Langkau ke kandungan utama

46) APA PUNCA HATI KERAS?


Seseorang datang kepada seorang Syeikh
Katanya, ya Syeikh
Aku baca quran 
Tapi tak merasa apa-apa kesan
Ramadhan datang dan pergi
Tapi tiada rasa apa-apa perubahan
Jawab ulama itu
Hai anak
Kau rasa hampa dan kosong
Kerana hatimu telah keras
Hatimu keras kerana banyaknya dosa
yang kau buat
Kau banyak buat dosa kerana tidak takut Allah
Tidak takut Allah kerana tidak tahu ilmunya
Tak tahu ilmunya kerana kau terlalu cinta dan  sibuk mengejar dunia 
Sedang cinta dunia itu akar segala keburukan
Dan keburukan yang paling buruk
Ialah masuknya kamu kedalam neraka...

Rasulullah bersabda, “Tidaklah cinta dunia itu menguasai hati seseorang, kecuali dia akan diuji dengan tiga perkara, iaitu angan-angan yang  tidak  berhujung, kemiskinan yang tidak akan berkecukupan, dan kesibukan yang tidak lepas dari kelelahan”. (Hadith riwayat Ad-Dailami.)

Rasulullah bersabda, “Umatku akan selalu dalam kebaikan selama tidak timbul cinta dunia kepada para ulama’ fasik, qari yang bodoh, dan para penguasa yang zalim. Bila hal itu telah muncul, aku bimbang Allah akan menyeksa mereka secara menyeluruh”. 

(Ma’rifat As Shahabah karangan Abi Nu’aim, juz 23 hal. 408).

Rasulullah bimbangkan masa depan umat ini bila umatnya menguasai dunia. 

Baginda bersumpah, “Demi Allah!  Bukan kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu. Akan tetapi aku khuatir akan dibentangkan dunia di hadapan kamu sebagaimana telah dibentangkan ke atas orang-orang sebelum kamu. Lalu kamu pun berlumba-lumba padanya sebagaimana mereka berlumba-lumba padanya. Kemudian dunia itu akan menghancurkan kamu sebagaimana telah menghancurkan mereka”. (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Mengapa cinta dunia disebut sebagai punca semua bentuk dosa dan kesalahan serta merosakkan agama seseorang? Ini dapat ditinjau dari beberapa aspek.

Pertama, mencintai dunia yang berlebihan akan menimbulkan sikap mengagungkannya.

Padahal, dunia di sisi Allah adalah sangat hina. Mengagungkan apa yang dianggap hina oleh Allah termasuk dosa besar.

Kedua, Allah melaknat dunia dan membencinya, kecuali dunia yang digunakan untuk kepentingan agama-Nya.

Siapa mencintai apa yang dilaknat Allah, dia dibenci oleh Allah dan akan diuji oleh-Nya. Ad-Dailami meriwayatkan hadith yang menyatakan, dosa besar yang paling besar adalah cinta dunia.

Ketiga, kalau seseorang cinta dunia secara berlebihan, dunia akan  jadi sasaran akhir hidupnya.

Orang itu akan menjadikan akhirat sebagai alat untuk mendapatkan dunia. Sepatutnya, dunia ini dijadikan wasilah sebagai pelaburan akhirat.

Keempat, mencintai dunia akan menghalang seseorang dari urusan akhirat.

Selain itu, cinta dunia akan menghalang mereka dari keimanan dan syariat. Cinta dunia juga akan menghalang mereka dari menunaikan kewajiban atau paling kurang, malas untuk berbuat kebajikan.

Kelima, mencintai dunia mendorong kita menjadikan dunia sebagai tujuan hidup.

Rasulullah bersabda, “Barang siapa menjadikan akhirat sebagai tujuannya, Allah memberikan kekayaan dalam hatinya, mengumpulkan semua usahanya, dan dia akan dihampiri dunia walaupun dia enggan. Dan barang siapa menjadikan dunia sebagai tujuannya, Allah menjadikan kefakiran di depan matanya dan mencerai-beraikan usahanya dan tidak diberikan dunia kepadanya, kecuali yang sudah ditakdirkannya”. (Hadith riwayat At-Tirmizi).

Keenam, pencinta dunia diseksa dengan berat dalam tiga peringkat hidup. Di dunia terseksa dengan berbagai kepayahan dalam mencarinya, di alam kubur merasa sengsara kerana harta dunia yang telah dicarinya tidak dibawa ke alam barzah.

Dan di alam akhirat, dia akan dihisab dengan berat. Seksa inilah yang ditegaskan dalam Surah at-Taubah ayat 55. 



Padang Jawa
Di edit di Masjid Tg Razaleigh
1/5/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...