Bismillah.
Assalamu'alaikum,
Apa yang dilakukan oleh para nabi dalam berdakwah, harus menjadi contoh kepada kita dalam berdakwah. Kerana nabi adalah sebaik-baik manusia, penuh hikmah dan bijaksana. Lihat bagaimana cara nabi berhujah kepada orang supaya orang itu berfikir sendiri. Lihat surah An Naml: 60,
.
Apa yang Allah hendak beritahu kita yang membaca ayat di atas?. Iaitu Allah nak bagitau bahawa Allah lah Tuhan yang mencipta langit dan bumi ini, dan Allah juga yang menurunkan hujan. Kemudian dengan air hujan itu Allah tumbuhkan tumbuhan yang menghijau.
Apa pula yang Allah nak bagitau dari ayat ' dengan air Kami tumbuhkan kebun-kebun yang mempunyai pandangan yang indah ' itu? Iaitu Allah nak mengajar kepada manusia bahawa kalau nak dapat sesuatu kena ada sebabnya. Tumbuhan hidup sebab ada air. Bagaimana kita boleh makan? Sebab kita bekerja. Adalah salah jika kita menunggu sesuatu tanpa mengadakan sebabnya.
Seterusnya , jika orang kafir itu mengatakan tuhan mereka itu layak disembah, maka tanyakan kepada orang kafir itu, adakah tuhan mereka itu boleh mencipta langit, mencipta bumi dan menurunkan hujan? Pasti mereka menjawab , bahawa sembahan mereka itu tidak boleh membuat semua itu.
Jangan menghukum
Sebagai pendakwah, jangan kita menghukum orang kafir di depan mereka. Jangan kita kata kamu ini kafir dan syirik , masuk neraka kerana tidak menyembah Allah. Tapi tanyakan soalan yang dengan itu mereka terpaksa mengakui nya. Mereka akan mengatakan bahawa sembahan mereka tidak mampu mencipta langit dan bumi. Pasti mereka mengakui bahawa Allah lah yang mencipta semua itu.
Jika seseorang yang mengaku Allah yang mencipta langit dan bumi, maka itu dipanggil tauhid penciptaan atau tauhid rububiah. Iaitu bila kita mengaku Allah lah yang mencipta langit dan bumi dan lain-lain lagi. Lalu jika kita sudah mengaku Allah itu Pencipta, maka wajib ada pembuktiannya. Iaitu beribadat kepadaNya. Menyembah Nya. Dan ibadat yang paling utama ialah solat. Ini lah yang dipanggil tauhid ketuhanan atau tauhid uluhiah. Jika kita mengaku Allah itu Tuhan Pencipta tapi tak mahu menyembahnya, maka itu bertentangan atau tidak benar pengakuannya.
Pengajaran dari nabi Yusuf a.s.
Ketika nabi Yusuf a.s dipenjara, ia mengambil peluang untuk berdakwah kepada banduan yang berada di dekatnya di dalam penjara. Inilah jiwa pendakwah, dia akan berdakwah dimana saja ada peluang.
Nabi Yusuf tidak kata 'kamu ini kafir atau syirik' kepada banduan itu kerana tidak menyembah Allah . Tapi apa kata nabi Yusuf? Lihat surah Yusuf:39,
Nabi Yusuf a.s bertanya kepada dua orang banduan itu, 'Mana yang lebih baik, tuhan yang banyak atau tuhan yang Esa lagi yang perkasa ? '. Nabi Yusuf timbulkan persoalan kepada mereka , bukan menghukum mereka berdua. Dengan itu mereka akan berfikir sendiri.
Seterusnya nabi Yusuf huraikan lagi mengenai tuhan dengan katanya (Yusuf:40),
Orang kafir itu mengambil batu atau kayu, letak nama, dan sembah benda itu. Sedangkan Allah tak berikan sebarang hujah ke atas benda-benda itu supaya disembah oleh manusia.
Pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini ialah:
Jangan menghukum.
Contohnya, bila kita nak dakwah orang yang buat bid'ah. Jangan kita kata kamu ahli bid'ah. Kemudian kita sambung lagi , setiap bid'ah itu sesat. Kemudian sambung lagi , sesat tempatnya di neraka.
Jadi bergaduh atau dengan senang hati ia menerima? Jawapannya mesti bergaduh. Sebab manusia itu bila dia dah buat benda itu selama 40 tahun misalnya, tiba-tiba kita senang-senang hukum masuk neraka. Kita pula baru belajar seminggu. Maka akan jadi gaduh.
Mana lebih teruk antara orang buat bid'ah dengan banduan yang sembah berhala? Tentu banduan itu. Tapi nabi Yusuf tak kata, kamu sesat. Kalau nabi Yusuf kata dia sesat, dia akan ada 1000 alasan. Begitu juga jika kita kata buat bid'ah itu sesat, dia akan ada1000 alasan. Dia akan jawab, nabi tak larang, benda baik apa salahnya. Dan sebagainya.
Tapi jika kita ikut method nabi Yusuf dengan membuka minda, iaitu dengan pertanyaan, sunnah nabi kah lebih baik atau mengikut orang ramai lebih baik? Maka dia terpaksa menjawab , sudah tentu sunnah nabi lebih baik. Jadi, jika kamu kata sunnah lebih baik, maka kamu kena buat yang lebih baik. Jika dia tak mahu juga buat sesuatu yang lebih baik, maka itu bermakna ia degil. Tinggalkan saja . Jangan bergaduh.
Inilah tujuan kita tadabbur al quran. Supaya bila berdakwah, kita ikut method dari al quran , bukan ikut nafsu, yang menyebabkan bergaduh dan pulau memulau.
Hanya Allah layak disembah
Oleh itu dari ayat 60, an Naml, itu bukti hanya Allah yang berhak disembah sebab Ia mencipta tujuh lapis langit. Allah juga yang turunkan hujan. Adakah berhala yang disembah itu dapat menurunkan hujan?
Kemudian dengan air hujan itu Allah tumbuhkan kebun-kebun . Kenapa Allah tak kata tumbuh-tumbuhan? Tapi kebun-kebun?
Kerana sebenarnya Allah nak bagitau iaitu selain dapat makan buah-buahnya, kebun itu dapat juga jadi tempat berehat dengan pemandangan yang cantik. Sebab itu ada orang sengaja buat rumah di dalam kebun walaupun dia ada rumah besar di bandar.
Kemudian Allah tegaskan lagi bahawa Dia lah yang menumbuhkan pohon-pohon itu. Bukan manusia. Kita hanya letak benih dan siram sahaja. Selebihnya kita tak mampu buat. Allah lah yang menumbuhkan nya sehingga ia berbuah. Tidak ada selain Allah yang dapat menumbuhkan pokok-pokok.
Oleh sebab itu, maka hanya Allah sahaja yang layak disembah. Allah memberi soalan kepada kita lagi dalam surah al Waqiah :63,64 dan 65,
Di sini sekali lagi Allah menyoal kita adakah kita yang menumbuhkan tumbuhan yang kita tanam itu? Jika kita yakin Allah yang tumbuhkan maka Allah nak lihat buktinya iaitu dengan kita hanya menyembah Allah sahaja.
Begitu juga Allah bertanya siapakah yang mendatangkan air yang kita minum seperti dalam al Waqiah: 68, 69 dan 70,
Adakah kita yang menurunkan air hujan dari awan? Lalu kita dapat minum airnya dan menyiram pokok-pokok? Tentu bukan , tapi Allah lah yang menurunkan air hujan itu. Oleh itu mengapa kita tidak bersyukur?
Begitu juga dengan api. Siapakah yang mendatangkan api itu untuk keperluan manusia? Lihat al waqiah: 71, 72, 73,
Walaupun api itu berpunca dari gas atau minyak atau kayu, siapa kah yang mencipta gas, minyak dan kayu itu ? Allah lah yang menciptanya.
Jadi bila Allah yang menciptanya, dan kita bukan menciptanya, mengapa ada perasaan sombong lagi? Kita masak guna api dari Allah, tapi bila dipanggil untuk solat, kita abaikan.
Selain untuk kegunaan manusia , api juga mengingatkan kita dengan api neraka. Bila melihat rumah terbakar, kenderaan terbakar, api peperangan, itu mengingatkan kita tentang api neraka yang panasnya 69 kali ganda .
Bertasbih kepada Allah
Oleh kerana Allah kurniakan tumbuh-tumbuhan, air dan api kepada kita, maka Allah suruh kita bertasbih kepada Nya,
Bertasbih itu maksudnya mensucikan Allah. Suci dari apa? Iaitu Allah itu suci dari sebarang kelemahan , kesalahan , ketidakadilan dan kezaliman. Sifat Allah itu paling sempurna . Tidak ada lagi yang lebih sempurna dari Nya.
Allah bertanya lagi
Allah bertanya kita lagi dalam surah an Naml: 61 dengan firman Nya,
Allah menyoal lagi siapakah yang menjadikan bumi ini yang tetap kedaannya iaitu tidak bergoncang? Yang di celah-celah nya ada sungai-sungai yang menjadi sumber kehidupan manusia, ada gunung yang menjadi paksi kepada bumi dan dua lautan yang bercantum. Allah boleh kalau nak jadikan bumi tanpa gunung tetapi tak bergoncang. Tetapi Allah buat juga gunung sebab apa? Sebab Allah nak ajar kita bahawa sesuatu itu ada maka kena ada penyebabnya.
Allah juga jadikan di antara dua laut itu satu pemisah atau barzakh. Lihat juga surah ar Rahman: 19,
Allah jadikan dua laut yang bertemu tetapi ada pemisah antara keduanya. Seperti air laut dan air sungai yang bertemu. Yang menyebabkan tidak bercampur dua jenis air itu. Air itu tidak bercampur walaupun barzakh itu tidak kelihatan.
(Terletak di Selat Gibraltar, dua lautan yang bertemu tetapi tidak pernah menyatu memiliki warna yang berbeza ini sebenarnya adalah daripada jenis air laut yang berbeza, satu air laut dan satu lagi ialah air tawar.)
Dengan ciptaan Allah yang sangat menakjubkan ini, sepatutnya iman kita kepada Allah semakin meningkat. Allah tak jadikan apa pun sesuatu itu dengan sia-sia. Oleh sebab itu bila iman lemah , bacalah al quran atau lihatlah ciptaan Allah terutama langit dan bumi ini.
Apa dia barzakh?
Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Begitu juga barzakh adalah pemisah antara alam kubur dan alam dunia. Oleh itu sesiapa yang sudah meninggal, rohnya tidak akan dapat balik ke alam dunia ini. Tidak ada yang dikatakan balik pada malam Jumaat atau lain-lain malam itu. Lihat juga al Mukminun: 99 dan 100,
Bila maut itu telah datang kepada seseorang, ia berkata supaya Tuhan kembalikan ia ke dunia. Sebab ia sudah nampak kebenaran . Bagi orang kafir, ia mahu beriman, bagi orang Islam
ia menyesal kerana kurang beramal soleh.
Ramai orang beramal tetapi tidak diterima kerana bukan amal yang soleh. Kerana amal soleh itu ada 2 syarat:
1. Ikhlas kerana Allah
2. Ikut sunnah nabi
Orang yang meninggal akan tahu amalnya soleh atau tidak waktu dia sudah meninggal. Kerana amal yang tidak soleh tidak memberi faedah kepadanya pada masa itu.
Jadi bila ia minta kembali ke dunia, Allah kata, tidak sama sekali. Kerana itu hanya ucapan sahaja. Kerana ia sudah diberi umur yang cukup, harta yang cukup semasa di dunia, mengapa dipersia-siakan? Mengapa tak beramal?
Dan kedua, kerana di belakangnya ada barzakh iaitu penghalang antara dunia dan akhirat. Manusia akan terhalang olehnya.
Patutkah menyembah selain Allah?
Allah lah yang mencipta bumi, sungai, gunung dan tumbuh-tumbuhan. Adakah layak menyembah selain Allah?
Setelah kita ketahui Allah itu mencipta langit, bumi, hujan dan kebun-kebun, patutkah kita menyembah tuhan selain Allah? Yang dia itu tidak mampu mencipta semua itu?
Allah berkata bahawa, kebanyakan mereka tidak mengetahui...
Maksud kebanyakan mereka, yang pertama ialah orang kafir yang tidak mengetahui siapa tuhan Pencipta sebenar. Yang tahu hanya sedikit sahaja iaitu dari ahli kitab. Mereka ini jika dapat hidayat, akan masuk Islam.
Pendapat kedua mengatakan, maksud mereka itu ialah kebanyakan manusia. Kebanyakan manusia itu jahil mengenai Pencipta sebenar. Inilah punca ramai manusia tidak menyembah Allah iaitu solat. Jahil adalah penyakit paling besar bagi manusia.
Apabila terjadi sesuatu bencana alam, orang yang tidak kenal Allah mengatakan itu semua adalah fenomena alam, tidak ada siapa yang menguasainya. Ada juga orang yang tahu itu perbuatan Allah, tapi ia tak dapat menafaat daripada pengetahuannya. Ia tak membawa kepada amal soleh.
Sebab itu tiap-tiap pagi kita minta doa 3 perkara ini,
2. Rezeki yang baik
3. Amalan yang diterima di sisi Allah
Kesimpulan:
1. Hanya Allah sahaja yang mampu dan berkuasa mencipta langit dan bumi yang penuh dengan berbagai menafaat untuk manusia. Maka hanya Dia sahaja yang wajib disembah.
2. Hikmah Allah menurunkan hujan dari atas ialah agar menafaatnya lebih umum dan mudharatnya lebih sedikit berbanding jika Allah keluarkan air dari bumi.
3. Rahmat Allah yang luas dengan menurunkan hujan, untuk semua samada yang kafir atau yang beriman, samada yang kaya atau yang miskin.
4. Allah mengajar manusia untuk membuat sesuatu mestilah dengan usaha dan ada sebabnya.
5. Hanya Allah sahaja yang berkuasa menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dari bumi. Sehingga keluar dalam bentuk kebun-kebun yang terdapat berbagai tumbuhan, buah yang bermacam-macam. Semuanya adalah untuk menafaat manusia agar manusia bersyukur kepada Allah.
6. Allah mencabar mereka yang menyembah selain Allah sebagai tuhan. Dan sebagai bukti bahawa tuhan-tuhan yang mereka sembah tidak mampu mencipta benda-benda sebagaimana ciptaan Allah.
7. Nikmat dan rahmat Allah kepada manusia dengan menjadikan bumi ini tetap dan tidak bergoyang dengan memasakkannya dengan gunung-gunung agar manusia dapat mencari rezeki dengan tenang dan akhirnya bersyukur kepada Allah.
8. Nikmat Allah juga diberi kepada hamba-hambaNya dengan menjadikan sungai-sungai sebagai sumber kehidupan manusia dan haiwan.
9. Kebesaran dan kekuasaan Allah yang menjadikan di antara dua laut , masin dan tawar tidak bercampur. Walaupun kedudukannya bersebelahan.
10. Kebanyakan manusia jahil iaitu mereka tidak mengetahui tanda-tanda kebesaran Allah melalui ciptaan Allah yang begitu banyak dan jelas di hadapan mereka. Dan kejahilan manusia adalah disebabkan hawa nafsu mereka.
Dari Kuliah Us. AMAR,
Klang & Padang Jawa,
2/12/23
Ulasan
Catat Ulasan