Bismillah.
Assalamu'alaikum,
Kita boleh menjangkakan adakah masyarakat kita di Malaysia ini semakin baik atau semakin teruk di masa akan datang. Dari segi akhlaknya, sosialnya, ekonominya, kita boleh jangka 10 tahun akan datang atau 20 tahun akan datang , adakah masyarakat jadi semakin baik atau semakin teruk?
Dari mana kita boleh tahu? Tengoklah anak-anak remaja sekarang, sebab mereka adalah pemimpin masa depan. Semua yang jadi pemimpin sekarang berasal daripada remaja. Sehingga mereka membesar dan jadi pemimpin. Apa yang berlaku sekarang adalah hasil didikan ibubapa ketika kecil. Maka kita dapat jangka masyarakat kita nanti dengan melihat remaja kita sekarang.
Kalau keadaan remaja kita sekarang teruk, dimana-mana saja, maka kita jangan haraplah masyarakat kita akan datang jadi lebih baik.
Kisah masyarakat
Diberitakan, pada akhir tahun 2023, seorang remaja perempuan, umur 15 tahun tanpa berfikir panjang, terjun dari jambatan Pulau Pinang. Tapi umur nya panjang , ada nelayan selamatkan nya.
Tak lama selepas itu, ada berita remaja umur 15 tahun, memperdaya ibunya sehingga dapat duit RM25 ribu. Dia berpakat dengan kawannya berumur 17 tahun, kononnya ia ditawan. Jadi ia menelefon ibu budak itu mengatakan anaknya ditawan, jika nak anaknya lepas, beri duit rm25 ribu. Ibu budak itu pun keluar duit tabung haji, terus bayar kepada budak lelaki itu. Akhirnya terbongkar kerja-kerja mereka menipu emaknya sendiri.
Itu baru umur 15, kalau umur 35 atau 45? Itu hanya dua cerita, ada banyak lagi cerita-cerita seperti itu. Ini menunjukkan remaja kita sudah parah. Maka itulah gambaran masyarakat kita akan datang. Mereka inilah yang akan jadi pemimpin, jadi ibu, jadi bapa yang akan membuka syarikat perniagaan dan sebagainya.
Masyarakat yang baik
Macamana kita dapat masyarakat yang lebih baik jikalau para remaja sudah rosak ? Para remaja tidak memahaminya sekarang. Tapi bila dah besar, dah kahwin, dapat anak , mereka juga akan rosak dengan persekitaran. Kadang-kadang kita hantar ia kesekolah yang baik, sekolah tahfiz tapi disebabkan kawan-kawan, media sosial, akhirnya anak kita terpengaruh dan rosak.
Bagaimana kita hendak baiki keadaan ini? Apakah ini tanggung jawab kita atau kita tak perlu masuk campur, kerana bukan urusan kita? Sebenarnya setiap kita ada tanggung jawab. Firman Allah,
Sebelum Allah cipta manusia, Allah sudah beritahu malaikat bahawa Allah akan jadikan khalifah di mukabumi. Jadi tugas kita ialah sebagai khalifah iaitu membantu, membimbing manusia supaya menjadi orang yang bertaqwa., beriman kepada Allah. Itu tugas kita.
Tapi adakah kita berbuat begitu? Bagi para pelajar pula ,tak kira sekolah jenis apa, baik agama ataupun akademik, apa tujuan mereka belajar?
Anak-anak
Anak-anak dilahirkan putih bersih, ibu-bapanyalah yang mencorakkan mereka. Ibubapalah orang pertama yang menentukan halatuju anak-anak. Kalau ibubapa sendiri tidak faham agama, maka ibubapalah perosak yang pertama kepada anak-anak itu. Anak-anak tidak tahu apa-apa.
Sabda nabi,
Daripada Ibnu Umar, daripada Nabi SAW, beliau bersabda: “Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. (HR: Muslim)
Allah juga berfirman,
Allah suruh kita selamatkan diri kita dan keluarga kita dari api neraka. Tapi berapa ramai orang yang berfikir untuk selamatkan anak-anaknya dari api neraka? Tak ramai. Tapi yang ramai ibubapa yang fikir macana anak-anaknya berjaya di dunia. Selamat dari api neraka tidak ada dalam perhitungan ibubapa. Yang penting dia berjaya dalam akademik, dapat masuk universiti, bekerja dan tolong ibubapa semasa tua. Lepas mati jarang ibubapa fikirkan ke mana anak itu akan pergi.
Peranan ibubapa
Sebab itulah nabi kata yang pertama merosakkan anak-anak itu ialah ibubapa. Para remaja sekarang , suatu hari nanti juga akan jadi ibubapa. Jika dari sekarang tak dibetulkan fahaman kita, pegangan kita dan amalan kita menurut al quran dan sunnah maka kita pun akan merosakkan anak-anak kita nanti.
Jadi, apa yang kita mahukan sekarang? Iaitu menjadi orang yang baik, yang bertaqwa di sisi Allah dan di sisi masyarakat. Biar jelas tujuan kita.
Kalau kita hantar anak masuk tahfiz contohnya , kemudian ambil Spm, dan seterusnya, maka hasilnya akan sama sebab ia dalam sistem yang sama. Selepas Spm, masuk universiti, bekerja, nikah kahwin , habis cerita. Apa yang berlaku dalam masyarakat ia tak ambil peduli.
Jadi para ibubapa mesti jelas matlamat hidupnya. Anak-anak ini tak faham apa. Dia tengok orang berjaya cemerlang dia pun nak jadi macam itu, padahal orang itu tak solat. Dia tak fikir yang itu. Yang dia nampak ialah dunia.
Punca bahagia
Apa punca bahagia sebenarnya? Ada harta? Belum tentu. Qarun lagi banyak hartanya tapi ia tak bahagia. Jadi pemimpin, dapat kuasa ? Firaun juga pemimpin tapi ia tak bahagia.
Jadi, apa punca bahagia? Lihat surah al Baqarah: 269,
Dalam ayat ini Allah kata Dia memberi hikmah kepada sesiapa yang Dia nak. Sesuatu dari Allah itu pasti besar, hebat, penting dan mulia. Allah tak beri sesuatu yang remeh-temeh. Seiapa yang mendapat hikmah dia telah mendapat kebaikan yang banyak. Allah sendiri yang kata, bukan manusia yang kata. Semua orang mahukan kebaikan, lebih-lebih lagi kebaikan dari sisi Allah.
Maksud hikmah
Apa itu hikmah sebenarnya? Yang menyebabkan kita mendapat kebaikan yang banyak?
Ibnu Hajar al-’Asqalani pernah menyebut di dalam kitab Fath al-Bari, “Makna yang paling benar daripada al-hikmah adalah bahawa al-hikmah itu adalah menempatkan sesuatu pada tempatnya.”
Manakala Sa’id Hawwa pula mengatakan, al-hikmah itu ialah 'maqalah (pendapat atau perkataan) yang sahih dan jitu, iaitu dalil yang menerangkan kebenaran yang menghilangkan syubhat (kesamaran), atau khitab (ucapan, perkataan atau perbicaraan) yang munasabah kepada setiap golongan manusia berdasarkan kedudukan mereka'.
Kata syeikh Sa'di r. h , 'Sesiapa yang Allah beri hikmah kepadanya maka Allah telah memberi ia kebaikan yang banyak.'
Adakah kebaikan yang lebih besar dari kebaikan yang Allah beri? Kebaikan yang Allah beri itu ialah kebahagiaan yang kekal abadi. Dan manusia akan selamat dari neraka yang kekal abadi.
Tidak ada sesuatu yang lebih besar dari dapat masuk syurga yang kekal abadi dan juga tidak ada kebaikan yang lebih besar dari selamat dari azab neraka.
Kadang kita hidup di dunia banyak harta , banyak duit, hidup mewah , semua ada. Tapi akhirnya masuk neraka. Maka yang kita dapat itu bukan kesenangan pun.
Jadi, kebahagiaan sebenar ialah bila kita dapat kebaikan yang kekal abadi. Dan selamat dari azab neraka.
Mendapatkan hikmah
Kemudian timbul peryanyaan, bagaimana nak mendapat hikmah itu? Iaitu dengan faham al quran. Maksudnya sesiapa yang faham al quran dia akan dapat kebaikan yang banyak. Sebaliknya siapa yang tak faham al quran ia takkan dapat kebaikan yang banyak. Bila tak dapat kebaikan , ia takkan bahagia. Walaupun Spm cemerlang, jadi pegawai kerajaan , kereta mewah. Tapi bila ia tak faham al quran ia takkan bahagia.
Ada satu kejadian, seorang lelaki dengan isterinya pergi makan di satu restoran. Selepas makan , bila masuk kereta dia berhaduh dengan isterinya. Bukan bergaduh dengan perompak tapi denga isteri sendiri. Kemudian dia ambil pisau dan kelar isterinya hidup-hidup . Kemudian dia nak lari tapi orang ramai nampak. Kemudian dia masuk semula kedalam kereta dan kelar pula dirinya sendiri . Akhirnnya dia pengsan dan polis dapat tangkap.
Lihat, makan dah ada, isteris ada, kereta ada tapi tak bahagia. Kalau dia kelar perompak ok lah juga. Tapi ini isteri sendiri. Sepatutnya isterilah orang yang paling ia sayang, tapi sebab tiada hikmah, tidak faham quran maka terjadi begitu. Kalau dia faham quran dia takkan kelar isterinya. Kalau jahat macamana pun isteri kalau kelar dia , si suami akan masuk neraka. Tapi kalau ia faham quran, dia nasihat dengan baik dan bersabar. Mungkin dengan sabar itu isterinya berubah. Tapi sebab dia tiada hikmah maka dia tak ada sifat sabar.
Suatu waktu Aishah r.ha duduk dengan nabi s.a.w . Isteri yang lain datang hantar makanan kepada nabi di rumah Aishah. Apa Aishah buat?
Dia tepis makanan itu lalu makanan itu berterabur di lantai. Apa nabi buat kepada Aishah ? Kata nabi, " Ibu kamu cemburu". Lalu nabi kutip makanan itu.
Jadi sesiapa yang faham al quran hidup dia akan bahagia. Allah akan beri kebaikan yang banyak kepadanya.
Bila nabi buka kota Mekah pada tahun 8H, Nabi nak perbaharui binaan kaabah. Kaabah yang ada pada masa itu binaannya tak lengkap . Sebabnya kaum quraish ingin bina kaabah dengan duit yang bersih sahaja. Bila duit tak cukup maka binaan itu tak lengkap. Iaitu hjr Ismail tiada dinding.
Maka nabi ingin membinanya semula dengan lengkap. Tapi ia tak jadi. Kerana memikirkan orang Mekah itu baru masuk Islam. Sebab jika nabi bina, ia akan membaqa keburukan yang lain. Iaitu orang Mekah akan memberontak. Sebab ia perkara sensitif bagi mereka. Membina kaabah yang lengkap sepertimana dibina oleh nabi Ibrahim itu baik tapi nabi tak buat sebab membawa kerosakan yang lain. Jadi itu satu hikmah.
Bila tidak ada hikmah, bukan saja tidak membawa kebaikan bahkan membawa keburukan pula dalam masyarakat , dalam rumahtangga , dalam negara , semua nya berpunca dari tiadanya hikmah.
Jadi, hikmah itu satu benda yang paling berharga melebihi harta benda atau pangkat jawatan yang tinggi. Hikmah itu pula adalah faham dan amal alquran. Itulah punca hikmah bagi manusia.
Walau kita hantar anak sekolah terbaik macanapun, yuran mahal macamana pun, keputusan terbaik macamanapun kalau tiada hikmah ia takkan membawa kemana-mana. Lagi fokus kepada kejayaan akademik sahaja, lagi pelajar-pelajar itu akan rosak.
Kenapa kita buat sesuatu yang tidak membawa kebaikan kepada diri sendiri dan kepada orang lain? Jadilah orang yang hakim yang bijak. Sebab itu salah satu nama Allah ialah al hakim. Iaitu maha Bijak. Kalau kita tidak jadikan al quran sebagai panduan, kita tidak akan dapat kebijaksanaan tersebut.
Oleh itu kita kena ambil masa untuk fahami al quran walaupun apa status kita. Selagi kita tidak faham al quran, selagi itu kita dalam masalah dan kita tidak akan bahagia.
Sebab itu ulama berkata bahawa punca manusia bahagia ialah, tahu nilai dunia. Iaitu dunia tiada nilai di sisi Allah. Yang bernilai bagi manusia ialah akhirat. Iaitu bahagia yang kekal abadi. Ini semua boleh diketahui dari al quran.
Jika seseorang tak faham al quran, dia hanya mendengar dan melihat cerita dunia, pagi dunia, petang dunia dan malam pun cerita dunia, mimpi pun dunia, maka manusia akan rosak. Sebab tak kenal nilai dunia. Sebab apa tak kenal? Sebab tak fahami al quran. Quran saja yang menceritakan nilai dunia yang sebenar. Lihat kata-kata Alllah dalam quran, surah al An'am,
Dan lagi firman Allah,
Dunia ini hanyalah seperti satu permainan, tempat senda gurau, tempat menunjukkan perhiasan dan tempat bermegah-megahan. Manusia akan bahagia jika ia tahu nilai dunia ini. Dan ia tahu nilai akhirat berbanding dengan dunia ini. Dan manusia tidak akan tahu nilai dunia ini melainka ia faham al quran.
Sebab itu bila Allah sayang seseorang, Allah bagi ia hikmah, iaitu faham al quran. Apa contoh dalam al quran yang Allah sayang seseorang lalu Ia beri hikmah? Iaitu ayat Luqman:12,
Dan ada seorang lagi nabi disebut dalam quran yang Allah beri hikmah. Bila ia memberi hukum maka selesai masalah. Iaitu ,
Hikmah berasal dari perkataan hakam. Hakam maknanya menghalang. Maksudnya sesiapa yang dapat hikmah maka ia menghalangnya dari membuat kerja salah dan bodoh. Ertinya sesiapa yang buat kerja yang sia-sia, ia tiada hikmah. Seperti sembah berhala, ikut nafsu, dan sebagainya.
Dengan hikmah dapat menyelesai kan masalah yang sulit. Ini yang Allah beri kepada nabi Sulaiman. Ikuti cerita ini: ,
Kisah ini menunjukkan kepintaran Nabi Sulaiman yang luar biasa dalam sebuah dakwaan tanpa bukti yang dapat menunjuk kepada pemilik sebenar.
i- Dua orang wanita masing-masing mempunyai seorang bayi dan salah satunya dimakan serigala, lalu masing-masing mendakwa bukan anaknya yang dimakan serigala, lalu berebut bayi yang hidup.
ii- Mereka pergi menghadap Nabi Daud untuk berhukum dan menceritakan kejadian tersebut kepadanya. Ibu yang lebih tua menyampaikan hujjahnya dengan sangat baik, sehingga Nabi Daud A.S akhirnya memutuskan bahawa bayi itu adalah bayinya.
iii- Ibu yang muda pasti tidak puashati dengan keputusan Nabi Daud A.S, keduanya lalu mendatangi Nabi Sulaiman a.s pula. Mereka menceritakan kejadian yang telah berlaku dan hendak meminta keputusan darinya.
iv- Di depan Nabi Sulaiman A.S, kedua-dua nya sama-sama mengaku sebagai ibu kepada bayi tersebut dan tidak ada yang mahu mengalah. Maka Nabi Sulaiman pun berkata kepada pelayannya,
“Berikanlah aku sebuah pisau, akan ku belah anak ini menjadi dua agar keduanya mendapat sebelah seorang anak ini”.
v- Ibu yang lebih tua hanya diam mendengar keputusan Nabi Sulaiman A.S. Manakala ibu yang lebih muda menangis sambil memohon kepada Nabi Sulaiman A.S. “Tolong jangan lakukan itu tuanku, Semoga Allah merahmatimu. Itu adalah anaknya (sambil menunjuk ibu yang lebih tua), itu adalah anaknya. Biarkan anak itu menjadi miliknya. Biarkan ibu itu yang mengurus anak ini”, ucap sang ibu muda sambil menangis.
vi- Mendengar ucapan ibu yang lebih muda, Nabi Sulaiman A.S akhirnya mengetahui bahawa bayi di hadapannya adalah milik ibu muda.
vii- Maka terbuktilah siapa ibu yang sebenarnya, yang merelakan anaknya untuk lawannya agar bayi itu tidak dibunuh demi menjaga hidupnya padahal lawannya itu bersedia menerima bayi yang akan dibelah dua oleh Sulaiman.
viii- Nabi Sulaiman A.S pun akhirnya memberikan bayi tersebut kepada ibu yang lebih muda. [HR Bukari & Muslim].
Jadi, dengan ada hikmah masalah besar macamanapun boleh selesai. Tetapi jika tidak ada hikmah, masalah kecil pun boleh jadi bunuh membunuh.
Kalau budak perempuan 15 tahun yang menipu emaknya itu ada hikmah, dia takkan menipu ibunya sendiri. Apalah sangat rm25 ribu dibanding dengan dosa besar menipu ibu sendiri?
Begitu juga budak yang terjun jambatan itu . Kalau ia ada ada hikmah ,ia redha dengan takdir Allah yang menimpanya. Bila ada redha ia takkan membunuh diri.
Jadi , kita semua perli betulkan tujuan hidup kita iaitu mencari hikmah melalui al quran. Sesiapa yang dapat hikmah maka ia mendapat kebaikan yang banyak.
Nabi kita walau ia buta huruf lagi anak yatim, tetapi ia mendapat kebaikan paling banyak sebab ia ada hikmah. Sebab nabi lah orang mengamalkan al quran sepenuhnya.
Oleh itu penting untuk kita faham al quran yang dengan itu kita dapat hikmah dari al quran dan dapat beramal dengannya. Hanya dengan itu kita dapat lepas dari azab Allah dan dapat kebahagian yang sebenar.
Dari kuliah Us AMAR,
Klang,
24/1/24
Ulasan
Catat Ulasan