Langkau ke kandungan utama

61) APA TANDA CINTAKAN NABI?

Bismillah.
Salam,      

         Mencintai nabi Muhammad s.a.w termasuk amalan shalih. Yang memiliki pahala besar di sisi Allah s.w.t  dan memberi pengaruh besar dalam kehidupan dunia.

        Sesetengah manusia menunjukkan cintanya kepada nabi dengan menyambut hari lahirnya atau meletak lambang capal di kepalanya . Adakah itu tanda cinta kepada nabi? Ada dalil?

       Nabi telah bersabda, 

       Daripada Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman:
        Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka”

(HR Bukhari No: 15) 
Status: Hadis Sahih

      Ada juga hadis dari  Anas dalam kitab sahih, bahawa nabi s.a.w bersabda,
 
“Seseorang tidaklah beriman (dengan sempurna) sehingga aku lebih dicintainya berbanding anak dan ibu bapanya serta manusia lain keseluruhannya.”
(HR Bukhari dan Muslim)



Lihat , cinta kepada nabi itu sebagai tanda aras iman seseorang

          Oleh kerana itu, di antara keyakinan kita bahawa seseorang wajib mendahului cintanya kepada nabi lebih daripada manusia  seluruhnya. Bahkan daripada cintanya kepada dirinya sendiri. Iaitu ia utamakan suruhan nabi melebihi nafsunya sendiri. 

        Sebagaimana dalam sebahagian hadis yang diriwayatkan  oleh beberapa sahabat.  Cinta kepada nabi terlihat dalam beberapa tanda, 

yang Pertama dengan mengikuti beliau.

       Bagaimana mungkin engkau mengaku cinta kepada nabi s.a.w namun tidak mengikutinya apa lagi hingga membangkangnya?.. .Terutama dalam hal tauhid, ibadah dan akhlaknya nabi. Padahal Allah telah berfirman, dalam surah Ali Imran:31,

    "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

         Allah juga berfirman, dalam Al Ahzab:21 
      " Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."

        Iaitu teladan dalam tauhidnya, ibadahnya atau akhlaknya nabi. Wajib dicontohi . Bukan berterusan mengamalkan amalan tradisi.

        Nabi tidak pernah marah seseorang dalam bab urusan dunia. Beliau tak pernah mengatakan, ' Kenapa tidak begini, kenapa begitu?.' Tapi marah apabila seseorang melanggar hak-hak Allah. Itulah contoh akhlak mulia nabi s.a.w.


Tanda Kedua, 
iaitu menunjukkan kecintaan kepada nabi iaitu dengan taat kepadanya.

       Di mana apabila datang perintah dari beliau, kita terus saja mengerjakannya. Tanpa malas dan tanpa alasan.

       Dan apabila datang larangan dari nabi kepada kita  maka kita beribadah kepada Allah dengan meninggalkan  larangan itu. Seperti nabi larang menipu, makan dengan tangan kiri atau mengada-adakan hadis palsu. Atau nabi juga melarang menjadikan kubur-kubur sebagai tempat  beribadah .

       Sebagaimana firman Allah di dalam surah  Al Ahzab :36,
        " Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, dengan sesat yang nyata."

        Iaitu apabila seseorang , dalam hal aqidah menyimpang dari nabi, maka ia tersesat.


    Begitu juga Allah berfirman  dalam surah al Hasyr:7
     "Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah sangat keras hukuman-Nya."

       Begitu juga Allah berfirman dalam surah an Nur: 63,
      " Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

        Jika nabi kata A, maka kita mesti kata A. Jangan pula kita kata B. Begitulah seterusnya.

         
       Tanda cinta kepada nabi s.a.w yang

Ketiga ialah meninggalkan perbuatan  bid'ah. 

      Dan tidak beribadah kepada Allah dengan ibadah yang tidak pernah disyariatkan  oleh nabi yang mulia.

         Seluruh ibadah yang tidak pernah disyariatkan oleh Rasulullah hendaklah ditinggalkan oleh orang yang beriman. Kerana ini tandanya mencintai nabi yang mulia.

        Allah berfirman dalam surah as Syura:21,
        "   Apakah mereka mempunyai sesembahan selain Allah yang menetapkan aturan agama bagi mereka yang tidak diizinkan (diridhai) Allah? Dan sekiranya tidak ada ketetapan yang menunda (hukuman dari Allah) tentulah hukuman di antara mereka telah dilaksanakan. Dan sungguh, orang-orang zhalim itu akan mendapat azab yang sangat pedih."

          Seperti mengekalkan amalan tradisi yang tiada sumbernya dari amalan nabi dan sahabat yang mulia dulu.

        Nabi juga bersabda:

       “Barangsiapa yang mengada-adakan suatu perkara baru dalam urusan (agama) kami ini apa-apa yang tidak ada darinya (keterangan), maka amalan itu tertolak” (HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718 (17), hadits dari ‘Aisyah).
     
         Maksudnya amalan itu  tidak diterima dan tertolak di sisi Allah.


        Dan sabda nabi lagi:
Jauhilah oleh kalian perkara-perkara baru (dalam urusan agama), sebab setiap perkara yang baru adalah bidah dan setiap bidah adalah sesat (HR. Abu Dawud no. 4607; Imam Nawawi menilai hadis ini shahih).
         
        Ini biasa di lakukan orang  bila ada kematian atau perkahwinan.
 
      Kemudian tanda cinta kepada nabi yang 

ke Empat ialah, 
Kita saling berwasiat untuk membaca sunnah nabi dan sejarahnya, tentang bagaimana nabi berbuat dan adab  yang diajarkan nabi apabila menghadapi sesuatu kejadian.

         Ketika ada kejadian atau fenomena tertentu, apa arahan nabi berkaitan hal  tersebut.


        Apabila ada gerhana matahari, apa yang nabi buat. Begitu juga bila menghadapi pemerintah yang zalim apa nasihat nabi.

         Bersemangat membaca sunnahnya dan sejarahnya merupakan tanda cinta kita kepada nabi yang mulia.

      Dan tidak lah sepatutnya membaca sejarah nabi di khususkan pada  malam tertentu sahaja. Namun hendaknya dia membacanya asal saja ada masa terluang. Kerana orang yang membaca sejarah nabi pada waktu tertentu sahaja bukanlah  pencinta nabi yang sebenar. Kerana orang beriman sangat bersemangat membaca sejarah nabi dengan kerap.

       Membaca pula haruslah diikuti dengan beramal seperti di contohkan nabi. Nabi tak pernah tinggal solat witir, kita?

             Kemudian tanda cintakan nabi yang,

Ke Lima pula
ialah membela kehormatan beliau dan menjelaskan sifat-sifat yang terpuji yang ada pada beliau. 

      Seperti apa yang Allah firmankan dalam surah al Qalam:4,
         " Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung."

           Dan juga Allah menyatakan dalam surah Ali Imran: 159,
       " Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka."

         Maka memang wajib di bela bila ada orang yang menghina nabi baik dari segi amalannya, tauhidnya atau sejarahnya.

         Dan dalil-dalil lain yang serupa dengannya.

       Kemudian tanda cinta kepada beliau lagi ialah mengamalkan sunnahnya dan mengajak manusia kepada sunnahnya. Kerana menyebarkan sunnahnya bermakna menyebarkan kebaikan dan rahmat kepada manusia.

        Antara sunnah nabi lagi ialah berdoa disetiap permulaan pekerjaan atau aktiviti. Seperti bangun tidur, masuk dan keluar tandas, keluar rumah dan sebagainya.

Tanda yang ke Tujuh pula 
ialah selalu menyebut namanya dan teladan beliau , baik di majlis yang khusus ataupun yang  umum. 

        Di mana seseorang mukmin itu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan hal tersebut, seperti kita berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amal soleh yang lainnya.

        Majlis yang tidak disebut nama Allah dan rasul di dalamnya adalah majlis yang lagha.

       Demikian juga tanda cinta yang ke,

Lapan pula 
ialah berpegang teguh dengan petunjuk nabi dalam segala keadaan. 

       Terutama dalam hal- hal ibadah, akhlak ataupun tauhid. Kita tak perlu menambah-nambah amalan kerana semua telah lengkap diajarkan nabi.

        Adakah meninggalkan solat jemaah di mana azan dilaungkan itu sunnah nabi? Tentu bukan.

        Nabi juga kekal dengan zikir pagi dan petang. Adakah kita sama?


Kesimpulan.

         Sungguh inti cinta kepada nabi itu banyak  .Yang pentingnya kita tumpukan fokus hati kita kepada beliau  kerana semangat untuk mengikut petunjuk nabi itu adalah dari hati yang bersih yang mendapat hidayah Allah. Kejar lah hidayah bukan kejar dunia.



Klang.
30/6/23

         
           

       

          

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicinta...

174) MENGAPA PERLU KENAL SUNNAH NABI S.A.W?

Bismillah, Assalamu'alaikum,         Mengapa perlu kenal sunnah nabi s.a.w? Kerana dengan itu kita akan kenal apa itu bid'ah. Kenapa perkara ini perlu dibahas? Kerana ramainya orang membahas syariat. Sehingga dengan keahliannya beretorika, atau kepintarannya dalam berlogika, hingga boleh memahamkan orang yang tidak faham , bahawa bid'ah itu sama dengan sunnah.  Dan hingga semua bid'ah itu dianggap bid'ah hasanah.  Sehingga baginya tidak ada lagi bid'ah yang dholalah (sesat).         Dengan mafhum seperti itu, diakui atau tidak diakui, maka setiap kali lahir bid'ah , asal baik dianggap oleh pelakunya, maka mereka panggil ia  bid'ah hasanah.         Oleh itu, daripada kita payah memikirkan definisi bid'ah ini, yang mana definisi bid'ah itu semakin hari semakin berkembang, semakin hari semakin membuka peluang untuk memasukkan hal-hal yang bukan dari sunnah menjadi sesuatu yang tak terpis...

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...