Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2023

55) BAGAIMANA MEMILIH PEGANGAN TERBAIK?

Bismillah, Assalamualaikum,        Ada bermacam- macam bacaan dan ucapan yang kita dengar dari buku dan manusia yang kita boleh dapati setiap hari. Terutama yang melibatkan pegangan dan amalan dalam hidup kita.      Bagaimana kita memilih yang terbaik dari  apa yang kita dengar dan baca itu supaya ia menjadi berguna kepada kita di dunia dan akhirat? Lihat: Surah Az-Zumar:18            "Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang terbaik (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna."          Iaitu orang yg mendengar atau membaca apa-apa saja, dari ustaz, dari guru  atau siapa saja, kemudian dia fikir , dia renung lalu dia memilih yg  terbaik.          Maka mereka itulah yang mendapat hidayah. Iaitu yang dapat petunjuk kejalan yang lurus. Jika dengar kata-kata apa saja, semua dia telan bulat-bu

45) APAKAH KEBAIKAN ITU?

Bismillah, Salam,         Ada orang kata ini baik itu tidak. Yang lain pula kata itu baik ini tidak.          Banyak orang banyak fikirannya. Masing-masing  ada pendapat masing-masing. Jadi bagaimana untuk mendapat pendapat yang benar-benar tepat tiada siapa yang boleh pertikaikan? Itulah dengan mengambil kata-kata dari Allah yang mencipta manusia.         Lihat apa kata Allah mengenai kebaikan, Al-Baqarah:177 -  "Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjakan  seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-

44) BUAH IBADAH

Bismillah. Salam ,         Islam itu umpama sebatang  pokok. Ada 3 bahagian yang utama iaitu:    1. Akar. Ia ibarat bagi  aqidah     2. Dahan. Ia ibarat bagi  hukum-hakam dan ibadat.     3. Buah. Ia ibarat bagi akhlak.          Orang Islam itu beribadah,  solat,puasa , zikir dan  lain-lain. Ibadah pula menghasilkan sesuatu sebagai tanda  ia satu amal yang diterima Allah. Hasilnya  ialah akhlak.  Oleh  itu kalau kita nak lihat hasil ibadah seseorang lihat lah akhlaknya. Sebab ada ibadah yang diterima ada yang ditolak. Yang ditolak mungkin sebab riak atau tak ikut sunnah nabi.              Akhlak itulah buah kepada ibadah yang kita lakukan. Kalau ibadah kuat, puasa, solat, baca quran, tapi masih mengumpat, maknanya ibadah nya belum berbuah akhlak. Mahukah kita tanam pokok tapi tak berbuah? Rajin tanam tapi sia-sia tiada hasil.         Ibadah yang diterima itu kata Allah akan melahir sifat terpuji.          Contohnya puasa. Puasa dapat melahirkan taqwa. Dalilnya:  

43) Bagaimana Mencari Ketenangan?

Salam,           Semua orang nak hidup tenang dan bahagia. Iaitu kehidupan yang lapang dan  tidak menekan jiwa. Sebab itu orang bertungkus-lumus berkerja dan mengumpul harta untuk mencari bahagia.        Allah sebagai pencipta kita pasti ada formula untuk kita hidup tenang dan bahagia.  Formula dari Allah  lebih tepat sebab Ia tahu apa yang nyata  dan apa yang tersembunyi. Kita lihat apa kata Allah; Lihat Taha: 124 Ţāhā:124 - ";Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta."       Allah bagitau kalau nak hidup lapang, hati yang lapang dan bahagia, jangan ingkar dan berpaling dari petunjuk Nya. Terus terang Allah bagitau.     Ingkar itu maksud melawan apa- apa yang Allah tetap kan baik dari segi hukum-hakam atau takdirnya. Kita kena tunduk kepada Allah. Berpaling itu maksudnya tak mau ikut petunjuk dari Allah. Bahkan ikut petunjuk

42) HARTA ITU TANDA BAHAGIA?

Kegembiraan dan kebahagiaan boleh didapati dalam sedikitnya harta benda oleh orang yang beriman dan beramal berbanding dengan banyaknya harta benda. Jauh di lubuk hati, ini adalah mesej yang kita sudah tahu kebenarannya. Cuma, sejak kita dilahirkan, kita telah diberitahu sesuatu yang berbeza. Kita telah diberitahu bahawa harta benda adalah kebahagiaan . Setiap iklan yang dibuat bertujuan untuk meyakinkan kita bahawa kehidupan kita akan bertambah baik jika kita membeli apa sahaja yang mereka iklan/jual. Dan kerana kita mendengar mesej itu berkali-kali dan dari banyak tempat, kita secara halus mula mempercayainya. Akibatnya, kita menghabiskan tahun-tahun terbaik dalam hidup kita bekerja berjam-jam untuk menjana wang yang banyak supaya kita boleh pergi membeli barangan yang bagus: rumah, kereta, fesyen, teknologi, dan mainan. Tetapi kata-kata Allah ini berbeza dan menjadi pegangan kita yang kuat , firman Nya:  "Dan (ingatlah b