Langkau ke kandungan utama

135) MENGAPA KEZALIMAN KEPADA MANUSIA SANGAT BERAT DI AKHIRAT?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,


          Yang paling merbahaya bagi seseorang yang sudah meninggal  ialah jika ia ada  menzalimi orang lain semasa di dunia.

      Kata Sufian as Tsauri  ," Lebih mudah jika kau kembali kepada Allah dengan membawa 70 dosa antara kau dengan Allah  daripada kau kembali kepada  Allah  dengan membawa satu dosa menzalimi  orang lain."


Aniaya (zalim) terhadap Allah Swt.

         Zalim terhadap Allah Swt, misalnya; kufur, syirik (menyekutukan  Allah), ingkar dan sebagainya. Orang ini berdosa, tetapi dosa syirik adalah tidak diampun oleh Allah.   Dosa yang lain ada kemungkinan Allah ampunkan. 


"Dan hendaklah orang-orang pengikut Injil, memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah didalamnya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik. (QS. Al-Maidah:47)


Zalim kepada diri sendiri

       Imam Syafie pula berkata  " Seburuk- buruk bekal yang dibawa oleh seorang hamba yang kembali kepada Allah ialah kezaliman  kepada orang lain."  Hati-hati.

       Kalau kita menzalimi diri sendiri dengan bermaksiat,  misalnya; sering melakukan perbuatan dosa, berzina, meminum minuman keras, malas belajar, meninggalkan solat, dan sebagainya,
seperti dalam surah Fathir: 32 ini,


"Kemudian kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan [dengan izin Allah]. yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar."
 (QS. Fathir  [35] : 32)


       Asalnya Allah itu Maha pengampun , Maha penyayang.  Maka Allah mudah maafkan kita kalau  bertaubat dan memohon ampun.

      Tapi kalau kita menzalimi orang lain  ,
misalnya; merosak lingkungan, mengganggu ketenangan orang lain, mengambil harta secara batil (merompak, mencuri, menipu) dan sebagainya. Lihat al Baqarah: 188,


"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, Padahal kamu mengetahui. "
(QS. Al-Baqarah [2] : 188

       
        Orang yang kita zalimi itu akan didatangkan pada hari kiamat kelak. Orang ini akan bersidang dengan kita di hadapan Allah s.w.t   . Maka jangan berharap ia akan memaafkan kita  sedangkan dia sendiri pada masa itu  amat  perlukan pahala,  perlukan keselamatan dan perlukan dinaikkan darjatnya di syurga. Maka jangan berharap dia akan memaafkan kita dihari kiamat itu.  Tidak mudah dia nak memaafkan kita. 

       Oleh itu jangan sampai seseorang meninggal dalam keadaan menzalimi orang lain.  Kezaliman dengan manusia perlu diselesaikan sebelum kita meninggal dunia.




Dari kuliah Dr. Firanda.
Bertam.
22/12/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...