Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2024

217) KENAPA KEADAAN ORANG BERIMAN ITU AJAIB?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,      Ada satu hadis yang pendek tetapi penting bagi orang yang bersemangat untuk  mencari redha  Allah.  Iaitu,     Dari Abu Yahya Suhaib bin Sinan radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda: عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ “Sangat ajaib keadaan seseorang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik, dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman.     Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya.” (HR Muslim)         Nabi sangat kagum kepada  orang yang beriman dalam...

216) APA AKIBAT TAK TADABBUR AL QURAN?

Bismillah. Alhamdulilllah Assalamu'alaikum,       Allah berfirman dalam surah Muhammad; 24,             Apa maksudnya?  Iaitu dengan ayat ini, dengan bahasa yang tersirat, sebenarnya Allah nak mencela ? Mencela siapa?        Iaitu orang yang tidak tadabbur al quran.  Tadabbur  bermaksud menghayati, merenung dan memikirkan ayat-ayat suci al-Quran dalam usaha untuk memahami makna, maksud, hikmah dan pengajaran di sebalik ayat-ayat suci tersebut.      Macamana kita tahu Allah swt mencela ? Iaitu bila Allah sifatkan orang yang tak tadabbur al quran itu orang yang hatinya terkunci. Itu satu celaan.      Kalau dalam bahasa biasa kita, kalau budak-budak belajar dua tiga kali,    kadang-kadang sampai setahun tak faham-faham juga, kita kata, hati kamu ni berkarat atau hati benak kamu ni. Itu bentuk celaan.  Cuma Allah  kata...

215) BAGAIMANA MENGOPTIMUM KAN SISA UMUR YANG ADA?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,         Kita ingin menilai kembali amal-amal kita agar kita perbaiki kualitinya kepada tahap optimal pada sisa u mur yang diberikan kepada kita.       Kerana masalah besarnya ialah kita tidak tahu berapa sisa umur kita kerana ini adalah perkara ghaib yang disimpan oleh Allah swt. Firman Allah dalam 31: 34,       Kita tahu bahawasanya betapa sering kematian datang dengan tiba-tiba , terkadang dengan tanda-tanda, dan sering tanpa diduga sama sekali. Dan di antara tanda-tanda hari kiamat ialah banyaknya maut yang datang tiba-tiba. Seseorang yang terlihat sihat,  bugar, muda  , bertenaga tiba-tiba meninggal dunia. Kelmarin baru saja ia diangkat menjadi pegawai, tiba-tiba hari ini ia meninggal dunia. Seseorang yang keluar dari rumahnya tak terdetik sedikit pun bahawa ia akan meninggal pada hari tersebut. Umur kita       Ini adalah salah satu hal ...

214) APA CIRI PALING PENTING ORANG BERTAQWA?

Bismillah. Alhamdulillah Assalamu'alaikum, Allah bersumpah         Allah telah bersumpah dengan waktu malam dan waktu siang, dan Allah bersumpah dengan diri Nya yang mencipta manusia lelaki dan perempuan, bahawa amalan  manusia ada berbagai-bagai,  tapi hakikatnya ada dua jenis manusia sahaja ataupun ada dua bentuk amalan sahaja. Walaupun zahirnya nampak berbagai-bagai.  Memberikan harta        Golongan pertama, orang yang suka memberi, bukan saja memberi tapi juga bertaqwa. Punca ia bertaqwa ialah ia membenarkan  atau yakin dan percaya pada janji-janji Allah. Termasuklah syurga.  Allah permudahkan     Maka golongan pertama ini Allah beri kelebihan di dunia. Iaitu dia mudah membuat apa saja amal kebaikan. Seperti ibadat , sedekah , buat kebajikan kepada orang, Allah permudahkan.  Orang yang bakhil   ...

213) ADAKAH UMUR PANJANG TANDA KEBAIKAN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,           Allah telah memberitahu nabi s.a.w bahawa sekiranya orang-orang musyrikin berpaling dari kebenaran,  dan tidak menyembah Allah, maka azab Allah pasti akan datang kepada mereka.  Tapi Allah minta nabi beritahu mereka bahawa azab itu samada dekat masanya atau jauh masanya.      Kemudian  Allah teruskan lagi wahyunya kepada nabi s.a.w supaya beritahu kepada yang kufur dan menyembah selain Allah , iaitu jika azab Allah itu lambat, apa sebabnya?  Ada yang menyembah berhala 50, 60 tahun tapi sihat walafiat. Ada juga yang telah buat maksiat   , membunuh orang, berzina berpuluh tahun   tapi semakin kaya.  Jadi, bila azab Allah akan turun? Kenapa lewat?  Kenapa lewat?         Jawapannya ada pada ayat al Anbiya' : 111,  ini ,       Katalah seseorang menyembah berhala 40 tahun,  tapi belu...