Langkau ke kandungan utama

44) BUAH IBADAH


Bismillah.
Salam ,


        Islam itu umpama sebatang  pokok. Ada 3 bahagian yang utama iaitu:
   1. Akar. Ia ibarat bagi  aqidah 
   2. Dahan. Ia ibarat bagi  hukum-hakam dan ibadat. 
   3. Buah. Ia ibarat bagi akhlak. 

        Orang Islam itu beribadah,  solat,puasa , zikir dan  lain-lain. Ibadah pula menghasilkan sesuatu sebagai tanda  ia satu amal yang diterima Allah. Hasilnya  ialah akhlak.  Oleh  itu kalau kita nak lihat hasil ibadah seseorang lihat lah akhlaknya. Sebab ada ibadah yang diterima ada yang ditolak. Yang ditolak mungkin sebab riak atau tak ikut sunnah nabi.

             Akhlak itulah buah kepada ibadah yang kita lakukan. Kalau ibadah kuat, puasa, solat, baca quran, tapi masih mengumpat, maknanya ibadah nya belum berbuah akhlak. Mahukah kita tanam pokok tapi tak berbuah? Rajin tanam tapi sia-sia tiada hasil.

        Ibadah yang diterima itu kata Allah akan melahir sifat terpuji.

         Contohnya puasa. Puasa dapat melahirkan taqwa. Dalilnya:
       Taqwa itu hasil yang kita dapat dari puasa. Tapi taqwa itu benda yang  tak nampak dimata. Namun ia boleh diukur dengan cara ukuran dari alquran iaitu di surah ali imran: 133 dan 134:

      Allah suruh kita  segera mendapatkan keampunan Nya dan segera untuk dapatkan syurga yang seluas langit dan bumi yang Allah sediakan bagi orang yang bertaqwa iaitu orang yang ibadahnya berhasil.

      Disamping mengerjakan yang wajib apa ciri-ciri atau ukuran bagi orang bertaqwa itu? Lihat ali Imran: 134 ini:


   Ciri-ciri orang bertaqwa itu ialah:

1. Sedekah semasa senang atau susah.

     Ada orang boleh solat dan haji tapi liat nak sedekah sebab sayangkan harta. Ini bukan orang bertaqwa. Infak yang terbaik adalah kepada ahli keluarga seterusnya kepada fakir miskin dan fisabilillah. Allah suka orang kaya yang sedekah tapi orang miskin yang sedekah lebih Allah cinta.

2. Menahan marah.

        Silap sikit marah, jalan jem marah, lambat sikit marah semua marah. Cepat melenting. Sebab itu bila ada sahabat minta amalan dari Nabi, Nabi suruh jangan marah. Sebab bila marah apa pun tak jadi, amal apa pun tak masuk. Lawannya ialah tahan marah atau sabar. Allah suka orang yang sabar.

3. Memaafkan salah orang kepada kita.

      Nabi tak marah bila ada Badwi tarik selendangnya. Kadang-kadang kita boleh tahan marah tapi tak sanggup memaafkan orang. Sebab tak nampak ganjaran syurga bagi orang yang memaafkan. Menyimpan dendam hanya menyimpan satu bom yang boleh meledak bila- bila saja. Oleh itu memaafkan itu memberi menafaat dunia dan akhirat.

         Orang yang bertaqwa itu akhlak nya seperti diatas. Akhlak itu buah ibadah. Allah janji syurga seluas langit dan bumi bagi hambaNya yang bertaqwa.  Kita kerja dari muda sampai tua berapa ekar tanah kita dapat beli? Satu ekar pun tak sampai,  dapat tanah lot saja. Tapi kita pulun macam tak ingat dunia. Tapi Allah janji bukan satu ekar, tapi seluas langit dan bumi. Namun kita buat tak peduli saja!. Nak juga yang seekar tu!

Kesimpulan

         Allah suruh kita ibadah. Itu tujuan kita dihidupkan di dunia ini. Ibadah pula melahirkan akhlak. Kalau berjaya lahirkan akhlak mulia maka  Allah janji beri syurga seluas langit dan bumi. Maha suci Allah. Dia suruh kita jadi hamba tapi Dia bagi pula upah yang lumayan!


Padang Jawa,
13/4/23
23,ramadhan 1444H

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...