Langkau ke kandungan utama

128) APA TUJUAN MUSIBAH KEPADA MANUSIA?

Bismillah.
Assalamu'alaikum,



         Setelah nabi Soleh menyampaikan  dakwah kepada kaumnya, kaum Tsamud agar menyembah Allah yang Esa dan meminta ampun kepada Allah,  Nabi Soleh juga memberitahu antara hikmah bila mereka meminta ampun kepada Allah ialah mereka akan dapat rahmat dari Allah.

         Selain mendapat rahmat Allah , apa lagi kelebihan  yang kita dapat dari ber istighfar  kepada Allah?   Lihat  surah Hud: 52,

         Di dalam ayat ini Allah menyuruh kaum Ad ( kaum nabi Hud) meminta ampun kepada Rabb, iaitu Pencipta mereka. Kenapa Rabb?  Kenapa tidak disebut kepada Allah sahaja? Sebabnya ialah, Rabb itu bermakna Pencipta kita, maka kita kena minta ampun padaNya sahaja. Bukan kepada manusia seperti dalam agama kristian dan sebagainya. Allah cipta kita dan kita berdosa kepadaNya, maka minta ampun juga mesti kepadaNya.

        Kemudian Allah suruh bertaubat kepadaNya. Ahli tafsir mengatakan bahawa istighfar itu untuk dosa kecil, manakala taubat itu untuk dosa besar. Maka dengan istighfar itu Allah akan turunkan hujan  yang lebat. Hujan ini sebenarnya simbolik kepada semua jenis kehidupan iaitu tumbuhan dan haiwan. Dan dengan istighfar juga Allah akan tambahkan kekuatan mereka.  Dari sini kita boleh buat kesimpulan bahawa mereka yang lemah, lembik itu adalah kerana kurang istighfar. 

       Apa lagi kata Allah berkenaan istighfar?  Lihat surah Nuh: 10 hingga 12,

    

           Di dalam  ayat ini juga Allah suruh kita minta ampun kepada Rabb kita iaitu Allah. Apa yang Allah kurniakan kemudian?  Iaitu Allah turunkan hujan juga.  Sama seperti surah Hud tadi. Dan Allah tambah harta, anak  , kebun dan sungai.
              

Jawapan kaum nabi Soleh

          Bila nabi Soleh mengajak kaum nya supaya beristighfar, inilah jawapan kaumnya iaitu dalam surah an Naml:47,

          Bukannya mereka mahu mohon ampun kepada Allah, bahkan kaum Tsamud menuduh bahawa semua  kecelakaan yang timbul adalah disebabkan oleh nabi Soleh dan pengikut-pengikutnya.  Begitu jugalah pada zaman ini, bila pendakwah mengajak kepada quran dan sunnah, orang menuduh itu punca pecah belah dan musibah. Sama seperti tuduhan kaum Tsamud.


 Kepercayaan yang haram       

           Orang yang tidak beriman dulu mahupun sekarang suka menganggap sesuatu itu yang menyebabkan musibah dalam masyarakat. Menganggap  sesuatu itu punca mudarat ada dalam berbagai bentuk. Pertama , apa yang dilihat. Contohnya, bila kita nak keluar rumah tiba-tiba nampak 3 ekor burung gagak mati di bawah kereta kita. Kita pun kata,  bahawa  ini tanda bala dan mula rasa takut.

         Ini hukumnya haram dan syirik sebab kita percaya kuasa lain yang memberi  mudarat. Cuma ulama kata ianya syirik asyghar yang belum terkeluar dari Islam. 

        Kedua , punca mudarat dari suara. Seperti kita terdengar tapak  kaki berlari waktu malam. Kita pun kata itu tanda rumah itu sial.  Jika kita percaya maka hukumnya haram. Sebab dalam islam tidak ada apa yang memudaratkan  kecuali Allah. Sebab itu Allah menyuruh bertawakkal  dalam surah  Ali Imran:159,

          Iaitu bila kita sudah berazam untuk membuat sesuatu maka bertawakkal lah kepada Allah. 

         Ketiga, bila kita pergi kesesuatu tempat, kita rasa seram. Kita pun kata tempat itu ada penunggu atau hantu. Itupun haram untuk takut.

       Keempat, kadang ada orang kata tak boleh musafir hari Khamis sebab itu hari sial. Ramai orang accident katanya. Ini juga syirik asyghar. 

    
Jawapan nabi Soleh

         Bila kaum Tsamud berkata bahawa nabi Soleh itu membawa kecelakaan dalam masyarakat, maka nabi Soleh pun menjawab dengan jawapannya,

            Maka nabi Soleh menjawab bahawa semua kecelakaan adalah dari takdir Allah bukan dari sesiapa . Dari sini pengajarannya ialah bila kita menjawab tuduhan, maka jawablah dengan  hujah yang tak boleh dipatahkan. Bila kita kata kecelakaan itu takdir dari Allah, tidak ada sesiapa yang dapat menafikannya.

        Begitu juga kisah nabi Ibrahim dengan raja Namrud. Bila nabi ibrahim berkata bahawa tuhannya ialah yang menghidup dan mematikan, maka Namrud pun berkata bahawa dia pun boleh lakukan. Lalu ia hukum mati seseorang dan membiarkan  hidup 
seorang yang lain.. Maka nabi Ibrahim pun berkata bahawa tuhannya yang terbitkan  matahari dari timur, lalu ia menyuruh Namrud terbitkan  matahari dari sebelah barat. Namrud mati akal. (Lihat al Baqarah :258)


Menyalahkan orang beriman

      Begitulah perangai orang kafir suka menyalahkan para nabi atau orang beriman penyebab semua kecelakaan. Seperti dalam surah al 'Araf:  131,

         Iaitu bila kaum nabi Musa ini mendapat nikmat, katanya itu semua kerana kelebihan mereka. Tapi bila ada musibah mereka meletakkan sebabnya keatas nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. Tapi sebenarnya itu adalah takdir Allah kerana dosa mereka.

      Begitu juga perangai yang sama , bila ditimpa musibah mereka menyalahkan  para nabi seperti dalam Yasin:18,

   
         Orang kafir tetap menyalahkan para nabi yang menjadi penyebab mereka ditimpa kecelakaan.  Lalu mereka memaksa nabi berhenti dari berdakwah dan mengugut akan dibunuh..  Itulah risiko orang yang buat kerja dakwah.

       Lalu nabi jawab seperti dalam ayat ini,
        Iaitu kecelakaan adalah disebabkan diri mereka sendiri dan dosa mereka sendiri iaitu syirik dan kufurnya mereka..  Bila nabi beri peringatan, mereka tolak dan lawan, maka dengan sebab itu Allah turunkan musibah.  Buka kerana nabi memberi peringatan  tapi sebab penolakan mereka lah yang menyebabkan turunnya musibah.


Satu pengajaran

         Kata nabi Soleh bahawa musibah itu Allah telah takdirkan kerana ingin menguji mereka. Dengan ujian begitu Allah nak tahu mana yang benar,  mana yang dusta..

         Jadi, dari sini kita dapat satu pengajaran iaitu jika kita mengaku beriman, maka Allah datangkan ujian.  Contohnya bila dia rasa iman sudah baik sejak balik haji, tiba-tiba Allah bagi dia kaya, maka Allah nak tengok adakah dia sanggup berinfak atau tidak dengan kekayaan yang ia ada. Allah nak uji dia.

          Begitu juga bila Allah datangkan sakit. Allah nak uji kita, adakah kita sabar atau marah dengan sakit itu?  Jika kita sabar dan redha, maka Allah pun redha kepada kita dan insyaAllah Allah kurniakan syurga nanti di akhirat.

         Lihat apa kata Allah kepada orang yang sabar, dalam surah al Insan:12,

         Sabar dibalas syurga oleh Allah.



   
Kerosakan yang dibuat.

       
         Kaum Tsamud ini suka membuat kerosakan atau keburukan. Lihat apa Allah ceritakan lagi mengenai kaum Tsamud lagi,
            Apakah yang dimaksudkan dengan kerosakan yang mereka buat itu? Iaitu samada  kekufuran atau syirik atau maksiat-maksiat. 

       Jika ada dua orang,   seorang solat tapi ia pecahkan rumah orang. Yang kedua, tak solat tapi dia tak pecahkan rumah orang. Mana yang lebih besar kerosakannya? Jawapannya dua-dua rosak tapi yang tak solat lebih rosak sebab ia tak solat maka ia telah kafir.  Kerana itu, bila ditanya ahli neraka kenapa kamu masuk neraka ? Lihat jawapannya di surah al Muddassir: 42 &43,


        Iaitu kerana tidak mengerjakan solat. Maknanya tidak solat ini adalah dosa yang sangat dimurkai Allah.
           
        Sudahlah kaum Tsamud tadi menjadi kepala bagi orang yang kufur, ditambah pula mereka tidak membuat kebaikan. Ada manusia yang yang jahat tapi dia ada buat kebaikan.  Tapi yang ini buat jahat dan tidak ada pula buat apa apa-apa kebaikan. 


Apakah kejahatan mereka?

        Apakah kejahatan kumpulan mereka kepada nabi Soleh? Lihat surah an Naml: 49,

       

         Iaitu ingin membunuh nabi Soleh dan keluarganya.  Di samping itu nanti mereka akan bercakap bohong  bahawa mereka tidak menyaksikan pembunuhan tersebut. Iaitu mereka mahu lari dari di tuduh membunuh.


Bercakap bohong

         Dari sini pengajarannya ialah orang kafir itu memang sikapnya pembohong. Jika orang beriman pun suka cakap bohong maka itu sama seperti perangai  orang kafir. Nabi s.a.w berkata,

      Rasulullah bersabda: 
“Hendaklah kamu bercakap benar (jujur) kerana sesungguhnya bercakap benar itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu membawa kepada syurga. Seseorang itu sentiasa bercakap benar dan berusaha untuk selalu jujur sehingga dia ditulis di sisi ALLAH sebagai orang yang jujur.

Dan jauhilah sifat dusta (bohong) kerana sesungguhnya dusta itu membawa kepada keburukan dan keburukan itu membawa kepada neraka. Seseorang itu sentiasa berdusta dan berusaha untuk selalu berdusta sehingga dia ditulis di sisi ALLAH sebagai seorang pendusta”. (Hadis Riwayat Muslim)

              Jangan mula cakap bohong kerana ia akan  mengheret kita ke dalam neraka. Bercakap benarlah walaupun ketika bergurau.


Manusia dan ujian

Kata Syeikh Soleh Utsaimin r.h:

        "  Allah itu maha bijak,  iaitu Allah menguji manusia dengan memeriksa nya dengan berbagai ujian. Kadang dengan musibah, kadang dengan nikmat, kadang dengan menimbulkan kekeliruan (nak pilih samada yang benar atau salah),  dan dunia ini semuanya ujian, selama manusia beredar di antara dua perkara, samada benda yang buruk atau yang baik, begitulah kehidupan manusia kedua-duanya adalah ujian seperti firman Allah dalam al Anbia: 35,

        Oleh itu berhati-hatilah wahai manusia, jika Allah beri kelebihan, adakah kamu syukur atah kufur?  Bila Allah uji dengan musibah, adakah kamu sabar atau marah?   Dan benda-benda yang meragukan, adakah kamu tinggalkan dan  kamu ambil yang yakin  ?".

 
Nabi tak mengaku umat
     
Nabi s.a.w bersabda,
"  Bukan dari kalangan kami sesiapa yang menganggap sesuatu itu malang, atau dia dituduh malang, atau dia meramal nasib, atau mengaku tahu benda ghaib, atau percaya kepada sihir, atau percaya ia kena sihir  , atau membuat ikatan (tangkal) , dan orang yang datang kepada orang yang tahi benda ghaib, lalu ia percaya maka ia telah kafir (kufur) dengan apa yang diturunkan kepada nabi Muhammad (al quran). "
     

Kesimpulan:

1. Orang-orang  yang tidak beriman kepada Allah akan sentiasa menganggap segala musibah yang menimpa mereka adalah disebabkan oleh orang yang 
beriman.  Sedangkan sebab yang sebenar ialah kekufuran mereka dan maksiat yang dilakukan.

2. Allah akan sentiasa menguji manusia samada yang beriman atau yang kufur.  Dengan ujian kebaikan atau keburukan.  Untuk Allah memberi balasan yang adil  setelah manusia melakukan kebaikan atau kejahatan dengan pilihannya sendiri.

3. Apa sahaja yang berlaku di atas mukabumi samada yang baik atau yang buruk telah ditetapkan oleh Allah  tetapi manusia yang jadi puncanya.

4. Sejak dahulu lagi sebelum zaman nabi Muhammad s.a.w ada kumpulan yang jahat bahkan paling jahat di kalangan yang jahat. Dan di antara kejahatan mereka ialah merancang hendak membunuh para nabi a.s. 

5. Manusia terbahagi kepada 3 jenis:

 a). Yang baik tetapi disamping itu melakukan kejahatan.
b) Manusia yang jahat disamping itu ada mekakukan kebaikan.
c. Manusia yang sentiasa mekakukan kejahatan dan tidak pernah mekakukan kebaikan..

6. Kerosakan yang paling besar bahayanya yang dilakukan oleh manusia ialah kekufuran dan kesyirikan kerana ia membawa manusia ke neraka yang kekal abadi.

7. Setiap pendakwah yang mengajak manusia kepada Allah akan sentiasa diuji, diancam bahkan  dibunuh. Dan itu adalah sunatullah.

8. Orang-orang yang tidak beriman kepada Allah akan sentiasa merancang dan berusaha untuk menyekat dan menghalang sesiapa yang berdakwah mengajak manusia ke jalan Allah.

9. Musuh-musuh Allah akan bersumpah dengan nama Allah walaupun mereka tidak beriman kepada Allah. Dan  ini menunjukkan mereka sebenarnya  tetap percaya kepada Allah tuhan yang satu.

10. Sehebat manapun dan sekuat manapun  musuh Allah,  mereka tetap penakut dan pengecut.  Oleh kerana itu mereka merancang untuk membunuh nabj di waktu malam. 

11. Bercakap dusta (bohong) adalah satu perbuatan  yang keji yang tidak disukai oleb  semua manusia.  Termasuk orang yang tidak beriman kepada Allah. Kerana Allah menjadikan  fitrah manusia tidak suka kepada perbuatan  yang tidak baik.



Dari kuliah Us. AMAR.
Klang.
24/11/23

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...