Langkau ke kandungan utama

145) APAKAH KEPENTINGAN TAUHID ?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,


      

         Tauhid dalam diri kita perlu disempurnakan. Dan ia memerlukan perjuangan untuk menyempurnakannya. Iaitu sampai malaikat maut mencabut nyawa kita. Perlu berjuang dengan ikhlas, tidak mati dalam membuat  sebarang syirik sama sekali. Jadi, apakah kepentingan tauhid bagi diri setiap orang?

         Di antara kepentingan tauhid kepada diri kita ialah:

1. Mendapat keamanan dan petunjuk.

       Seperti mana firman Allah  dalam surah al An'am: 82,

         Bila kita tidak mencampurkan tauhid kita dengan  kesyirikan  (bizulmin), kita akan mendapat keamanan dan mendapat petunjuk (hidayah). Iaitu apapun yang terjadi di sekeliling kita  , Allah tetap memberi keamanan kepada kita jika hati tetap bertauhid kepada Allah swt. Hati kita tetap tenteram . Kenapa? Kerana hati yang murni yang hanya  tunduk kepada Allah s.w.t. sahaja.  Kita bertawakkal kepada Allah sahaja. Kadang kita rasa gelisah oleh sesuatu hal,  kenapa? Kerana ketergantungan kita kepada Allah kurang sehingga kita menghadapi berbagai masalah. 

        Orang yang bertauhid,  yang hanya menyandarkan dirinya kepada Allah,  menyerahkan urusannya kepada Allah, tidak bergantung kepada selain Allah, tidak kepada makhluk, tidak kepada sebab, maka pasti dia akan mendapat keamanan dalam hatinya walau betapa besar masalah yang ia hadapi atau berapa banyak masalah yang ia hadapi.

         Kerana dia  memurnikan  hatinya hanya untuk Allah swt. Iaitu ia tidak mencampurkan tauhidnya dengan apa-apa kesyirikan. Maka ia akan mendapat keamanan dan petunjuk.

       Oleh itu kita harus berusaha supaya hati kita hanya bergantung kepada Allah swt agar hati kita rasa aman.  Maka bila kita rasa gelisah, risau , maknanya hati kita kurang bergantung kepada Allah swt. Kurang bertawakkal kepada Allah swt.

         Itu keamanan di dunia. Belum lagi keamanan di alam  barzakh atau di hari kebangkitan kelak.  Orang yang bertauhid akan mendapat keamanan dalam semua keadaàn itu , iaitu di dunia, ketika sakaratul maut, ketika di alam barzakh dan di hari Kebangkitan kelak.

       Walaupun kita sudah belajar, ber pegang dan sudah lama, kita masih memerlukan hati yang murni kepada tauhid. Jangan terpukau dengan sebab-sebab di depan mata kita. Kita mesti berusaha supaya tidak terkesan dengan pujian dan celaan manusia. Kadang iman itu naik dan turun. Oleh itu , ini memerlukan  perjuangan  yang panjang iaitu seumur hidup.
          

         Perjuangan ini adalah hingga ke akhir hayat kita. Iaitu tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apa pun sehingga akhir hayat kita . Syirik besar mahupun syirik kecil.  Bila kita  dapat mentauhidkan Allah dengan benar  maka dari situ kita akan merasakan keamanan. Apa pun masalah, seberat manapun masalah,  kita masih boleh tenang. Kenapa? Kerana itu janji Allah swt. 



2)  Paling mudah mendapat syafaat nabi s.a.w.

Kata nabi s.a.w,

           "Setiap Nabi memiliki doa yang mustajab yang ia berdoa dengannya, dan aku ingin (dalam satu riwayat: insyaAllah) untuk mengakhirkan doaku sebagai syafaat untuk umatku nanti di akhirat.”
(HR: Bukhari)

Dalam riwayat Muslim, ditambah,

“Maka ia akan didapat -insyaAllah- oleh orang yang meninggal dari umatku dalam keadaan tidak mempersekutukan Allah sedikitpun juga.”

       Maka kalau mahu mendapat syafaat nabi  maka jangan berbuat syirik. Nak dapat syafaat nabi tapi minta di kuburan,  nak syafaat nabi tapi percaya pada dukun. Susah kalau begitu.   Kata nabi bahawa syafaat beliau akan  terkena kepada umatnya yang tidak berbuat syirik sama sekali. 

      Abu Hurairah r.a berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling bahagia mendapatkan syafaatmu?” Baginda menjawab, “Orang yang mengatakan,'Laa ilaaha illallah' dengan ikhlas dari hatinya.”
( Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

      Makin seseorang ikhlas kepada Allah swt, semakin ia tidak mengharap sanjungan manusia  , semakin ia menjauh dari perbuatan riak,  ia tidak mempamer ibadah yang ia lakukan , tidak upload kegiatan-kegiatannya di media sosial , ia cuba menghindar dari diketahui,  maka semakin mudah ia mendapat syafaat nabi s.a.w. Maka,    ini perlukan perjuangan. Kalau seseorang sudah mendapat syafaat nabi, insyaallah ia akan  diampunkan oleh Allah. 

       Bahkan bagi pelaku dosa besar, kata nabi s.a.w,

       Dalam hadits yang shahih, “Syafa’atku untuk pelaku dosa besar dari umatku.” 
(HR. Abu Daud no. 4739, Tirmidzi no. 2435 dan Ahmad 3: 213.)

      Pelaku dosa besar, jika ia tulus ikhlas mentauhidkan Allah, ia boleh mendapat syafaat nabi juga.  Maka ini semakin  menekankan kepada kita  supaya benar-benar berjuang agar tulus beribadah kepada Allah swt. Iaitu tidak mengharap kan sanjungan manusia.


3)  Dosa-dosanya diampuni meski sepenuh bumi ini.

        Kalau dosa kita diampuni Allah, maknanya kita selamat dari siksa neraka.  Dalam satu hadis qudsi, Allah berfirman,

“Wahai anak Adam, jika engkau mendatangi-Ku dengan dosa sepenuh bumi kemudian engkau tidak berbuat syirik pada-Ku dengan sesuatu apa pun, maka Aku akan mendatangimu dengan ampunan sepenuh bumi itu pula.” (HR. Tirmidzi no 3540)

       Luarbiasa sekali. Dengan tidak melakukan apa-apa kesyirikan maka Allah boleh ampunkan dosa-dosa kita. Bukan dosa sebanyak butir pasir, atau sebanyak buih di lautan tetapi sebanyak sepenuh bumi ini.  Allah boleh ampunkan dosa-dosa kita itu dengan syarat kita tidak berbuat syirik sama sekali kepada Allah swt.

        Mungkin sebelum ini kita berkeyakinan kepada dukun, pakai azimat, percaya kepada burung-burung ,  takut nombor 13,  itu semua syirik. Ada yang percaya kepada khurafat-khurafat, percaya jika begini jadi begini, anak dara duduk depan pintu tidak dilamar orang, kalau pakai anduk di leher nanti anaknya terlilit leher,  dan macam-macam lagi.  Ini semua adalah khurafat. 

         Jika kita masih ada berkeyakinan seperti itu maka perlu dibersihkan secepatnya. Kerana yang menjadi perkiraan adalah ketika kita meninggal dunia. Para sahabat dulu asalnya banyak melakukan kesyirikan ; menyembah berhala, percaya dukun, tapi mereka berjuang dan   berjuang hingga mereka dapat kemurnian tauhid. 

       Allah hendak ampunkan dosa-dosa kita yang banyak, jika kita akhirnya tidak lagi mensyirikkan Allah. Termasuklah syirik kecil seperti riak dalam beribadah dan sebagainya.

Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda : 

“Wahai Mu’adz, tahukah engkau apa hak Allah atas para hamba-Nya ?” Mu’adz berkata : Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, 
Beliau bersabda : (yaitu)“hendaknya mereka beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, (dan) tahukah engkau hak hamba terhadap Allah ?” 
Mu’adz berkata : Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, 
Beliau bersabda : “Dia tidak akan mengazab mereka”

Dan dalam lafadz Imam Muslim : “bahwasanya Allah tidak akan mengazab orang yang tidak menyekutukannya."

     Pada hari kiamat kelak, ketika bersidang di padang mahsyar, Allah memanggil seorang hamba Nya. Maka dibukakan catatan amal  yang ia lakukan, iaitu 99 gulungan catatan amal. Satu gulung itu jauhnya sejauh mata memandang. Isinya semua maksiat. 

       Saat itu, Allah akan bertanya kepadanya, ‘Apakah engkau mengingkari ini? Apakah para malaikat-Ku  telah menzalimimu?’ 
Laki-laki itu menjawab, ‘Tidak, Tuhanku.’ Allah kembali bertanya, ‘Apakah memiliki alasan?’ 
Dia menjawab, ‘Tidak, Tuhanku.’ Allah melanjutkan, ‘Benar, engkau memiliki sebuah kebaikan di sisi Kami. Dan pada hari ini, tidak ada kezaliman apa pun kepadamu.’ Tak lama berselang, muncullah sebuah catatan kecil yang berisi kalimat: Aku bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. 
Allah berfirman, ‘Maka datangkanlah timbanganmu.’ Laki-laki itu bertanya, ‘Ya Tuhanku, apa ertinya catatan kecil ini di hadapan catatan besar.’ Namun, Allah meyakinkan, ‘Sesungguhnya, engkau tidak akan dizalimi.’ 
Terakhir, Nabi SAW menambahkan, ‘Setelah itu, sembilan puluh catatan diletakkan pada satu ujung timbangan, sedangkan catatan kecil diletakkan di ujung satunya. Anehnya, catatan yang banyak justru mengambang, sedangkan catatan kecil justru memberat. Memang tidak ada yang mengalahkan beratnya asma Allah."

      Bagaimana kalimat Lailahaillallah nya menjadi  sangat murni? Iaitu ketika ia meninggal  ia benar-benar bertauhid kepada Allah swt  .

      Kita semua ada kalimat Lailahailllah, tetapi  kualitinya tidak sama. Dengan kalimat ini kita boleh masuk syurga tapi antara satu  sama lain mempunyai tingkatan tauhid yang tidak sama.

            Fikirkan  diri kita sendiri saja. Terkadang fokus kita berubah-ubah. Terkadang lebih fokus kepada Allah, kadang mencari perhatian manusia. Maka kita sendiri boleh menilai diri  sendiri. Orang juga ada  bermacam-macam ragam, ada yang suka pamer-pamer ibadahnya , ada yang menyembunyikan ibadahnya. 

        Oleh itu seseorang harus terus berusaha supaya benar-benar ikhlas kepada Allah swt, sehingga kalimat Lailahaillallah nya sangat berat. Kerana semua orang yang mengucap kalimat Lailahaillallah, tetapi bukan semua ucapan nya berkualiti.

         Seseorang yang benar-benar  murni tauhidnya, maka dosa nya  yang sebesar bumi pun akan diampun oleh Allah swt.



4) Menyebabkan masuk syurga tanpa azab dan tanpa hisab.

     Di akhirat, manusia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

1. Orang kafir
Mereka kekal abadi di dalam neraka. 

2.  Manakala orang beriman, akhirnya pasti masuk syurga. Tapi orang beriman ada beberapa kategori:

a) yang di hisab, di hakimi  dahulu

b) ada yang diazab dahulu baru masuk syurga.  Sesuai dengan  dosa yang mereka lakukan di mana dosanya  lebih berat dari pahalanya. Mereka digelar jahannamiyyun atau alumni neraka.  Orang begini kemungkinan Allah ampuni dan kemungkinan tidak. Sebab firman Allah dalam surah an Nissa',




        Jadi, jika timbangan kebaikannya   lebih berat maka ia masuk syurga. Jika timbangan maksiatnya lebih berat dan ia tidak diampuni Allah, maka ia akan diazab dahulu. Ada orang yang timbangan maksiatnya lebih berat, tapi diampuni Allah maka ia masuk syurga. 

c)  ada orang yang masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab. Siapakah mereka?

       Mereka ialah ahli tauhid. Yang diberitahu oleh nabi dalam sabdanya

        "Mereka adalah orang yang tidak pernah minta di-ruqyah, tidak meminta di-kay (pengubatan dengan besi panas), dan tidak pernah melakukan tathayyur (beranggapan sial) serta mereka bertawakal kepada Rabb mereka." (HR Bukhari).

       Kerana apa mereka tidak dihisab? Kerana tauhid mereka  berada di atas paras manusia biasa. Meminta diruqyah itu harus, tetapi ia tinggalkan kerana kuatnya tawakkalnya kepada Allah. Kalau orang mahu meruqyahnya atau ia ruqyah sendiri , itu tidak mengapa. Tetapi ia tidak minta diruqyah.  Kerana ia percaya dan husnuzzan kepada Allah.

       Kedua ia tidak meminta diubat secara besi panas (kay). Cara pengubatan yang biasa pada zaman dulu. Bila semua cara sudah tidak boleh, maka cara ini adalah cara terakhir dan biasanya mujarab. Walaupun cara ini harus, mereka tidak mahu di kay  kerana ia tawakkal kepada Allah. Kerana biasanya orang berkata, jika sudah kay pasti sembuh. Jadi ia takut tauhid nya bahawa Allah yang menyembuhkan  itu terganggu. 
       
        Ketiga, mereka tidak pernah bertatayyur iaitu mengaitkan nasib sial dengan sesuatu seperti melihat arah terbangnya burung yang mereka halau  , jika kekiri itu tanda sial bagi mereka. Atau bila bersafar, tiba-tiba  ada ular melintas, itu tanda buruk kata mereka. Jika berlaku begitu hendaklah kita baca bismillah tawakka 'alallah  supaya hati itu tidak lemah. Jika selepas berlaku apa-apa , ingat itu qadarullah,tidak ada kaitan dengan  nasib sial tadi. 

       Begitu juga  tatayyur dengan hari. Iaitu ada hari-hari yang buruk tidak boleh bekerja dan sebagainya. Atau angka 13 itu nombor sial.  Tattayyur adalah haram.

      Orang-orang  yang bertauhid sentiasa membersihkan hati mereka dari itu semua. Allah menyukai orang  yang berserah diri kepada Allah,

      Mereka inilah yang masuk syurga tanpa hisab.  Orang yang ada harta yang banyak pasti dihisab panjang. Nabi bersabda,

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah sabda Rasulullah,

"Orang-orang fakir dari kaum muslimin masuk surga setengah hari,yaitu lima ratus tahun sebelum orang-orang kaya dari mereka."

Hadits ini dikeluarkan pula oleh At-Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Muhammad bin Amr. At-Tirmidzi mengatakan hadits ini hasan shahih, dan mempunyai jalur-jalur sanad lainnya yang berasal dari Abu Hurairah.
        
       Orang-orang muhajirin yang miskin lebih dahulu masuk syurga kerana mereka semasa di dunia tidak pernah merasai  nikmat.  Orang-orang  kaya kena menunggu untuk dihisab dahulu. Semakin banyak hartanya  semakin lama hisabnya. Kerana setiap harta yang ia ada akan ditanya dengan  2 perkara, dari mana ia dapat, dan  kemana ia belanjakan..? 

      Tapi mereka boleh masuk syurga tanpa hisab jika mereka benar-benar bertauhid kepada Allah,  benar-benar meninggikan tauhidnya , tidak bersandar pada hartanya  tapi hanya bersandar pada Allah dalam setiap hal. Maka ia masuk syurga walau hartanya banyak.

      Kepentingan tauhid itu banyak, cuma kita ambil 4 sebagai yang utama untuk diketahui. Orang yang bertauhid bahagia di dunia dan di akhirat.




Apa maksud tauhid?

       Secara bahasa , perkataan tauhid berasal dari perkataan wahid( satu). Atau wahdaniah iaitu keesaaan dan mengesakan. 
 

       Secara istilah syarak, tauhid itu bermaksud  mengesakan  Allah dalam 3 hal:
1. RububiahNya
2. Dalam sifat-sifatNya
3. Dalam beribadah. 

      Lafaz tauhid ini telah datang dalam hadis  nabi seperti,

Daripada Abdullah bin Umar, katanya,  “Bahawasanya talbiyah Rasulullah s.a.w. ialah Labbaika Allahuma Labbaika, Labbaika la syarika laka labbaika, Innalhamda wan ni’mata laka, wal mulka la syarika laka.”

(Ya Allah aku datang memenuhi panggilan-Mu, ku patuhi Engkau. Aku patuhi, aku patuhi. Tiada sekutu bagi-Mu. Ku patuhi Engkau, sesungguhnya pujian dan kenikmatan adalah milik Mu saja, begitu pula kekuasaanMu)

      Nabi bertalbiah dengan   lafaz tauhid. Dan juga dalam hadis lain, rasulullah berpesan kepada Muaz binJabal yang akan berdakwah ke Yaman, katanya,

          “Sesungguhnya engkau akan mendatangi suatu kaum dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Jika engkau menemui mereka, maka ajaklah mereka untuk menyaksikan bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah."

     Demikian juga dalam satu hadis ketika Amr bin Ash menceritakan, ayahnya dulu pernah bernazar menyembelih 100 ekor unta, tetapi ia mati dalam keadaan kafir. Bila ditanya kepada nabi apakah ia harus menunaikan nazar ayahnya itu?
Maka jawab nabi bahawa nazar  itu bermenafaat jikalau ia .mentauhidkan Allah.  Jadi, istilah tauhid sudah ada pada masa itu


Tauhid dalam rububiahNya

        Maksudnya ialah meyakini keesaan Allah iaitu hanya Allah satu-satunya yang mencipta. Tidak ada selain Allah yang mencipta. Seterusnya hanya dia yang memiki alam ini.  Bila Allah yang  memiliki,  seterusnya hanya Dia yang mengatur alam semesta ini.

Firman Allah, dalam al Hajj: 73,

            Yang disembah selain Allah itu tidak mampu mencipta walau seekor lalat. Semua yang disembah seperti nabi Isa , wali, malaikat, jin, jika berkumpul semuanya untuk mencipta seekor lalat maka ia takkan mampu. Atau jika lalat itu mencuri dari minumannya  ia tak mampu mengembalikannya. 
       
        Bagaimanakah  seseorang ber gantung hati kepada wali yang sudah jadi mayat? Ia tak dapat berbuat apa-apa.  Begitu juga jika kepada nabi, ya Muhammad, ya Muhammad.  Padahal nabi pun terluka semasa perang Uhud. Ia cedera,  berdarah dan patah gigi. Ia sakit dan  meninggal. Bagaimana kita bergantung kepada makhluk yang juga meninggal dunia?

    Dalam hadis qudsi Allah berkata,
" Siapakah yang lebih zalim dari yang meniru-niru ciptaanKu?"

        Abu Hurairah pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda (menceritakan firman Allah):

"Tidak ada yang lebih zalim dari orang yang menciptakan sesuatu yang meniru ciptaan-Ku. Cuba mereka cuba menciptakan biji-bijian atau sebiji dzarrah!" HR. Al-Bukhari (5609) dan Muslim (2111).

Iman An-Nawawi menyatakan: "Sabda beliau: "Cuba mereka cuba menciptakan biji-bijian atau sebiji dzarrah!" 
(Syarah Muslim: an Nawaqi)

       Adakah sesiapa mampu mencipta biji yang dengan itu ia tumbuh menjadi pokok? Tidak ada yang mampu. Kecuali Allah.

       Bahkan mencipta semut pun  tidak ada yang mampu. Atau mencipta telur yang bila di eram boleh menetaskan anak. Tidak ada yang boleh kecuali Allah. 

       Apalagi mencipta langit tanpa tiang.
 Berjuta tahun tak pernah runtuh. Ini semua bukti kekuasaan Allah.

       Jadi bila Allah yang mencipta maka Dialah yang memilikinya. Tidak ada sedikit pun milik manusia di alam ini. 
    
     Kemudian  yang mengatur alam ini hanya Allah. Lihat as Sajdah:5,

        Allah berada di atas arasy, dan Dia mengatur semua yang ada di alam ini. Semua yang berlaku di alam ini adalah dengan kehendak Allah. Tidak ada selain Allah yang mengatur alam ini.
     

      
Tauhid dalam SifatNya

      Maknanya Allah mempunyai sifat yang sempurna dan tidak ada  yang menyamai Nya. Sebab itu kita sebut sifat Allah itu Maha, seperti maha Mendengar, Maha Mengetahui dan sebagainya. Walaupun makhluk juga mendengar tetapi tidak sama dengan  mendengarnya Allah. Pendengaran kita terbatas tetapi pendengaran Allah tidak terbatas.

Firman Allah dalam asy Syura: 11,

         Begitu juga kekuatan kita tidak sebanding  dengan kekuatan Allah. Ilmu kita pun hanya sedikit, boleh terlupa, ilmu kita pun terbatas dan  sebagainya. Sedangkan  ilmu Allah itu sempurna tidak didahului dengan  kejahilan. 
      
     Jadi , semua sifat-sifat Allah itu sempurna dan  tidak ada yang menyamainya.




 Tauhid dalam beribadah

         Maknanya kita meyakini bahawa hanya Allah yang layak disembah. 

      Kalau Allah pemilik segala alam ini   , kalau Allah yang mengatur segala sesuath dan dan kalau Allah itu sifatnya sempurna  maka hanya Dia yang patut disembah.

            Jadi , ini adalah kesimpulan dari kesempurnaa Allah dalam Rububiahnya dan sifat-sifat Nya.  Kalau Allah esa dalam Rububiahnya, dan kalau Allah itu esa dalam sifat2nya maka Allah juga esa dalam uluhiahnya. Esa dalam rububiah Nya itu dipanggil Tauhid rububiah. Esa dalam sifat-sifat Nya itu dipanggil Tauhid asma' wa sifat. Esa dalam uluhiahnya itu dipanggil Tauhid ibadah.  Iaitu berubadah hanya ditujuka  kepada Allav swt.

    Dalam ibadah iaitu solat kita telah berikrar, 

         Hanya kepada Mu kami beribadah. Maknanya  kita tidak beribadah kepada selain Allah, kepada matahari, kepada bulan kepada malaikat, kepada roh, kepada wali -wali dan sebagainya.. 
      
       Juga tidak berdoa kepada malaikat, kepada nabj Muhammad, kepada wali-wali,  kepada jin dan  sebagainya. Doa hanya kepada Allah. Juga  yang dapat menyembuhkan hanya Allah, lihat firman Allah,

          Ada orang berdoa  "ya Abdul Kadir Jalaini , sembuhkan  anakku ", padahal dia tidak dapat menyembuhkan dirinya sendiri.  Itu syirik, ia ditipu oleh syaitan. Yang membuat orang terkeluar dari islam. Tidak boleh berdoa kecuali kepada Allah s.w t. 

      Begitu juga menyembelih.   Ada yang menyembelih untuk jin , kepada roh. Bila ingin membina rumah, ia  menyembelih ayam hitam . Ini semua syirik. Begitu juga bila ingin membina jambatan, disembelih kambing dan ditanam kepalanya di tapak jambatan itu. Ini adalah haram.

       Hidup hanya sekali, jangan mengambil jalan yang salah yang hanya membawa ke neraka. Sepatutnya ialah seperti ikrar kita iaitu,


        Solat kita , sembelihan kita, hidup dan mati kita hanya untuk Allah. Bukan selainnya.  Itulah tauhid yang murni.



Dari kuliah Dr. Firanda,
28/1/24.
Klang.
   

     

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

164) APAKAH TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT DILUPAKAN OLEH PARA IBUBAPA ?

Bismillah. Assalamu'alaikum,         Bila hari hujan  kita pakai baju hujan supaya tak basah. Sedangkan itu hujan je. Dan bila hari panas, kita tak tahan panas, sebab itu kita pasang khemah. Pada hal panas di dunia ini taklah sepanas di akhirat. Api di akhirat nabi kata panasnya 69 kali ganda daripada api di dunia. Di akhirat ahli neraka bukan duduk tepi api tetapi di dalam api.  Pakaian ahli neraka bajunya dari api. Kemudian dituang dari atas kepalanya air yang menggelegak. Lalu masuk ke dalam badan menghancur kan semua isi perut kemudian merebak ke kulit hingga hangus kulitnya.        Bila badan terbakar hangus sampai ke hati, Allah tukar kulit yang baru, seperti firman Allah,          Bila kulit  sudah hangus ia takkan rasa kepanasan lagi, maka Allah tukar dengan kulit yang baru. Kerana Allah mahu  ahli neraka yang dulu suka buat dosa itu terus merasa kan azab.  Sebab itu pilihan mereka di dunia dulu. Mereka tahu perbuatan mereka dulu boleh menyebabkan ma

168) BENARKAH SAHABAT NABI MEMBUAT BID'AH?

Bismillah. Assalamu'alaikum,       Ada orang yang membuat bid'ah atau amalan baru iaitu yang tidak ada di zaman nabi, berdalilkan bahawa bid'ah juga ada dibuat di zaman nabi oleh para sahabat. Jadi, mengapa pula bid'ah dilarang di zaman ini? Benarkah begitu?          Sebenarnya bid'ah tidak ada di zaman nabi  s..a. w .  Maka sebab itu, keliru besar jika ada orang mengatakan sahabat membuat bid'ah di  depan nabi lalu nabi benarkan atau izinkan. Misalnya, sahabat solat sunat selepas tiap lepas wudhu' atau membaca zikir waktu iktidal yang tak pernah dibaca nabi . Tapi nabi membenarkannya.         Sebenarnya syariah pada masa itu belum selesai, maka tidak ada yang namanya menambah - nambah . Apabila sahabat membuat sesuatu amal lalu dibenarkan nabi maka itu menjadi syariat. Ada juga yang tak dibenarkan oleh nabi maka itu tidak boleh  menjadi syariat. Syariat selesai atau lengkap  bila turun ayat ini,  iaitu pada 9hb. Zulhijjah tahun 10H,

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicintai oleh kedua  ibubapanya.  Tugas ibubapa       Maka tugas ibubapa bukan  sahaja mem