Langkau ke kandungan utama

107) DENGAN APA PENYAKIT HATI DIRAWAT?




Bismillah 
Assalamu'alaikum ,



        Apakah yang telah  mengubah hidup manusia Arab yang jahil di padang pasir yang tandus dulu, hingga dapat menjadi contoh kepada  dunia?  Lihat apa yang Allah turunkan kepada mereka, hingga mereka berubah, dalam surah Yunus: 57 ,
  
         Allah berkata bahawa , telah datang  kepada kamu peringatan. Peringatan ini ialah alquran. Tapi kenapa Allah tak sebut di sini al quran saja, tapi peringatan? Sebab Allah nak bagitau kita fungsi al quran itu. Iaitu ia sebagai peringatan dan  pengajaran kepada kita. 
      
          Pengajaran al quran itu maksudnya ialah  al quran hendak mengajar kita yang  jahil , daripada tak kenal Allah, daripada tak beriman, kepada kenal Allah dan  bagaimana untuk beriman. Jadi, perkataan mauizah itu sendiri menuntut kita supaya kita tadabbur ayat-ayat quran.  Sebab kalau kita tak faham kandungan al quran, macamana kita nak ambil pengajaran dan peringatan dari al quran..?
       
      Dalam ayat di atas juga Allah kata al quran itu syifa'. Atau penyembuh. Penyembuh penyakit hati dan fizIkal. Tetapi antara keduanya , al quran lebih utama merawat penyakit hati. Kenapa penyakit hati?

        Sebab nabi s.a.w berkata ,
        "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Namun, jika seandainya daging tersebut rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati". (Hadis Riwayat Bukhari dari Nu'man bin Basyir).

        Jika baik hati itu, baiklah fizikalnya. Jadi, semua penyakit fizikal bermula dari hati.  Jika hati dirawat maka penyakit fizikal bukan jadi masalàh baginya.

    
Musibah bagi orang beriman

         Nabi Ayub a.s terkena penyakit pada badannya. Tetapi itu tak jadi masalah baginya. Sebab apa?  Sebab hatinya baik. Baik itu  maksudnya ia beriman   dengan  Allah, dengan benda ghaib . Iaitu ia tahu  kalau ia sabar dan  redha , maka ia dapat pahala tanpa hisab. Kalau ada dosa ,  maka dosanya dihapuskan dengan sebab ia sabar itu.
      
         Jadi,   setiap musibah itu ada kebaikan   bagi orang  beriman. Oleh itu ,  kenapa nak merungut?
         
        Misal,  kalau kita buat salah , orang nak maafkan kita dengan syarat dia tampar kita dulu.  Dengan tamparan itu kita dapat kemaafan dan kebaikan yang banyak dari nya. Maka tamparan itu adakah jadi masalah bagi kita?
  
           Begitu juga bila Allah beri kita sakit, dan kita rasa dengan sakit  itu Allah hapuskan dosa atau tinggikan darjat kita  dan mendapat pahala tanpa hisab, maka penyakit itu tak jadi sakit bagi kita . Sebab apa? Sebab hati telah menerima aqidah yang betul.
    
          Sebaliknya, jika  fizikal  sihat tapi hati ada masalah,  maka itu  akan   jadi masalah kepada kita. Kadang kerana hilang kunci saja, hatinya tak sabar. Dia punya marah macam dia hilang sebiji  kereta. Sebab apa? Sebab hatinya ada penyakit.



Merawat penyakit hati
      
            Syurga itu luasnya seluas langit dan bumi. Allah sediakan bagi orang yang bertaqwa iaitu yang tetap  beramal soleh . Seperti kata Allah dalam Ali Imran: 133,

      
         Allah suruh bersegera minta ampun jika ada buat dosa. Bertaubat. Bukan dilengah-lengahkan, tunggu pencen, tunggu umur sekian-sekian . Kerana Allah nak bagi syurga kepada orang yang bertaqwa. Siapa orang yang bertaqwa yang mendapat keampunan Allah itu?  Iaitu orang yang Allah tunjukkan dalam Ali Imran :134 ini  ,

            Jadi orang yang bertaqwa itu ialah orang  yang   membersihkan hatinya dari sifat buruk.  Ini yang Allah beri syurga.

      Allah ajar kita bagaimana   nak rawat penyakit kedekut kita.  Iaitu jika kamu nak syurga yang seluas langit dan  bumi, kamu kena infak.
      
       Begitu juga penyakit pemarah. Sikit sikit marah. Sikit sikit marah. Allah kata , tahan marah kalau kamu nak syurga.
      
       Begitu juga penyakit dendam. Allah kata , kalau kamu nak syurga ,  lepaskan dendam kamu. Maafkan orang.
      
       Berapa ramai orang yang kena kencing manis cari quran untuk  rawatan? Tapi penyakit kedekutnya,   panas barannya , dia tak rawat  dengan  quran.  Sakit lutut cari dalam quran. Tapi penyakit kedekut  , pemarah , pukul isteri dia tak cari dalam quran . Padahal quran itu untuk  merawat penyakit hati.
      

        Bila kita telah  jadikan al quran peringatan , maka quran akan rawat hati kita. Bila hati sudah terawat ,  maka quran akan jadi huda iaitu petunjuk kepada kita. Apa yang quran suruh kita buat , apa yang quran larang kita tinggalkan.
       
          Hasilnya kita akan dapat rahmat Allah iaitu kasih sayang Allah. Antara kasih sayang  Allah dengan  kasih sayang manusia, mana lebih bernilai?
      
           Bagaimana pun,    syifa'  , huda dan rahmat itu bukan semua orang dapat. Melainkan orang yang beriman sahaja. Jadi,  kalau kita tak ambil quran  sebagai petunjuk, tak ambil quran  untuk rawat hati,   maknanya kita masih  belum beriman.


Selepas mendapat rahmat
       
         Bila dapat rahmat Allah  , Allah berkata lagi ,
        
        Fadhlillah itu ulama tafsir mengatakan itu ialah  Islam. Dan rahmat itu ialah alquran. Maka dengan  ada keduanya maka Allah suruh kita gembira. Kenapa gembira?
       
        Sebab Allah kata, dua benda itu lebih baik daripada apa yang manusia kumpulkan   iaitu harta.  Allah sendiri suruh gembira dengan quran dan Islam. Jadi kita kena gembira dengan keduanya. Dan bersedih jika tak dapat keduanya.

         Ramai orang gembira dengan apa yang mereka himpunkan. Tapi Allah kata Islam dan quran itu lebih baik. Kenapa? Sebab keduanya itu  akan bawa kita ke syurga.  Antara syurga dan harta  , mana yang lebih kekal? Jadi , logiknya kita lebih gembira dengan benda yang kekal. Tapi realitinya manusia, kita, lebih suka ambil yang tak kekal.
      
         Orang tak peduli al quran sebab cari  harta atau dunia .  Lagi banyak dapat, lagi seronok pusing dunia.  Sampai tinggal Islam,  tinggal  al quran.
        
         Allah kata Islam dan  quran itu lebih baik  tapi kita tak mahu  faham. Harta atau  dunia ini sementara saja. Bila mati saja, harta itu  jadi  milik orang lain. 
     
          Tapi bila ada Islam dan quran,bila mati, ia akan seronok di dalam kubur, juga di padang mahsyar .
      
         Sebab dapat Islam dan quran , nabi bahagia hingga solat malam  sampai bengkak kaki. Tapi kita keluar pagi balik petang , harta banyak tapi  bila solat tak bahagia. Asyik 3 qul  , 3 qul.
     
                    

Macamana nak dapat semua itu?

        Macamana nak dapat syifa', huda dan rahmat dari Allah   itu?  Lihat Shad:29

         Allah kata al quran ini turun dengan penuh keberkatan. Keberkatan itu di dalamnya ialah Islam, syifa dan rahmat Allah.  Maknanya kalau kita nak dapat huda,  syifa' dan rahmat dari Allah maka kena ikut apa yang quran suruh dan tinggal apa yang quran larang.

      
Bagaimana al quran itu berkat ? 

        Contohnya , bila kita marah, apa benda pun tak boleh buat. Tapi bila kita tahan marah , sabar  , hati akan  tenang. Dengan hati yang tenang itu , maka  banyak benda kita boleh buat. Berzikir, berfikir ,  memasak, buat kerja dan sebagainya . Tenang itu datang dengan amal suruhan dari  quran.

        Jadi , dengan ikut quran itu ,  banyak kebaikan kita boleh buat berbanding kalau tak ikut quran. 


      
Macamana nak dapat kebaikan quran ?


          Iaitu dengan mentadabbur al quran.  Dari ayat di atas  , Allah tak kata dengan cara baca, atau hafal atau khatam quran.  Itu hanya membantu orang yang tadabbur sahaja. Berapa  ayat mesti tadabbur? Semua ayat.
        
         Umur dah  50 atau 60 tahun  sempat kah habis semua?  Allah tak tanya kamu habis atau tidak? Tapi Allah tanya kamu tadabbur atau tidak?  Itu saja. 
      
        Selepas tadabbur , dan  faham, maka  Allah suruh  tazakkur iaitu ambil pengajaran dan amal. Tapi Allah kata lagi, hanya orang yang mengguna akal (ulul albab) saja yang dapat membuat kedua-duanya.  Kalau setakat baca tapi  tak faham, itu bukan orang yang  guna akal.  Sebab akal  tak diguna sangat bila tak  faham isinya. Setakat fikir untuk  betulkan bacaan sahaja.
         
        Sumayyah mati semasa quran turun beberapa surah sahaja.  Dia tak sempat khatam quran. Tapi dia ahli syurga.
      
         Manakala ahli kitab khatam kitab mereka , tapi jadi ahli neraka. Oleh itu, khatam Quran bukan jaminan kita jadi ahli syurga. Pengajarannya , iaitu bukan khatam tetapi setakat mana kita faham dan amal. Maka setakat  itulah  yang kita dapat balasannya.
        
      
Apa hukum tadabbur quran?

        Wajib. Dalilnya dalam surah Muhammad:24

         Dari ayat di atas Allah mencela orang tak tadabbur quran. Allah kata , kenapa kamu tak tadabbur, iaitu faham,  hayati dan amalkan al quran?   Atau hati kamu sudah terkunci? Allah tak kata  sebab hati dah hitam atau hati dah mati. Tapi terkunci. Kenapa?
         
         Ia seperti bilik yang terkunci, maka tak boleh bawa masuk barang. Bukan tak boleh bawa masuk terus   tapi syaratnya kena buka kunci dulu.  Apa kuncinya?
    
         Iaitu dengan tadabbur,  faham dan amal alquran. Itu kuncinya. Maknanya dengan tadabbur al quran,    kunci hati kita kepada hidayah Allah akan terbuka. Baru  berjaya untuk beramal. Iman masuk,  manakala syirik dan maksiat  akan keluar.
     
        Kalau baca sampai khatam sepuluh kali pun tanpa faham,   kuncinya  takkan terbuka. Jadi , iman tak boleh masuk  manakala syirik, bid'ah tak dapat keluar sebab terkunci.
   
        Gembiralah dengan Islam dan quran. Kerana keduanya ini lebih baik dari harta  dan kesenangan yang kita kumpulkan.

Kesimpulan

1. Manusia boleh berubah dari jahil menjadi orang beriman.
2. Penyakit hati manusia dirawat dengan ayat-ayat al quran yang diamalkan
3. Musibah itu ada hikmahnya bagi orang beriman.
4. Allah beri rahmat kepada hamba Nya yang beramal dengan alquran.
5. Al quran difahami dengan tadabbur
6. Bergembira lah dengan Islam dan al quran.


Padang Jawa.
27/9/23


         
           
       

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...