Bismillah. Assalamu'alaikum, Kita boleh menjadi insan yang terbaik di sisi Allah swt. Dan sisi terbaik itu boleh jadi tidak jauh dari kita, terkadang di rumah saja kita boleh jadi insan terbaik di sisi Allah. Tentunya bila seseorang telah meraih yang terbaik di sisi Allah, ia juga akan mendapat syurga yang terbaik juga di sisi Allah kelak. Kerana kita tahu bahawa tinggi darjat kita di syurga bergantung pada amalan. Sebagaimana kata ibnu Qayyim r.h iaitu: ' Selamatnya seseorang dari neraka kerana ampunan Allah swt, masuknya ke syurga kerana rahmat Allah taala, manakala tingkatan di syurga kerana amal soleh.' Oleh kerana itu selama kita hidup di muka bumi ini, lakukan banyak amalan soleh. Allah mengatakan, Dan Allah berkata lagi kepada orang yang beramal soleh di dunia ini, Maka, umur kita yang terbatas harus memotivasikan kita supaya banyak beramal soleh. Dan selain amal soleh kita juga pat