Langkau ke kandungan utama

264) KENAPA ORANG YANG INGAT MATI ITU BIJAK?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamualaikum,





ORANG YANG PALING BIJAK

      Jika satu orang yang tinggalnya di hujung kampung, miskin dan tidak dipandang orang, tapi ia banyak mengingati kematian dan bersedia dengannya, ia dikatakan orang yang bijak.

      Manakala satu orang yang tinggal di kota metropolitan,  kaya raya dan dipandang orang, tapi lupa hari kematian dan tak bersedia dengannya,  maka ia dikatakan orang yang paling tidak bijak. Kenapa?

     Sebab  orang yang sering mengingati kematian dianggap sebagai orang yang paling bijak  kerana  dia sentiasa bersedia menghadapi akhirat dan tidak terpedaya dengan kelazatan dunia yang sementara.

     Ini nabi yang berkata, bukan orang biasa yang berkata.  Dari  hadis Nabi ﷺ:

 "Orang yang paling bijak (cerdik) ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling baik persiapannya untuk selepas mati. Mereka itulah orang yang benar-benar bijak."
— Hadis Riwayat Ibn Majah (no. 4259), Hasan menurut al-Albani



Mengapa Mengingati Mati Itu Bijak?

Ini kerana bila ingat mati akan :

a)  Mengingatkan kita bahawa hidup ini sementara

     Iaitu dunia ini bukan tempat tinggal abadi. Ia hanya sebatas umur kita sahaja.   Maka orang yang bijak ia tidak leka, dia tahu masa hidupnya terbatas.


b)   Mendorong amal soleh & taubat

  Iaitu bila ingat mati, ia  akan:

-  Cepat bertaubat bila melakukan dosa

-  Ringan untuk ber buat ibadah.

-  ia tak ber tangguh untuk membuat apa-apa  kebaikan.



c)    Menghindar maksiat dan kesalahan

    Iaitu orang yang ingat mati akan berfikir dua kali sebelum buat dosa. Ia akan berfikir,

-    “Kalau aku mati dalam maksiat ini, bagaimana nasibku?”


d)    Bersedia menuju akhirat

    Iaitu seperti orang musafir yang bijak: dia akan buat bekal cukup, bukan bermain-main di jalan.  Lalu orang yang ingat mati akan:

-   Jaga solat,

-   Perbaiki akhlak,

-   Tinggalkan perkara sia-sia.



e)   Lembutkan hati yang keras

       Iaitu dengan ingat kematian akan  memecahkan keangkuhan dan kelalaian hati. Hati yang payah menerima nasihat, hati yang tidak mahu mendengar ingatan dari Allah dan rasul.  Dia akan fikir,

 “Aku akan kembali kepada Allah, satu hari nanti.”




Kata- kata  Ulama mengenai ingat mati:

1)   Ibn al-Jawzi رحمه الله:

Katanya,
 "Sesiapa yang sering mengingati mati, dia akan dimuliakan dengan tiga perkara:
segera bertaubat, hati yang tenang, dan rajin beribadah.
    Dan sesiapa yang lalai daripada kematian, akan diuji dengan tiga perkara:
menangguh taubat, cinta dunia, dan malas beribadah."




 Amalan Nabi ﷺ:

    Nabi ﷺ menyuruh kita ziarahi kubur untuk ingat mati dan akhirat. Sabda baginda 

    “Ziarahilah kubur, kerana ia akan mengingatkan kamu kepada kematian.”
— Riwayat Muslim (no. 976)



KESIMPULAN

    Orang yang mengingati kematian itu bijak, kerana dia:

-    Tahu ke mana dia akan pergi selepas meninggalkan hidupnya di dunia ini

-  Buat persiapan untuk kembali ke akhirat dengan amal-amal soleh.

-    Tidak tertipu dengan dunia. Tidak rakus mengejar harta dan kekayaan.

-    Sentiasa dekat dengan Allah dengan amal-amal soleh.



Semoga dapat ambil iktibar dan sampaikan kepada orang lain.




Padang Jawa.
30/5/25



Ulasan