Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2023

123) APA BINATANG YANG HARAM DIMAKAN?

Bismillah. Assalamu'alaikum,             Allah menghalalkan makan makanan yang halal dan thoyyib. Tapi Allah tak senaraikan apa dia dia makanan yang halal itu. Kenapa? Bahkan Allah cuma beritahu apa dia makanan yang haram seperti ayat 115: An Nahl ini,          Sebabnya ialah makanan yang haram Itu sedikit, yang halal itu banyak. Oleb itu Allah sebut yang sedikit sahaja. Ini lah gaya bahasa al quran. Allah sebut yang sedikit, maka yang selain pada itu adalah halal.  Oleh itu mana lebih senang? Letak logo haram atau letak logo halal? Logo haram lebih mudah kerana ia tidak banyak. Kalau logo halal, banyak sangat.         Berbalik kepada ayat di atas, maka Allah beritahu bahawa Dia telah mengharamkan: 1. Bangkai 2. Darah  3. Daging babi 4. Dan apa yang disembelih dengan menyebut selain nama Allah. Bangkai .            Bangkai ialah apa saja binatang yang dimatikan dengan  cara bukan  yang dibenarkan oleh  Islam. Samada tidak disembelih atau disembelih dengan ca

121) APA BUKTI AL QURAN ITU DARI ALLAH?

Bismillah. Assalamu'alaikum ,           Musyrikin Mekah tidak mahu menerima risalah al quran yang dibawa oleh  nabi Muhammad s.a.w kepada mereka. Mereka menuduh nabi dengan bermacam-macam hal. Ahli sihir, mereka-reka kitab baharu , mencedok dari kitab Injil, orang gila dan sebagainya. Tetapi Allah sendiri  menjawab tuduhan mereka itu di dalam  surah Yunus:37 ini,          Dalam ayat ini Allah menafikan bahawa al quran itu direka-reka oleh nabi Muhammad sa.w.         Bahkan, al quran itu satu kitab yang membenarkan kitab-kitab sebelumnya iaitu Taurat dan  Injil.  Al quran tidak bercanggah dengan dua kitab tersebut, bahkan  kitab tersebut juga ada menceritakan tentang turunnya al quran dan nabi terakhir. Bermakna ia saling kuat menguatkan atau membenarkan antara satu sama yang lain.          Antara lain  fungsi al quran itu diturunkan  kepada nabi, termasuk  menceritakan  mengenai nabi-nabi sebelumnya seperti nabi Adam , Musa dan Isa  dalam quran. Dan kisah-kisah itu

120) MENGAPA BERAGAMA MESTI ADA DALIL?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,             Tuhan-tuhan    yang disembah selain Allah, seperti berhala, patung Jesus, tuhan Hindu , tuhan Buddha dan sebagainya, adalah batil, tidak berkuasa, tidak dapat memberi menafaat dan tidak dapat membangkitkan  manusia yang telah mati.              Allah hendak membuktikan lagi bahawa apa yang mereka sembah itu adalah batil.  Dan Allah mencabar mereka jika ada tuhan selain Allah, kemukakan bukti dan hujjah.  Allah cabar mereka di dalam surah al Anbiya: 24,      Sesiapa sahaja  yang mengambil tuhan selain Allah, maka Allah tujukan ayat ini kepada mereka.  Bahkan orang Islam yang mengambil nafsu atau harta atau manusia lain sebagai tuhan mereka, ayat ini juga ditujukan kepada mereka juga.          Maka Allah menyuruh  nabi beritahu mereka semua tentang ayat ini ,  termasuk juga kepada  umat Islam. Nabi sudah menyampaikan amanah ayat ini, hingga kita dapat mentadabbur ayat ini sekarang.

119) APAKAH YANG LEBIH MAHAL DARI NIKMAT DUNIA?

Bismillah. Assalamu'alaikum,         Ada orang menggunakan sumpah untuk meyakinkan orang lain bahawa ia menyebelahinya.  Inilah yang dilakukan oleh beberapa orang islam di zaman nabi bila merasa pihak lawan semakin kuat, manakala pihak islam semakin tertindas. Seperti diceritakan dalam surah an Nahl:94,         Pada peringkat awal Is lam, ada orang yang masuk islam  dan  berjanji akan mempertahankan rasulullah s.a.w dan Islam. Tapi bila ia melihat Islam terus ditindas, tidak bertambah penganutnya dan orang musyrikin semakin kuat, maka ia menukar perjanjian untuk bersama orang musyrikin pula.              Jadi, mereka menggunakan sumpah untuk meyakinkan orang musyrikin tersebut.                      Sebenarnya orang yang suka bersumpah ini ada penyakit dalam hatinya. Iaitu penyakit tidak yakin diri sendiri. Sebab ia tidak yakin dirinya sendiri itulah maka ia bersumpah supaya orang yakin kepadanya.          Tetapi Allah amat murka dengan sikap begitu. Allah me