Langkau ke kandungan utama

137) BAGAIMANA MENJADI MANUSIA TERBAIK?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,



       Kita boleh  menjadi insan yang terbaik di sisi Allah swt. Dan   sisi terbaik itu boleh jadi tidak jauh dari kita, terkadang di rumah saja kita boleh jadi insan terbaik di sisi Allah.   Tentunya bila seseorang telah meraih yang terbaik di sisi Allah, ia juga akan mendapat  syurga yang terbaik juga  di sisi Allah kelak. Kerana kita tahu bahawa tinggi darjat kita di syurga bergantung pada amalan. Sebagaimana kata ibnu Qayyim r.h iaitu:

      'Selamatnya seseorang  dari neraka  kerana ampunan Allah swt, masuknya ke syurga kerana rahmat Allah taala, manakala tingkatan di syurga kerana amal soleh.'

         Oleh kerana itu selama kita hidup di muka bumi ini,  lakukan banyak amalan soleh. Allah mengatakan,

          Dan Allah berkata lagi kepada orang yang beramal soleh di dunia ini,

     Maka,  umur kita yang terbatas harus memotivasikan  kita supaya banyak beramal soleh.  Dan selain amal soleh kita juga patut mencari amal yang terbaik. Kerana keterbatasan usia dan kemampuan, maka kita berusaha membuat amal yang terbaik di sisi Allah. 

       Dan itulah yang sering ditanya oleh para sahabat kepada rasulullah s.a.w.

       Di sini kami kumpulkan amal-amal yang terbaik yang dikutip dari hadis-hadis nabi s.a.w  dengan lafaz 'khairukum  atau khairunnas atau khairunnissa' (wanita terbaik). 


Amalan-amalan terbaik

       Apakah amal yang terbaik di sisi Allah s.w.t itu?  Di antaranya:

1)  Umur yang panjang berserta amal yang baik

 Sabda nabi s.a.w,


خير الناس من طال عمره وحسن عمله وشر الناس من طال عمره وساء عمله

Yang bermaksud,
"Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umurnya dan bagus amal perbuatannya.
    Dan sejelek-jelek manusia adalah orang yang panjang umurnya namun buruk amal perbuatannya."

[Shahîh, riwayat Imam Tirmidzi, lihat kitab ash-Shahîhah: 1/624]

     Jadi, jika seseorang dikurniakan  umur yang panjang dan dia tidak lalai  untuk taat kepada Allah s.w.t,  dia tidak buang-buang umurnya pada benda yang tidak ber- menafaat,   maka dia akan  jadi yang terbaik di sisi Allah s.w.t. 

      Di antara dalilnya ialah tentang kisah 2 orang yang sama-sama masuk Islam, kemudian berhijrah ke Madinah. Salah satunya lebih kuat beramal dan akhirnya ia mati syahid.  Adapun  kawannya diberi umur setahun lagi  selepas itu baru ia meninggal dunia. 

      Talhah bin Ubaidillah berkata bahawa dia bermimpi melihat orang yang kedua  (yang panjang umur) itu lebih dahulu masuk syurga. Para sahabat hairan mengapa jadi begitu lantas bertanya kepada rasulullah s.a.w  akan hal itu.

        Lantas rasulullah s.a.w  menjawab,
      "Bukankah yang kedua meninggal setahun setelah yang pertama? Bukankah dalam setahun itu ia mendapat bulan ramadhan dan ia berpuasa?  Bukankah dia banyak solatnya dalam setahun tersebut?   Maka kedudukan antara keduanya seperti langit dan  bumi. "

      Orang yang kedua itu tidaklah sangat kuat beramal soleh tapi ia berterusan. Maka sesiapa yang diberi  umur setahun lagi,  lalu ia gunakan untuk beramal sebaik-baiknya, tidak dibuang-buang masanya,  maka itu akan meninggikan darjatnya di syurga.  Jadi benarlah seperti sabdaan nabi s.s.w  di atas tadi.

       Jadi, jangan buang-buang umur anda dan saya. Kini kita hidup dalam zaman yang banyak buang-buang umur. Menonton drama, fb, whatsapp yang lagha , bola, hiburan dan sebagainya. Yang tidak ada faedahnya. 

       Umur kita , kita tak tahu sampai bila. Tapi kita buang-buang saja umur kita. Maka ciri-ciri orang beriman  dinyatakan dalam quran , dalam surah al Mukminun: 1, 2 dan 3,

        Orang beriman yang beruntung itu ialah yang:
1. Khusyu' dalam solatnya
2. Meninggalkan perkara yang sia-sia.

        Perkara yang sia-sia itu ialah  perkara yang tiada faedahnya di dunia mahupun di akhirat. Orang beriman  tidak membuang umurnya pada perkara yang sia-sia.  Kalau tiada faedahnya ia tak mahu lakukan , itu membuang umur.  


Siapa kita ini?

      Kata Hassan Al Basri,
" Wahai anak Adam,  engkau adalah kumpulan hari-hari , bila sebahagian hari telah pergi  darimu,  maka sebahagian dirimu  telah pergi darimu. Kalau sebahagian dirimu telah pergi, dikhawatir kan  dirimu akan pergi seluruhnya."

      Jam yang kita buang, hari yang kita buang, bulan yang kita buang sebenarnya kita telah membuang diri kita kepada benda yang tiada menafaat.  Betapa banyak di zaman  ini hal-hal , tontonan-tontonan, yang sia-sia tapi tetap  kita kerjakan. 


    Allah berkata lagi tentang orang-orang beriman penghuni syurga, dalam al Furqan: 72,


         Ahli tafsir memberi pendapat bahawa orang yang  tidak memberi saksi palsu itu ialah orang yang;
1.  Tidak  menjadi saksi palsu
2. Atau tidak pernah menghadiri acara agama lain
3. Atau tidak pernah menghadiri seluruh maksiat.

         Dan kalau mereka melalui acara-acara yang lagha, mereka lalui sahaja, tidak singgah. Orang beriman bukan saja tidak membuat maksiat bahkan perkara yang sia-sia saja mereka tak lakukan, kerana itu mensia-siakan umur. Sedangkan umur ialah aset yang terbaik untuk  mendapat darjat yang tinggi di sisi  Allah s.w.t.

        

       Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata; Nabi SAW bersabda: “Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.” (HR Bukhari No: 5933)

        Kata nabi s.s.w  lagi, 

    "Manfaatkanlah lima perkara sebelum lima perkara, waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, waktu sihatmu sebelum waktu sakitmu, masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, masa luangmu sebelum datang masa sibukmu, dan hidupmu sebelum datang matimu."
 (HR Al Hakim dalam Al Mustadrak-nya)


      Jika  kita tak menghargai umur kita, bagaimana kita mahu orang lain menghargai kita?  Kita buang umur seenaknya  , komen itu, komen ini, nonton itu, nonton ini  , dengar itu, dengar ini dan sebagainya yang sia-sia. Ibu-ibu melihat tas tangan, kasut, baju, berjam-jam di online . Tanpa merasa waktu terbuang begitu saja.
 
      Sesetengah youtuber membuat content yang asalkan  viral.  Walau  tidak ada faedah sama sekali malah membuat anak- anak muda rosak. Pamer itu,  pamer ini yang entah benar entah  tidak. Ditonton oleh jutaan orang hal yang sia-sia. Maka bagaimana besarnya dosa youtuber tersebut.  Ia membuang umur berjuta-juta  manusia lain dengan sia-sia. 


Menafaat

       Kata ibnu Taimiyah,
" Warak itu ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berfaedah di akhirat."

       Oleh itu sebelum kita melaku- kan apa-apa aktiviti maka kita fikir dulu samada ada menafaat atau tidak di akhirat? Kalau tidak ada menafaat jangan masuk campur.  Sedangkan di sekitar kita ada banyak hal-hal yang sia-sia. Maka lalui saja,  jangan pergi. 

      Bukan saja ada di sekitar kita tetapi juga online di h/p kita. Maka sudah saatnya kita berhenti dari hal-hal yang sia-sia dan mengoptimumkan umur kita kepada perkara yang bermenafaat di akhirat. Kalau ada menafaatnya kerjakan, kalau tidak ada, tinggalkan saja. Jalan-jalan  dengan anak- isteri, niatkan untuk menyenangkan hati mereka, ada menafaatnya. Tetapi jangan pula sampai melampau. 

      Ibu-ibu harus berhati-hati dengan media sosial. Bila melihat baju baru,  kasut baru atau beg baru, boleh membuat bapa-bapa yang ada wang  pusing kepala, apalagi jika ia tak ada wang.


Isi waktumu

        Sebaiknya isi waktu kita dengan belajar ; belajar tajwid, belajar tafsir, tadabbur al quran, belajar tauhid dan sebagainya. Banyak lagi yang memberi menafaat kepada akhirat kita. Kita tak tahu bila Allah mahu mencabut nyawa kita. Ingat pesan nabi s.a.w,
      
"Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umurnya dan bagus amal perbuatannya."

      Jika umur sudah lanjut, solat di masjid saf pertama, itu taufik dari Allah swt. Jika sudah tua, komen sana , komen sini, kritik sana, kritik sini , padahal dia bukan pakarnya, kasihan orang begini.  Bila dia mahu bahagia? Sedangkan  bahagia itu dari Allah. Maka dekat dengan Allah itulah bahagia dunia akhirat. Sebab  yang punya hati itu ialah Allah.


Jangan buang-buang umur

     Maka jangan buang-buang umur. Tolak mereka yang mengajak buang-buang umur dengan baik, leave grup yang mengajak buang-buang umur.

         Nanti kita menyesal bila dibuka catatan amal, isinya perkara yang sia-sia saja. Contohnya nonton Korea 100 siri, satu siri 1 jam. Maka jadi  100 jam yang sia-sia. Kalau baca quran, besar mana pahalanya selama itu? Darjat pun tinggi. 

     Maka, untuk jadi yang terbaik jangan buang-buang umur.  Banyak yang boleh kita menafaatkan. Boleh baca quran  atau silaturrahim, atau solat dhuha, atau solat malam, ziarah orang sakit dan sebagainya.  Boleh juga exercise niatkan untuk  kuat ibadah, kumpul nafkah untuk biaya  anak isteri atau berehat supaya kita boleh terus beribadat. Banyak yang boleh kita kerjakan. 

       Ada orang yang sudah umur 70 tahun. Katanya ia menyesal. Katanya, kalau dari muda  setiap minggu dia puasa Isnin Khamis,  sudah berapa banyak  puasanya hingga umur 70 tahun. Kalau setiap hari dia baca quran satu muka, entah berapa kali dia sudah khatam. Tapi semuanya sudah terlewat . Usia sudah 70 tahun. Oleh itu , jangan kita jadi sepertinya.

         Tetapi mungkin kita sudah 6o tahun. Sudah berapa banyak filem box office sudah kita khatamkan? Hollywood, Bollywood dan sebagainya. Menghabis kan umur. Baca komen tentang politik. Ini menang ,  itu kalah. 

      Oleh itu kita harus berani tidak meng klik apa yang tidak perlu. Jangan di klik, tahan diri. Kalau di klik, tak terasa setengah jam hilang,   satu jam hilang. 

    Tapi bila di ajak ke kuliah , tidak ada waktu. Lihat youtube ada waktu,  kuliah tidak ada waktu. Bagaimana?  Mahu ziarah ibubapa tiada waktu, youtube berjam-jam ada waktu. Nonton Korea ada waktu  , baca quran tiada waktu. 

     
 2)  Paling banyak menafaat kepada manusia

         Bahwasanya Rasulullah SAW bersabda : _“Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak manfaatnya bagi manusia lain”_ (HR. Ahmad). 

        Ulama memberi pendapat bahawa ibadah itu ada 2 jenis:
1 . Yang memberi menafaat pada diri sendiri,
2.  Yang memberi menafaat kepada orang lain. 

         Dari kedua-dua jenis ibadah ini , yang memberi  menafaat kepada orang ramai itu lebih disukai Allah. Dalilnya ia lebih disukai  Allah ialah  sabda nabi s.a.w,

       “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia. Adapun amalan yang paling dicintai Allah SWT adalah: [1] memasukkan kebahagiaan pada hati seorang Muslim yang lain , [2] menghilangkan kesusahan dari orang lain, [3] membayarkan hutangnya, [4] menghilangkan rasa laparnya. 

[5] Sungguh aku berjalan bersama saudaraku yang Muslim untuk membantu keperluannya, lebih aku cintai daripada beri’tikaf di masjid ini (masjid Nabawi) selama sebulan penuh
[6] Siapa yang boleh  menahan marahnya padahal boleh  saja ia lampiaskan kemarahan tersebut, Allah akan penuhi hatinya dengan kebahagiaan di hari Kiamat . Siapa yang berjalan bersama saudaranya sesama Muslim untuk membantu hajatnya, maka Allah akan kukuhkan kakinya (di hari Kiamat) ketika banyak kaki yang tergelincir ketika itu." (HR Thabarani dalam Al Ausath no 6026) 

      Ibadah yang berkaitan dengan orang lain,  lebih besar pahalanya . Semakin banyak, semakin besar pahalanya. Kerana itu bila nabi menyatakan  golongan yang mendapat naungan Allah di hari kiamat ialah yang pertama ialah yang paling besar menafaatnya kepada orang ramai. Iaitu di hari semua orang berdiri kepanasan lagi sengsara. Mereka ialah:

      Dalam satu hadis daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad menerangkan: “Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan daripada Allah pada hari kiamat apabila tidak ada naungan melainkan naungan Allah. Mereka adalah:

1)  Pemimpin yang adil.

2)  Pemuda yang sejak kecil sudah beribadat kepada Allah yang Maha Besar lagi Maha Perkasa.

3)  Orang yang hatinya terpaut pada masjid.

4) Dua individu yang saling mengasihi kerana Allah, kedua-duanya berkumpul kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah.

5)  Lelaki yang dipikat wanita yang mempunyai status dan kecantikan tetapi dia berkata: “Percayalah, saya takut kepada Allah.”

6)  Orang yang bersedekah dan merahsiakan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya.

7)  Orang yang ingat kepada Allah dalam keadaan sunyi lalu menitis air matanya. (Hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim)

Paling hebat
       
    7 orang ini semuanya hebat. Kita lihat orang yang ke2. Pemuda yang membesar dalam ketaatan. Di masa orang  lain teruja ingin tahu , ingin cuba-cuba, ingin experience  dan apa saja, sementara masih muda katanya. Padahal ramai juga yang mati muda. Dalamasa ramai anak muda yang lalai dan   lagha, ada anak muda yang bertaqwa, suka baca quran  ke masjid  dan mentaati ibu bapa.  Ini anak muda yang hebat. Jarang ada anak muda seperti ini  ,maka sebab itu ia dapat naungan  Allah di hari kiamat nanti. 

      Kalau ketika tua baik, itu biasa saja sebab apa lagi yang dimahukannya?  Rambut sudah putih ke masjid itu biasa.  Yang luarbiasanya rambut sudah putih tak pernah ke masjid, tak baca quran , kerjanya nonton youtube saja.

      Bila ada anak muda yang suka ke masjid, bertqwa kepada Allah,  itu hebat. Sehingga dimuliakan Allah nanti sehingga tiada rasa panas dan lain-lain kesusahan. 

        Begitu juga orang yang  bertemu dan berpisah kerana Allah. Bila  seorang yang beriman dan  bertaqwa dan  seorang lagi beriman dan  bertaqwa , mereka bersahabat, bukan kerana bangsa, hobi atau apa. Tapi kerana urusan akhirat, samada hal kuliah kah, hal dakwah kah atau membantu fakir miskin dan sebagainya. Kerana itu  mereka bertemu dan berpisah. Ini juga orang hebat kerana ineraksinya dengan kawan nya itu semata-mata  kerana Allah swt.

      Orang yang  ke 4, ialah orang yang seolah-olah hatinya tergantung di masjid. Ini ibarat  dari nabi.  Iaitu  hatinya sentiasa di masjid tapi jasadnya harus keluar kerana ia harus menjalankan tanggungjawabnya di luar . Dia harus berkerja, berniaga   cari nafkah. Kata Allah dalam surah an Nur,

      
           Mereka berniaga, beraktiviti tetapi bila sampai waktu solat mereka ke masjid  . Ini sebenarnya perilaku yang tidak boleh dibuat-buat. Sedangkan  ada orang yang tengah berkerja lalu terdengar azan, ia berkata bahawa azan lagi?  Dia melangkah kaki juga tapi dengan malas dan berat. Manakala yang dia tadi rindu hendak ke masjid, ke kuliah dan merasa jika bukan kerana tanggungjawab , ia ingin terus berada di masjid. Orang begini juga di naungi oleh Allah swt.

        Yang ke 5 iaitu pemuda yang dirayu oleh wanita muda yang cantik dan kaya supaya berzina dengannya. Bukankah itu sifat perempuan yang dimahukan oleh setiap lelaki? Bahkan orang seperti ini merayunya. Tapi ia menolak kerana takutkan Allah.  Tidak pada masa itu , tidak juga pada masa akan datang. Ini lelaki luarbiasa yang selamat dari fitnah yang luarbiasa .

       Padahal di zaman ini lelaki dengan wanita yang biasa-biasa saja sudah tergoda. Belum yang luarbiasa lagi. Sebab itulah ia mendapat naungan Allah di hari kiamat kelak. 

     Yang ke 6 ini juga hebat. Iaitu  apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya tak diketahui oleh tangan kirinya. Bererti ia ikhlas. Ada orang suka jika amal solehnya diketahui oleh orang lain, share sana share sini, tapi orang ini  suka amal solehnya tak diketahui oleh orang lain.  Ia bersusah payah menyembunyikan nya supaya amalnnya tak diketahui orang. 

       Apa maksud tangan kiri tak ketahui? Biasanya setiap kerja yang dibuat tangan kanan, tangan kiri juga turut sama . Jika tangan kanan memegang tangan kiri juga memegang dan begitulah seterusnya. Jadi amat sukar tangan  kanan berkerja tanpa  tangan  kiri turut sama. Tapi bila tangan  kanan berinfak , tangan kiri tak ketahuinya , itu luarbiasa. Ertinya ia sembunyikan amal soleh nya serapi mungkin hingga orang yang terdekat pun tidak tahu.

      Begitulah para sahabat dulu. Mereka sembunyikan amal solehnya hingga tidak diketahui  oleh manusia kecuali Allah swt. Inilah orang hebat yang juga mendapat naungan Allah nanti.

       Yang ke 7 juga sama. Orang yang menangis ketika sendirian kerana takutkan azab  Allah. Kata nabi 

Dari Ibnu Abbas ia berkata; “Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda;

عَيْنَانِ لَا تَمَسُّهُمَا النَّارُ : عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ، وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Maksudnya: “Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis kerana takutkan Allah, dan mata yang berjaga kerana menjaga perjuangan di jalan Allah.”

Riwayat al-Tirmidzi: 1563

      Menangisnya dia kerana mengingat dosa-dosanya, itu ketika  sendirian. Bukan didepan orang yang ramai. Kerana menangis itu ada yang ikhlas ada yang riak. Bahkan ada orang bersandiwara menangis padahal ia tidak menangis.  Ada juga yang  menangis beramai-ramai dalam sesuatu program. 

      Bukan menangis seperti itu tetapi menangisnya di dalam bilik, sendirian ia menangis kerana dosanya. Kerana Allah swt. Ini orang hebat. 

        Tetapi orang yang paling hebat dari semua itu ialah pemimpin yang adil. 

        Kata ibn Taimiyah rh bahawa pemimpin yang adil itu ialah mujahid terbaik di zamannya. Kerana jika dia mahu ambil rasuah mudah, jika ia mahu berbuat sewenang-wenang mudah,  kerana kuasa di tangannya. Tapi ia membuat kerja, berkhidmat yang  terbaik untuk rakyat di zamannya. 

       Kalau ada ketua kampung saja yang berkhidmat dengan terbaik, membantu orang, membuat peraturan-peraturan  yang baik , membawa  kemajuan dan sebagainya kepada penduduk  kampung. Apalagi jika seorang pemimpin yang menjaga satu negara, dengan baik dan adil maka tentu lebih lagi ganjarannya dari Allah.

       Oleh itu sesiapa yang di beri peluang menjadi penjawat awam, hendakalah ia berkhidmat dengan adil dan sebaik mungkin  kerana Allah. Berkhidmat kepada masyarakat , menyenangkan masyatakat ,membuat peraturan yang memudahkan   masyaratakat dan sebagainya. Dan mengharap pujian dari Allah bukan pujian dari manusia.

            Sebab itu semasa rasulullah menyebut 7 golongn manusia itu   , maka radulullah menyebut golongan pertama iaitu golongan yang terbaik.


Manusia terburuk

        Sebaliknya manusia yang terburuk adalah yang membuat susah, membuat keliru dalam masyarakat. Jangankan dengan perbuatannya, tapi dengan percakapanya juga boleh  jadi terburuk. Kata nabi sa.w,
   
"Wahai 'Aisyah, sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat kelak adalah orang yang ditinggalkan oleh manusia karena takut akan kejahatannya." (HR Muslim)
      
          Menyakiti masyarakat dengan lisannya, itu sudah menyebabkan menjadi  manusia terburuk. Jika dia ada di tengah grup, mesti jadi masalah. Jika dia left grup orang berasa senang.  Di mana saja dia berada, dia membuat masalah. Orang lain semua tidak tahu. Hanya dia saja yang tahu.

        Apa lagi jikalau dengan perbuatan nya. Yang membuat masalah kepada harta orang, wang orang , peribadi  orang dan sebagainya. Maka itu lebih buruk lagi. Kata rasululullah tentang mereka ini,

      Dari Khaulah Al Anshariyyah radhiyallāhu ‘anha, ia berkata Rasulullāh shallallāhu ‘alayhi wa sallam bersabda:

”Sesungguhnya beberapa orang mengelola (mengatur) harta Allāh tanpa hak, maka bagi mereka neraka pada hari kiamat.”

(HR Bukhari)

Harta rakyat

        Penjawat awam adalah petugas kepada rakyat.  Jika dia menyalurkan wang rakyat, tidak pada tempatnya   maka baginya  neraka adalah tempatnya kelak.  Di antaranya ialah para pengambil rasuah. Inilah orang yang paling tersiksa kelak. Kenapa? Sebab ia merebut hak orang ramai untuk dirinya sendiri. Ini lah orang yang paling buruk  di sisi Allah swt.

      Mengambil harta orang ramai juga dengan cara membina sesuatu projek yang ia dapat, contohnya jalan  beraspal,  dengan menipiskan ketebalan dari  yang sepatutnya. Maka setiap orang yang  melaluinya , ia menerima dosa menipu harta rakyat. 

       Biasanya orang yang ambil rasuah ini malunya sudah hilang. Sudah ditangkap kemudian ambil lagi. Dia santai-santai saja,  ketawa-ketawa saja bila ditangkap, rasa malunya sudah hilang.

       Maka orang yang menjaga harta rakyat harus bertaqwa,   harus hati-hati. Kalau kita zalimi harta seseorang kita akan berhadapan dengannya  seorang saja nanti. Tetapi jika dia mengambil harta rakyat, dia akan berdepan dengan jutaan orang. Semuanya akan menuntut hak mereka . Itu mengerikan. Kita tak membayangkannya berapa besar  dosanya. Kenikmatan hanya sedikit . Dan kebanyakan pemakan rasuah itu bukan miskin, sudah kaya. Rumah ada , kereta ada wang pun ada. Mahu makan rasuah lagi? Kenikmatan nya sementara tapi penderitaannya berpanjangan. 

      Maka sesiapa yang menjaga hal orang ramaj, jadilah yang terbaik,   cari pahala.  Berikan sesuatu yang bermenafaat bagi orang ramai kerana Allah swt. Inilah yang terbaik.


Manusia berkat

       Menjadi manusia terbaik itu dipanggil manusia berkat. Kemana saja ia pergi ia memberi menafaat. Rasulullah ada memberi teka-teki kepada sahabatnya,

        Telah menceritakan kepada kami [Khalid bin Makhlad] Telah menceritakan kepada kami [Sulaiman] Telah menceritakan kepada kami [Abdullah bin Dinar] dari [Ibnu Umar] dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: 

     "Sesungguhnya diantara pohon-pohon ada satu pohon yang tidak jatuh daunnya. Dan itu adalah perumpamaan bagi seorang muslim". Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bertanya: "Katakanlah padaku, pohon apakah itu?" Maka para sahabat beranggapan bahwa yang dimaksud adalah pohon yang berada di lembah. Abdullah berkata: Aku berpikir dalam hati pohon itu adalah pohon kurma, tapi aku malu mengungkapkannya. Kemudian orang-orang berkata: "Wahai Rasulullah, pohon apakah itu?" Beliau shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Pohon kurma".

[Bukhari]

      Kenapa Rasulullah ibaratkan pohon kurma seperti seorang mukmin atau muslim? Sebab seluruh bahagian pokok itu bermenafaat. Batangnya, daunnya, buahnya, pelepahnya semua bermenafaat. Tidak ada satu bahagian pun darinya terbuang bahkan bijinya juga.

       Bergitulah lelaki mukmin yang berkat, di mana saja ia berada. Di rumah ia bermenafaat kepada anak isterinya. Di kejiranan, ia menyenangkan tetangganya. Ia tak membuat apa-apa  masalah. Di tempat kerja ia menyenangkan. Rajin, pandai berinteraksi, menyenangkan  orang lain dan sebagainya.  Di dalam keluarga besarnya  ia disenangi kerana menyambung silaturrahim. Inilah lelaki atau wanita yang berkat.

      Maka bila nabi Isa menjelaskan tentang dirinya, ia menyatakan,

   "Aku adalah hamba Allah  , Allah telah memberikan aku Injil dan Allah telah  menjadikan aku seorang nabi. Allah menjadikan aku berkat dimanapun aku berada".

          Ada dua tafsiran kenapa nabi Isa itu berkat di manapun ia berada:
1)  kerana  ia akan mengajarkan kebaikan walau di mana ia berada.
2)  ia selalu memenuhi keperluan orang walau di mana ia berada.


      Maka sesiapa yang membawa kebaikan  kepada orang lain ia adalah manusia terbaik di sisi Allah swt. 

      Kita kena fikir akhirat kita. Kalau kita ada tenaga, bantu dengan tenaga. Kalau ada idea, bantu dengan idea. Jangan kedekut . Sudahlah kedekut harta , idea pun kedekut. Mahu jadi apa kita?

     Sebahagian  orang sudah ada wang dan harta yang melimpah ruah. Apalagj yang dicari?  Gunakan ia kepada jalan  Allah swt. Apa saja jawatan kita , kerja kita , jadikan ia bermenafaat kepada orang lain. Terus beri menafaat kepada orang lain kerana umur kita makin berkurang dab  kemampuan makin berkurang.  Semakin banyak kita memberi menafaat kepada orang lain semakin baik kita di sisi  Allah swt.


3) Menjadi suami terbaik

  Kata nabi s.a.w , ini khas kepada para suami,


 خيركم خيركم لأهله، وأنا خيركم لأهلي 

“Sebaik-baik kalian adalah yang terbaik sikapnya terhadap keluarga. Dan aku adalah yang terbaik di antara kalian terhadap keluargaku.” (HR Ibnu Majah)

       Ini dalil bahawa  jika mahu jadi yang terbaik tak perlu pergi jauh.   Jadilah suami yang baik di rumah anda. Kenapa nabi kaitkan akhlak suami kepada isteri sebagai satu kebaikan yang paling baik?

       Ada dua sebab seperti yang di simpulkan oleh para ulama:

1)   kerana akhlak sebenar seseorang ialah apabila ia berada di rumah. Kalau di luar rumah dia boleh bersandiwara. Ia boleh ramah, membantu dan sebagainya . Kerana di luar itu sebentar saja.

      Tapi dengan isteri ia  duduk berpuluh tahun lamanya. Tak mungkin ia boleh bersandiwara selama itu, pasti terbongkar akhlak sebenarnya. Maka  jika ia boleh berakhlak baik dengan   isterinya itu  benar akhlahnya terpuji.

2)  bila di luar, kita berhadapan dengan orang yang lebih tinggi darjatnya atau lebih rendah darinya.  Maka sukar untuk ia berbuat seenaknya.

      Tapi isteri di rumah , ia lemah, berada di bawah kuasa kita , yang kita boleh buat sesukanya. Jadi bila kita dapat berlemah lembut, berbuat baik kepada nya, maka  itu lah manusia terbaik.

          Jika isteri  kita ditanya orang; bagaimana suami anda? Jika jawapannya 'top'  itu luarbiasa.

        Di  zaman nabi ada seorang isteri menceritakan mengenai suaminya,
  "   Suamiku Malik. Tahukah kalian siapa suamiku?  Suamiku lebih baik daripada yang kau sangkakan."

     Oleh itu ramai para sahabiah dulu bila suaminya meninggal , ia tak mahu menikah lagi. Seperti Ummu Darda'.  Ketika Abu Darda' meninggal dunia  , kemudian ia di lamar oleh Muawiyah yang berjawatan tinggi masa itu. Apa kata Ummu Darda'?   
Katanya , "Aku mendengar rasulullah bersabda bahawa wanita itu akan  bersama suaminya yang terakhir, dan  aku tidak mahu cari ganti bagi  suamiku Abu Darda'."

      Begitu juga isteri Uthman bi  Affan. Ia tidak mahu menikah lagi selepas kematian suaminya. Kerana sangat cintanya kepada Uthman  r.a.
       

      Ketika suami Ummu Salamah meninggal, maka ia berdoa dengan doa yang di ajar oleh nabi iaitu,

       Di bahagian pertama doa ini iaitu meminta supaya dapat bersabar. Bila Ummu Salamah sampai ke bahagian kedua iaitu supaya digantikan dengan yang lebih baik, ia terhenti kerana ia tak tahu ada orang yang lebih dari suaminya  Abi Salamah.

      Tapi ia ucapkan juga doa supaya dapat ganti yang lebih baik. Ternyata yang akan menikahinya ialah nabi Muhammad s.a.w sendiri. Pada mulanya ummu Salamah  menolak lamaran nabi kerana katanya ia sudah tua, anaknya ramai, ia pencemburu dan mungkin masih teringat suaminya. 
        
      Akhirnya ummu Salamah bernikah juga. Jadi apa yang patut kita ada, ialah  seseorang yang berkata ' Siapakah orang yang lebih dari suamiku?'. 


Harus sabar

       Maka kita seharusnya menjadi suami yang terbaik kepada isteri kita seperti baiknya nabi kepada isteri-isterinya.

       Jadi kita harus berusaha untuk jadi suami terbaik. Kerana suami yang baik itu dekat di sisi Allah.  Pahalanya besar. Untuk jadi suami terbaik maka harus sabar.

         Kalau dengan  orang lain kita boleh bersabar maka kepada isteri lebih lagi kita perlu sabar. Kalau orang lain  kita boleh  maafkan kesalahannya,  maka dengan   isteri lebih lagi kita maafkan kesalahannya.   Jika dengan orang kita ada waktu  untuk berbual maka dengan isteri lebih lagi kena ada waktu berbual. Kerana pahalanya besar dan bila isteri merasa kita suami terbaik maka itu tanda kita dekat di sisi  Allah swt.

       Jangan kita sibuk mengurus yang jauh-jauh tapi isteri  di rumah kita abaikan. Jangan sibuk  mengurus anak yatim dan janda, isteri tidak diuruskan.  Buatkan isteri rasa nyaman, selesa dan sebagainya. Maka kita akan jadi yang terbaik di  sisi Allah. 

       Untuk jadi suami yang baik perlukan perjuangan. Kerana kita tahu kekurangan  isteri kita. 

      Nabi SAW bersabda:

اسْتَوْصُوا بِالنساءِ خَيْرًا، فإنَّ المرأةَ خُلقتْ من ضِلَعٍ ، وإنَّ أَعْوَجَ شيءٍ في الضِّلعِ أَعْلَاه ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهُ ، وإن تركتَه لم يزلْ أَعْوَجَ ، فاستوصُوا بالنِّساءِ خَيْرًا

Maksudnya : “Nasihatilah para wanita kerana wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang  paling bengkok daripada tulang rusuk itu adalah pangkalnya, jika kamu cuba untuk meluruskannya maka ia akan patah, namun bilamana kamu biarkan ia maka ia akan tetap bengkok, untuk itu, nasihatilah para wanita”.

[Riwayat al-Bukhari,]

       Yang paling bengkok itu pangkalnya bermaksud  lisannya. Kalau bercakap kadang salah, kadang menyakiti hati suami ,  kadang tidak pandai bersyukur,  dan sebagainya. Jadi kita disuruh sabar. Kerana tabiat wanita memang begitu. 

       Maka sebab itu rasulullah s.a.w
 berkata supaya saling menasihati antara satu sama lain supaya bersabar dengan isterinya. Bukan nya berkata supaya , "Ceraikan  saja , masih banyak lagi yang lain di luar sana."  Nabi tidak mengajar begitu tetapi supaya bersabar kerana ganjaran sabar itu amat besar dan jika kita menjadi suami terbaik maka kita dekat di sisi Allah swt.

        Maka para bapa, kita tidak terlambat. Yang penting kita berjuang menjadi suami yang terbaik. Biarpun isteri kita tak mengakuinya yang penting Allah tahu. Kuatlah dan sabarlah dalam mendidik para isteri...


Semoga bermenafaat.


    
Dari kuliah Dr. Firanda.
Klang & Padang Jawa.
3/1/2024

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

164) APAKAH TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT DILUPAKAN OLEH PARA IBUBAPA ?

Bismillah. Assalamu'alaikum,         Bila hari hujan  kita pakai baju hujan supaya tak basah. Sedangkan itu hujan je. Dan bila hari panas, kita tak tahan panas, sebab itu kita pasang khemah. Pada hal panas di dunia ini taklah sepanas di akhirat. Api di akhirat nabi kata panasnya 69 kali ganda daripada api di dunia. Di akhirat ahli neraka bukan duduk tepi api tetapi di dalam api.  Pakaian ahli neraka bajunya dari api. Kemudian dituang dari atas kepalanya air yang menggelegak. Lalu masuk ke dalam badan menghancur kan semua isi perut kemudian merebak ke kulit hingga hangus kulitnya.        Bila badan terbakar hangus sampai ke hati, Allah tukar kulit yang baru, seperti firman Allah,          Bila kulit  sudah hangus ia takkan rasa kepanasan lagi, maka Allah tukar dengan kulit yang baru. Kerana Allah mahu  ahli neraka yang dulu suka buat dosa itu terus merasa kan azab.  Sebab itu pilihan mereka di dunia dulu. Mereka tahu perbuatan mereka dulu boleh menyebabkan ma

168) BENARKAH SAHABAT NABI MEMBUAT BID'AH?

Bismillah. Assalamu'alaikum,       Ada orang yang membuat bid'ah atau amalan baru iaitu yang tidak ada di zaman nabi, berdalilkan bahawa bid'ah juga ada dibuat di zaman nabi oleh para sahabat. Jadi, mengapa pula bid'ah dilarang di zaman ini? Benarkah begitu?          Sebenarnya bid'ah tidak ada di zaman nabi  s..a. w .  Maka sebab itu, keliru besar jika ada orang mengatakan sahabat membuat bid'ah di  depan nabi lalu nabi benarkan atau izinkan. Misalnya, sahabat solat sunat selepas tiap lepas wudhu' atau membaca zikir waktu iktidal yang tak pernah dibaca nabi . Tapi nabi membenarkannya.         Sebenarnya syariah pada masa itu belum selesai, maka tidak ada yang namanya menambah - nambah . Apabila sahabat membuat sesuatu amal lalu dibenarkan nabi maka itu menjadi syariat. Ada juga yang tak dibenarkan oleh nabi maka itu tidak boleh  menjadi syariat. Syariat selesai atau lengkap  bila turun ayat ini,  iaitu pada 9hb. Zulhijjah tahun 10H,

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicintai oleh kedua  ibubapanya.  Tugas ibubapa       Maka tugas ibubapa bukan  sahaja mem