Bismillah.
Assalamu'alaikum,
Kita dicipta kan oleh Allah untuk apa? Allah beri jawapannya melalui ayat quran,
az Zariyat:56,
Iaitu untuk mengabdikan seluruh perbuatan kita mengikut kehendak Allah. Bukan melawan kehendak Allah.
Dan kita juga disuruh berikrar di dalam solat iaitu,
Iaitu hidup dan mati kita hanyalah kerana Allah. Bukan kerana selain Nya.
Maka , dunia ini adalah medium untuk kita mencapai tujuan-tujuan tersebut iaitu beribadah kepada Allah, solat kepada Allah, hidup dan mati untuk Allah, serta mentauhidkan Allah sahaja sepanjang hidup. Dunia bukanlah tujuan utama kita tetapi ia adalah medium sahaja. Ia juga adalah negeri yang hanya untuk dilalui, bukan negeri untuk tinggal selama-lamanya.
Akhirat adalah negeri kita yang kekal. Kita akan kembali ke sana kelak. Jadi, tidak boleh kita jadikan dunia ini sebagai tujuan akhir kita. Apalagi mencintainya berlebihan dari yang seharusnya hingga menjerumus kita ke dalam hal yang dilarang Allah s.w.t.
Di antara doa nabi s.a.w berkaitan dunia ialah,
" Ya Allah jangan Kau jadikan dunia sebagak puncak cita-cita kami".
Maksud keduniawian atau dunia itu ialah,
1. bersifat dunia, mengenai sesuatu yang tidak kekal;
2. perihal terlalu mementingkan keduniaan (kebendaan dan sebagainya).
Ibnu Qayyim mempunyai perkataan yang indah tentang kesan buruk akibat terlalu cintakan dunia. Iaitu yang nasihat dari firman Allah,
"Jangan kamu terpesona dengan harta mereka ( munafikin) dan jangan kamu terpesona dengan banyaknya anak-anak mereka. Sesungguhnya Aku ingin menyiksa mereka dengan harta dan anak anak-anak mereka. Dan dicabut nyawa mereka dalam keadaaan kafir"
Ibn Qayyim mengatakan ada 7 kesan buruk dari cinta kan dunia.
Kata ibn Qayyim,
' Cinta dunia itu kepala kepada dosa-dosa dan perosak kepada agama'
Kenapa cinta dunia itu kepala kepada dosa-dosa dan perosak kepada agama seseorang? Ada 7 sebab:
1) Cinta kepada dunia melazimkan seseorang mengagungkan dunia tersebut.
Padahal dunia adalah hina-dina di sisi Allah swt. Antara dosa yang besar ialah mengagungkan apa yang dihina oleh Allah.
Dunia itu tidak terlaknat tentang zatnya, tetapi terlaknat dengan bagaimana sikap manusia kepada dunia tersebut. Siapa yang menjadikan dunia sebagai tujuannya maka terlaknatlah dunia tersebut. Tetapi jika dunia itu dijadikan medium untuk akhirat maka ia adalah mulia.
Kita perlukan dunia untuk menyara anak isteri, untuk solat di masjid atau untuk haji dan umrah dan sebagainya. Masalahnya ialah jika dunia itu dijadikan tujuan hidup. Rasulullah s.a.w bersabda ,
لَوْ كَانَت الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ الله جَنَاحَ بَعُوضَةٍ ، مَا سَقَى كَافِراً مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ
“Seandainya dunia ini di sisi Allah senilai harganya dengan sayap nyamuk niscaya Allah tidak akan memberi minum barang seteguk sekalipun kepada orang kafir” (HR. Tirmidzi, dan dia berkata: ‘hadits ini hadan sahih)
Ertinya orang kafir tidak berhak mendapat dunia jika dunia itu bernilai. Tetapi kenapa Allah berikan dunia itu kepada orang kafir? Kerana dunia itu tidak bernilai di sisi Allah.
Oleh kerana itu , pada suatu hari nabi datang ke suatu tempat. Orang-orang yang menyedari kedatangan Nabi SAW segera mengelilinginya sambil mengucapkan salam. Saat itulah, beliau melihat bangkai anak kambing di pinggir jalan. Begitu mendekatinya, Rasulullah SAW juga mendapati bahwa ada cacat pada telinga haiwan yang sudah mati itu.
Tanpa disangka-sangka, Nabi SAW kemudian mengambil dan memegang telinga kambing itu. Lantas, beliau bertanya kepada khalayak, “Siapakah di antara kalian yang mau memiliki bangkai anak kambing ini dengan harga satu dirham?”
Sebagian sahabat menjawab, “Ya Rasulullah, kami tidak mau anak kambing itu menjadi milik kami walaupun dengan harga sangat murah. Lagi pula, apa yang boleh kami lakukan dengan bangkai haiwan ini?''
Beliau lalu mengulangi pertanyaannya lagi, “Apakah ada di antara kalian yang suka bila anak kambing ini menjadi milik kalian?”
Mereka kembali menjawab, “Demi Allah, seandainya masih hidup, anak kambing ini pun cacat telinganya. Kami tidak tertarik, apalagi kini ia dalam keadaan mati.”
Maka Nabi SAW kemudian bersabda, “Demi Allah, sungguh bagi Allah dunia ini lebih rendah dan hina daripada bangkai anak kambing ini dalam pandangan kalian” (HR Muslim).
Dan terlalu banyak dalil lain yang menyatakan dunia itu hina di sisi Allah swt bila dibandingkan dengan akhirat. Namun manusia itu diuji Allah dengan memiliki sifat cinta dunia. Maka dia harus mengawal cinta tersebut. Jika ia cinta dunia sampai mengagungkan dunia maka ia terjerumus dalam dosa mengagungkan apa yang dihina oleh Allah.
Sepatutnya apa yang dihina oleh Allah kita turut menghinanya, apa yang direndahkan oleh Allah kita patut merendahkannya. Bukan mengagungkan nya.
2) 'Sesungguhnya Allah telah melaknat dunia, dan dimurkai Allah kecuali perkara dunia yang kerana Allah. Maka siapa yang mencintai apa yang dilaknat dan dimurkai oleh Allah, maka ia telah membebankan dirinya untuk difitnah , dimurkai dan dibenci oleh Allah swt.'
Jadi, dunia ini dilaknat dan dibenci oleh Allah. Dari hadis nabi,
“Dunia itu terlaknat dan segala yang terkandung di dalamnya pun terlaknat, kecuali orang yang berdzikir kepada Allah, yang melakukan ketaatan kepada-Nya, seorang ‘alim atau penuntut ilmu syar’i.” (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah. Dalam Shohihul Jami’, Syaikh Al Albani mengatakan hadits ini hasan)
Hadis ini menunjukkan bahawa dunia ini dilaknat Allah, iatu jauh dari rahmat Allah . Kecuali kita berzikir kepada Allah, taat kepada Allah, orang yang mengajar dan orang yang belajar. Inilah yang selamat dari laknat Allah swt.
Oleh itu jika kita mencintai dunia ini bukan kerana Allah, bukan untuk zikir, maka ia makin lama makin terlaknat dengan dunia. Makin jauh dari rahmat Allah. Sebab apa? Sebab yang dia kejar itu terlaknat. Semakin ia mengejar sesuatu yang jauh dari rahmat Allah maka ia pun turut terjauh dari rahmat Allah.
Maka, supaya kita terkeluar dari laknat Allah dalam hal dunia, mana niatkan ia kerana Allah swt. , seperti kata nabi kepada Amru al 'As,
' Sebaik-baik harta ialah harta pada tangan orang yang soleh'.
Kerana jika ia berada di tangan orang soleh ia akan memanfaatkan harta itu kepada jalan yang diredhai Allah. Maka siapa yang mencari dunia bukan kerana Allah, maka ia menjerumus kan dirinya ke dalam laknat Allah. Jalan keluar hanya satu iaitu cari dunia kerana Allah. Samada untuk sedekah, atau nafkah keluarga, atau membantu tetangga, atau untuk silaturrahim dan sebagainya.
Tetapi jika ia mencari dunia tidak kerana Allah, maka ia akan jauh dari rahmat Allah. Dalam satu hadis ada seorang pemuda yang melintasi nabi dan sahabatnya. Sahabat kagum pemuda itu gesit dan kuat tubuh badannya dan alangkah baik jika dia pergi berjihad. Lalu rasulullah bersabda,
' Jika ia keluar mencari nafkah untuk anaknya yang masih kecil maka ia sedang berjihad di jalan Allah, jika ia keluar mencari nafkah untuk kedua orang tuanya yang tua, maka ia sedang jihad di jalan Allah, jika ia keluar mencari nafkah dirinya supaya ia tidak meminta-minta, ia sedang jihad di jalan Allah, jika ia keluar mencari harta untuk riak, maka ia di jalan syaitan'.
Ini bermaksud jika kita mencari harta untuk berbangga, untuk dipuji maka itu terlaknat. Kerana dunia itu teraknat asalnya. Inilah hakikat dunia yang kita kejar-kejar. Kalaj kita mencari harta bukan kerana Allah maka kita sedang menjerumuskan diri kita ke dalam laknat Allah.
3) Jika seseorang mencintai dunia, maka ia menjadikan dunia tujuannya. Bahkan akhirnya ia menjadikan amal soleh untuk mencari dunia. Yang amal soleh itu sepatutnya ia jadikan wasilah untuk menuju Allah, untuk menuju syurga darul akhirah namun ia membalikkan perkara, membalikkan hikmah lalu terbaliklah hatinya , jadilah ia mundur kebelakang.
Sepatutnya dunia kita jadikan untuk beramal soleh. Dengan dunia kita naik haji, umrah, kita sedekah, menafkahi anak isteri, membina masjid, membantu anak yatim, para janda. Tetapi berlaku sebaliknya, ia beramal soleh untuk dapat dunia. Ia naik haji untuk dunia, ia jadi imam, jadi muazzin, mengajar dan9 sebagainya, ia jadikan wadah untuk mencari dunia.
Allah telah ingatkan dalam al quran, surah Hud: 15,
Walau mereka mencari dunia melalui amal soleh, Allah akan beri dunianya. Bahkan ia dapat sehingga jadi kaya-raya. Tetapi apa akibatnya, Allah beritahu dalam surah Hud:16,
Mereka beramal soleh tetapi sia-sia amalnya itu, kerana tujuannya untuk dunia semata-mata. Seperti orang bersedekah, kerana dia tahu akan dapat ganjaran bertambah sekian-sekian rezeki selata-mata. Begitu juga Allah berkata dalal surah al Isra': 18,
Siapa yang mahukan dunia daripada amalnya, maka Allah beri. Tetapi ia akan masuk neraka nanti dalam keadaan terhina. Allah juga berkata,
Dan siapa yang beramal dengan ikhlas kerana Allah sedangkan ia orang beriman, maka Allah akan balas dengan balasan yang baik di dunia dan akhirat.
Ada orang yang menjadikan amal soleh untuk mencari dunia. Ini bahaya. Di antaranya harta. Dia gunakan amal soleh semata-mata untuk mencari harta. Ada juga orang beramal ingin mencari nama dan penghormatan.
Seperti rasulullah ditanya oleh Adi bin Hatim yang baru masuk Islam. Ia bertanya rasulullah tentang bapanya Hatim at Thaiy yang sangat dermawan, suka memberi makanan, memuliakan tamu dan sebagainya. Adi bertanya keadaan ayahnya . Maka rasulullah menjawab bahawa ayahnya dulu memberi kerana untuk mendapat sesuayu dan ia telah mendapatkannya. Iaitu supaya disebut orang atau riak. Sehingga semua orang dizaman itu tahu dermawannya Hatim atThaiy. Dia telah dapat apa yang ia cari iaitu nama sebagai dermawan.
Ada juga orang yang berjihad kerana riak. Mahu dipanggil pemberani atau jaguh. Maka diakhirat ia tidak mendapat apa-apa.
Ini kerana sangat cintanya seseorang dengan dunia. Hingga ia menjadikan amal soleh unruk meraih dunia. Samada meraih harta atau populariti atau kehormatan dan sebagainya.
Ada sebahagian pendakwah diundang tetapi memasang tariff. Misalnya satu jam 10k. Jangan sampai kita gunakan populariti kita untuk mencari dunia.
Tetapi seandainya seseorang bersedekah misalnya, yang inginkan balasan dunia, kerana rasulullah berkata bahawa ' Sesiapa yang bersedekah maka Kami akan tambahkan'. Sedekah itu hanya sebagai medium supaya dia dapat meneruskan usahanya, maka itu tak mengapa. Ia bersedekah untuk pahala, tetapi ia juga mahukan ganjaran di dunia itu tak mengapa. Atau seorang imam atau muazzin dapat wang gaji untuk dia menyara anak isteri dan meneruskan tugasnya itu tak mengapa. Kerana ia bermotif akhirat tapi realitinya ia perlukan biaya seperti orang biasa.
Jangan sampai dunia menjadi cita-cita dan tujuannya. Itu yang dilarang.
4) Cintanya kepada dunia menjadi penghalang dari aktiviti yang bermenafaat di akhirat. Kerana sibuknya atau sayangnya ia dengan dunia.
Manusia yang sibuk dengan hal-hal dunia ini bertingkat -tingkat keadaannya,
1. Ada yang sibuk hingga tidak sempat untuk ber iman dan tidak mempelajari syariat-syariat Allah.
Seperti raja Hiraklius. Ia tahu kebenaran Nabi Muhammad s.a.w iaitu selepas ia berdialog dengan Abu Sufian mengenai hal rasulullah. Dan ia tahu takhtanya akan hilang kepada kaum muslimin. Lalu ia jadi gelisah kerana nabi yang ditunggu bukan dari bani Israel.
Akhirnya ia pun bertanya rakyatnya apakah pendapat mereka jika mereka semua menganut agama keselamatan dengan nabi yang baru ? Tetapi rakyatnya meronta-ronta , gelisah dan ada yang mahu lari. Maka dengan itu takhtanya mungkin hilang dengan larinya rakyat darinya. Maka ia tak mahu menerima islam walau sudah tahu kebenarannya. Kerana takut takhtanya hilang.
Padahal nabi sudah mengingatkan dia bahawa jika dia masuk Islam dia mendapat dua pahala iaitu pahala sebagai nasrani dan kemudian sebagai Islam. Tetapi jika dia menolak maka ia akan menanggung dosanya dan dosa rakyatnya.
Dalam perang Tabuk, selepas 20 hari menunggu , Hiraklius tidak datang berperang kerana ia tahu ia akan berperang dengan seorang nabi.
Jawatan itu manis sehingga iman jadi korbannya. Lalu Hiraklius memilih kekafiran kerana sangat cinta nya kepada jawatannya.
2. Orang yang leka dengan dunia hingga meninggalkan kewajiban. Kewajiban ia dengan Allah atau kewajiban ia kepada manusia lain. Sibuk cari dunia tidak sempat silaturrahim kepada ibubapa , tidak sempat solat, tidak sempat mendidik anak isteri dan sebagainya. Kerana sangat sibuknya kepada dunia..
3. Ada yang meninggalkan semua kewajiban , ada yang meninggalkan sebahagian saja. Dan ada yang meningalkan satu kewajiban sahaja. Kerana kewajiban itu bertentangan dengan apa yang ia sedang kejar.
4. Ada juga, walau ia mengerjakan yang wajib tetapi hatinya tidak ke sana. Ia solat contohnya, tapi hatinya mengingat hal-hal lain. Tahu-tahu imam sudah memberi salam.
5. Paling minima darjat orang yang cinta dunia ialah ia membuatkan seseorang hilang bahagia dalam ibadahnya. Iaitu ia ibadah tapi tidak fokus hatinya kepada Allah, mencintai Allah , mengagungkan Allah dan nama-namaNya. Fokus hatinya untuk mencintai Allah dalam solat malamnya, ini semua hilang kerana cintanya kepada dunia.
Dan juga membuat hatinya tidak selari dengan apa yang ia zikirkan. Ia berzikir tapi hatinya ingat dunia.
Maka cinta pada dunia, rindunya pada dunia akan membawa mudarat kepada akhiratnya. Kerana cinta kepada akhirat pasti akan membawa mudarat kepada dunianya. Kalau kita cinta akhirat pasti ada dunia kita korbankan . Kalau cinta pada dunia maka pasti ada akhirat yang terkorban.
Jadi, bagaimana kita menyikapinya dalam kehidupan ini?
Abu Musa al-Asy'ari menuturkan bahwa Rasulullah bersabda: "Barang siapa mencintai dunianya maka ia telah membahayakan akhiratnya. Dan barang siapa mencintai akhirat maka ia mendapatkan dunianya. Maka, utamakanlah sesuatu yang kekal atas sesuatu yang fana."
Sabda Rasulullah yang lain ini lebih memperjelas akan sikap yang akan diambil,
"Orang yang beriman dilanda dua kekhawatiran: khawatir akan ajal yang telah berlalu, kerana ia tidak tahu apa yang Allah SWT perbuat di dalam ajal tersebut dan khawatir akan ajal yang akan datang. Sebab ia tidak tahu apa yang Allah putuskan di dalamnya. Maka, hendaklah seorang hamba menyiapkan bekal untuk dirinya, bekal dari dunianya untuk akhiratnya, bekal dari hidupnya untuk matinya, dan bekal dari masa muda untuk masa tuanya. Sesungguhnya dunia diciptakan untuk kalian, tetapi kalian diciptakan untuk akhirat. Demi Dia yang diriku ada di tangan-Nya, setelah mati tidak ada lagi permintaan kerelaan, dan setelah dunia tidak ada lagi tempat kembali kecuali syurga atau neraka."
Oleh kerana itu, kehidupan dunia bukanlah disia-siakan dengan kesenangan (kemewahan). Namun isilah kehidupan ini dengan cerdas sehingga kita tidak menjadi objek tapi menjadi subjek, raihlah kesuksesan, kuasailah ilmu dan teknologi, jadilah kita generasi unggul yang selalu tiada melupakan untuk memenuhi hak-hak Allah.
Kelima: Cinta dunia menjadikan dunia sahaja yang ada di fikiran seorang hamba.
Iaitu hanya dunia saja di ingatannya. Mana-mana ketemu cerita dunia, dunia. Berbual dunia, dunia.
Syeikh Usaimin pernah berkata bahawa sekarang orang sudah bercakap hal dunia, jangankan orang awam tetapi penuntut ilmu pun bicara dunia.
Apalagi sekarang dunia sudah terbuka. Malah mereka yang sepatutnya mengingatkan manusia kepada akhirat, tetapi mengingatkan manusia tentang dunia. Pamer kekayaannya, kemewahan nya. Pendakwah ini bukan mengajak orang kepada akhirat tetapi kepada dunia.
Cinta nya kepada dunia membuat seseorang terfokus kepada dunia .
Apa kata rasulullah mengenai orang yang fokus kepada dunia ini?
Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ فَرَّقَ اللهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ ، وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ ، وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَـهُ ، وَمَنْ كَانَتِ الْآخِرَةُ نِيَّـتَهُ جَمَعَ اللهُ لَهُ أَمْرَهُ ، وَجَعَلَ غِنَاهُ فِـيْ قَلْبِهِ ، وَأَتَـتْهُ الدُّنْـيَا وَهِـيَ رَاغِمَـةٌ
"Barangsiapa tujuan hidupnya adalah dunia, maka Allâh akan mencerai-beraikan urusannya, menjadikan kefakiran di kedua pelupuk matanya, dan ia mendapat dunia menurut apa yang telah ditetapkan baginya.
Dan barangsiapa yang niat (tujuan) hidupnya adalah negeri akhirat, Allâh Azza wa Jalla akan mengumpulkan urusannya, menjadikan kekayaan di hatinya, dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan hina."
Maknanya, bila dunia menjadi tujuan hidup seseorang , maka Allah jadikan ia rasa kurang iaini tak cukup-cukup. Dan urusannya Allah cerai-beraikan hingga tak selesai-selesai kerana jadi berat urusannya. Dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali apa yang ditakdirkan saja.
Tetapi bila akhirat jadi tujuannya, maka Allah jadikan ia qanaah, berasa cukup. Dan Allah himpunkan hal-halnya sehingga mudah ia menyelesaikannya. Dan dunia tetap datang kepadanya dalam keadaan terpaksa.
Jadi, kesan dari cinta dunia, hidup selalu jadi kurang dan kurang dan kurang. Iaitu rasa tidak cukup sahaja. Hingga bila ia dapat satu lembah emas , ia mahu satu lagi seperti kata nabi,
Dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَوْ أَنَّ لاِبْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَادِيَانِ ، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلاَّ التُّرَابُ ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ
“Seandainya seorang anak Adam memiliki satu lembah emas, tentu ia menginginkan dua lembah lainnya, dan sama sekali tidak akan memenuhi mulutnya (merasa puas) selain tanah (yaitu setelah mati) dan Allah menerima taubat orang-orang yang bertaubat.”
(Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. 6439 dan Muslim no. 1048)
Allah berfirman lagi,
Manusia itu suka berlumba-lumba, bermegah-megah dengan harta benda dunia. Sampai bila ia bermegah-megah itu?
Iaitu sampai ia masuk ke lubang kubur. Iaitu sampai ia mati. Baru berhenti.
Ada orang umur 80 tahun masih lagi bicara bisnes itu , bisnes ini. Padahal nak bercakap pun susah..Sudah , itu serahkan pada anak, itu masa ibadah...
Ahli Madinah dulu, bila umur sudah mencecah 40 tahun sudah mula tumpu kepada ibadah. Kerana bila 40 tahun sudah mula kurang kekuatannya . Tapi zaman sekarang umur 40 tahun mula terbuka dunia. Mula itu, mula ini, semakin terbuka dunia.
Seseorang yang cinta dunia dia tidak akan pernah puas. Allah buatkan kemiskinan di depan matanya. Terus mencari. Dia lupa sebentar lagi ia akan dipanggil oleh Allah swt. Urusan nya pula tercerai-berai. Ia tidak pernah puas. Ketidakpuasan itu adalah ketidak bahagiaan.
Keenam: Pecinta dunia adalah orang yang paling banyak disiksa kerana dunia,
Bagaimana ia disiksa? Ia disiksa pada tiga keadaan.
1. Ia disiksa di dunia dalam bentuk usaha, kerja keras untuk mendapatkan nya, bersaing dengan orang lain , takut hartanya hilang, bagaimana menjaganya. Fikir dan terus fikir. Orang miskin jam 9 malam sudah tidur, dia jam 12 malam masih sibuk. Ia terazab dengan hartanya. Sudah dapat, tidak puas, ia ingin lagi.
Begitu juga dengan jawatan. Jika ia bekerba untuk negara dan bangsa ia bahagia. Tapi jika hanya untuk mengenyang kan anak isteri ia tersiksa. Takut kepada pesaing. Penat dan lelah.
Orang ada harta pasti bahagia? Belum tentu. Jangan kita lihat apa yang ia dapat. Lihat apa yang Allah ambil dari dia. Kadang tiada waktu untuk keluarga. Kadang ia fikirkan sahamnya naik dan turun. Fikir , fikir dan gelisah.
Kalau untuk akhirat, semua susah payah nya tiada masalah. Iaitu ia berbuat itu kerana akhirat , itu tak jadi masalah. Kalau dunia dikejar untuk dibanggakan, ia aka letih mengejar sesuatu yang tak akan habis. Perebutan dengan sesama pecinta dunia tidak akan habis-habis..
2. Dia disiksa di alam barzakh (kubur) dan disiksa pada hari kiamat.
Di alam barzakh ia menderita kerana ia terpisah dengan harta miliknya , seperti kereta mewahnya , rumahnya dan wang ringgitnya. Ia sedih kerana terpisah dengan apa yang ia cintai.
Berbeza bagi orang yang berjalan menuju akhirat, dia bahagia kerana ia menuju alam baru yang ia lebih cintai.
Akhirnya timbullah penyesalan kerana terpisah dengan apa yang ia cintai dan tak akan kembali lagi selama-lamanya. Dan tidak ada yang menggantikan apa yang ia cintai itu semasa di alam kubur. Maka ini satu siksaan baginya. Rohnya sedih, sesal, gelisah dan tersiksa sebagaimana ia melihat jasadnya hancur dimakan ulat.
Adapun di akhirat, ia akan dihisab oleh Allah. Kata nabi s.a.w,
" Sesungguhnya orang memiliki harta yang banyak , pahalanya sedikit di akhirat, kecuali mereka yang sedekah sana, sedekah sini".
Dia kaya, harta banyak, kalau bukan kerana Allah, maka ia menderita di akhirat. Kerana hisabnya lama, semakin dihisab lalu hartanya bukan kerana Allah, makin ia tersiksa. Apalagi kalau dari sumber yang haram.
Kecuali jika hartanya, wangnya , hanya kerana Allah s.w.t. Untuk menjalankan perintah Allah.
Ketujuh: Penggila harta dan pecinta dunia yang lebih mengutamakan dunia daripada akhirat adalah orang yang paling bodoh dan paling pendek akal.
Sebab, ia lebih mengutamakan khayalan daripada kenyataan. Dunia ini ibarat tidur yang kemudian terjaga. Ianya sebentar. 60 70 atau 80 tahun didunia berbanding akhirat yang kekal abadi , ia seperti tidur sesaat.
Bagaimana kau lebih mengutamakan tidur daripada terjaga, lebih mengutamakan bayang-bayang yang segera hilang daripada kenikmatan yang kekal, lebih mengutamakan rumah yang segera binasa dan menukar kehidupan yang abadi yang nyaman dengan kehidupan yang tidak lebih dari sekadar mimpi atau bayang-bayang yang segera hilang?
Bagaimana kau menjual akhirat yang kekal abadi , dengan dunia yang hanya sebentar ini?
Sesungguhnya orang yang cerdas tidak akan tertipu dengan hal-hal semacam itu.
Oleh ketana itu orang yang membuat maksiat dipanggoi sebagak orang jahil. Firman Allah,
Maksudnya orang yang melakukan maksiat tetgolong dalam orang-orang yang jahil. Kenapa disebut jahil? Kerana ia mengambil keseronokan yang sekejap dan meninggalkan kebahagiaan yang kekal. Ini orang yang jahil.
Begitu juga orang yang mendahulu kan dunia daripada akhirat, maka ia orang yang jahil. Bagaimana ia mengutamakan sesuatu yang ia akan tinggalkan dan melupakan sesuatu yang kekal? Sepatutnya ia di dunia ini ia bekerja, bersedekah, beramal, dan sebagainya untuk membina istana yang kekal abadi. Bukan nya membesarkan rumah di dunia yang akan ditinggalkannnya.
Kelapan: Orang yang mencintai dunia, boleh sampai darjat menyembah dunia.
Dia mzrasa sia memiliki sunia,tami yernyata ia menjadi hamba kepada dunianya. Dia ada duig banyak dia rasa dia dapat mengatur sunia, tapi tzrnyata sunoa yang mzngaturnya. Demi wang harta kaj perlu remehkan somat, sia ikut. Kau harus rebut harta itu sia rebut. Kaj perlj ambil rasuah, sia ikut. Akhitnya dia rasa dia mengagur dunia, tapk sebenarnya sunia yanc yang mengagurnya.
Dari Abu Hurairah ra, dia berkata: Rasulullah saw bersabda:
"Celakalah hamba dinar, hamba dirham, hamba Qathifah (pakaian yang tebal), serta hamba Khamishah (baju bergaris-garis dari sutera atau wol), jika diberi ia akan ridha dan jika tidak diberi dia tidak akan redha."
(HR Bukhari)
Disini rasilullah mengatakan hamba. Kenapa? Kerana apa saja jalan untuk mencapai dunia baik halal atau haram, ia akan kerjakan . Iaitu ia menjadi hamba kepada dunia. Tak kira bohong , tak kira tinggalkan solat, tak kira haram, asalkan dapat dunia maka ia lakukan. Sebenarnya ia adalah hamba dunia. Bukan dia yang mengatur dunianya.
Dari kuliah Dr. Firanda.
Klang & Padang Jawa,
27/12/23
sallam untuk meninggalkan orang kafir. Allâh Azza wa Jalla berfirman:
ذَرْهُمْ يَأْكُلُوا وَيَتَمَتَّعُوا وَيُلْهِهِمُ الْأَمَلُ ۖ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ
Biarkanlah mereka (di dunia ini) makan dan bersenang-senang dan dilalaikan oleh angan-angan (kosong) mereka, kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatannya) [Al-Hijr/15:3]
Panjang angan-angan, merasa masih berusia panjang adalah penyakit berbahaya dan kronis bagi manusia. Jika penyakit ini menjangkiti seorang Muslim, maka itu akan membawa kepada indikasi yang lebih serius. Misalnya ia mulai menjauhi perintah Allâh Azza wa Jalla , enggan bertaubat, cinta kepada dunia, lupa akan kehidupan akhirat yang abadi, dan membuat hati menjadi keras. Allâhul Musta`ân.
Mudah-mudahan Allâh Azza wa Jalla memberikan taufik kepada kita untuk zuhud terhadap dunia, tidak tamak kepada dunia, tidak panjang angan-angan, tidak mengharapkan sesuatu pada apa yang ada di tangan manusia. Mudah-mudahan Allâh memberikan kepada kita sifat qanâ’ah, merasa cukup dan puas dengan apa yang Allâh Azza wa Jalla berikan, yang dapat kita gunakan untuk melaksanakan ketaatan kepada Allâh dan menjauhkan larangan-larangan-Nya. Mudah-mudahan Allâh memberikan keistiqamahan kepada kita dalam menghadapi fitnah dunia, fitnah syahwat dan syubhat. Mudah-mudahan Allâh memasukkan kita ke dalam Surga dan menjauhkan kita dari api Neraka.
Referensi : https://almanhaj.or.id/5858-cinta-dunia-merupakan-sumber-dari-kesalahan-dan-kerusakan-agama.html
Ulasan
Catat Ulasan