Langkau ke kandungan utama

43) Bagaimana Mencari Ketenangan?

Salam, 



         Semua orang nak hidup tenang dan bahagia. Iaitu kehidupan yang lapang dan  tidak menekan jiwa. Sebab itu orang bertungkus-lumus berkerja dan mengumpul harta untuk mencari bahagia.

       Allah sebagai pencipta kita pasti ada formula untuk kita hidup tenang dan bahagia.  Formula dari Allah  lebih tepat sebab Ia tahu apa yang nyata  dan apa yang tersembunyi. Kita lihat apa kata Allah;

Lihat Taha: 124

Ţāhā:124 - ";Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta."

      Allah bagitau kalau nak hidup lapang, hati yang lapang dan bahagia, jangan ingkar dan berpaling dari petunjuk Nya. Terus terang Allah bagitau.

    Ingkar itu maksud melawan apa- apa yang Allah tetap kan baik dari segi hukum-hakam atau takdirnya. Kita kena tunduk kepada Allah. Berpaling itu maksudnya tak mau ikut petunjuk dari Allah. Bahkan ikut petunjuk dari yang lain.

            Seterusnya lihat an nahlu:97

An-Naĥl:97 - Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan."
   
           Yang kedua untuk dapat hidup yang lapang lagi aman ialah dengan jadi orang yang beriman dan beramal soleh. Ada 2 syarat iaitu beriman dan beramal soleh.
Beriman itu iaitu kita beriman dengan rukun iman yang 6. Iman yang sentiasa kita bawa kemana-mana bukan kejap beriman kejap tidak. Dan beriman dengan cara yang benar mengikut iman para sahabat nabi.
        
          Beriman saja tidak cukup. Kena beramal dengan amal yang soleh. Asasnya ialah rukun Islam yang 5. Dan banyak lagi amal soleh baik sesama manusia atau kepada Allah. Syarat amalan yang soleh iaitu ittiba' atau mengikut amalan nabi.

          Jadi kata Allah jika kita nak hidup lapang dan bahagia jangan ingkar kepada Nya dan beramal soleh. 

          Kehidupan yang baik itu maknanya tenang. Bukan semesti ada rumah besar dan pangkat besar. Rumah nabi kecil saja. Bumbungnya boleh dicapai dengan tangan. Tapi nabi manusia paling bahagia.

         Tetapi firaun ada istana yang besar dan kaya raya tapi jiwa tak tenang. Sebab apa tak tenang? Sebab ia  berpaling dari peringatan dan ajaran Allah. Bukan kerana rumah nya yang sempit dan gaji yang kecil. 
             
              Semua orang nak ketenangan. Tetapi  suasana sekeliling kita tidak akan membuatkan kita tenang. Sebab majoriti manusia ingkar kepada Allah, tidak beramal soleh. Lalai dan leka dengan keseronokan dunia.  Mengejar dunia yang sementara.

        Oleh itu yang penting kita kena tadabbur alquran dulu. Sebab Allah sampaikan pesananNya melalui alquran. Bukan dalam novel atau cerita2 filem. Semua ada dalam alquran baik cerita dunia mahupun cerita akhirat. Baik cerita dahulu kala maupun yang akan datang, semua ada.

 Kesimpulan.

           Tenang dan bahagia itu sifat hati. Ia hanya dapat dicapai dengan mengikut petunjuk dari Allah yang mencipta hati itu.



Padang Jawa.
10/4/23

           

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...