Langkau ke kandungan utama

222) KENAPA PERLU FAHAM AL QURAN YANG DIBACA?

Bismillahirrahma nirrahiim,
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,

     Di dalam masyarakat kita, bahkan di seluruh negeri dari Johor sampai ke Sabah, majoriti dari mereka kalau kita tanya apa kitab yang paling mulia? Tentu dia jawab al Quran.  Sebab itu bila nak sentuh quran mesti ada wudhu, baca pun takut salah, sampai dia tak baca langsung. Benda-benda ini ditanam dalam masyarakat kita, baca tak boleh salah, kena ada wudhu, bermakna ia satu kitab yang hebat.


Tak difahami

     Tapi, walaupun hebat, ia tak difahami isinya. Pelik tak? Kitab hebat, kitab mulia tapi tak mahu difahami kandungannya.

     Bila kita pergi sekolah, kitabnya biasa saja, matematik, sains, bahasa, yang nak pegang tak perlu wudhu dan tak perlu betulkan makhraj pun. Tapi bila kita baca, baca sampai faham. Bila exam, sampai dapat cemerlang. Lepas SPM, kita simpan buku itu, tidak dibaca lagi. 

     Walaupun bukan mulia , tapi kita baca sampai faham dan hadam. Tapi quran kita baca dari kecil dan tak tinggal. Masa kecil kita baca, di universiti baca,  dewasa baca, dah tua pun baca . Tapi  tak pernah faham. 

Tak terfikir?

   Benda-benda macam ini kita tak pernah terfikirkah? Kenapa orang tak boleh fikir?  Baca buku pun dia kena faham, sampai ada kelas tuition lagi. Kenapa perlu kelas tuition? Sebab nak pastikan faham dan lebih penting lulus cemerlang. Hanya kerana nak lulus cemerlang dia sanggup masuk tuition dan kena bayar pula. 

    Itu untuk lulus cemerlang di dunia sahaja. Kalau lulus cemerlang adakah bererti ia cemerlang di dunia? Belum tentu.  Berapa ramai yang cemerlang akademik, tapi hidupnya susah juga. Tapi dia pastikan belajar sungguh-sungguh, biar cemerlang. 

    Sedangkan al quran nak beri kita cemerlang dunia akhirat. Takkan yang untuk cemerlang di dunia kita baca sampai faham dan hafal,  tetapi yang untuk cemerlang dunia akhirat kita tak perlu faham. Masuk akal tak?


Tak masuk akal

    Quran itu nak bawa kita bahagia di dunia dan bahagia di akhirat, tiba-tiba tak perlu faham. Ini  satu benda yang tak masuk akal.  Satu benda yang tak logik.

    Tapi yang lagi tak logik ialah macamana kita boleh terima hal itu?  Satu-satunya kitab yang diakui mulia tapi tak difahami oleh kebanyakan orang yang membaca- nya. Kenapa berlaku seperti itu? Emak kita, datuk-datuk kita baca quran sampai kesudah tapi tak faham. Dan disambung ke generasi seterusnya. 

   Jadi soalannya kenapa benda macam ini berlaku? Benda macam ini tak berlaku di zaman nabi, sebab itu al quran turun berperingkat-peringkat.  Kitab-kitab  yang lain turun sekaligus. Kenapa berperingkat-peringkat selama 23 tahun?  

     Iaitu supaya para sahabat dapat faham sedikit demi sedikit dan amal sedikit demi sedikit.  Jika sekaligus, hari itu nak betulkan akidah, hari tu nak tinggalkan arak,  hari tu nak tutup aurat dan hari tu nak solat , maka kata Aishah r.ha , 'Orang akan tinggalkan agama ini. '

    Maka hikmah turun berperingkat-peringkat ialah supaya bila satu ayat faham,  satu ayat diamal. Allah tahu sebab Allah yang cipta manusia. Allah tahu manusia tak mampu buat semuanya dalam satu masa. Sebab itu turun beransur-ansur.  


Berlaku perubahan

     Sebab itu bila sahabat faham walaupun 5 ayat, berlaku perubahan dalam kehidupan mereka. Daripada cinta dunia kepada cinta akhirat. Daripada ikut nafsu kepada ikut agama. Dan akhirnya agama zaman nabi jadi kuat walau dalamasa 23 tahun sahaja. Bermula dari zero, nabi berjaya islamkan Madinah, Islam tersebar,  Islam jadi kuat dan menggerunkan musuh hanya dalam tempoh 23 tahun. 

     Tetapi kita dapat quran bukan beransur-ansur, tetapi sekaligus. Apa kita buat bila dapat sekaligus?  Iaitu guru ajar kita betulkan tajwid. Kalau tak betul tajwid berdosa. Yang kedua ialah khatam.  Selepas khatam kebanyakan nya hafal surah-surah pendek saja untuk dibaca dalam solat. 


Khatam quran

    Bila khatam mesti ada majlis khatam al quran. Zaman nabi ada tak majlis khatam al quran?  Kenapa nabi atau sahabat tak buat majlis khatam al quran walau pun mereka faham al quran? Nabi dan sahabat faham al quran dan sampaikan al quran tetapi tiada satu pun majlis khatam al quran. Kita yang tak faham, tak amal dan tak sampaikan tiba-tiba ada majlis khatam. Kenapa?

    Majlis khatam itu tanda apa? Ada makan-makan dan gembira . Kenapa gembira buat majlis khatam? 

      Lihat analogi ini  : Suami kita beri surat  yang tebal, dalam bahasa urdu, kita pun baca. Kita pun kata kepada suami supaya buat majlis khatam sebab dah habis baca. Apa perasaan suami,  adakah ia seronok?  Padahal ia ada mesej yang nak disampaikan, tapi kita tak faham bahkan seronok bila dah habis baca. 

      Begitulah Allah hantar mesej melalui al quran supaya betulkan akidah kita  , akhlak kita tetapi kita tak faham mesej itu, tiba-tiba kita seronok.  Mesej tak sampai dan tak  difahami tiba-tiba kita seronok buat majlis , pelik tak? 

Iman bertambah

    Bukan majlis khatam itu salah. Tetapi salahnya bila kita suka benda yang kita tak faham. Satu ayat pun tak faham. Padahal tanda-tanda orang beriman itu ialah bila dengar ayat quran imannya bertambah . Lihat surah al Anfal,



    Allah guna perkataan  innama 
yang bermaksud sesungguhnya hanya. Iaitu bila tiada tanda itu ia belum jadi orang beriman yang sempurna.   Iaitu bila baca ayat Allah imannya bertambah.

    Kita baca khatam 30 juzuk, iman bertambah atau tidak? Macamana nak bertambah kalau tak faham? Kalau tak bertambah maknanya kita belum jadi orang beriman. Kalau belum beriman lalu macamana kita seronok buat majlis khatam al quran?



Tanda cinta Allah

   Quran itu kitab yang paling mulia, paling agung, kitab yang nak betulkan akidah  kita,  yang nak rawat penyakit hati kita , kitab yang nak bentuk akhlak kita,  kitab yang tuntun kita sampai ke syurga,  maka kita kena faham . Bila kita baca tanpa faham , tanda kita ada masalah  iaitu tak cinta kepada Allah.  Kerana antara tanda cinta kepada Allah, ulama sepakat iaitu cinta kepada al quran.  Tanda cinta kepada al quran itu ialah kita baca, kita faham, kita rindu nak baca al quran sebab quran itu nak pandu kita kepada yang Allah redha. 



Waze ke syurga

    Seperti kita pergi kemana-mana tempat, kita guna waze. Adakah waze itu mulia? Tidak. Kita buka ia dalam bahasa yang kita faham. Kenapa kita buka dalam bahasa yang kita faham?  Sebab waze itu panduan. Maka jika ia panduan kita kena guna dalam bahasa yang kita faham. Ke kiri , ke kanan, ke depan. Dan itu hanya ingin pergi ke sesuatu tempat sahaja. Itu pun kita buka dalam bahasa yang kita faham.

    Ini al quran, waze yang hendak memandu kita ke  syurga. Nak pergi ke suatu tempat kita kena faham, kenapa nak ke syurga  kita tak perlu faham?  

    Jadi, banyak benda yang kita buat sekarang , nabi tak buat.  Nabi dapat ayat, nabi jumpa sahabat, terangkan  satu persatu. Bila sahabat faham dan amalkan, nabi ajar ayat yang baru.  Itulah tujuan al quran  diturunkan.  Kalau tak amal, tak berfungsilah diajar ayat baru. 


3 kategori manusia

    Dalam surah al Fatihah Allah bagitau kategori manusia. Ada tiga iaitu:
1. Orang yang Allah beri nikmat
2. Orang yang Allah murkai
3. Orang yang sesat.

   Apa ciri-ciri orang yang Allah beri nikmat?  Kita nak tahu ciri-cirinya, maka kita tengok orang yang kedua iaitu yang Allah murka. Siapa orang yang Allah murka?  Iaitu dia tahu,  yang ada ilmu,  tapi tak amal, maka Allah murka. 

    Golongan ketiga iaitu orang yang sesat. Apa ciri-ciri orang yang sesat?  Iaitu orang yang jahil, tiada ilmu, tak tahu. Maka ia sesat dalam beramal. 

    Jadi,  yang kita minta dalam solat 17 kali sehari  ialah golongan yang pertama iaitu yang berilmu dan beramal.  Kalau kita minta (doa)  tapi tak belajar, kita baca saja quran itu tapi tak faham,   kita masuk golongan mana? Iaitu golongan yang sesat. Setiap hari kita minta jalan yang benar, yang lurus, yang Allah beri nikmat, tapi Allah beri jalan yang sesat sebab kita tak belajar, tak mahu faham al quran. 

    Manakala kalau kita belajar, kita dah tahu tapi tak amal, kita masuk golongan yang Allah murka. Satu saja yang selamat iaitu kita minta jalan orang yang berilmu dan beramal. Kalau kita setakat baca quran saja,  kita dapat tak  ilmu? Tidak. Maka kita wajib belajar tadabbur al quran. Itulah yang kita minta setiap hari dalam solat kita. 

      Kita minta hidayat dalam surah al Fatihah, hidayat ada dua. Pertama,  hidayat irsyad atau hidayat ilmu. Kedua, hidayat taufik. Jadi yang kita minta dalam fatihah itu dua-dua. Jadi , tak masuk akal kita minta ilmu tapi kita tak cari ia. Satu-satunya  benda yang kita minta setiap hari tapi kita tak cari iaitu ilmu. Kita minta rezeki lalu
kita cari rezeki itu dan kita dapat. 


Di mana ilmu?

    Semua benda yang dia minta lalu ia cari hingga dapat. Tapi bila kita minta hidayat , sebaliknya,  kita tak cari. Iaitu hidayat ilmu. Di mana ilmu itu? Allah bagitau ada di sini,

      Jadi apa yang kita minta dalam surah fatihah itu ada  di dalam kitab  Al quran. Iaitu  ianya hidayah atau petunjuk bagi orang yang percaya. Maknanya apa?

      Maknanya selepas kita minta hidayat  kita wajib tadabbur al quran. Tapi yang berlaku sekarang , minta hidayat tapi tak cari ilmu dari al quran. Minta hidayat dalam solat subuh, tapi tak cari selepas itu, minta lagi dalam zuhur,  tapi tak cari juga hidayat itu. Bila nak dapat hidayat kalau begitu caranya?

      Kita cari rezeki sampai jauh. Supaya  bila dapat,  hidup kita senang. Tapi itu untuk sekejap di dunia ini saja. Tapi hidayat yang kita cari itu untuk hidup kita di dunia , dalam  kubur dan  alam akhirat nanti. Kalau untuk senang di dunia kita sanggup berhijrah, tinggalkan  keluarga,   kenapa kita tak boleh bagi masa untuk cari hidayat Allah dari al quran? Tak perlu hijrah pun . Quran ada depan kita, dan  kita boleh belajar tadabbur dengan satu klik saja untuk kita cari rezeki yang kekal abadi di akhirat. 


Allah mencela

   Sebab itu Allah mencela orang yang cari dunia tapi abaikan akhirat di dalam surah al A'la : 16, 17,
      
      

      Jadi di sini Allah bertanya, kenapa kamu lebihkan yang akan binasa, dan kamu abaikan  yang kekal abadi?  Seolah-olah Allah bertanya kenapa kamu kurang cerdik atau kamu kurang waras?  Dunia yang akan binasa kamu kejar habis-habisan, yang kekal dan nak dibawa ke akhirat kamu buat cincai, kenapa?  

     Lihat an Nahlu:96,

          Di sini, Allah nak bagitau kita apa yang di sisi kita akan binasa, harta kita, wang kita, rumah kita,  tapi apa yang di sisi Allah akan kekal. Di sebalik itu ada suatu mesej yang Allah nak sampaikan.  Apa dia?

Kalau kamu cerdik

      Iaitu, kalau kamu cerdik kamu mesti pilih yang kekal. Tapi kebanyakan manusia habiskan  masa untuk cari yang akan binasa, cerdik atau tidak? Pagi cari dunia,  petang cari dunia, malam pun  cari dunia. Sedangkan bila ia mati semua yang ia cari akan  ditinggal kan. Sedangkan banyak lagi amal-amal soleh yang kita tak tahu dan kita tak buat pun. Sebab apa? Sebab kita tiada ilmu.


Penting faham al quran

    Sebab itu penting kita faham al quran , sebab apa? 
     Sebab  ia membetulkan   cara fikir kita. Selama ini kita fikir segala-galanya dunia. Yang penting aku nak sihat , aku nak senang. Tapi akhirnya, kesannya ialah kita solat lambat, solat tak khusyu, kita solat sama saja tiada peningkatan. Kita tahu bukan  semua solat diterima oleh Allah. Solat yang macamana diterima oleh Allah? 

    Iaifu solat yang khusyu'. Macamana pula solat yang  khusyu'? Kalau kita tanya  solat kita selama ini khusyu' atau tidak? 

      Kalau kita tengok nabi dan sahabat, solat mesti di awal waktu. Yang lelaki mesti berjemaah di masjid dan mereka bila solat baca surah yang panjang. Tapi sahabat yang solat macam itu pun masih rasa diri dia munafik. Seperti Umar r.a  , dia solat khusyu' dan dia korbankan  harta , dirinya untuk Islam.  Tapi dia rasa nama dia ada dalam senarai nama orang munafik yang ada di tangan Huzaifah r.a. 

      Adakah kita pernah terdetik di hati kita, aku ni macam munafik je. Ada tak?  Umar r.a bukan munafik, bahkan ia salah seorang ahli syurga. Tapi dia rasa dia munafik. Kita ada tak jaminan ahli syurga? Katalah sekarang ini ada senarai orang munafik, kita check nama kita atau nama orang lain? 

   Itulah bezanya kita. Sedangkan para sahabat dulu solat dah khusyu' tapi masih rasa ia munafik. Takut tak diterima. Kenapa begitu? Sebab mereka tadabbur dan faham al quran.

Ciri-ciri orang yang khusyu'

     Ciri-ciri  orang yang khusyu' itu Allah beritahu dalam al quran, 

        Allah terangkan ciri-ciri orang yang khusyu' solatnya. Pertamanya ia meninggalkan perkara yang lagha. Perkara lagha itu kadang-kadang tak berdosa tapi tiada faedahnya maka dia tinggalkan. Kalau lepas solat dia buat benda yang lagha, benda yang tiada faedah, maka itu ciri-ciri solatnya tak khusyu'. Jadi, kalau kita baca dan faham al quran, kita akan tahu kita ini di tahap mana. Iman kita, amalan soleh kita takat mana.


Macam cermin

     Ayat al quran ini macam cermin. Bila tengok cermin kita nampak muka kita, ada jerawat kah, ada apa kah? Jadi,  al quran ini macam cermin. Dengan membacanya dengan faham, kita tahu hati kita ini keras, solat belum khusyu, akhlak belum sempurna. Quran itu cerminan bagi kita bila kita faham. Tapi kalau kita baca tak faham,  maka kita syok sendiri sahaja...rasa semua dah ok...


Berubah dulu

       Maka, sebelum kita sampaikan  kepada orang , kita sendiri kena berubah dulu. 
   '  Baiki diri kamu, barulah ber dakwah kepada orang.'

     Bila kita tak faham al quran, akhlak kita pun bukanlah baik sangat,  tiba-tiba kita nak ajak oràng, maka orang akan tolak. Sebab itu   dakwah yang paling utama ialah akhlak.  

Bila faham al quran

      Bila kita faham al quran, quran akan gerakkan kita satu benda , apa dia?  Iaitu kita akan kongsikan al quran itu. Kenapa?

   Sebab orang beriman dia sayang pada orang lain. Bila dia dapat kebaikan  dari Allah apalagi dari al quran, dia akan kongsi, itu orang beriman. Sebab  nabi s.a.w bagitahu ,

  “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” [Riwayat al-Bukhari (13)]

    Kalau dia suka sebab faham al quran, ia mahu orang lain pun faham macam dia. Kalau dia baca sorang-sorang, faham sorang-sorang, amal sorang-sorang, sedangkan  orang lain ramai belum faham, nabi kata kamu belum beriman. Sebab itu bila nabi dapat quran nabi duduk diam atau nabi sampaikan?
     Nabi sampaikan.

     Nabi pergi Thaif untuk berdakwah. Tapi jemaah umrah kita pergi Thaif buat apa? Beli souviner, beli madu, beli nasi arab. Tapi ia mendakwa dia cinta nabi s.a .w.

    Kita tak perlu pergi Thaif pun, kalau kita nak cari orang yang jahil ramai tak? 
   Ramai. 
 
    Ada rumah orang tu tiada letrik, tiada air paip,  nak pergi kena lalu jambatan yang bahaya. Dan dia tak solat. Bila ditanya pakcik tu, selepas subuh, solat apa? Dia tak tahu . Maknanya dia tak solat. Dah lah miskin tak solat pula, bayang kan kalau dia mati hari itu.

    Bagaimana kita yang senang, kita solat, tapi berapa ramai orang yang jahil dan tak solat, kita tak peduli?  Di mana rahmat kita?  Sebab apa jadi begitu? 
    Sebab tak belajar al quran.

    Kalau al quran  masuk dalam hati apa akan berlaku? Kita akan  pergi cari.  Sebagaimana al quran masuk  dalam hati nabi.

     Sebelum al quran turun  nabi duduk di mana?
      Gua hira'.

   Tapi bila  dapat saja al quran nabi duduk lagi tak di gua? Nabi pergi mana?  Buat apa?
   
     Nabi keluar untuk selamatkan  orang. Firman Allah mengenai  nabi kita s.a.w,

      Iaitu nabi itu membawa rahmat kepada semua orang. Jadi, kalau kita cinta kepada nabi, bawalah rahmat al quran  kepada semua orang. Lepas kita belajar, lepas kita tadabbur, cari orang miskin, yang kadang-kadang rumahnya tiada air, tiada letrik, runah sempit, dan tak solat pula. Ya Allah kasihannya...

   Mereka tak solat sebab mereka jahil. Tidak pula pergi ke masjid. Jadi bila mereka akan dapat peringatan? 
    Tidak ada,  sampai mati.

   Dan ramai lagi yang macam itu. Tak solat, quran jauh sekali. Jadi kalau kita faham al quran , quran akan  gerakkan kita untuk membantu mereka yang begitu. Itulah kerja paling baik, paling mulia. Firman Allah, 

   Apa mesej dari ayat ini?


Yang terbaik perkataannya

    Bila Allah tanya siapakah yang lebih baik dari orang  yang mengajak kepada menyembah Allah, mentauhidkan Allah dan beramal soleh? Soalan  ini seolah-olah Allah mencabar. Adakah doktor, engineer, PM, raja itu lebih baik? 

     Allah kata orang yang menyeru kepada Allah itu yang paling baik. Doktor boleh jadi orang terbaik. Contohnya bila ia merawat pesakit ia menyantuninya dengan baik, bertanya hal agamanya, memberi ia ilmu, memberi bantuan jika ia memerlukan dana dan jalan  untuk belajar agama dan sebagainya. 

Penyakit fizikal

      Antara merawat penyakit fizikal dengan merawat penyakit hati, merawat penyakit hati paling mulia dan ganjarannya lebih besar. Kerana ganjaran orang yang buat kerja dakwah itu sampai ke akhirat, tapi gaji orang yang merawat penyakit fizikal itu hanya sampai di dunia sahaja.

    Nabi itu pendakwah, Abu Bakar pula pendakwah dan tokoh korporat . Gaji siapa yang lebih besar?   Apa bukti gaji nabi lebih besar? Apa buktinya?

Lebih tinggi

    Iaitu syurga nabi s.a.w lebih tinggi dari syurga Abu Bakar r.a di akhirat nanti. Kita di sini mungkin gaji paling besar, tapi di syurga mungkin biasa-biasa sahaja. Sebab apa? Sebab kerja terbaik ialah dakwah kepada Allah. Semua para sahabat yang hebat kerana dakwah nabi s.a.w.  Dan semua jadi hebat kerana ia faham al quran. 


Beri masa

     Oleh itu, selepas ini kita bagi masa untuk  al quran  yang mana itu wajib, kerana ia menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.  Maka langkah kedua selepas kita belajar , ialah kita amal dan kongsikan. Dan pahalanya sangat besar,  itu yang Allah paling suka. 

    Kalau kita tolong orang dengan makanan, kita beri kesihatan yang baik, tapi ia tak solat, adakah Allah suka orang itu? 
    Tidak.

    Tapi kalau kita beri ilmu, hingga ia dapat aolat, walaupun ia hidup susah, adakah Allah suka kepada orang itu? Allah suka kepada orang itu dan Allah suka kepada kita , sebab apa? Sebab kita menyebab kan orang itu kenal Allah dan menyembah hanya kepada Allah. 

Untuk berdakwah

     Seterusnya untuk berdakwah adakah perlu ilmu yang banyak? Perlukah ada tittle ustaz? Daripada doktor kepada ustaz, perlu tak?
Tak perlu. 

     Apa syarat untuk berdakwah? Kata nabi  s.a.w,

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari no.3461)

       Ini wasiat nabi. Kenapa nabi pesan begitu? Kenapa nabi tak pesan , sampaikan bila sudah dapat banyak ayat atau setelah mahir ?  Apa sebabnya?

      Sebab itu rahmat nabi s.a.w kepada umatnya. Sebab nabi tahu mati itu bila-bila masa Kamu sudah belajar 5 ayat, jangan tunggu lagi , sampaikan terus walau satu ayat. Mungkin selepas ia sampaikan satu ayat itu ia mati. Ia dah lakukan kerja yang Allah suka. 

       Tapi sekarang kalau nak dakwah orang tanya belajar di mana?  Ada tauliah tak? Tapi nabi kata, sampaikan walau satu ayat. Tapi syaratnya balighu anni.  Apa maknanya?  Iaitu daripada nabi iaitu quran dan hadis. Jangan sampaikan dari nafsu kamu, jangan sampaikan kata-kata orang. 

    Jadi , dalam hadis itu ada 3 benda, iaitu;

1.   Dakwah adalah wajib. Dalilnya?
Ballighu  ini fiil amar. Iaitu suruhan. Hukumnya wajib.
2.  Sampaikan dari Allah dan rasul sahaja. Dalilnya anni. Jangan sampaika  benda yang mengarut.
3. Walaupun satu ayat, dalilnya walau ayah.

    Ini menunjukkan  apa? Dakwah itu mudah , simple, ada satu ayat , sampaikan.

Kisah jin

     Pernah dengar kisah jin yang dengar beberapa ayat lalu ia terus beriman . Selepas beriman ia terus sampaikan  ayat itu kepada kaumnya. Dan Allah rakam kisah itu dalam al quran. Itu menunjukkan apa?
      
         Itu menunjukkan tak perlu tunggu habis belajar di timur tengah, baru nak sampaikan ayat Allah.  Di sini saja kita sudah belajar beberapa ayat iaitu,
1. Al anfal ,ayat 2
2. Al A'la , ayat 16 dan 17
3. Fussilat , ayat 33

Sebab al quran

       Anda yang membaca ini, sebab apa? Sebab al quran. Sebab anda mahu tahu tentang al quran. Jadi al quran bawa anda ke sini sebab nak faham , amal dan sampaikan al quran . Sebab  itu nak berdakwah mesti asasnya al quran. Kalau bukan kerana al quran anda pun tak mahu baca bacaan ini. Inilah rahnat kepada seluruh alam. 

     Saya tiada ilmu, apa yang saya tulis ini dari orang yang ada ilmu, lalu saya sampaikan, itu saja . Hasrat saya   kita beri masa untuk tadabbur al quran walaupun satu ayat. Sangat banyak rahmat Allah nanti kepada kita.

Al quran pandu kita

    Seterusnya al quran akan pandu kita ke jalan yang betul. Quran akan  bawa kita kepada kebahagiaan yang kekal abadi. 

   Oleh itu tadabburlah al quran setiap hari  walaupun hanya satu ayat. Boleh di mana saja,  di rumah boleh, dalam kereta boleh.  Kita ada masa buka facebook tiap hari.  Tukar , ambil masa setengah jam setiap hari untuk tadabbur al quran. Kemudian dah belajar  fahamkan dan amal. Kemudian cari asnaf satu minggu satu orang. Ini kerja yang paling Allah suka. Sabda nabi s.a.w,

    " Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain”.
[ HR Tobrani No: 13474]

   Doktor merawat orang itu Allah suka. Tapi Allah lebih suka jika doktor itu merawat dania beri ilmu hingga orang itu beriman dan menyembah Allah. Jadi, pekerjaan bukan jadi penghalang kita menjadi orang terbaik.  Begitu juga engineer, cikgu boleh jadi orang terbaik dengan cara begitu.  Sambil bekerja , selit satu ayat kepada orang yang terdekat. 

    Cikgu contohnya, bagi masa 3 minit untuk sampaikan makna ayat alhamdulillahirabbil 'alamin.   Kenapa mesti puji Allah atas setiap hal? Kerana Allah itu pemilik seluruh alam ini, seluruh nikmat ini. Sebab itu kita puji Allah bila dapat nikmat.  Simple saja .

     Gaji yang kita dapat habis di dunia saja. Tapi ilmu yang kita sampaikan , orang faham dan amalkan,  pahalanya sampai ke akhirat.  

   Nabi s a.w  bersabda,

    "Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepada ibu bapanya.” (HR Muslim).

      
   
Semoga bermenafaat.

    


Dari kuliah Ust. Abdul Muein.
Klang.
30/1/25

   
    
     

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicinta...

174) MENGAPA PERLU KENAL SUNNAH NABI S.A.W?

Bismillah, Assalamu'alaikum,         Mengapa perlu kenal sunnah nabi s.a.w? Kerana dengan itu kita akan kenal apa itu bid'ah. Kenapa perkara ini perlu dibahas? Kerana ramainya orang membahas syariat. Sehingga dengan keahliannya beretorika, atau kepintarannya dalam berlogika, hingga boleh memahamkan orang yang tidak faham , bahawa bid'ah itu sama dengan sunnah.  Dan hingga semua bid'ah itu dianggap bid'ah hasanah.  Sehingga baginya tidak ada lagi bid'ah yang dholalah (sesat).         Dengan mafhum seperti itu, diakui atau tidak diakui, maka setiap kali lahir bid'ah , asal baik dianggap oleh pelakunya, maka mereka panggil ia  bid'ah hasanah.         Oleh itu, daripada kita payah memikirkan definisi bid'ah ini, yang mana definisi bid'ah itu semakin hari semakin berkembang, semakin hari semakin membuka peluang untuk memasukkan hal-hal yang bukan dari sunnah menjadi sesuatu yang tak terpis...

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...