Bismillah.
Artinya : “Segala puji bagi Allah, dengan kenikmatan dari-Nya menjadi sempurna semua amal kebaikan."
Kita sering kejar dunia, kerjaya, bisnes, keseronokan dan meninggalkan amalan soleh , solat sunat, sedekah dan sebagainya. Kita utamakan dunia daripada pahala akhirat. Tetapi apa Allah kata?
Manakala pahala akhirat itu lebih besar dan lebih baik dari keseronokan dunia ini, tetapi kenapa kita lupakan? Sebab kita tak sedar dan tak berfikir. Lihat pula surah ad Dhuha: 4,
Dengan balasan yang penuh nikmat dan kepuasan. Sebab itu orang yang berakal tidak kesah dengan kesusahan yang sekejap di dunia. Lihat pula Ali Imran: 196,
Assalamu'alaikum,
Ada orang menggunakan sumpah untuk meyakinkan orang lain bahawa ia menyebelahinya. Inilah yang dilakukan oleh beberapa orang islam di zaman nabi bila merasa pihak lawan semakin kuat, manakala pihak islam semakin tertindas. Seperti diceritakan dalam surah an Nahl:94,
Pada peringkat awal Islam, ada orang yang masuk islam dan berjanji akan mempertahankan rasulullah s.a.w dan Islam. Tapi bila ia melihat Islam terus ditindas, tidak bertambah penganutnya dan orang musyrikin semakin kuat, maka ia menukar perjanjian untuk bersama orang musyrikin pula.
Jadi, mereka menggunakan sumpah untuk meyakinkan orang musyrikin tersebut.
Sebenarnya orang yang suka bersumpah ini ada penyakit dalam hatinya. Iaitu penyakit tidak yakin diri sendiri. Sebab ia tidak yakin dirinya sendiri itulah maka ia bersumpah supaya orang yakin kepadanya.
Tetapi Allah amat murka dengan sikap begitu. Allah memberi amaran bahawa mereka itu akan:
1. Tergelincir dari hidayat.
Pada mulanya ia sudah dapat hidayat. Iaitu ia telah berdiri teguh dengan akidah yang kukuh. Tetapi disebabkan ia beralih arah maka ia akan tergelincir dari jalan Allah ataupun sesat.
Selain membatalkan perjanjian dengan rasulullah ada sebab lain yang boleh menyebabkan orang Islam tergelincir dari hidayat. Lihat surah Muhammad:7,
Bila dikatakan menolong Allah, persoalannya adakah Allah itu perlukan pertolongan? Tidak. Maksud sebenarnya ialah menolong agama Allah. Iaitu dengan taat perintah Allah dan menyebarkan dakwah. Dengan itu apa yang Allah akan berikan kepada kita? Iaitu:
1. Allah tolong kita.
Kita semua lemah dan perlukan pertolongan. Pertolongan Allah jauh lebih kuat dari pertolongan manusia. Tetapi kenapa kita suka minta tolong kepada manusia? Bergantung pada orang.? Ini menunjukkan kita tak kenal tuhan.
Jadi, dalam ayat ini Allah bagi tips bagaimana nak jadi kuat. Iaitu satu saja, bila Allah tolong kita. Dengan pertolongan manusia kita tak boleh jadi kuat. Kita akan kuat dengan pertolongan Allah.
Apa kita dapat bila tolong agama Allah?
Iaitu dengan tolong agama Allah, bukan tolong diri sendiri atàu tolong keluarga sahaja. Bila tolong agama Allah, pertama, Allah akan tolong kamu.
Seperti rasulullah s.a.w di Mekah. Dia berdakwah asalnya seorang saja. Di tempat yang paling rosak akhlaknya dan sesat akidahnya. Ada berhala bukan 3 tetapi ada 360 berhala di sekeliling kaabah. Nabi nak tukar hati manusia , nak tukar pegangan mereka. Seorang diri, bukan mudah.
Tapi bagaimana nabi s.a.w berjaya? Iaitu dengan pertolongan Allah. Nabi tak fikir tentang pertolongan manusia.. Yang nabi fikir hanya ikut perintah Allah, bangun malam dan sampaikan peringatan. Nabi tak fikir apa risikonya berdakwah dalam masyarakat yang telah begitu rosak. Sebab nabi hanya mengharapkan pertolongan Allah. Kaum Tsamud dulu lebih kuat dari musyrikin Mekah, pun Allah musnahkan hanya dengan angin yang lembut sahaja.
Kedua, Allah akan teguhkan kaki kita. Maksudnya ialah Allah teguhkan pendirian kita atau akidah kita. Iaitu ia terus berjuang , berdakwah walau menghadapi rintangan.
Ada orang goyang bila di tawarkan dengan apa-apa kemewahan kerana ia bukan membantu agama Allah, tapi membantu perut sendiri. Ia tak buat kerja untuk Allah, tapi kerja sendiri sahaja. Jadi, pendiriannya tak dibantu Allah. Begitu juga ada orang dulu rajin ikut kuliah tapi akhirnya hilang kerana ia hanya bantu diri sendiri.
Tafsir syeikh Sa'adi tentang siapa yang menolong agama Allah.
Syeikh Sa'adi berkata bahawa,
" Menolong agama Allah adalah perintah kepada orang beriman. Iaitu menolong Allah dengan menegakkan agamaNya. Dan mengajak manusia kepada Allah iaitu mentauhidkan Allah. Dan juga berjihad melawan musuh-musuhNya dengan tujuan mendapat redha Allah.
Sesungguhnya bila mereka buat semua ini, maka Allah akan tolong mereka dan teguhkan akidah mereka. Iaitu dengan mengikat hati mereka dengan sabar. Dan hati mereka tenang , teguh dan Allah sabarkan tubuh mereka menghadapi semua ujian dan rintangan. Dan Allah membantu dalam menghadapi musuh-musuh. Ini lah janji Allah yang maha Karim dan maha benar janjinya. Siapa yang menolong agama Allah dengan perkataaan dan perbuatan , maka Allah akan menolongnya. Dan Allah memudahkannya sebab-sebab kemenangan."
Jadi , kalau orang bertanya mengapa umat Islam ditindas dari dulu sampai sekarang? Maka jangan salahkan musuh. Tetapi sebabnya ialah kerana kita tak menolong agama Allah.
Apa lagi akibat orang yang melanggar perjanjian itu? Iaitu yang ke,
2. Ditimpa musibah di dunia
Bila mereka melanggar perjanjian dengan nabi maka mereka akan ditimpa musibah di dunia lagi. Sebabnya ialah dengan melanggar perjanjian itu mereka telah menyebabkan orang lain merasa terikut dengan mereka, bermakna secara tak langsung ia menghalang orang lain untuk menerima Islam.
Sama seperti di dalam surah Shaf: 2& 3,
Bila kita suruh orang buat tapi kita sendiri tak buat maka Allah sangat benci kepada orang begitu. Waktu kini orang yang banyak bercakap bab agama ialah para asatizah. Jika mereka cakap saja tapi diri sendiri tak mengamalkannya, dan orang ramai nampak maka orang akan benci pada agama sebab si penceramah tak boleh jadi contoh. Sebab itu Allah murka pada mereka.
3. Ditimpa azab di akhirat
Begitu juga jika emaknya sendiri tak pakai tudung tapi suruh anaknya pakai tudung. Akhirnya anaknya pakai tudung di sekolah sahaja ,keluar saja pagar sekolah dia buang tudung sebab mengikut contoh emaknya. Maka emaknya sendiri yang jadi penghalang kepada agama Allah. Ia akan diazab di akhirat kerana menjadi contoh buruk kepada orang lain.
Apa sebab manusia membatalkan perjanjian atau keluar dari jalan Allah?
Apakah sebab orang lari dari jalan Allah ? Tidak mahu meneruskan kerja dakwah? Allah beri jawapannya di ayat 95 , an Nahlu,
Menukar perjanjian dengan harga yang sedikit itu maksudnya dengan dunia. Maknanya apa yang kita kejar di dunia dari muda sampai ke tua itu sangat kecil dan sedikit sekali nilainya. Tapi untuk yang kekal yang Allah nak kurniakan , kita beri masa sedikit sahaja.
Apa yang dia tukar/ beli? Itulah dunia. Beli dengan apa? Dengan janji Allah. Iaitu dia menolak kerja atau amal yang mulia hanya kerana habuan dunia. Allah melarang ini . Kenapa Allah larang?
Kerana apa yang ada di sisi Allah itu jauh lebih baik bagi kamu sekiranya kamu tahu. Iaitu jika kita tahu ganjaran Allah yang sangat besar, kita akan tunaikan janji dengan Allah, iaitu beramal soleh, walaupun rugi dunia kita.
Tapi ramai orang tinggalkan kerja mulia dengan Allah kerana ia tak tahu apa yang Allah sediakan untuknya.
Nikmat dan musibah
Kata ahli hikmah,
" Bukanlah satu musibah hilangnya orang yang dikasihi dan harta benda, tetapi orang terkena musibah sebenar ialah yang hilang pahala.'
Sebab kalau dapat wang sejuta pun, akhirnya tinggal. Tetapi kalau kita kehilangan pahala, kita akan rugi dunia dan akhirat. Seperti meninggalkan solat jemaah, baca quran, pengajian , sedekah dan lain-lain. Orang yang tak rasa rugi dengan kehilangan pahala maknanya ia tak tahu menilai ganjaran Allah dan ia tertipu dengan dunia.
Lihat hadis,
Dari Anas bin Malik bahawa nabi bersabda ,
' Tidaklah Allah memberi nikmat kepada hambaNya, apa-apa sahaja nikmat lalu ia berkata 'alhamdulillah' maka ucapannya itu lebih baik dari nikmat yang Allah beri padanya itu.'
(HR Tarmizi)
Maknanya kalau kita dapat kereta Tesla berharga 200 ribu contohnya, lalu kita ucap alhamdulillah, maka ucapan itu lebih baik dan lebih berharga dari kereta itu. Kenapa?
Sebab kereta itu walaupun mahal, akan kita tinggalkan nanti. Tetapi pahala ucapan alhamdulillah akan kekal Allah simpan sampai ke akhirat. Yang kekal pastilah lebih baik dari yang sementara. Jadi, rugilah orang yang kehilangan pahala ucapan syukur itu.
Sebab itu orang beriman jika dapat nikmat akan baca,
Artinya : “Segala puji bagi Allah, dengan kenikmatan dari-Nya menjadi sempurna semua amal kebaikan."
Jika ditimpa musibah membaca,
Itu lebih baik untuknya di dunia dan di akhirat. Lihat pula surah al A'la:16,
Kita sering kejar dunia, kerjaya, bisnes, keseronokan dan meninggalkan amalan soleh , solat sunat, sedekah dan sebagainya. Kita utamakan dunia daripada pahala akhirat. Tetapi apa Allah kata?
Manakala pahala akhirat itu lebih besar dan lebih baik dari keseronokan dunia ini, tetapi kenapa kita lupakan? Sebab kita tak sedar dan tak berfikir. Lihat pula surah ad Dhuha: 4,
Iaitu pahala amal soleh itu lebih baik dari keseronokan dunia ini. Dan Allah pasti akan membalas amal soleh kita dengan,
Dengan balasan yang penuh nikmat dan kepuasan. Sebab itu orang yang berakal tidak kesah dengan kesusahan yang sekejap di dunia. Lihat pula Ali Imran: 196,
Orang beriman jangan tergoda dengan bebasnya orang kafir mencari kekayaan , berseronok dan sebagainya. Kerana Allah kata,
Keseronokan dunia itu hanya sekejap dan sementara. Bahkan kerana kekafiran mereka itu mereka akan masuk ke neraka jahannam. Itulah seburuk-buruk tempat.
Sedangkan orang beriman yang beramal soleh, tempatnya di syurga, kekal di sana dan ia sebaik-baik tempat. Hanya perlu bersabar beramal. Inilah tawaran Allah yang kita kena masukkan dalam hati. Tapi bila hari-hari kita dengar dunia, wang, kereta baru saja, maka akhirnya kita jadi hamba dunia , terlepas pahala akhirat.
Allah tegaskan lagi dalam ayat 96: An Nahl,
Orang beriman beruntung jika ia mengutamakan yang kekal daripada yang sementara. Walaupun banyak, cantik, mahal, jikalau kita tinggalkan suatu hari nanti maka ia tak bernilai sebenarnya. Apa yang di sisi Allah itu kekal. Apakah yang di sisi Allah itu?
Itulah segala ketaatan kita kepada perintah Allah baik dengan ucapan atau perbuatan kita. Seperti ucapan alhamdulillah dan perbuatan solat sunat subuh. Itu semua kekal pahalanya di sisi Allah. Tetapi kita ambil dunia tinggalkan yang kekal.
Penunggang agama
Lebih buruk lagi ada orang menggunakan ugama untuk dapat habuan dunia. Nabi kata 'sampaikan dariku walau satu ayat'. Tapi orang ini sampaikan ilmu tafsir surah al mulk dengan bayaran rm200 seramai 500 orang , sehari suntuk. Dengan itu dia dapat habuan rm100 ribu dengan menggunakan agama. Padahal imu Allah wajib disampaikan kepada semua orang bukan kepada yang membayar sahaja. Dia jual agama untuk mendapat dunia yang sementara. Sebaliknya ia tolak habuan akhirat.
Lihat apa Allah kata dalam al Qalam:
Nabi tak letak bayaran pun dengan ilmu yang ia sampaikan tapi kenapa Allah tegur? Maksud Allah itu ialah nak tegur orang yang meminta bayaran dari ilmu Allah yang ia sampaikan. Kerana ada orang akan merasa berat kerana bayaran tersebut. Padahal menyampaikan ilmu itu satu tanggung jawab dari Allah kepada orang yang berilmu. Jangan sembunyikan ilmu. Sekarang ilmu itu disembunyikan dari orang yang tak mampu membayarnya. Hanya orang yang mampu sahaja mendapat jalan akhirat, yang tak berduit ditutup jalannya. Ini satu kemungkaran.
Ada orang berkata ,ahli hiburan pun dibayar tinggi, kenapa ahli agama tidak boleh dibayar atau meminta bayaran? Jawapannya ialah,
agama atau syurga itu lebih tinggi nilainya, tidak sama dengan apa-apa nilai dunia ini. Dengan meletakkan bayaran itu bermakna ia merendahkan agama dan syurga Allah itu sendiri. Kalau hendak mencari duit ada banyak produk lain yang boleh di jual , bukan produk agama.
Balasan orang yang sabar
Allah akan beri upah kepada orang yang sabar . Di dunia upah adalah duit. Tetapi upah di akhirat adalah pahala. Sebagaimana kita cari duit untuk hidup ini begitu lah kita mesti cari upah untuk akhirat nanti. Kalau tak ada pahala di akhirat maka kita akan susah.
Kenapa orang yang sabar akan di beri ganjaran? Kerana walaupun Islam ditindas , dizalimi, susah , orang kafir kuat dan sebagainya ,orang beriman tetap sabar dengan Islam. Kerana sabar itulah Allah akan beri balasan. Kerana setiap kali hendak mentaati Allah, menjauhi laranganNya, hendak berdakwah, kena musibah, itu semua perlukan sabar.
Sebab itulah Allah letak perkataan sabar itu secara khusus. Dan dalam banyak-banyak amalan , pahala sabarlah yang paling tinggi. Dalilnya surah azzumar: 10,
Kita buat amal sedikit saja tapi Allah balas dengan lebih baik. Ada orang yang baru masuk Islam, tak lama selepas itu ia mati syahid. Amalnya baru sedikit tapi Allah balas dengan syurga.
Nikmat dunia ini hanya seperti air yang melekat di jari sahaja. Air yang di laut itu umpama nikmat akhirat. Kenapa kita mengejar air yang di jari?
Klang & Padang Jawa.
23/10/23
Ulasan
Catat Ulasan