Langkau ke kandungan utama

129) BAGAIMANA MERAIH SYURGA ALLAH?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,


         Kita ini dicipta oleh Allah dengan diberi akal fikiran , mata , telinga dan hati, untuk diuji oleh Allah . Nikmat dan musibah adalah ujian dari Allah kepada kita. Apakah dengan ujian itu kita bersyukur atau kita kufur?

       Al abrar adalah golongan yang bersyukur. Allah telah tunjukkan kita bagaimana menjadi golongan al abrar. Iaitu dengan sentiasa menunaikan  janjinya kepada Allah dan sentiasa merasa takut  akan azab Allah apabila melakukan sebarang pekerjaan.  Dan seterusnya mereka memberi makan dengan makanan yang baik kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan para tawanan.  Dengan tidak mengharapkan sebarang balasan dan imbalan walaupun ucapan terima kasih , melainkan mengharapkan janji-janji dari Allah s.w.t. 

Janji Allah

          Janji Allah itu berupa nikmat syurga yang penuh nikmat dan kekal abadi. Seterusnya Allah nak beritahu bagaimana dan apakah langkah bagi kita mencapai janji syurga Allah ini. Syurga ini benda mahal maka jalan hendak  mencapainya bukanlah mudah. Kerana syurga itu tinggi nilainya maka hanya orang yang bersedia sahaja yang  akan sanggup bekerja untuk mencapainya.

     Lalu apakah panduan kita untuk mencapai syurga Allah? Di antaranya:


1)  Al quran sebagai pembimbing


           Ini Allah nyatakan sebagai langkah permulaannya di surah Al Insan: 23, 
             
             Ini yang pertama, iaitu Allah beritahu bahawa Allah turunkan al quran sebagai pembimbing kita menuju ke syurga.  Kita lihat perkataan inna bermakna sesungguhnya Kami  , kemudian nahnu  bermakna Kami dan perkataan nazzalna  bermakna Kami turunkan.  Iaitu Allah turunkan al quran kepada nabi Muhammad s.a.w. secara beransur-ansur.

        Kalau mengikut struktur bahasa, ayat sesungguhnya Kami, Kami, Kami turunkan alquran ,  ayat ini pasti salah. Tetapi kenapa Allah buat begitu? Apa sebabnya? Sebenarnya Allah nak tekankan bahawa al quran itu datangnya dari Kami iaitu Allah. Bukan ciptaan Muhammad s.a.w. seperti yang dituduh oleh puak  musyrikin.  Ianya dari Allah. Sebab itu kita tak boleh ambil mudah, pandang lekeh dan kita kena fahamkan kandungan  al quran itu.

       Sebab  ia adalah surat daripada Allah. Mana mungkin kita tidak mahu faham.  Kalau kita terima surat dari boss kita, kita sanggup fahamkan apa isinya sebab ia penting. Inikan pula surat dari Pencipta kita sendiri. Lebih-lebih lagilah perlu difahami.

          Orang musyrikin berkata kalau benar al quran  itu dari Allah, mengapa tak turun seketul seperti kitab -kitab dulu? Mengapa sedikit-sedikit ?  Lalu  Allah jawab,  sebab  ia turun dari Kami (Allah), maka terpulanglah kepada Kami mahu menurunkannya bagaimana.  Sekaligus atau beransur-ansur.  Itu bukan kehendak nabi Muhammad s.a.w. . Itu kehendak Allah.  Nabi  hanya membacakannya kepada orang di sekelilingnya sahaja. 

       Ulama mengatakan sebab al quran diturunkan sedikit demi sedikit ialah kerana  quran itu kitab yang  terakhir dan akan digunakan sampai hari kiamat. Oleh itu ia mesti difahami dengan  betul  supaya tidak ada yang salah faham . Turun sedikit, lalu rasulullah ajar sahabatnya hingga faham , turun lagi dan begitulah seterusnya hingga habis.

       Bayangkan surah al Insan ini ada 31 ayat saja, jika di syarahkan satu malam saja, boleh tahankah ? Akhirnya nanti , tengok kiri, tengok  kanan, jumpa pintu terus balik rumah. Sebab itu Allah turunkan secara beransur-ansur.



2)  Bersabar dengan al quran

        Bila Al quran turun, Allah suruh kita bersabar. Kenapa Allah suruh bersabar?  Lihat al Insan:24,

     
       Kerana bila kita membaca al quran  , kunci untuk faham dan  beramal dengannya, ialah kena sabar?  Kerana bila kita berdepan  dengan al quran , ada hak al quran yang kita kena tunaikan iaitu:
1. Beriman dengannya
2. Membacanya
3. Memahaminya
4. Beramal dengan suruhannya
5. Menyebarkan atau mengajarkannya.

         Jadi , untuk membaca dan memahami al quran , sudah cukup mencabar kita. Datang malas, datang mengantuk, memakan masa kita dan sebagainya.  Apa lagi kalau orang yang baru nak kenal al quran, lagilah berat. (Buka saja quran tiba-tiba masuk Hj. Zaabar call , langsung lupa  nak baca .)

        Nak mempelajarinya pun perlukan kesabaran. Kadang minggu ini datang, tiga minggu tak datang. Jadi, perlu sabar dalam mencari ilmu dari alquran ini. 
        
       Nak beramal dengan al quran pun perlu sabar. Bila kita lihat orang lain tak beramal pun dengan quran , kita saja yang beramal. Maka mulalah datang rasa malas dan malu.

        Bila  nak menyampaikannya atau mendakwahkannya pula,  kita pun rasa, aku bukan pandai sangat pun nak mengajar orang. Jadi, cabarannya memang kuat. Tapi Mat Saleh yang baru masuk Islam, alif ba ta pun tak berapa kenal lagi, dia baca terjemahan saja,  tapi apa yang dia faham  dia boleh dakwah kepada orang lain. Kenapa?

       Al quran ini satu benda yang mahal. Benda mahal perlukan kesabaran untuk mendapatkannya. Jangan sampai kerana susahnya itu,  kita termasuk menjadi orang yang berdosa dan orang yang kufur.

      Orang yang suka buat dosa dan orang yang kufur ini adalah musuh kepada orang yang nak berpegang kepada al quran . Oleh itu kalau nak ikut al quran kena jauh kan diri dari dua puak ini. Kalau tidak, maka tak dapat apa dari quran.

       Iaitu puak yang suka buat dosa. Bermuzik, bergaul bebas, kaki botol dan sebagainya. Mereka takkan membawa kita kepada al quran. Bahkan menjauhkan kita.

      Begitu juga puak yang percaya kepada benda-benda  khurafat , tahyul dan sebagainya. Ahli khurafat ini tidak akan  mahu beramal dengan al quran .

       Maka carilah kawan-kawan orang yang beriman , yang mahu menjadikan al quran sebagai pedomannya. 
      
       Selepas bersabar dalam memahami al quran, dan menjauhkan diri dari perbuatan  dosa , maka seterusnya Allah suruh apa untuk kita meraih syurga Allah itu?  Lihat al Insan:25,
    

3)  Berzikir kepada Allah       


          Allah suruh kita ingat dan sebut nama Nya pada setiap pagi dan petang seperti dalam surah al Insan: 25,

 
          Iaitu Allah suruh kita sebut nama Allah atau berzikir  di waktu pagi dan petang. Inilah yang diajar oleh nabi s.aw.

       Berzikir itu ada tiga bentuk:
1. Zikir hati iaitu mengingati Allah
2. Zikir lisan iaitu menyebut-nyebut nama Allah
3. Zikir perbuatan iaitu  beramal soleh  dengan anggota badan .

          Dalam hati, kita yakin dengan Allah, redha dengan Allah dan berharap kepada ganjaran Allah dan sebagainya. Setiap pagi dan petang.

       Begitu pula dengan zikrullah itu akan menenang kan jiwa. Allah berkata dalam surah ar Ra'd: 28,

         Dengan ingat dan berzikir  kepada Allah, ingat kehendak Allah,  ingat kuasa Allah , hati akan jadi tenang.
       
      Begitu juga bila kita nak buat apa-apa pekerjan maka kita ingat Allah. Adakah Allah redha dengan perbuatan kita itu atau tidak? Kalau Allah redha barulah kita teruskan. Kerana setiap perbuatan dosa itu akan membuat hati tidak tenang. 


Waktu berzikir

        Bila kena berzikir itu? Iaitu setiap pagi dan petang. Maknanya yang kedua ialah setiap masa. Setiap masa dalam sehari itu kita berzikir iaitu mentaati Allah.  Hati, lidah dan amal kena sentiasa bersama Allah. Setiap masa.

          Zikir pagi dan zikir petang yang diajarkan oleh nabi perlu diamalkan. Ia umpama pendinding kita dari kejahatan syaitan dan kejahatan nafsu sendiri. Lagi kuat kita amal lagi kuat kekuatan pendinding itu. Nak tahu macamana kuat, tanya Hasyim.

       Allah kata  sebutlah nama Allah pagi dan petang. Nak sebut macamana? Iaitu apa yang telah diajarkan oleh nabi , zikir pagi dan zikir petang. (Boleh install  apps The Noor dari play store.)

        Nabi telah tentukan banyak mana zikir itu. Tiada yang lebih dari 100 kali. Tidak ada yang sampai beribu-ribu kali  seperti yang diamalkan oleh sesetengah puak. Sahabat nabi pun beramal sebanyak mana yang diajar oleh nabi sahaja. Bila nabi sudah  tetapkan bilangannya, jangan dilebihkan , jangan dikurangkan. 


4)  Perintah solat malam
    
        Seterusnya, bagi mendapatkan janji syurga Allah itu, Allah perintahkan lagi dalam surah al Insan:26,

       Iaitu bila tiba waktu malam maka kita sujud kepada Allah iaitu solat malam. Selepas isyak, semua solat sunat dikira solat malam. Jika selepas tidur maka  itu dipanggil tahajjud. Kata Allah, bangunlah pada sebahagian malam yang lebih panjang dari waktu tidur, untuk  bertasbih dan solat. Paling tidak pun  kerjakan witir selepas isyak tiga rakaat  jangan tinggal. Jangan kita tertipu dengan pandangan barat mengatakan kena tidur malam 8 jam. Para sahabat dulu tidur beberapa jam saja di waktu malam  tapi mereka menguasai dunia.  Walaupun kita tidur 8 jam , bangun pagi masih letih juga. Kenapa?


Malas bangun malam.

        Kenapa mereka malas   bangun malam untuk solat dan berzikir?  Apakah penyebabnya?  Lihat surah al Insan:27,
       
         

        Siapakah mereka yang dimaksudkan dalam ayat di atas?  Mereka itu ialah orang yang suka buat dosa dan ahli kufur tadi. Kenapa mereka suka buat dosa itu? 

         Sebab mereka sangat cintakan kenikmatan dunia ini dan melupakan hari Pembalasan nanti. Mereka ghairah dalam mengejar nikmat yang di depan mata mereka.  Dengan itu mereka tidak membuat persediaan untuk kembali ke hari akhirat kelak. Dunia yang akan ditinggalkan di letak di depan, akhirat yang akan datang itu pula diletak di belakang. 

          Pendapat kedua mengenai siapa mereka itu, ialah mereka yang lupa zikir pagi-petang dan  lupa solat malam. Kerana mereka suka sangat mengejar dunia ini lalu meninggalkan amal akhirat? Masa nya dipenuhkan dengan perkara lagha atau yang haram. Bola jam 3 pagi dia sanggup bangun, tapi tahajjud 10 minit pun tak sanggup. Itu tanda apa?

         Sebaliknya kalau kita mahu nikmat di akhirat tandanya ialah  kita  tak tinggal zikir pagi-petang dan tak tinggal tahajjud.  Kalau masih lagi tinggal, maka kita jauh lagi dari syurga Allah.  Kalau kita boleh berdiri satu jam , 2 jam dihadapan Allah di dunia ini, insyaAllah kita akan sanggup pula menghadap Allah di akhirat nanti.

      Dalam al quran bila disebut qiam  itu ada dua saja maknanya. Satu qiam untuk solat dan kedua qiam di hadapan Allah di akhirat nanti.  Sebab itu disebut qiamat.  Kalau kita sanggup berdiri 5  waktu di dunia ini, insya Allah akan sanggup berdiri di depan Allah nanti selama 50 ribu tahun. Tapi kalau didunia ini tak sanggup berdiri 5 waktu mengadap Allah, tak mungkin akan sanggup berdiri 50 ribu tahun di mahkamah Allah nanti. 


Allah boleh ganti

       Kerana penyakit manusia yang lupa akhirat dan mengejar dunia, maka Allah beri amaran  kepadanya  dengan firman Nya dalam al Insan: 28,
 
          
         Bila kita lebih cintakan dunia ini, lalu meninggalkan amal soleh  iaitu bersabar dengan quran, berzikir dan solat malam,  maka Allah boleh gantikan kita dengan orang yang serupa .  Manusia itu Allah cipta dari setitis air mani, dan tumbuh lalu membesar dan menjadi kuat. Bila  tubuh sudah kuat tapi kita tak mahu beribadat kepada Allah,  maka  Allah boleh menggantikan kita dengan insan  yang lebih baik jika Allah mahu.  Itu boleh saja Allah buat.  

         Tapi ayat ini Allah nak buat perbandingan sahaja. Untuk umat nabi Muhammad s.a.w Allah tak buat begitu kerana rahmat Allah  kepada kita. Ini sebagai  amaran kepada kita sebagaimana Allah timpakan kepada kaum nabi Lut , nabi Nuh dan lain-lain.  Kalau Allah nak timpakan musibah,  boleh saja.
      
       Oleh itu dunia bukan untuk dikejar sangat.  Sampai waktu untuk solat, kena solat. Takkan kerana nak dapat untung yang tak seberapa , kita sanggup tinggalkan  solat  maghrib ?  Mungkin untung  rm100, tapi kena masuk neraka , adakah berbaloi?  Jangan kerana nak dapat nikmat yang segera di dunia ini,  kita tinggalkan apa yang jauh diakhirat nanti.  Sedangkan apa yang akan  dihadapi di akhirat itu amat perit lagi berat.

         Di dunia kalau tak ada duit, pergi tolong basuh pinggan orang, lepaslah untuk makan dua tiga hari . Tapi di akhirat nanti,  setitik air pun tidak ada. Bahkan anak boleh bahasakan emaknya di sana nanti bila emaknya meminta seteguk air  tapi anaknya berkata bahawa ' emak diharamkan air pada hari itu kerana menjadi penghuni neraka'. Alangkah sedih dan pilunya hati.

        Atau sebaliknya,  emak akan kata kepada anaknya bahawa 'kau diharamkan seteguk air kerana menjadi penghuni neraka', bila anak meminta air dari emaknya. 


Mengambil peringatan

       Jadi , bila Allah memberi  amaran dengan kepedihan di akhirat nanti akibat dosa dan kekufuran  manusia, maka Allah  beri panduan supaya manusia lepas dari azab di akhirat itu. Lihat surah al Insan:29,

 
 
          Maka Allah nyatakan bahawa  surah al Insan ini sudah cukup kalau hendak  dijadikan satu peringatan bagi sesiapa yang mahu kembali ke jalan Allah. Tak perlu al quran sepenuhnya, cukup dengan surah ini sebagai pengajaran kepada manusia  yang selalu lupa ini. 

          Kalau al quran atau surah al Insan ini penunjuk jalan, bagaimana kita boleh jadikan ia petunjuk jika hanya dibaca dengan membetulkan tajwidnya saja  tanpa di fahami  kandungannya?

         Bila kita kata kita mahu berubah dengan menjadikan  al quran sebagai petunjuk, tapi kita takkan dapat hidayah kecuali dengan kehendak Allah. Sebagaimana firman  Allah dalam ayat ke 30, al Insan,
        
 
        Kenapa Allah kata hidayah itu datang  dengan kehendak Allah? Bukankah kita sudah mahu hidayah? Mengapa Allah masih tahan hidayahNya?

        Sebenarnya,  Allah mahu melihat kesungguhan kita. Contoh,  bila seorang pelajar kata ia nak masuk universiti, tapi bila  peperiksaan ia datang tulis nama saja, soalan apa pun tak jawab, bolehkah ia dimasukkan ke universiti oleh pihak universiti? Begitulah kita kata nak masuk syurga, tapi bangun subuh pun tak mahu, puasa pun tidak, bolehkah Allah beri dia masuk syurga? Walaupun kita kata kita nak sangat  masuk  syurga. 

         Sebab itu Allah kata Dia tahu isihati kita , yang cakap lain , buat lain. Allah lebih bijak dari kita semua. Dia tahu siapa yang layak dimasukkan ke syurga , siapa yang tidak.
 
       Memang  Allah ada berkata dalam surah al Ankabut:69

    
   Iaitu siapa yang benar-benar berjihad mencari redha Allah, maka Allah benar-benar akan  tunjukkan jalanNya. Allah takkan sia-siakan  setiap usaha yang baik. Walau pun usaha yang sebesar zarrah,  Allah akan ambil perhatian. 

       Pergi kuliah,  balik rujuk kitab,  buat nota , hafal dan  amalkan , insya Allah Allah beri dia jalanNya.  Tapi kalau datang kuliah  pun malas, mengantuk, balik tidur saja, di mana kesungguhannya?


Kita yang memilih

        Akhirnya, bila Allah  dah beri peringatan  dan ganjaran syurga sudah diberitahu, maka kita sendirilah yang memilih samada mahukan syurga di akhirat  atau syurga di dunia. Allah berfirman dalam surah al Insan: 31,

           Iaitu   Allah dah sediakan tempat nikmat bagi insan yang baik , manakala insan yang jahat Allah dah sediakan neraka untuknya. Bermakna neraka itu sudah ada, api nya sedang menyala supaya manusia merasa takut dengan azabnya. 


Kesimpulan

         Manusia dicipta dan dihidupkan kerana hendak diuji. Sesiapa yang  bersyukur dengan nikmat Allah,lalu ia beribadat kepada Allah, maka Allah masukkan ia ke syurga.

       Sesiapa yang kufur dengan nikmat Allah  , lupa Allah , berpaling dari hari akhirat dan mengejar dunia sahaja,  maka Allah sediakan  baginya azab  yang pedih.

        Maka terpulang kepada kita untuk memilih. Samada memilih nikmat yang dekat (dunia)  atau memilih nikmat yang jauh (akhirat) . Hanya iman yang menentukan nasib kita nanti. 

Semoga bermenafaat.



Dari kuliah Us. Yob.
Klang.
25/11/23
         
 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

164) APAKAH TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT DILUPAKAN OLEH PARA IBUBAPA ?

Bismillah. Assalamu'alaikum,         Bila hari hujan  kita pakai baju hujan supaya tak basah. Sedangkan itu hujan je. Dan bila hari panas, kita tak tahan panas, sebab itu kita pasang khemah. Pada hal panas di dunia ini taklah sepanas di akhirat. Api di akhirat nabi kata panasnya 69 kali ganda daripada api di dunia. Di akhirat ahli neraka bukan duduk tepi api tetapi di dalam api.  Pakaian ahli neraka bajunya dari api. Kemudian dituang dari atas kepalanya air yang menggelegak. Lalu masuk ke dalam badan menghancur kan semua isi perut kemudian merebak ke kulit hingga hangus kulitnya.        Bila badan terbakar hangus sampai ke hati, Allah tukar kulit yang baru, seperti firman Allah,          Bila kulit  sudah hangus ia takkan rasa kepanasan lagi, maka Allah tukar dengan kulit yang baru. Kerana Allah mahu  ahli neraka yang dulu suka buat dosa itu terus merasa kan azab.  Sebab itu pilihan mereka di dunia dulu. Mereka tahu perbuatan mereka dulu boleh menyebabkan ma

168) BENARKAH SAHABAT NABI MEMBUAT BID'AH?

Bismillah. Assalamu'alaikum,       Ada orang yang membuat bid'ah atau amalan baru iaitu yang tidak ada di zaman nabi, berdalilkan bahawa bid'ah juga ada dibuat di zaman nabi oleh para sahabat. Jadi, mengapa pula bid'ah dilarang di zaman ini? Benarkah begitu?          Sebenarnya bid'ah tidak ada di zaman nabi  s..a. w .  Maka sebab itu, keliru besar jika ada orang mengatakan sahabat membuat bid'ah di  depan nabi lalu nabi benarkan atau izinkan. Misalnya, sahabat solat sunat selepas tiap lepas wudhu' atau membaca zikir waktu iktidal yang tak pernah dibaca nabi . Tapi nabi membenarkannya.         Sebenarnya syariah pada masa itu belum selesai, maka tidak ada yang namanya menambah - nambah . Apabila sahabat membuat sesuatu amal lalu dibenarkan nabi maka itu menjadi syariat. Ada juga yang tak dibenarkan oleh nabi maka itu tidak boleh  menjadi syariat. Syariat selesai atau lengkap  bila turun ayat ini,  iaitu pada 9hb. Zulhijjah tahun 10H,

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicintai oleh kedua  ibubapanya.  Tugas ibubapa       Maka tugas ibubapa bukan  sahaja mem