Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2023

61) APA TANDA CINTAKAN NABI?

Bismillah. Salam,                Mencintai nabi Muhammad s.a.w termasuk amalan shalih. Yang memiliki pahala besar di sisi Allah s.w.t  dan memberi pengaruh besar dalam kehidupan du nia.         Sesetengah manusia menunjukkan cintanya kepada nabi dengan menyambut hari lahirnya atau meletak lambang capal di kepalanya . Adakah itu tanda cinta kepada nabi? Ada dalil?        Nabi telah bersabda,         Daripada Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman:         Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka” (HR Bukhari No: 15)  Status: Hadis Sahih       Ada juga hadis dari  Anas dalam kitab sahih, bahawa nabi s.a.w bersabda,   “Seseorang tidaklah beriman (dengan sempurna) sehingga aku lebih dicintainya berbanding ana

59) KENAPA KENA FAHAM AL QURAN?

Bismillah. Salam,       Hidup tanpa  bersama al quran, sebenarnya manusia itu mati. Dengan sebab itulah   Allah utuskan nabi Muhammad s.a.w ke Mekah, dengan berbekalkan al quran kepada kaum Quraish yang telah mati, bukan mati badan tetapi mati hatinya. Dengan al quran hati-hati orang Mekah dapat dihidupkan kembali, daripada menyembah berhala akhirnya menjadi satu  generasi yang hebat dan terunggul yang tidak akan berulang lagi dalam sejarah.       Kata nabi s.a.w  ,    " Sesungguh nya al quran ini mengangkat sebahagian manusia dan dengan al quran ini juga merendahkan sebahagian manusia"       Maknanya  manusia jadi mulia kerana al quran dan manusia  jadi hina kerana tinggalkan  al quran..         Abu Jahal dan Abu Lahab hidup  tapi hatinya mati. Sebab itu mereka masuk neraka. Hanya yang hatinya hidup iaitu yang selamat sahaja akan masuk syurga. Adakah kita Hidup dengan Al quran?          Hidup dengan al quran maknanya kita melazimi membaca dan tadabbur al qur

58) Keistimewaan & Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah

Bismillah, Salam.       Bulan Zulhijjah datang lagi. Apa yang diingat oleh kita biasanya ialah orang akan naik haji pada bulan ini. Tapi kita jarang ambil perhatian apa sebenarnya kelebihan bulan ini bagi mereka yang tak dapat pergi ke Mekah pada bulan ini.              Ada banyak kelebihan terutama pada 10 hari pertama bulan ini. 1. Pahala Yang Lebih Besar Daripada Jihad      Mungkin ramai dari kita yang tak tahu bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini  memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad. Apa dalilnya? Sabda Rasulullah: مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ‏”‏‏.‏ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ‏”‏ وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ ‏”‏‏.‏ “Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartany

57) DOA PAGI YANG AGUNG

Bismillah. Salam.             Allah lah yang memiliki dunia dan kehidupan ini. Kita sebagai hamba Nya hanya berusaha dan mengharapkan kebaikan . Sedang Allah juga yang empunya kebaikan itu.        Maka mulakanlah pagimu setiap hari dengan menyerahkan segala urusanmu kepada Allah. Kerana engkau tidak tau apa yang akan terjadi nantinya. Apa yang akan terjadi hari  ini adalah sesuatu yang kita tidak ketahui.          Maka serahkan segala urusanmu kepada Allah. Terutama dengan doa yang sangat agung . Doa yang  nabi ajarkan  kepada puteri  beliau Fathimah. Doa yang bersumber dari nabi kita s.a.w.       Pagi yang engkau mulai dengan  doa ini  adalah hari yang penuh kebaikan dan keberkatan. Kerana engkau melepaskan   segala daya, kekuatan, kecerdasan , dan kepintaranmu . Berlepas diri dari pengalaman dan keahlianmu lalu  engkau  serahkan semuanya  kepada zat yang maha Pengatur segala urusan. Iaitu Allah s.w.t.        Hendaklah engkau bersemangat untuk selal

56) BAGAIMANA MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH?

Bismillah, Salam,            Hidup ini tak pernah lekang dari ujian dan musibah. Bak kata orang ' bumi mana tak tertimpa hujan?'.           Tapi Allah tak biarkan hambaNya begitu saja dalam menghadapi semua itu. Ada panduan dan pertolongan yang Allah berikan melalui kitab suciNya. Lihat di surah...al Fatihah:5        " Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."             Apa kaitan antara sembah Allah dan mohon pertolongan kepada Nya?Kenapa lepas ibadah Allah suruh minta pertolongan kepadaNya?        Sebab Allah tahu mentaati perintah Allah sesuatu yang susah walaupun ianya mudah. Misalnya, Solat dengan panjat gunung mana lebih mudah? Solat kan? Tapi orang lebih seronok panjat gunung daripada panjat tangga masjid.  Bangun malam solat tahajjud dengan bangun malam tengok bola mana susah?  Bola kan? Padahal tengok bola lebih lama iaitu lebih susah, tapi boleh pula bangun.         Ibadah i

54) BERAPA HARGA SATU KENCINGAN?

Bismillah. Assalamualaikum,         Kalau ada orang menawarkan gaji rm1000 sehari , anda mahu? Kerjanya halal 2 jam sehari.         Pernahkah kita fikir ada yang memberi lebih rm1000 kepada kita setiap hari?         Kedua-dua mata kita yang sihat, kedua-dua telinga kita dan kedua-dua  tangan kita jika diharga kan dengan wang berapa harganya?        Kalau ada orang  minta nak membeli satu biji  mata kita rm 1 juta , mahu kita menjualnya? Jika dua biji mata 2 juta! Belum lagi jantung kita  paru-paru kita, ginjal kita dan lain-lain lagi . Berapa jumlahnya jika di duitkan  Tapi semua itu bekerja untuk kita setiap hari secara percuma . Bertahun-tahun tanpa kita sedari .       Bahkan kita boleh buang air kecil itu satu nikmat yang sangat  mahal harganya. Satu orang lelaki jutawan masuk hospital kerana dia tidak boleh kencing. Berhari-hari tidak boleh kencing. Sakit. Setelah di bedah  baru  boleh kencing. Bila di beri kan bill pembedahan itu berjumlah rm10 ribu, dia terus menangis

52) HiKMAH WUDHU'

Bismillah, Salam,    Wudhu'ini asal maknanya ialah mengelokkan, mencantikkan dan membersihkan.         Dalam Islam , membersihkan ini dalam dua hal iaitu jasmani dan rohani. Jasmani itu seperti bila ada najis kita basuh. Bagaimana pula membersih rohani?        Kita kentut mengapa basuh muka , tangan dan kaki? Sepatutnya basuh punggung lah! Ikut logik akal kita. Jadi pembersihan disini  salah satunya ialah pembersihan rohani.   Apa dalil wudhu itu membersih rohani? Iaitu dari hadis nabi yang bermaksud, “Bila seorang Muslim berwudhu, ketika membasuh muka, maka keluar dari wajahnya dosa-dosa yang pernah dilakukan matanya bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya, maka keluarlah setiap dosa yang pernah dilakukan tangannya bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kakinya, maka keluarlah dosa yang dijalani oleh kakinya bersama titisan air yang terakhir, sampai ia bersih dari semua dosa.” (HR Muslim). Lain-lain Hikmah berwudhu: 1.Mendapat doa

51) AL QURAN...

Bismillah , Salam. Al quran Adalah kalam Allah  Yang tidak berubah Ia adalah jalan hidup Ia adalah metodologi kehidupan Ia adalah petunjuk kepada seluruh umat manusia Ia adalah rahmat terbesar yang Allah turunkan ke alam semesta ini Ia adalah kitab yang penuh dengan keberkatan Dengan mengikutinya kita akan dapat berkahnya Ia adalah sebuah cabaran yang Allah cabar kepada seluruh manusia dan jin Untuk membuat yang serupa dengan al quran Dan mereka tidak akan pernah mampu melakukannya.. Ia adalah kalam yang paling fasih Kalam yang tidak pernah bosan untuk dibaca dan diulang-ulang Bahkan semakin sering dibaca dan diulang-ulang semakin indah kalam ini Ia adalah kalam yang menyentuh hati Tidak hanya menyentuh hati tetapi juga mengubah hati Jika ia difahami Kalam yang menguasai anggota tubuh dan membuat anggota tubuh tunduk Seperti yang terjadi di jazirab Arab ketika mereka mendengar al quran Kalam yang mengubah jagat raya ini Kalam yang jika anda memahaminya Dan benar-benar membu