Langkau ke kandungan utama

134) MENGAPA PEGANGAN NENEK MOYANG TERTOLAK?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,


          Musyrikin Mekah percaya bahawa Allah yang  mencipta langit dan bumi ini. Namun mereka tetap berdoa, meminta dan menyembah kepada berhala mereka, menyembah pokok dan batu-batu. Ini menunjukkan mereka ini ada masalah mental. Sebab apa?

        Sebab manusia yang percaya kepada Allah yang mencipta segala sesuatu, mengetahui segala sesuatu, maka sepatutnya  mintalah  kepada Allah. Kenapa,  walaupun percaya Allah itu maha Pemberi tetapi minta juga kepada yang lain ?  Seperti minta kepada ahli kubur, wali-wali, percaya kepada kayu kokka dan sebagainya. Itu bermakna mental nya yang rosak.

          Dengan sebab itu Allah mengherdik mereka, apa lagi bukti yang mereka mahu?  Tanyalah tuhan-tuhan yang mereka sembah, siapakah yang mencipta bumi ini?

      Allah lah yang mencipta bumi ini dan segala isinya. Serta jalan-jalan di bumi  yang mereka boleh lalui. Dan Allah juga yang menurunkan hujan dengan kadar yang tertentu,

     Dengan air hujan itu Allah tumbuh kan tumbuh-tumbuhan  setelah tanah itu lama kekeringan. Setelah lama tanah itu mati, Allah hidupkan hanya dengan menurun kan hujan sahaja.  Begitu juga di hari kiamat nanti  kita akan dihidupkan kembali seperti mudahnya Allah menghidupkan tanah yang kering kontang hanya dengan air hujan. Mengapa kita tidak yakin?


Berpasangan

        Begitu juga Allah jadikan  semua benda di dunia ini berpasangan.

          Pasangan langit dengan bumi, lelaki dengan perempuan , siang dengan malam, positif dengan negatif dan sebagainya. Yang tiada pasangan hanya Allah.  Allah itu Esa. Adapun makhluk mesti ada pasangannya. 

       Dan Allah juga yang memberi kita kenderaan di laut dan  kenderaan di darat. Kalau dulu ada unta tapi sekarang ada kereta , bas, kapal terbang  dan sebagainya. Itu semua datang dari Allah walaupun manusia yang merekanya. 

      Sebab ianya dari Allah , maka Allah  ingatkan kita supaya bersyukur dan memuji Allah ketika naik kenderaan itu.

       Lantas berdoa dengan doa ini,

           Allah tak perlukan kenderaan, maha suci Allah. Kita yang perlukan kenderaan . Jadi bila Allah beri kita kenderaan maka kita patut memuji Allah atas kebaikan Nya itu.   Kalau Allah tak  mudahkan, tak keluarkan minyak dari bumi, tiada siapa yang boleh menggerakkan kenderaan itu. Oleh itu bila naik kenderaan kita patut berzikir kepada Allah tanda syukur kita kepadaNya. 

       Ke mana saja kita pergi, baik dengan kereta atau dengan kapalterbang, cop passport di setiap negara yang dimasuki, sehingga tiada negara yang tak di cop ,  tapi ingat ada satu cop yang terakhir. Iaitu cop di waktu memasuki hari akhirat.  Itulah cop terakhir kita di dunia ini. Iaitu kembalinya kita kepada Allah ta'ala.


     Oleh itu ke mana saja kita pergi , ingat bahawa  kita ada destinasi yang terakhir, iaitu balik mengadap  Allah.


Allah ada anak?

         Ada orang di sisi manusia ia nampak bijak, tapi di sisi  Allah ia bodoh. Kenapa?  Sebab ia berbuat sesuatu mengikut agak-agakan sahaja,  tanpa mengikut  petunjuk dari Allah s.w.t.  Lihat az Zukhruf :15 ,

        Yang dikatakan satu juzuk dari Allah itu maksudnya anak Allah. Sebab anak adalah sebahagian dari bapa.

       Musyrikin dulu dan sekarang ada yang menganggap Allah itu ada anak. Dan anak itu pula dari  kalangan hambaNya iaitu manusia. Maka Allah sebut bahawa itu adalah kekufuran yang paling kufur dan sangat nyata kekufurannya. Allah sebutkan hal ini dalam at Taubah:30,

    

        Orang-orang yahudi mengatakan Uzair itu anak Allah.
        Orang-orang  nasrani pula mengatakan Isa itu anak Allah.
         Musyrikin pula mengatakan malaikat-malaikat  itu anak perempuan  Allah.

        Allah kata inilah ucapan dari mulut-mulut mereka. Kenapa?  Sebab mulut mereka berkata begitu sedangkan hati mereka tak yakin dengan apa yang mulut mereka katakan.  Hati mereka was-was. Kenapa?

         Sebab mereka tahu siapa yang melahirkan Isa a.s itu. Dan Isa a.s juga makan, minum , sakit , pergi ke pasar dan meminta tolong kepada Allah apabila ia hendak dibunuh. Takkan anak Allah selemah itu?

     Tapi kenapa mereka kata juga itu anak Allah walaupun hati mereka was-was? Sebab mereka hanya mengikut apa yang diperbuat oleh orang terdahulu, walaupun hujah dari kitab suci tidak ada. Sebab itu Allah laknat mereka ini.



        Dengan mengatakan Allah ada anak, ini adalah kekufuran yang sangat kufur hingga Allah laknat. Sebab  itu kita tidak boleh bersengkongkol dengan  mereka dalam perayaan agama mereka. Tidak boleh kita reda dengan perayaan hari kelahiran nabi Isa iaitu hari krismas. Sebab ia seperti kita menyetujui bahawa Isa itu anak Allah.

          Orang yang mengatakan Allah ada anak, ia adalah satu kederhakaan yang cukup besar dan jelas nyata. Dalam surah Maryam:    Allah menyebut,


        Allah berkata bahawa mengatakan Allah ada anak, itu satu dosa yang amat besar sehingga langit hampir pecah, bumi hampir terbelah dan gunung-gunung hampir runtuh kerana marahnya mendengar perkataan itu.


Sangat kufur

     Besarnya dosa mengatakan Allah ada anak itu disebut oleh  Allah dalam az Zukhruf:15 ,


        Perkataan kafuur yang bermakna sangat / paling  ingkar bukan setakat kufrun sahaja.  Dosa syirik sangat besar hingga Allah  tidak dapat mengampunkan nya. 

       Mana mungkin Allah mempunyai anak. Dan anak itu pula dari kalangan hamba yang Dia cipta sendiri.  Kenapa bukan  anak dari keturunan tuhan sendiri.?  Lagi pula , anak Allah itu lahir dari rahim wanita. Tak mungkin Allah selemah itu sedangkan  Ia mempunyai kehebatan dalam semua hal yang lain. 

       Seterusnya bila dikatakan Allah ada anak, maka Allah mesti ada isteri.  Maka siapa pula isteri Allah?  Kemudian bila keluar anak, maka anak itu akan mengalami lapar, dahaga atau sakit seperti manusia. Tak mungkin anak tuhan sama seperti manusia biasa.

       Sebab itu sesiapa yang mengatakan Allah ada anak , maka sangat-sangat tidak masuk akal.  Dan ia satu kekufuran dan kezaliman yang paling dahsyat.


Anak perempuan bagi Allah?

       Seterusnya kaum musyrikin berkata bahawa anak lelaki bagi mereka, manakala anak perempuan  bagi Allah.

          Sedangkan bagi mereka anak perempuan itu satu aib . Sehingga mereka sanggup membunuh anak perempuan yang baru lahir. Manakala anak lelaki itu satu kebanggaan. Yang dibanggakan itu untuk mereka , yang aib itu bagi Allah. Itulah perbuatan mereka. Sudahlah menuduh Allah ada anak, anak Allah itu perempuan  pula. 

        Terlampau malu atau aibnya kaum musyrikin Mekah dahulu kepada anak perempuan , sehingga Allah rakamkan keadaan mereka di dalam al quran di surah az Zukhruf: 17,


         Sepatutnya kita gembira mendapat anak tak kira anak lelaki atau perempuan. Tetapi musyrikin Mekah dulu sangat malu jika mendapat anak perempuan. Sehingga hitam pekat mukanya menahan marah kerana malunya. 

       Mereka anggap anak perempuan itu lemah, suka berhias dan tidak pandai berhujah. Seperti dalam az Zukhruf: 17



           Tetapi anak yang mereka anggap  lemah  dan serba kekurangan itulah yang mereka kata adalah anak  Allah. Sepatut jika benar Allah ada anak  tentulah anak yang kuat, berani , pandai berhujah, bijak dan sebagainya.  Mungkin kah Allah ada anak yang selemah itu?  Jadi, sangat tidak masuk akal anak Allah adalah anak yang lemah dan hanya suka berhias-hias. 

        Dan kaum musyrikin menyatakan bahawa malaikat anak Allah itu golongan  perempuan. Seperti Allah nyatakan dalam az Zukhruf :18,


       Kalau benar  malaikat itu perempuan, Allah tanya bahawa adakah mereka ada melihatnya semasa ia dilahirkan? Atau mereka melihat jantina malaikat itu?  Padahal mereka tidak sekalipun  melihat malaikat, hanya mereka bayangkan malaikat itu dengan muka perempuan yang berkepak.


Pengadilan Allah

       Tetapi awas, setiap tuduhan  , setiap dakwaan yang tidak benar sentiasa akan ditulis  supaya nanti ia akan dibawa mengadap Allah untuk diadili. 

        Maka setiap ajaran yang sesat, mereka tidak akan  lepas dari pengadilan Allah. Mereka rasa megah dengan ramai pengikut di dunia tetapi itulah yang akan menghumbankan mereka ke api neraka kelak. 
         
      Bila di tanya kenapa mereka membuat dakwaan-dakwaan yang bermacam-macam berkenaan Allah, seperti Allah ada anak, Uzair anak Allah dan sebagainya. Jawapan mereka Allah rakam dalam az Zukhruf: 20,

   

         Iaitu kaum yang  sesat itu berkata bahawa itu semua takdir Allah. Allah lah yang  mengizinkan mereka membuat dakwaan tersebut. . Iaitu mereka  menyalahkan Allah.

        Seperti bila kita tanya seseorang yang telah mencuri, mengapa dia mencuri?  Maka di jawabnya itu kehendak Allah, itu takdir Allah. Bolehkah begitu?

         Jadi,  bila kaum musyrikin itu membuat syirik kepada Allah, mereka berkata bahawa itu kehendak Allah, atau itu takdir Allah. Adakah logik Allah rela hambaNya  mensyirikkanNya?  Sedang kan banyak ayat al quran  yang Allah melarang membuat syirik kepadaNya.


Tiada hujah
       
       Sebenarnya mereka yang mendakwa Allah ada anak  itu, tidak ada hujah pun dari mana-mana kitab Allah. Melainkan itu semua agak-agakan  sahaja. Sebab itu agama Allah ini mesti  ada dalil atau ilmu. Bila Allah kata Dia di atas arasy, itu ada dalil dari quran maka kita terima .  Bagaimana keadaan Allah di sana  kita tidak tahu, serah saja kepada Allah. Jangan pula bila Allah kata Ia di atas arasy, kita kata bukan. Katanya  Allah tidak di atas, tidak di bawah, tidak di kiri, tidak di kanan. Sedangkan Allah sendiri yang kata Allah di atas arasy.

       Jadi , orang yang tidak ada ilmu maka mereka agak-agak saja sehingga meletak kan kesalahan kepada Allah. Yang ada ilmu pula mereka takwilkan sehingga lari dari kehendak Allah sendiri. Kedua-duanya sesat. 


Kitab sebelum al quran

       Seterusnya Allah bertanya adakah sebelum al quran ini, pernah diturunkan sebarang  kitab dari Allah?  Yang mereka berpegang teguh kepadanya?


          Dan adakah di dalam kitab   itu ada menceritakan bahawa Uzair itu anak Allah, Isa anak Allak dan  malaikat itu anak Allah? Tidak ada. Jadi, dari manakah mereka mengambil dalil bahawa Uzair dan Isa dan malaikat itu anak Allah?

       Lalu jawapan mereka Allah rakamkan dalam ayat ini,

       Iaitu mereka menjawab bahawa mereka mengambil pendapat itu dari bapa-bapa mereka dan nenek moyang mereka.  Dengan cara dengar  turun- temurun . Tidak ada tulisan-tulisan yang di warisi. Cuma dari pendapat, pegangan dan jejak-jejak  nenek moyang  mereka yang katanya telah mendapat hidayat. 

       Pegangan dan amalan mesti ber dasar kan dalil. Pegangan nenek moyang bukanlah dalil yang sahih. Dalil yang sahih mesti datang dari Allah dan Rasul. Tanpa dalil yang benar maka akan membawa kepada kesesatan.

      Bila seseorang  itu sesat atau berakidah  tanpa dalil, jika dibiar maka  akan  diwarisi kepada anak cucu. Agama bukanlah mengikut akal semata-mata. Mesti  ada dalil atau hujah dari ayat-ayat Allah dan hadis nabi. Kerana yang hak itu hanya dari Allah. Lihat al Baqarah:147,



       Syirik akan  menyebabkan  amalan nya terpadam, tak diterima Allah kerana ia sudah terkeluar dari Islam. Manakala syirik asyghar seperti riak , itu tidak mengeluarkan seseorang dari Islam, hanya berdosa dan amal itu tak berpahala.

     Tuhan Pencipta hanya Allah, maka sembahan dan  doa hanya kepada Allah sahaja. Bukan kepada selain Allah.




Dari kuliah Us. Yob,
Klang, Bertam,
21/12/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

164) APAKAH TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT DILUPAKAN OLEH PARA IBUBAPA ?

Bismillah. Assalamu'alaikum,         Bila hari hujan  kita pakai baju hujan supaya tak basah. Sedangkan itu hujan je. Dan bila hari panas, kita tak tahan panas, sebab itu kita pasang khemah. Pada hal panas di dunia ini taklah sepanas di akhirat. Api di akhirat nabi kata panasnya 69 kali ganda daripada api di dunia. Di akhirat ahli neraka bukan duduk tepi api tetapi di dalam api.  Pakaian ahli neraka bajunya dari api. Kemudian dituang dari atas kepalanya air yang menggelegak. Lalu masuk ke dalam badan menghancur kan semua isi perut kemudian merebak ke kulit hingga hangus kulitnya.        Bila badan terbakar hangus sampai ke hati, Allah tukar kulit yang baru, seperti firman Allah,          Bila kulit  sudah hangus ia takkan rasa kepanasan lagi, maka Allah tukar dengan kulit yang baru. Kerana Allah mahu  ahli neraka yang dulu suka buat dosa itu terus merasa kan azab.  Sebab itu pilihan mereka di dunia dulu. Mereka tahu perbuatan mereka dulu boleh menyebabkan ma

168) BENARKAH SAHABAT NABI MEMBUAT BID'AH?

Bismillah. Assalamu'alaikum,       Ada orang yang membuat bid'ah atau amalan baru iaitu yang tidak ada di zaman nabi, berdalilkan bahawa bid'ah juga ada dibuat di zaman nabi oleh para sahabat. Jadi, mengapa pula bid'ah dilarang di zaman ini? Benarkah begitu?          Sebenarnya bid'ah tidak ada di zaman nabi  s..a. w .  Maka sebab itu, keliru besar jika ada orang mengatakan sahabat membuat bid'ah di  depan nabi lalu nabi benarkan atau izinkan. Misalnya, sahabat solat sunat selepas tiap lepas wudhu' atau membaca zikir waktu iktidal yang tak pernah dibaca nabi . Tapi nabi membenarkannya.         Sebenarnya syariah pada masa itu belum selesai, maka tidak ada yang namanya menambah - nambah . Apabila sahabat membuat sesuatu amal lalu dibenarkan nabi maka itu menjadi syariat. Ada juga yang tak dibenarkan oleh nabi maka itu tidak boleh  menjadi syariat. Syariat selesai atau lengkap  bila turun ayat ini,  iaitu pada 9hb. Zulhijjah tahun 10H,

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicintai oleh kedua  ibubapanya.  Tugas ibubapa       Maka tugas ibubapa bukan  sahaja mem