukun solat sahaja , tapi tak khusyuk tak boleh masuk syurga.. sebab itu sifat pertama ahli syurga.

          Perhati kan solat kita apakah ada cacat. Kita,  jika rumah bocor cepat-cepat baiki  tapi bila solat bocor buat tak kisah saja.



Apa yang membantu Kita Khusyuk?

a. Faham apa yang kita baca.
Dengan faham fikiran kita akan fokus.

b. Apa saja yang mengganggu solat, buangkan. Contohnya  ,kalau nak kencing jangan tahan, walaupun mungkin terlepas jemaah.

        

3.  "Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia."

Apa makna Lagha?


         Iaitu perbuatan yang sia-sia. Tidak bercakap dalam semua hal kerana di situ tentu termasuk hal yang sia-sia.

' Siapa yang beriman dengan akhirat hendaklah bercakap benda yang baik sahaja, atau ia diam".

         Nabi kata siapa yang dapat jaga dua benda ini,    baginda pastikan ia masuk  syurga iaitu mulut dan kemaluan.

        Susahnya nak masuk syurga seperti susahnya nak menjaga mulut. Sekarang manusia kurang bercakap tapi menulis. Itu juga termasuk.

        

4. "Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat )"


         Zakat itu bermaksud ‘tazkiyatun nafs’. Iaitu mereka membersihkan hati mereka daripada sifat-sifat dalaman yang buruk termasuklah membersihkan diri dari sifat-sifat syirik.

        Ayat ini bukan bermaksud mengeluarkan zakat seperti yang kita fahami itu, tetapi ia bermaksud membersihkan diri dalaman. Kalau kita lihat ayat-ayat Qur’an berkenaan zakat, kalimat yang digunakan adalah وَآتُوا الزَّكاةَ yang membawa maksud ‘pembayaran’ akan tetapi di dalam ayat ini yang digunakan adalah لِلزَّكوٰةِ فٰعِلونَ iaitu dalam bentuk perlakuan. Oleh itu ulama mengatakan yang dimaksudkan adalah orang mukmin itu sibuk dalam membersihkan hati mereka.

        Ini sama pengertiannya dengan apa yang terdapat dalam firman-Nya:

{قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا. وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا}

"sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya". (Asy-Syams: 9-10)

      Maksudnya, mereka berusaha untuk memperbaiki diri mereka dari semasa ke semasa kerana mungkin dia ada masalah sikap dan pergaulan, seperti mudah marah atau masalah kuat makan, tidak suka kepada seseorang dan sebagainya.

       Mungkin juga dia seorang yang mulutnya bercakap lepas sahaja tanpa berfikir, atau dia tidak dapat melupakan perkara-perkara yang remeh-temeh atau asyik memikirkan benda yang membuang masa sahaja (perkara yang lagha seperti yang disebut dalam ayat sebelum ini).

       Mungkin juga dia seorang yang tidak menghormati orang tua, atau mungkin tidak menghargai pengorbanan orang lain terhadap dirinya. Mungkin dia seorang yang hanya memikirkan dan mementingkan dirinya sendiri atau dia seorang yang suka melihat filem-filem yang tidak sopan.


5.  "Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -"


       Kita boleh memenuhi kehendak nafsu kita kepada isteri-isteri kita. Iaitu melalui perkahwinan yang sah. Apabila ia sah, maka anak yang lahir dari perkahwinan itu akan diiktiraf dan mereka akan dijaga.

        Islam adalah agama yang praktikal. Memang setiap insan ada kehendak kepada hubungan lelaki dan wanita. Kita bukanlah seperti agama sesat yang menghalang ahli agama dari berkahwin seperti agama Kristian, Buddha dan Hindu itu. Agama-agama itu telah menolak fitrah semulajadi manusia.

        Memang tidak patut apabila ahli-ahli agama mereka seperti paderi dan sami dihalang dari berkahwin. Siapa yang suruh? Apabila itu berlaku, maka memang ada masalah. Kerana itu kita selalu mendengar kes paderi meliwat budak lelaki di gereja dan sebagainya. Begitulah yang terjadi jikalau kehendak normal ditahan.

         Dan Islam juga tidaklah seperti agama Syiah (kerana mereka bukan Islam pun) yang membenarkan nikah mutaah. Ini pun bahaya juga kerana ianya adalah penzinaan dan pelacuran sebenarnya. Jadi Syiah adalah satu-satunya agama di dalam dunia yang membenarkan, malah menggalakkan penzinaan.

        Maka kenalah kita jelaskan kepada masyarakat tentang Syiah ini. Kena faham agama dan kena tahu betapa sesatnya mereka itu. Kerana kalau jahil agama, kemudian diberitahu pula yang Syiah membenarkan nikah mutaah, maka ramailah yang akan tertarik. Padahal ianya adalah perkara yang haram dilakukan dan melibatkan penzaliman kepada wanita dan kanak-kanak yang lahir hasil dari pernikahan mutaah itu.


6.  "Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -"


أَو ما مَلَكَت أَيمٰنُهُم

"atau hamba yang mereka miliki;"

      Selain dari isteri, halal untuk kita mengadakan seks dengan hamba perempuan. Memang di dalam Islam membenarkan hubungan seks dengan hamba dan mungkin ini menyebabkan ada golongan yang sengaja mencari masalah dengan Islam untuk mereka mengkritik Islam. Ini kerana mereka tidak faham bagaimanakah perkara ini boleh dibenarkan di dalam Islam.

      Kita kena ingat yang surah ini diturunkan semasa zaman perhambaan masih lagi berleluasa di mana wanita-wanita hamba itu dikira sebagai harta benda dan boleh diperlakukan mengikut kehendak tuannya (tentunya dengan syarat-syaratnya). Maka dalam keadaan itu, memang menjadi kebiasaan seorang tuan untuk menggunakan hambanya sebagaimana dia menggunakan isterinya juga.

         Ini tidak menjadi haram kerana hamba perempuan itu menjadi hak tuannya dan menjadi tanggungjawab tuannya juga. Ada persamaan juga dengan perkahwinan kerana di dalam perkahwinan, apabila seorang lelaki itu menikahi seorang wanita maka terjadilah proses pertukaran tanggungjawab daripada wali wanita itu kepada suaminya. Dan Islam walaupun membenarkan perhambaan, tetapi amat menjaga perkara ini supaya tidak terjadi kezaliman kepada hamba-hamba itu.

       Tetapi di dalam Islam, perhambaan ini tidak berterusan kerana memang Islam hendak menghapuskan institusi perhambaan ini. Kerana itulah digalakkan untuk pemilik-pemilik hamba untuk membebaskan hamba-hamba mereka sehinggalah sekarang ini tidak ada lagi perhambaan di dalam Islam. Tapi ia hukum ‘tergantung’ di mana ia masih lagi boleh dijalankan kalau perlu. Maknanya, bukanlah hukum perhambaan ini terus mansukh.

         Jikalau anak yang lahir hasil dari perhubungan hamba dan tuannya, maka anak itu dikira sebagai merdeka dan bukanlah hamba. Dan wanita itu tidak boleh dijual lagi dan apabila tuannya mati, wanita itu terus merdeka. Ini tidak ada di dalam mana-mana agama kerana penindasan hamba berlaku dengan berleluasa di dalam agama lain.

         Kita kena ingat bahawa bukanlah Islam yang memulakan sistem hamba, tetapi agama Islam menguruskan hamba itu dengan baik. Ada hak-hak hamba yang diberikan kepada mereka. Dan diberikan ganjaran yang amat besar kepada mereka yang membebaskan hamba. Banyak kesalahan yang mewajibkan pembebasan hamba seperti kalau terbunuh seseorang, melakukan hubungan seks di siang hari di bulan Ramadhan dan lain-lain lagi – kesannya semakin banyak hamba yang dibebaskan.

        Dan memang kalau kita melihat dari kalimah yang digunakan juga menunjukkan yang perhambaan itu tidak kekal kerana kalimah isteri itu أَزوٰجِهِم dalam bentuk kata-nama sedangkan kalimah ما مَلَكَت أَيمٰنُهُم  itu dalam bentuk kata-kerja yang memberi isyarat yang ianya tidak kekal.

 

فَإِنَّهُم غَيرُ مَلومينَ

"maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela."

          Mendatangi isteri yang telah dinikahi secara sah bukanlah satu kezaliman dan bukan pula satu perkara yang tercela, malahan ia boleh merapatkan hubungan antara suami dan isteri itu. Allah ﷻ akan memberi keberkatan kepada suami isteri itu kerana mereka melakukan perbuatan yang diredhai oleh Allah ﷻ. Bayangkan, buat seks dengan pasangan halal akan dapat pahala.

                 Begitu juga mengadakan hubungan seks dengan hamba juga tidak salah, asalkan dilakukan dalam proses yang benar dan tidak zalim kepada hamba itu. Maka seks selain dari dua perkara ini dilarang sama sekali.

          Oleh kerana itu, Imam Syafie dan orang-orang yang sependapat dengannya telah mengambil ayat ini sebagai dalil bagi mengatakan bahawa mastubasi (onani) itu haram. Kerana perbuatan mastubasi itu di luar kedua perkara yang telah tersebut di atas.



7. " Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;"


         Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

 

              Kalimah ابتَغىٰ bermaksud ‘melampau’. Iaitu keluar dari hukum Allah ﷻ dalam hal perhubungan suami isteri. Mereka memang berusaha untuk mencari lelaki dan wanita yang lain walaupun mereka sudah ada isteri dan suami.

           Mereka sampai sanggup mencari seks luar sedangkan mereka sudah ada pasangan masing-masing adalah kerana mereka tidak menilai keindahan perkahwinannya sendiri. Mereka juga mungkin telah terpesona dengan gambar-gambar dan video di media. Ini terkait dengan hal lagha yang kita telah bincangkan sebelum ini (melihat filem-filem yang tidak senonoh). Itulah masalah kepada kebanyakan pasangan: sudah ada suami atau isteri pun, tetapi masih terliur dengan penampilan orang lain.

         Ini memang masalah yang besar dan kita tidak boleh kecilkan kerana ramai yang melakukannya dan kita boleh lihat bagaimana berita-berita ini sudah tersebar di dalam suratkhabar dan di internet. Kita selalu mendengar ramai yang menjadi habuan di luar sana. Gambar-gambar dan video yang mengandungi elemen pornografi ini terlalu banyak di internet dan mudah sahaja untuk dicapai oleh manusia walaupun kanak-kanak.

          Ini kerana mereka telah melihat standard yang ada di dalam media itu amat tinggi, sehinggakan apa yang ada pada pasangan mereka sudah tidak cukup – padahal sama sahaja. Apa yang pasangan mereka ada, sama sahaja dengan apa yang ada pada pelakon filem atau artis itu (cuma artis lebih pandai pakai mekap sahaja).

        Mereka itu telah melampaui batas. Mereka telah melampaui batas syariat apabila melakukan perkara terkutuk seperti pernikahan mutaah, liwat, hubungan dengan pelacur dan sebagainya.

           Oleh itu, kriteria ke-empat orang mukmin ini adalah untuk mengajar kita menjaga kemaluan kita dari melakukan perkara yang salah. Ini amat penting sekali dan kalau tidak diambil berat, maka masyarakat akan menjadi rosak.

           Lihat bagaimana ciri-ciri lain mengandungi satu ayat sahaja tetapi tentang menjaga kemaluan ini Allah ﷻ sebutkan sampai tiga ayat sekali gus; ini menunjukkan betapa pentingnya ia dan kerana itu kita kena memberi perhatian yang lebih kepadanya.


8." Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;"


        Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.


             Dalam ayat sebelum ini telah disebut berkenaan hal peribadi dan sekarang ini sudah melibatkan perhubungan dengan orang lain. Sekarang disebut tentang amanah pula.

            Orang-orang mukmin itu akan menjaga amanah yang telah diberikan kepada mereka dan mereka memenuhi janji yang telah mereka lakukan.  Dan sikap mereka terhadap amanah dan janji itu adalah seperti seorang penggembala. Maknanya mereka menjaga betul-betul sebagaimana penggembala kambing akan menjaga kambing jagaannya itu.

        Ada kaitan di antara ciri ini dengan ciri yang sebelumnya,    kerana apabila seseorang itu boleh menjaga hubungan dan janjinya kepada pasangannya (dengan tidak melakukan zina) maka barulah dia boleh menjaga amanah dan janjinya kepada orang lain. Kerana jika mereka sudah tidak ada malu untuk melakukan perkara-perkara yang memalukan, maka itu bermakna mereka sudah tidak ada maruah lagi dan mereka tidak akan ada masalah untuk pecah amanah dan memungkiri janji yang telah mereka meterai.

               Amanah diambil daripada perkataan ‘aman’ kerana seseorang berasa aman untuk meninggalkan barangnya kepada orang yang lain yang dipercayainya. Kerana itulah Rasulullah ﷺ dikenali sebagai Al-Amin sebelum menjadi Nabi lagi. Penduduk Mekah senang hati (aman) menitipkan barangan berharga mereka di bawah jagaan baginda kerana mereka melihat baginda sebagai seorang yang boleh dipercayai dan amat menjaga amanah.

             Banyak perkara yang boleh termasuk di dalam ayat ini. Kerana itulah kalimah  لِأَمٰنٰتِهِم ini dalam bentuk jamak (plural). Sebagai contoh, apabila ibu bapa telah menghantar kita belajar di universiti maka kita mesti penuhi janji untuk belajar; kalau ada kerja yang diberikan kepada kita oleh majikan kita, maka kenalah kita laksanakan dengan baik; kalau ada orang yang menyerahkan barang kepada kita untuk dijaga, maka hendaklah kita menjaganya baik-baik; kalau ada orang yang memberitahu rahsia kepada kita, maka hendaklah kita simpan rahsia itu; kalau kita telah dilantik menjadi pemimpin masyarakat, maka kenalah kita jalankan amanah itu dengan semampu kita; dan banyak lagi.

           Apabila orang mukmin itu diberi kepercayaan, dia tidak akan khianat; bahkan dia akan menunaikan amanat itu kepada pemiliknya. Apabila mereka berjanji atau mengadakan transaksi, maka mereka menunaikannya dengan benar. Ini berlawanan dengan sikap orang-orang munafik yang dikatakan oleh Rasulullah ﷺ dimana mereka mempunyai ciri khas berikut, sebagaimana sabdanya:

“آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ: إِذَا حَدَّث كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وإذا اؤتمن خَانَ”.

     ' Pertanda orang munafik ada tiga, iaitu: Apabila berbicara, dusta; apabila berjanji, engkar; dan apabila dipercaya, khianat.'

            Ciri ke-enam adalah memenuhi janji. Ini adalah apabila ada perjanjian khusus diantara sekurang-kurangnya dua pihak. Orang beriman akan memastikan mereka menunaikan perjanjian itu. Kerana itu ada kalimat: “manusia dipegang pada janjinya.” Ini adalah kerana janji itu amat penting dalam kehidupan kita. Kita sebagai manusia (sama ada Muslim atau tidak) memang tidak suka kalau ada orang lain yang memungkiri janji.

                 Orang Mukmin akan pegang sungguh janji mereka. Mereka tidak ambil mudah. Apabila mereka berjanji, mereka akan ingat janji itu dan mereka akan tunaikan semampu mereka.

        Janji juga termasuklah jikalau satu pihak sahaja berjanji untuk melakukan sesuatu. Dia yang berjanji secara sukarela. Tetapi apabila dia telah berjanji, maka dia kenalah menepatinya.


9. "Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;"

              Semua kita berharap supaya mendapat khusyuk di dalam solat. Dan khusyuk dalam sembahyang itu boleh didapati dengan banyak melakukan sembahyang. Sebagaimana kita hendak mendapatkan kemahiran di dalam sesuatu perkara, maka perlulah kita selalu melakukan perkara itu. Sebagai contoh, ahli sukan akan sentiasa berlatih, bukan?

       Jadi orang yang hendak mahir di dalam solat hendaklah selalu solat – iaitu mereka bukan sahaja mengerjakan solat fardhu tetapi mereka menjaga solat itu dengan ditambah solat-solat sunat. Ini mengajar kita yang solat fardhu tidak akan sempurna tanpa adanya solat sunat. Kerana tentu kita ada melakukan kesilapan dan kekurangan di dalam solat fardhu kita, bukan? Maka kekurangan di dalam solat fardhu itu ditampung dengan melakukan solat-solat sunat.

            Bagi lelaki, maksud ‘menjaga’ solat fardhu itu adalah dengan mengerjakan solat berjemaah. Jika tidak solat berjemaah maka lelaki itu tidak dikira sebagai menjaga solat fardhu. Dan solat berjemaah ini perlu dilakukan di masjid, bukannya di rumah dengan keluarga atau di pejabat bersama rakan-rakan sepejabat.

           Solat sunat yang perlu dijaga ada empat:

      Solat Witr (Solat Ganjil). Ini adalah solat sunat yang utama. Ia dilakukan di malam hari dan pahalanya melebihi solat tahajud.

        Solat Tahajud adalah solat yang dilakukan setelah tidur. Selalunya dilakukan di dalam sepertiga malam terakhir (lebih kurang dalam tiga jam sebelum waktu Subuh).

Solat Dhuha
          Apabila matahari terbit kira-kira 20 minit.

Solat-solat Rawatib.
      Iaitu solat yang mengiringi solat-solat fardhu.

       Dan ada juga solat-solat sunat yang tidak tetap tetapi dilakukan apabila ada keperluan. Sebagai contoh, antara solat sunat yang utama:

Solat Istikharah. 
        Dilakukan apabila kita memerlukan bantuan Allah ﷻ di dalam membuat keputusan.

Solat Hajat. 
          Solat yang dilakukan jikalau kita ada keperluan dan kehendak kepada Allah ﷻ. Maka eloklah kita solat sunat dua rakaat dan selepas solat, kita nyatakan keinginan kita. Tetapi ingat, solat ini bukanlah dilakukan secara berjemaah tetapi dilakukan secara sendirian sahaja.

Solat Taubat. 
       Solat yang dilakukan jikalau kita telah melakukan banyak kesalahan dan kita hendak bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah ﷻ.

Nota: 
            Solat-solat ini adalah sebagai muqaddimah (permulaan) kepada niat kita untuk sesuatu. Kita melakukannya sebagai tambahan sahaja kerana niat-niat itu boleh dilakukan tanpa solat sebenarnya. Konsep ini yang ramai susah hendak faham, maka kita cuba jelaskan.

      Sebagai contoh, kalau ada hajat atau keperluan, kita boleh terus berdoa kepada Allah ﷻ‎; kalau ada dosa, boleh terus bertaubat kepada Allah ﷻ‎. Maknanya, tidak perlu solat pun kita sudah boleh berdoa dan bertaubat kepada Allah ﷻ‎. Akan tetapi ianya lebih baik jika dapat dilakukan selepas solat sunat. Kerana doa itu lebih makbul setelah melakukan amal kebaikan dan amal kebaikan yang paling baik adalah solat.

            Nama-nama solat sunat yang disebut di atas tidaklah diberikan oleh Nabi ﷺ, tetapi ianya diberikan oleh para ulama sahaja sebagai pengenalan. Jadi solat-solat ini sebenarnya adalah solat sunat biasa sahaja. Tidak ada kaifiat tertentu untuk melakukannya kerana ia solat sunat biasa sahaja.

          Tetapi biasalah, selalunya ahli agama akan mengambil peluang untuk menambah perkara-perkara yang tidak patut. Mereka mulalah reka kaifiat sendiri (niat macam mana, raka’at pertama baca apa dan raka’at kedua baca apa, kemudian ditambah dengan amalan-amalan bid’ah yang lain). Jadi kalau tidak belajar tentang solat melalui jalan sunnah, memang akan ditipu oleh ustaz-ustaz yang ahli bid’ah. Maka hendaklah berhati-hati.

           Dan kemudian ada solat-solat sunat yang jarang dilakukan, seperti Solat Hari Raya, Solat Gerhana, Solat Jenazah dan sebagainya. Ruang di sini bukanlah untuk mengajar dengan terperinci tentang solat-solat ini. Maka perlulah ada usaha sendiri untuk belajar dan bertanya kepada mereka yang tahu dan mengamalkan sunnah.

           Yang penting, jangan bertanya kepada ustaz yang bukan sunnah kerana mereka akan mengajar perkara yang salah dan ada banyak perkara tambahan sehingga menyusahkan kita sendiri.

              Maka orang mukmin adalah mereka yang dapat menjaga solat-solat sunat ini dan kerana itu mereka berjaya  khusyuk di dalam solat mereka. Mereka akan mendapat khusyuk di dalam solat kerana mereka banyak melakukan latihan solat. Allah ﷻ akan memberi keberkatan dan taufik kepada mereka kerana mereka banyak mengerjakan amalan-amalan sunat.

            Solat di dalam ayat ini sudah menjadi bentuk jamak (صَلَوٰتِ) kerana ia merangkumi bukan sahaja solat fardhu tetapi solat-solat sunat yang lain juga. Kerana ada solat-solat sunat yang statusnya solat sunat muakkad yang perlu kita jaga.

       Orang Mukmin akan menjaga solat fardhu yang diwajibkan ke atas manusia itu dan menambah lagi dengan solat-solat sunat kerana solat-solat fardhu itu mungkin ada kekurangan, maka kekurangan itu ditampung oleh solat-solat sunat itu.

      Kalimah يُحافِظونَ ini bukan di dalam bentuk kata nama pula kerana solat-solat sunat ini susah untuk dijaga dengan sempurna kerana mungkin kadangkala ada yang tertinggal. Akan tetapi orang mukmin akan sentiasa cuba untuk memenuhinya.

      Satu lagi tafsir ayat ini bermaksud mengerjakan solat secara rutin tepat pada waktunya masing-masing. Seperti yang dikatakan oleh sahabat Ibnu Mas’ud رضي الله عنه ketika dia bertanya kepada Rasulullah ﷺ :

سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ؟ قَالَ: “الصَّلَاةُ عَلَى وَقْتِهَا”. قُلْتُ: ثُمَّ أَيٌّ؟ قَالَ: “بِرُّ الْوَالِدَيْنِ”. قُلْتُ: ثُمَّ أَيٌّ؟ قَالَ: “الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ”.

      Aku pernah bertanya; “Wahai Rasulullah amal apakah yang paling disukai oleh Allah?” Rasulullah ﷺ. menjawab, “Mengerjakan solat di dalam waktunya.” Saya bertanya lagi, “Kemudian apa lagi?” Baginda jawab, “Berbakti kepada kedua orang tua.” Saya bertanya lagi, “Kemudian apa lagi?” Baginda jawab, “Berjihad pada jalan Allah.” Hadis diketengahkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahihnya masing-masing.

      Maka itulah sifat dan kriteria orang mukmin dan hendaklah kita cuba untuk mengamalkannya. Ianya amat mulia dan begitulah juga sifat Rasulullah ﷺ. Bukankah kita disuruh untuk mengikut cara baginda ﷺ?

قَالَ النَّسَائِيُّ فِي تَفْسِيرِهِ: أَنْبَأَنَا قُتَيْبَةَ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا جَعْفَرٌ، عَنْ أَبِي عِمْرَانَ عَنْ يَزِيدَ بْنِ بابَنُوس قَالَ: قُلْنَا لِعَائِشَةَ: يَا أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ، كَيْفَ كَانَ خُلُق رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَتِ: كَانَ خُلُقِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ، فَقَرَأَتْ: {قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ} حَتَّى انتَهَتْ إِلَى: {وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ} ، قَالَتْ: هَكَذَا كَانَ خُلُق رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

       Imam Nasai mengatakan di dalam kitab tafsirnya, telah menceritakan kepada kami Qutaibah ibnu Sa’id, telah menceritakan kepada kami Ja’far, dari Abu Imran, dari Yazid ibnu Babanus yang mengatakan, “Kami pernah bertanya kepada Siti Aisyah Ummul Mu’minin, ‘Bagaimanakah akhlak Rasulullah ﷺ?” Aisyah رضي الله عنها menjawab: Akhlak Rasulullah ﷺ. adalah Al-Qur’an. Kemudian Aisyah رضي الله عنها membaca firman-Nya: Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (Al Mu’minun: 1) sampai kepada firman-Nya: dan orang-orang yang memelihara solatnya. (Al Mu’minun: 9) Kemudian Aisyah رضي الله عنها berkata, “Demikianlah akhlak Rasulullah ﷺ.”


10. "Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,"

 

      Kita telah menyebutkan satu persatu sifat orang mukmin itu. Mari kita senaraikan:

1. Khusyuk di dalam solat
2. Meninggalkan perkara lagha
3. Melakukan zakah (tazkiatun nafs)
4. Menjaga kemaluan dari perkara haram
5. Memenuhi amanah
6. Memenuhi janji
7. Menjaga solat

       Kalau kita lihat senarai di atas, ia dimulai dengan ‘solat’ dan diakhiri dengan ‘solat’ juga. Ini memberi isyarat yang kalau kita menjaga solat kita, sifat-sifat yang lain itu juga akan datang.

          Mereka yang mempunyai ciri-ciri yang telah disebut di atas lah yang layak digelar sebagai mukminoon. Dan merekalah yang akan ‘mewarisi’; tetapi mewarisi apa? Allah ﷻ tidak sebut di dalam ayat ini dan menjadikan ianya sebagai satu persoalan. Mereka yang membaca setakat ini akan tertanya-tanya di dalam fikirannya: mewarisi apa? Inilah kesan yang timbul (tertanya-tanya hendak tahu).

         Apabila dikatakan ‘mewarisi’, maknanya ia akan menjadi hak mereka. Akan kekal dapat, macam kalau kita dapat warisi harta dari peninggalan ayah kita – ia akan menjadi hak kita. Kalau diberi perumpamaan tanah, ia bermaksud orang yang mewarisi itu dapat geran, dan bukan setakat menyewa sahaja. Dia boleh membuat apa sahaja yang dia kehendaki dengan barang yang telah diwarisinya itu.



11.  "(yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya."

'(yakni) orang-orang yang akan mewarisi syurga Firdaus.'

       Persoalan yang ditimbulkan di dalam ayat sebelum ini dijawab di dalam ayat ini: iaitu yang diwarisi adalah Syurga Firdaus. Kalimah ‘Firdaus’ ini berasal dari Parsi yang bermaksud ‘taman yang hijau’ dan dari perkataan ini juga telah dijadikan perkataan di dalam Bahasa Inggeris iaitu ‘paradise’.

       Firdaus adalah tingkatan tertinggi di dalam syurga. Syurga itu sebenarnya ada satu sahaja, tetapi ada banyak tingkatan – dan tingkatan yang paling tinggi adalah Tingkatan Firdaus.

        Maka hendaklah kita berharap kepada Tingkatan Firdaus ini. Di dalam kitab Sahihain telah disebutkan bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda:

“إِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ الْجَنَّةَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ، فَإِنَّهُ أَعْلَى الْجَنَّةِ وَأَوْسَطُ الْجَنَّةِ، وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ، وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ”

'Apabila kalian meminta syurga kepada Allah, maka mintalah kepada-Nya syurga Firdaus, kerana sesungguhnya Firdaus itu adalah syurga yang tertinggi dan paling pertengahan, darinya bersumberkan semua sungai syurga, dan di atasnya terdapat ‘Arasy (singgasana) Tuhan Yang Maha Pemurah.'

 

هُم فيها خٰلِدونَ

"Mereka kekal di dalamnya."

        Sesiapa yang dapat masuk ke dalam syurga akan kekal di dalamnya selama-lamanya. Ini adalah nikmat yang amat besar. Kerana sekiranya mendapat nikmat sebesar mana pun tetapi sekiranya tidak kekal, itu akan mengurangkan kehebatan nikmat itu.


Kesimpulan.


             Kejayaan sebenar ialah dapat masuk syurga Allah nanti. Kejayaan di dunia ini bukanlah kejayaan sebenar. Kejayaan di akhirat tersebut bergantung kepada usaha dan kerelaan kita menerima hidayah selagi masih di dunia ini. Semuanya telah di tunjuk oleh nabi melalui risalah al quran .



Klang.
27/6/23
8 zulhijjah 1444

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...