Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2024

147) KENAPA KITA TAK YAKIN JANJI-JANJI ALLAH?

Bismillah. Assalamu'alaikum,                    Taat perintah Allah hati akan jadi tenang. Apa buktinya? Ikuti kisah benar dari al quran ini...           Ibu nabi Musa menyusukan nabi  Musa yang masih bayi. Tapi ia dalam keadaan takut kerana tentera Firaun akan membunuh setiap bayi lelaki jika diketahui. Lalu Allah perintahkan ibu nabi Musa menghanyutkan Musa ke sungai, dengan janji akan ditemukan  semula dalam keadaan tenang dan selamat selepas itu. Lihat kata Allah dalam surah al Qasas: 7,                Allah kata kepada ibu Musa , jangan takut, jangan sedih. Bila kita nak menenang kan seseorang kita mesti ada sesuatu yang kita boleh janjikan kepadanya supaya ia tidak takut. Jadi Allah janjikan sesuatu kepada ibu Musa supaya ia tenang. Apa janji Allah itu? Kembalikan Musa         Iaitu Allah akan kembalikan Musa kepada ibunya dalam keadaan selamat. Dan suatu hari nanti Musa akan  diangkat menjadi  seorang rasul. Seperti di dalam ayat ini,    

146) APA KEPENTINGAN MENGETAHUI BAHAYA SYIRIK?

Bismillah. Assalamu'alaikum,          Jika kita sudah mempelajari apa kepentingan tauhid dan apa makna tauhid, maka mempelajari lawan kepada tauhid itu akan  menambah kefahaman kita kepada tauhid.  Lawan kepada tauhid ialah syirik .           Seperti kata pepatah , " Bila mengenal lawan , segala perkara menjadi semakin jelas."   Dengan mengenal syirik maka kita lebih faham lagi mengenai tauhid. Dengan mengenal bid'ah kita lebih faham tentang sunnah. Oleh kerana itu untuk kita lebih mengenal tauhid maka kita mesti mengenal apa itu syirik dan jenis-jenisnya. Bila kita mempelajari syirik secara terperinci maka kita akan mengenal tauhid secara terperinci pula.  Adapun mempelajarinya secara kasar sahaja, maka kurang menafaatnya terutamanya di zaman kita ini.        Masyarakat kita,  kalau ditanya tentang syirik , tidak ada yang suka dengan   syirik. Tetapi ramai di antara mereka yang terjerumus ke dalam kesyirikan. Kenapa? Kerana mereka tidak mempelajari contoh

145) APAKAH KEPENTINGAN TAUHID ?

Bismillah. Assalamu'alaikum,                 Tauhid dalam diri kita perlu disempurnakan. Dan ia memerlukan perjuangan untuk menyempurnakannya. Iaitu sampai malaikat maut mencabut nyawa kita. Perlu berjuang dengan ikhlas, tidak mati dalam membuat  sebarang syirik sama sekali. Jadi, apakah kepentingan tauhid bagi diri setiap orang?          Di antara kepentingan tauhid kepada diri kita ialah: 1. Mendapat keamanan dan petunjuk.        Seperti mana firman Allah  dalam surah al An'am: 82,          Bila kita tidak mencampurkan tauhid kita dengan  kesyirikan  (bizulmin), kita akan mendapat keamanan dan mendapat petunjuk (hidayah). Iaitu apapun yang terjadi di sekeliling kita  , Allah tetap memberi keamanan kepada kita jika hati tetap bertauhid kepada Allah swt. Hati kita tetap tenteram . Kenapa? Kerana hati yang murni yang hanya  tunduk kepada Allah s.w.t. sahaja.  Kita bertawakkal kepada Allah sahaja. Kadang kita rasa gelisah oleh sesuatu hal,  kenapa? Kerana

144) KENAPA HIDUP PERLUKAN HIKMAH?

Bismillah. Assalamu'alaikum,              Kita boleh menjangkakan adakah masyarakat kita di Malaysia ini semakin baik atau semakin teruk di masa akan datang. Dari segi akhlaknya, sosialnya, ekonominya, kita boleh jangka 10 tahun akan datang atau  20 tahun akan datang , adakah masyarakat jadi semakin baik atau semakin teruk?        Dari mana kita boleh tahu? Tengoklah anak-anak  remaja sekarang, sebab mereka adalah pemimpin masa depan. Semua yang jadi pemimpin sekarang berasal daripada remaja. Sehingga mereka membesar dan jadi pemimpin. Apa yang berlaku sekarang adalah hasil didikan ibubapa ketika kecil.  Maka kita dapat jangka masyarakat kita nanti dengan melihat remaja kita sekarang.           Kalau keadaan remaja kita sekarang teruk, dimana-mana saja, maka kita jangan  haraplah masyarakat kita akan datang  jadi lebih baik. Kisah masyarakat          Diberitakan, pada   akhir tahun  2023, seorang remaja perempuan, umur 15 tahun tanpa berfikir panjang, terjun dari jambat