Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,
Al mujib ialah salah satu nama Allah yang bermaksud Yang maha Memperkenankan. Al mujib disebut dalam quran sekali sahaja. Iaitu dalam surah Hud:61,
Keterangan ayat
Kepada kaum Tsamud Allah utuskan saudara nya (akha) iaitu nabi Shaleh a.s.
Kaum Tsamud itu bukan orang beriman. Tetapi nabi Shaleh orang beriman. Orang beriman tidak bersaudara kepada orang tidak beriman. Dalilnya,
" Sesungguhnya hanya orang-orang beriman sahaja yang bersaudara (seperti adik-beradik)." Jadi, orang tidak beriman ia bukan saudara kita.
Tetapi kenapa nabi Shaleh a.s dipanggil saudara kepada kaumnya yang kafir? Kerana ini adalah saudara dari segi keturunan, nasab. Bukan saudara dari segi kasih sayang.
Tugas nabi ialah berdakwah, kerana itu beliau a.s berkata, wahai kaumku sembahlah Allah. Mesej yang sama oleh semua para nabi. Iaitu Allah saja tuhan yang mencipta kamu. Kamu bebas membuat apa saja tapi dalam konteks yang Allah redha.
Kemudian nabi Shaleh meminta kaumnya memohon ampun dan bartaubat kepada Allah sebab kita ini pasti ada dosa. Dan Allah kata Ia itu dekat dan maha memperkenan- kan doa ( mujib).
Allah maha Mendengar dan Memakbulkan doa
As sami' yang bermaksud maha mendengar di dalamnya termasuk sifat al Mujib. Maknanya bila kita kata Allah mendengar maka maknanya ialah mendengar dan memakbulkan doa. Sebab itu kita kena faham makna
ketika solat baru dapat pahalanya. Kalau hati lagha ketika menyebut- nya, maka Allah tak terima dan tiada pahala. Termasuk lagha juga ialah tak faham apa yang dibaca. Atau dia faham tapi tak rasa kebesaran Allah, maka itu juga Allah tak diterima.
Bila kita bercakap dengan orang, kita faham dan tahu apa yang kita cakap kepadanya. Tapi bila bercakap dengan Allah kita tak tahu dan tak faham. Apa ertinya? Sebab itu dalam solat kita kena faham apa saja yang kita baca dalam solat.
Misalnya, semasa menyebut
kita kena ingat bahawa Allah maha besar. Bukannya masa itu membaca niat. Kalau tidak, maknanya ia lalai dari maksud sebenar Allahuakbar itu.
Bentuk jamak
Jadi, perkataan mujib hanya disebut sekali sahaja dalam al quran. Tapi ada satu lagi yang disebut tapi dalam bentuk jamak. Iaitu dalam surah As saffat :75,
Mujibun dalam bentuk jamak sebab sebelumnya guna perkataan Kami. Manakala mujib dalam bentuk seorang ( mufrad). Allah itu satu, tapi kenapa pakai mujibun? Sebab ini menunjukkan kebesaran Allah. Kami itu menunjukkan kebesaran bukan ramai.
Dan Allah berkata, Kami adalah sebaik-baik yang memakbulkan. Jadi , bila Allah sebaik-baik yang memakbulkan maka jangan minta kepada manusia. Allah itu sebaik-baik memakbulkan, bila-bila masà, di mana jua.
Berhajat kepada Allah
Sebab itu perkara asas untuk menghayati nama Allah al mujib ialah kita kena tanam dalam hati kita bahawa kita sangat-sangat berhajat kepada Allah setiap masa . Kalau tidak ada rasa itu, maka doa kita macam main-main. Biasanya kita susah dapat rasa itu.
Sebenarnya bila kita rasa berhajat kepada Allah? Kebanyakan masa, kita seperti tidak rasa berhajat kepada Allah. Buktinya kita hanya cari Allah bila susah. Bila senang lupa Allah.
Sebenarnya kita berhajat kepada Allah setiap saat. Misalnya, bila kita bernafas, kita tarik nafas, kalau Allah tak lepaskan, kita mati. Jadi kita berhajat kepada Allah bukan berapa hari, tapi 24 jam.
Dan satu ini yang kita perlukan juga dari Allah setiap saat, apa dia?
Itulah hidayat. Sebab itu doa ini selalu nabi s.a.w baca,
Allah boleh bolak-balikkan hati bila-bila masa, dalamasa 24 jam. Sebab itu iman ada turun ada naik, kadang-kadang rajin, kadang-kadang malas. Tapi apa yang biasa kita minta? Iaitu sihat dan rezeki, bukan iman.
Rezeki dan hidayat
Rezeki ini kalau kita tak minta pun Allah beri, Allah dah sediakan untuk hamba-hambaNya. Kita minta sihat, kadang dengan sihat itulah kita jauh dari Allah. Yang kita lupa nak minta ialah hidayat. kita ini diajar oleh nabi supaya tidak lalai dari ingat Allah, dengan doa,
Iaitu tidak biarkan diri kita ini di bawa atau dikawal oleh nafsu kita sendiri walaupun sekelip mata.. Tapi sentiasa dibawah pimpinan Allah.
Maknanya , merbahaya jika kita ini dipandu oleh nafsu kita walau seminit. Inikan pula kalau satu jam. Misalnya kita bersembang kosong satu jam. Siapa yang mengawal kita masa itu? Nafsu yang kawal.
Maka , kita ini orang yang ada buat dosa. Tapi bagi orang beriman bila buat dosa ia cepat sedar dan minta ampun dan taubat. Tapi jika buat dosa, buat lagi dan buat lagi, itu sudah bukan orang beriman yang baik.
Jika kita minta hidayat misalnya dalam solat, hidayat itu dimana? Hidayat ada dalam al quran. Jadi, kalau kita tak tadabbur al quran, tak fahami, maka tiada apa-apa hidayat kita dapat. Maka solat kita, doa kita tak ke mana, sebab kita tak faham apa yang kita baca. Sebab itu lepas solat, kita tak cari hidayat sebab tak faham apa yang kita minta.
Yang kita tahu bila solat wajib baca Fatihah, kalau tak baca tak sah. Itu saja kita tahu. Tapi kita tak tahu apa maksud ayat ini ,
Kita diajar rukun solat tapi tak diajar makna-makna dalam solat, ini satu kesilapan pendidikan.
Bersungguh-sungguh
Kalau kita bersungguh-sungguh untuk mendapat hidayat pasti Allah beri. Firman Allah,
Ini janji Allah bagi orang yang bersungguh-sungguh mencari hidayat dan keredhaan Allah. Kalau orang cari tapi tak dapat, maknanya dia belum bersungguh-sungguh. Nak cari hidayat tak semesti pergi kuliah. Di rumah pun boleh.
Perkataan mujib dan mujibun
Jadi, perkataan mujib dalam bentuk mufrad, ada dalam suruh Hud, manakala mujibun dalam bentuk jamak ada dalam surah as Saffat:75. Ada juga al mujib ( al qarib) disebut dalam hadis , yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim:
Lafaz Hadis
عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه قال:
> "كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَكُنَّا إِذَا أَشْرَفْنَا عَلَى وادٍ هَلَّلْنَا وَكَبَّرْنَا، فَرَفَعْنَا أَصْوَاتَنَا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ، ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ، فَإِنَّكُمْ لَا تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلَا غَائِبًا، إِنَّهُ مَعَكُمْ، إِنَّهُ سَمِيعٌ قَرِيبٌ..."
Maksud Hadis
“Kami bersama Rasulullah SAW dalam suatu perjalanan, dan apabila kami mendaki tempat tinggi, kami bertakbir dan meninggikan suara kami. Maka Rasulullah SAW bersabda: ‘Wahai manusia, rendahkanlah suara kamu. Sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada Tuhan yang pekak atau jauh. Sesungguhnya Dia bersama kamu, Maha Mendengar lagi Maha Dekat.’”
(HR Bukhari & Muslim)
Pengajaran Hadis
1. Allah Maha Mendengar walau suara kita perlahan.
2. Tidak perlu mengeraskan suara dalam doa atau zikir secara berlebih-lebihan.
Ia menunjukkan adab berdoa – iaitu dengan khusyuk, merendah diri dan suara yang lembut. Bukannya dengan kuat ketika berdoa atau berzikir, seperti diamalkan oleh masyarakat Melayu. Allah berfirman,
Bila kita tegur jangan zikir dan doa kuat-kuat, dia pusing cakap, katanya, zikir pun tak boleh kah? Kita bukan tegur zikir, kita tegur kuatnya suara. Kecuali dalam konteks ingin mengajar doa atau zikir. Tapi takkanlah mengajar sampai 30 tahun? Sentiasa nak kena pimpin berdoa.
Tapi itulah tanda kita tak benar-benar berhajat kepada Allah. Apa tandanya? Iaitu kita tak berdoa kecuali ada orang yang pimpin doa. Kalau tidak dipimpin kita tak berdoa. Ini sesuatu yang sangat tidak patut. Sedangkan kita berhajat kepada Allah 24 jam.
Kedua, tanda kita tak berhajat kepada Allah, waktu doa mustajab kita tidak berdoa di situ. Sedang- kan setiap saat kita sangat perlu hidayah dan rahmat Allah. Bila waktu doa mustajab?
Berikut adalah penjelasan lengkap beserta dalil-dalil dari hadits untuk masing-masing waktu mustajab doa:
1. Sepertiga Malam Terakhir
Dalil:
Rasulullah SAW bersabda:
"Rabb kita turun ke langit dunia setiap malam ketika tersisa sepertiga malam terakhir. Dia berfirman: 'Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan mengabulkannya. Siapa yang meminta kepada-Ku, maka Aku akan memberinya. Siapa yang memohon ampun kepada-Ku, maka Aku akan mengampuninya.'"
(HR. Bukhari dan Muslim)
2. Saat Berbuka Puasa
Dalil:
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada doa yang tidak tertolak saat dia berbuka."
(HR. Ibnu Majah, dinilai hasan oleh Al-Albani)
3. Antara Azan dan Iqamah
Dalil:
Rasulullah SAW bersabda:
"Doa antara azan dan iqamah tidak akan ditolak."
(HR. Abu Dawud, Tirmidzi; dinilai sahih oleh Al-Albani)
4. Hari Jumat (Waktu Mustajab)
Dalil:
Rasulullah SAW bersabda:
"Di hari Jumat terdapat suatu waktu, yang jika seorang Muslim berdoa pada waktu itu, pasti akan dikabulkan."
(HR. Bukhari dan Muslim)
Beberapa ulama menyebut waktu itu adalah setelah Ashar hingga Maghrib.
5. Saat Sujud dalam Salat
Dalil:
Rasulullah SAW bersabda:
"Keadaan paling dekat antara seorang hamba dengan Rabb-nya adalah ketika dia sujud. Maka perbanyaklah doa di dalamnya."
(HR. Muslim)
6. Setelah Solat Fardhu
Dalil:
Allah SWT berfirman:
"Apabila kamu telah menyelesai- kan salat, maka ingatlah Allah..."
(QS. An-Nisa: 103)
Dan dalam banyak riwayat, Nabi SAW biasa berdoa setelah salat fardhu.
7. Saat Turun Hujan
Dalil:
Rasulullah SAW bersabda:
"Dua doa yang tidak akan ditolak: doa ketika azan dan doa ketika hujan."
(HR. Al-Hakim dan Abu Dawud; dinilai hasan oleh Al-Albani)
8. Doa Musafir dan Orang yang dizalimi
Dalil:
Rasulullah SAW bersabda:
"Tiga doa yang dikabulkan tanpa keraguan: doa orang tua (untuk anaknya), doa musafir, dan doa orang yang dizalimi."
(HR. Tirmidzi; dinilai sahih )
Doa ibadah dan doa masalah
Maka ketika waktu mustajab itulah kita doa betul-betul. Doa ini ada 2 bentuk. Pertama, doa ibadah, kedua, doa masalah.
Apa dia doa ibadah? Iaitu apa saja ibadah yang kita buat, itu adalah doa. Dipanggil doa ibadah. Bila kita beribadah seperti solat, puasa, dan lain-lain, apa yang kita minta dengan ibadah itu? Dengan ibadah itu kita minta redha Allah, minta syurga.
Doa masalah, iaitu kita minta apa-apa kepada Allah seperti minta sihat, rezeki , minta jadi orang bertaqwa dan lain-lain.
Dua jenis doa ini berkait rapat. Kita doa ibadah contohnya solat , dalam itu juga kita doa masalah. Seperti minta jalan yang lurus. Ketika doa masalah, kita juga doa ibadat kerana doa itu satu ibadah.
Antara doa dan makbul
Kata Umar r.a, 'Yang paling penting ialah berdoa bukan apa yang Allah makbulkan'. Tapi kita biasanya fokus kepada apa yang Allah makbulkan bukan fokus kepada doa. Sebab apa Umar r.a. fokus kepada doa? Sebab katanya, 'Dengan berdoa kita sudah dapat pahala. Bila kita fokus kepada apa yang Allah makbulkan maka kita lupa doa'. Akhirnya kita tak berdoa dan tiada apa yang dimakbulkan.
Kata Umar lagi, 'Antara yang Allah makbulkan dengan apa yang Allah tak makbulkan, aku lebih suka yang Allah tak makbulkan'. Pelik kan sikap Umar ini?
Sebab kata Umar lagi, "Apa yang Allah makbulkan itu pilihan aku, manakala apa yang Dia tak makbulkan itu pilihan Dia. Pilihan Allah pasti terbaik. Sebab itu Aku lebih suka apa yang Allah pilih. '
Kadang kita minta sihat. Allah tau kalau kita sihat , asyik kejar dunia saja. Maka Allah tak makbulkan. Jadi apa yang Allah tak makbulkan itulah yang terbaik. Allah makbulkan apa Allah nampak baik bukan apa yang kita rasa baik.
Dimakbulkan doa
Jadi adakah setiap doa kita akan dimakbullan oleh Allah? Atau ada doa yang Allah tak makbulkan?
Doa akan dimakbulkan jika cukup syarat-syarat nya. Seperti tidak makan yang haram, pakai yang haram atau tak makbul juga jika tak ikhlas, doa yang haram atau minta kepada selain Allah.
Doa yang cukup syarat pasti Allah makbulkan. Lihat surah Ghafir / Mukmin: 60 ,
Allah suruh berdoa kepadaNya. Tanpa ada perantaraan, terus doa kepadaNya kerana Allah itu qarib dan mujib. Nescaya Allah akan makbulkan. Ini janji Allah sendiri. Kalau tak makbul, kena check mungkin tak cukup syarat.
Kemudian kata Allah siapa yang sombong tak mahu beribadat kepadaNya, akan dimasukkan ia ke dalam neraka. Allah kata, berdoalah kepadaNya, kemudian Allah kata, beribadahlah kepada Nya. Apa maksudnya Allah suruh doa dan ibadah? Iaitu maksudnya doa ialah satu ibadah.
Tak mahu berdoa
Kenapa ada manusia tak mau berdoa dan beribadah kepada Allah? Sebab dia rasa tak perlu dan tak berhajat kepada Allah. Dia rasa dia cukup, badan sihat, harta banyak, duit banyak, maka dia tak mahu berdoa kepada Allah. Tapi bila sakit, barulah cari Allah. Ini sangat bahaya.
Para nabi dengan kita mana lebih baik? Tentu nabi. Tapi nabi 24 jam berdoa kepada Allah. Tanda kita tak berhajat kepada Allah ialah di waktu doa mustajab kita tidak berdoa ketika itu. Kalau masa itu kita tak berdoa, maknanya kita ada sombong, rasa tak berhajat kepada Allah swt.
Berdoa ketika senang
Sebab itu antara adab berdoa kepada Allah ialah berdoa ketika senang. Masa senang kita cari tuhan, masa susah Allah cari kita.
Dalam masyarakat kita , ada masa imam minta jemaah solat hajat untuk seseorang yang sakit. Sebenarnya, kalau orang itu jaga Allah di masa ia sihat, masa sakit Allah akan jaga dia. Tak perlu minta doa dari orang ramai .
Nabi Yunus a.s ia sentiasa berzikir kepada Allah ketika senang. Masa ia susah dalam perut ikan , kalau dia cari pertolongan orang, orang boleh tolong tak? Tak. Tapi Allah tolong beliau masa ia susah. Jadi carilah Allah ketika senang, jangan hanya cari Allah ketika susah sahaja.
Budaya orang yang tak kenal tuhan ialah ia hanya cari tuhan ketika ia susah.
Cara Allah makbulkan doa
Doa pasti Allah makbulkan kalau cukup syaratnya, cuma cara Allah makbulkan berbeza- beza. Dalilnya dari sabda nabi s.a.w,
"Tidaklah seorang hamba berdoa dengan suatu doa yang tidak mengandung dosa dan tidak memutuskan silaturahmi, melainkan Allah akan memberinya salah satu dari tiga hal: dikabulkan doanya, disimpan untuknya di akhirat, atau dihindarkan dari keburukan yang setara dengannya."
[Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Tirmidzi, dan lainnya, dan dinilai hasan sahih.]
Seperti apa doa yang mengandungi dosa? Seperti ia berdoa, 'Ya Allah berilah ia sakit sebab ia tak bayar hutang aku'. Atau memutuskan silaturrahim misalnya 'Ya Allah, pakcik aku ni memang jahat, aku tak mahu jumpa dia sampai mati.' Ini doa yang haram.
Jika selain daripada dua bentuk doa yang ditolak ini, Allah pasti makbulkan doanya. Dengan tiga cara:
1. Makbul terus.
Seperti doa nabi Yunus a.s dalam perut ikan . Allah makbulkan terus doa beliau.
2. Makbul doa itu Allah simpan di akhirat.
Misalnya kita berdoa, dah setahun tak makbul juga. Kita sabar, kita redha, maka Allah simpan doa itu hingga akhirat nanti. Seperti kata Umar r.a, yang penting ialah berdoa. Kita doa 100 kali, kita sabar, kita akan dapat nanti di akhirat.
Kata ibnu Qayyim, Kadang Allah nak uji kita dengan tak makbulkan doa kita di dunia. Adakah kita sabar? Redha? Bersangka baik tak kepada Allah? Sabar, redha dan sangka baik itu juga ibadah.
Bila tak sabar , kita gopoh-gapah dalam berdoa, lalu sabda nabi s.a.w,
“Akan dikabulkan doa seseorang selagi dia tidak tergesa-gesa, yakni berkata: ‘Aku telah berdoa, tetapi belum dikabulkan’.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi salah satu sebab doa tak makbul ialah tak sabar, gopoh-gapah, nak cepat makbul.
Bila kita tergesa-gesa mahu doa dimakbulkan, adakah itu salah? Ya, salah. Sebab tidak semestinya jika dimakbulkan itu baik untuk kita walaupun kita rasa baik. Oleh itu serah pada Allah saja.
Ada juga doa yang Allah makbul- kan tapi jadi musibah kepada orang itu. Contoh yang jelas ialah permintaan iblis supaya dipanjang umur hingga hari kiamat seperti firman Allah,
Lalu Allah mengabulkan permintaan iblis dalam firmanNya,
Tetapi dengan terkabulnya permintaan iblis itu , ia jadi satu musibah besar kepadanya.
Oleh itu jika doa kita tak dimakbulkan Allah, maka sikap kita ialah bersangka baik kepada Allah.
Jika orang buat jahat kepada kita, adakah patut kita doa keburukan kepadanya? Jika mengikut nabi s.a.w , nabi tak doakan keburukan kepada orang Thaif yang membuat keburukan kepada diri beliau. Tapi beliau doakan hidayat untuk keturunan mereka.
3. Allah hindarkan dari musibah.
Contohnya kita minta sihat, dengan doa itu Allah hindarkan rumah dari terbakar atau kereta kita dari dicuri. Itu cara Allah makbulkan doa kita. Allah makbul kan bukan apa yang kita minta, tapi Allah beri apa yang kita perlukan.
Kalau macam itu , kata para sahabat, 'Kita banyakkan doa, sebab kalau tak dimakbulkan di dunia , Allah makbulkan di akhirat. Maka jawab nabi, 'Jika kamu banyakkan doa, Allah tambahkan lagi ganjaranNya. ' Dengan itu para sahabat tidak kira dimakbulkan atau tidak, yang penting berdoa.
Hadis nabi mengenai berdoa.
Antaranya,
"Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan akan dikabulkan, dan ketahuilah bahwa Allah tidak akan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan tidak serius."
HR. Tirmidzi, no. 3479; Hasan menurut Al-Albani
Hadis ini menekankan pentingnya:
1. Keyakinan dalam berdoa – jangan ragu bahwa Allah mampu mengabulkan.
2. Kehadiran hati – doa harus lahir dari hati yang sadar, khusyuk, dan penuh harap.
Hati yang lalai
Bagaimana keadaan hati yang lalai ketika berdoa? Antaranya ialah ia tak tahu atau tak faham apa yang ia doa. Atau pun jika ia faham, hatinya tak fokus kepada maksud doa nya. Begitu juga seperti doa berjemaah selapas solat, jemaah tak faham pun apa yang diminta. Lagi pun itu bukan sunnah nabi, nabi tak buat. Kita pergi masjid kerana nak solat berjemaah bukan doa berjemaah. Sebab itu bila habis solat, hubungan secara ibadah kita dengan imam sudah putus. Jadi, tak perlu zikir ramai-ramai atau doa ramai-ramai. Zikir dan doa adalah secara sendiri-sendiri dengan suara yang perlahan. Budaya doa ramai-ramai dalam bahasa arab itu bukan sunnah nabi.
Nama Allah
Jadi , nama Allah al mujib, bermakna Allah maha memakbul- kan setiap doa tapi bukan dari hati yang lalai. Tapi dari hati yang yakin diterima dan dari hati yang hadir, iaitu faham dan fokus.
Allah berkata kepada nabi s.a.w, jika orang bertanya tentang Ku, katakan Aku dekat, mendengar dan memakbulkan doa. Iaitu bila betul-betul berdoa dengan yakin dan hati yang hadir.
Selepas Allah kata ia memakbulkan doa , Allah perintah supaya sambutlah seruan Nya, iaitu taati perintah dan larangan Nya. Dan beriman bahawa Allah memakbulkan doa-doa orang yang berdoa.
Berkaitan dengan ayat ini, seseorang telah bertanya kepada al Hasan, Kenapa doa ku sudah berkali-kali tapi tuhan tak makbul- kan? Maka al Hasan menjawab, Sebab bila Allah meminta kepada mu, kau tak tunaikan, maka bila kau meminta kepada Allah, maka Allah tak tunaikan pula permintaanmu.
Iaitu Allah sudah katakan dalam ayat di atas bahawa Ia memakbulkan doa tapi Allah juga perintahkan supaya sahut seruannya iaitu taati perintah dan larangan Nya. Barulah Allah perkenankan doanya.
Kesan beriman dengan nama Allah al Mujib
Bila kita ingat dan percaya Allah itu maha memperkenankan setiap doa , maka timbul:
1. Sikap tawakal dan optimisme:
Beriman pada Al-Mujib menumbuhkan kepercayaan bahwa Allah selalu mendengar setiap do’a. Hal ini membuat seorang mukmin tidak mudah putus asa dan selalu berprasangka baik (husnuzzan) kepada Allah. Rasulullah SAW sendiri mengajarkan untuk sentiasa berdoa dalam keadaan lapang maupun sulit; Allah Al-Mujib akan memberikan yang terbaik pada waktunya. Keyakinan ini memupuk sikap sabar menunggu dan tawakal atas ketentuan-Nya, kerana setiap penundaan atau penolakan permohonan mengandung hikmah yang lebih baik.
2. Konsistensi dalam beribadah:
Menyedari Allah sebagai Al-Mujib mendorong kita untuk lebih tekun beribadah dan berdoa secara kontinu. Doa bukan hanya diingat saat dilanda kesulitan, tetapi juga saat mendapat kelapangan, sebagai bentuk syukur dan pengagungan kepada-Nya. Dalam kehidupan sehari-hari, umat Islam didorong mengucap zikir dan mengajukan doa dengan rutin, percaya bahwa Allah akan merespons, sekecil apapun permintaan dengan hikmah-Nya.
3. Keperibadian dan spiritual
yang terbangun:
Keyakinan pada nama Al-Mujib menanamkan rasa dekat dengan Allah dan meningkatkan kualiti spiritual. Seseorang muslim yang menyedari Allah itu Maha Mengabulkan , maka ia sentiasa berhusnuzzan, menunaikan hak orang lain, dan membersihkan diri dari perbuatan yang menghalangi do’a.
4. Menumbuhkan keikhlasan
Iman kepada Al-Mujib juga menumbuhkan keikhlasan (ikhlas) dalam beribadah, kerana meyakini setiap permintaan diperhatikan oleh Allah.
5. Tawakkal dan syukur
Akhirnya, sifat ini memperkuat tawakkal dan syukur dalam keseharian, kerana tidak ada doa yang sia-sia – setiap do’a pasti dijawab sesuai kebijaksanaan Allah SWT.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Ust. Abdul Muein.
Klang.
1/5/25
Ulasan
Catat Ulasan