Langkau ke kandungan utama

59) KENAPA KENA FAHAM AL QURAN?

Bismillah.
Salam,



      Hidup tanpa  bersama al quran, sebenarnya manusia itu mati. Dengan sebab itulah  Allah utuskan nabi Muhammad s.a.w ke Mekah, dengan berbekalkan al quran kepada kaum Quraish yang telah mati, bukan mati badan tetapi mati hatinya. Dengan al quran hati-hati orang Mekah dapat dihidupkan kembali, daripada menyembah berhala akhirnya menjadi satu  generasi yang hebat dan terunggul yang tidak akan berulang lagi dalam sejarah.

      Kata nabi s.a.w  ,

   " Sesungguh nya al quran ini mengangkat sebahagian manusia dan dengan al quran ini juga merendahkan sebahagian manusia"

      Maknanya  manusia jadi mulia kerana al quran dan manusia  jadi hina kerana tinggalkan  al quran..

        Abu Jahal dan Abu Lahab hidup  tapi hatinya mati. Sebab itu mereka masuk neraka. Hanya yang hatinya hidup iaitu yang selamat sahaja akan masuk syurga.


Adakah kita Hidup dengan Al quran?

         Hidup dengan al quran maknanya kita melazimi membaca dan tadabbur al quran. Jika tidak , maknanya hati kita sedang nazak. Adakah kita tahu hati kita mati atau sedang hidup subur? Sedangkan yang akan masuk syurga hanyalah yang punya hati  yang hidup sahaja.

"Hari akhirat ialah  hari yang segala harta dan anak-anak  tidak memberi menafaat kecuali yang datang menghadap Allah dengan   hati yang selamat"

       Hendak tahu hati kita mati atau tidak,  maka lihat adakah kita hidup bersama alquran atau tidak. Jika tidak bersama al quran itu tanda hati kita mungkin  mati.

        Kata syeikh Abdur Rahman al Badru, "jika manusia  hidup bersama alquran sama seperti ia hidup bersama telefonnya, maka akan berlaku  perubahan dahsyat di dalam hidupnya."

      Dalam satu hari kita lihat telefon berapa jam? 24 jam? Hingga tidur pun  bersama telefon! Jika manusia bersama alquran seperti  ia bersama telefonnta itu, hatinya akan hidup dan akan  menghidupkan hati orang lain. Sementara hati yang mati mungkin akan mematikan hati orang lain pula.

       Kenapa kita tak boleh hidup bersama al quran sebagaimana kita hidup dengan telefon kita? Alquran dan telefon mana lebih penting? Alquran. Tetapi realitinya manusia lebih pentingkan telefon lagi dari quran.  Tiada siapa pun sedih jika satu atau  dua hari bahkan seminggu tak baca quran . Tetapi kalau satu hari  tiada telefon dia akan risau,  sedih dan macam-macam  lagi. Seolah-olah tanpa telefon  dia putus hubungan dengan manusia.  Tapi tak baca quran satu minggu , maknanya terputus  hubungan dengan Allah, tiada kerisauan,  kenapa? Adakah hati ini telah mati?

        Sesiapa yang tak menyesal satu minggu tak baca quran, takut-takut  hati kita sedang nazak. Lebih bahaya jika hati mati tapi tak dirasai . Seperti orang yang ada kencing manis tapi dia tak tahu, adakah bahaya? Bahaya sebab dia tak akan berubat hinggalah tahap sudah  kritikal baru dia sedar. Tapi kalau penyakit hati yang tak disedari itu lebih bahaya. Sebab jika penyakit fizikal , mati saja habislah sakitnya. Tapi jika penyakit  hati dia tak habis  setakat mati. Dia akan  bawa ke kubur, padang mahsyar dan akhirnya ke neraka.


Mengapa perlu Faham al Quran?


         Penting untuk kita faham alquran supaya kita benar-benar jadi hamba Allah. Sesiapa yang tidak mengambil al quran  sebagai panduannya  dia akan menjadi hamba nafsu atau pun hamba syaitan. Tak mungkin seseorang menjadi hamba yang soleh tanpa mengikut al  quran.

       
         Tetapi realitinya  masyarakat kita, samada yang tua atau yang muda, tidak jadikan quran sebagai panduan. Ada yang hanya dibuat bahan perhiasan atau bahan bacaan sekali seminggu, itu pun  tanpa tahu maknanya.

Al quran Beri Apa Kepada Kita?

       Jika kita baca, faham dan amal al quran kita akan:


1.   Al quran memberi syafaat kepada ashabul quran. Makna ashab itu sahabat. Maknanya seorang yang melazimi atau sentiasa bersama al quran. Quran  tidak  beri syafaat kepada pembaca al quran  atau penghafal al quran . Tetapi quran beri syafaat kepada ashabul quran .Ashabul quran ialah yang  baca, faham sehingga  memberi kesan kepada hatinya. 

          Al quran dibaca tanpa faham tidak akan memberi kesan kepada hati
Dengar azab tak rasa takut, dengar syurga tak rasa semangat. 

        Nabi sayang kepada umatnya dengan ingatkan supaya  baca  alquran selalu  kerana  di alam kubur tiada siapa yang membantu kita. Tiada anak, tiada isteri, bukan juga harta. Apa saja yang kita sayang dulu , balik meninggalkan kita seorang di dalam kubur.
          
          Hanya amal soleh yang tidak balik untuk  membantu kita. Tapi semasa hidup di dunia kita tak suka buat amal soleh. Tapi yang kita tak suka itulah yang akan bantu kita. Dulu kita lebih suka hiburan,   drama dan buang masa. Padahal itu tak membantu kita nanti. Masa itu baru nak menyesal sudah terlambat.

        Pendorong utama supaya kita beramal soleh ialah alquran. Tanpa faham alquran kita tak akan mampu   beramal soleh. Sebab tu nabi suruh baca doa,

  ' ya Allah kurniakan aku cinta Engkau, dan cinta kepada orang yang Engkau cinta  (rasulullah), dan cinta amalan yang mendekatkan aku kepada Engkau'

       Cinta kepada rasulullah ialah dengan ikut sunnah nabi. Begitu juga kita mohon supaya cinta untuk beramal yang mendekatkan kepada Allah.


       Semasa dalam kubur semua yang kita cinta di dunia semua tinggalkan kita. Kecuali amal soleh. Quran itu penyelamat kita di dalam kubur dan  di akhirat.  Sekarang memang kita tak rasa. Bila sampai akhirat baru sedar.
        

2. Quran sumber Pahala bagi orang beriman.

       Nabi bersabda siapa yang baca quran satu huruf dibalas 10 pahala. Dengan baca bismillah yang ada 19 huruf itu sahaja  sudah dapat 190 pahala. Tapi kita biasanya tak pedulikan dosa dan pahala ni. Sebab ia tak ada nilai dunia.

        Kalau hati kita hidup   kita  boleh dapat ribu-ribu  pahala sehari. Iaitu dengan baca quran sebanyak mungkin. Tapi kita banyak luangkan masa dengan telefon dan Tv. Umur kita habis sia-sia tiap hari.

        Quran akan mohon kepada Allah supaya  beri syafaat kepada orang yang tak tidur sebab baca quran. Iaitu yang berusaha dengan tekun untuk faham al quran.

        Untuk dapat dunia kita sanggup buat apa saja. Tapi untuk dapat syurga kita tak ambil kisah. Padahal syurga itu kekal abadi.

       Manakala kubur boleh jadi lubang neraka atau boleh jadi lubang syurga bagi kita. Bagi orang yang cerdik dia mahukan lubang syurga di kubur.


3.  Quran akan Meninggikan darjat kita di Syurga.

       Di dalam syurga ada 100 tingkat. Jarak antara satu ke tingkat yang lain  ialah 1000 tahun  perjalanan. Dengan baca, faham dan amal quran kita dapat naik  ketingkat yang atas. Tak rugi pun membaca al quran.

   Dalam surah ar rum: 44


"Allah beri kebebasan samada nak amal soleh atau amal buruk. Sedangkan samada baik atau buruk itu semua untuk diri kita sendiri."


            Allah telah jadikan bumi  ini selesa untuk kita beramal. Tapi kita tak  gunakan ia  bersungguh-sungguh  untuk dapatkan syurga. Sedangkan setiap amal kita adalah untuk  diri kita sendiri. Kalau kita yakin amal kita  untuk kita sendiri , kita akan baca quran lama, solat lama dan buat  sungguh-sungguh.

         

4. Quran punca Kebahagiaan.


Lihat Taha:123

       "Barangsiapa kafir maka dia sendirilah yang menanggung (akibat) kekafirannya itu; dan barangsiapa mengerjakan kebajikan maka mereka menyiapkan untuk diri mereka sendiri (tempat yang menyenangkan),  kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk Ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara."

       Quran itu lah petunjuk tersebut. Allah kata siapa yang ikut alquran bukan baca alquran sahaja. Tapi kalau baca tapi tak faham bolehkah ikut alquran? Tentu tidak. Oleh itu kena belajar hingga faham. Siapa yang ikut al quran dia tidak akan sesat dan akan bahagia.

          Kita baca quran seminggu sekali, itupun  tak faham pula. Macamana nak bahagia?

         Nabi dan sahabat dulu walau dihalau dari Mekah kerana faham al quran  tapi mereka bahagia dan berjaya akhirnya. Begitu juga pemuda al kahfi ikut petunjuk Allah, maka Allah beri petunjuk dan beri keselamatan  serta jadi ahli syurga.

        Kita juga minta petunjuk jalan yang lurus dalam fatihah di dalam solat 17 kali sehari. Tapi kenapa hidup kita tak seperti orang yang dapat petunjuk?
     
         Kita minta jauh dari orang yang dimurkai Allah. Siapa kah orang yang dimurkai? Iaitu  orang yang ada ilmu tapi tak amal. Seperti orang yang belajar subjek agama tapi tak amal ilmunya. Ia lah orang yang Allah murkai.

       Kita  juga minta juga di jauhkan dari kesesatan. Siapa orang yang sesat? Iaitu orang yang tiada ilmu, jahil  dan  tak mahu belajar. Padahal kemudahan ada, duit ada,  tapi tak mahu belajar al quran.  Maka  jadi lah kita seperti umat yang tiada kitab., yang sesat dari hidayah.



  Kesimpulan.

          Kita wajib belajar untuk faham al quran, barulah kita boleh dapat hidayat dari Allah dan  terkeluar dari kemurkaan dan kesesatan Allah . Tanpa ilmu alquran kita akan langgar apa saja. Oleh itu penting untuk  kita faham al quran . Barulah kita selamat dan keluarga kita selamat.




Padang Jawa,
25/6/23
      
        
      
   



      
     
     


       

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...