Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2023

129) MENGAPA SELAIN ALLAH TAK PATUT DISEMBAH?

Bismillah. Assalamu'alaikum,                 Apa yang dilakukan oleh para nabi dalam berdakwah, harus menjadi contoh kepada kita dalam berdakwah. Kerana nabi adalah sebaik-baik manusia, penuh hikmah dan bijaksana. Lihat bagaimana cara nabi berhujah kepada orang supaya orang itu berfikir sendiri.  Lihat surah An Naml: 60,                .        Apa yang Allah hendak beritahu kita yang membaca ayat di atas?. Iaitu Allah nak bagitau bahawa  Allah lah Tuhan yang mencipta langit dan bumi ini, dan  Allah juga yang  menurunkan  hujan. Kemudian dengan  air hujan itu Allah tumbuhkan  tumbuhan yang menghijau.          Apa pula  yang Allah nak bagitau dari ayat ' dengan  air Kami tumbuhkan kebun-kebun yang mempunyai pandangan  yang indah ' itu?  Iaitu Allah nak mengajar kepada manusia bahawa kalau nak dapat sesuatu kena ada sebabnya. Tumbuhan hidup sebab ada air. Bagaimana kita boleh makan? Sebab kita bekerja. Adalah salah jika kita

129) BAGAIMANA MERAIH SYURGA ALLAH?

Bismillah. Assalamu'alaikum,          Kita ini dicipta oleh Allah dengan diberi akal fikiran , mata , telinga dan hati, untuk diuji oleh Allah . Nikmat dan musibah adalah ujian dari Allah kepada kita. Apakah dengan ujian itu kita bersyukur atau kita kufur?        Al abrar adalah golongan yang bersyukur. Allah telah tunjukkan kita bagaimana menjadi golongan al abrar. Iaitu dengan sentiasa menunaikan  janjinya kepada Allah dan sentiasa merasa takut  akan azab Allah apabila melakukan sebarang pekerjaan.  Dan seterusnya mereka memberi makan dengan makanan yang baik kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan para tawanan.  Dengan tidak mengharapkan sebarang balasan dan imbalan walaupun ucapan terima kasih , melainkan mengharapkan janji-janji dari Allah s.w.t.  Janji Allah           Janji Allah itu berupa nikmat syurga yang penuh nikmat dan kekal abadi. Seterusnya Allah nak beritahu bagaimana dan apakah langkah bagi kita mencapai janji syurga Allah ini. Syurga ini

128) APA TUJUAN MUSIBAH KEPADA MANUSIA?

Bismillah. Assalamu'alaikum,          Setelah nabi Soleh menyampaikan  dakwah kepada kaumnya, kaum Tsamud agar menyembah Allah yang Esa dan meminta ampun kepada Allah,  Nabi Soleh juga memberitahu antara hikmah bila mereka meminta ampun kepada Allah ialah mereka akan dapat rahmat dari Allah.          Selain mendapat rahmat Allah , apa lagi kelebihan  yang kita dapat dari ber istighfar  kepada Allah?   Lihat  surah Hud: 52,          Di dalam ayat ini Allah menyuruh kaum Ad ( kaum nabi Hud) meminta ampun kepada Rabb, iaitu Pencipta mereka. Kenapa Rabb?  Kenapa tidak disebut kepada Allah sahaja? Sebabnya ialah, Rabb itu bermakna Pencipta kita, maka kita kena minta ampun padaNya sahaja. Bukan kepada manusia seperti dalam agama kristian dan sebagainya. Allah cipta kita dan kita berdosa kepadaNya, maka minta ampun juga mesti kepadaNya.         Kemudian Allah suruh bertaubat kepadaNya. Ahli tafsir mengatakan bahawa istighfar itu untuk dosa kecil, manakala taubat it

127) APA PENYAKIT ORANG MUNAFIK?

Bismillah. Assalamu'alaikum,          Allah s.w.t  ada menyebut dalam surah Taha:113,        Quran di peringkat awal  diturunkan kepada orang arab Mekah, dalam bahasa Arab. Orang Arab memang tahu pun  quran itu dalam bahasa arab. Tapi kenapa Allah sebut juga  quran itu dalam bahasa arab? Apa perlunya?       Jika kita beli buku untuk  anak kita ada tak kita cakap, ini buku ayah beli dalam bahasa melayu? Tidak ada. Sebab apa? Sebab memang dia dah tahu. Dan bila  kita beli buku itu,  kita mesti nak anak kita faham. Buktinya, kita beli buku dalam bahasa  yang ia boleh faham.        Orang Mekah sudah tahu quran  itu dalam bahasa arab. Tapi kenapa Allah bagitau lagi?  Sebab ada mesej yang Allah nak sampaikan. Iaitu Allah turunkan al quran  itu dalam bahasa mereka supaya mereka boleh  dan ambil faham isinya.  Kalau setakat nak baca Allah boleh turunkan dalam  bahasa Jepun contohnya. Itu kalau setakat nak baca.               Bermakna, pertama,  bila Allah turunkan d