Langkau ke kandungan utama

45) APAKAH KEBAIKAN ITU?

Bismillah,
Salam,


        Ada orang kata ini baik itu tidak. Yang lain pula kata itu baik ini tidak. 

        Banyak orang banyak fikirannya. Masing-masing  ada pendapat masing-masing. Jadi bagaimana untuk mendapat pendapat yang benar-benar tepat tiada siapa yang boleh pertikaikan? Itulah dengan mengambil kata-kata dari Allah yang mencipta manusia.

        Lihat apa kata Allah mengenai kebaikan,

Al-Baqarah:177 - 
"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjakan  seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa."

       Kebaikan itu bukan dengan pandang ke timur atau ke barat. Tetapi kebaikan itu ialah yang pertama beriman kepada Allah. Nampak mudah tapi apa erti beriman kepada Allah? Beriman itu maknanya percaya. Bila kita beriman kepada Allah maka semua yang Allah suruh kita buat. Kalau separuh buat separuh tidak itu maknanya tak lengkap percaya . Yang suka buat yang tak suka tak buat. Itu ikut nafsu. Bukan betul-betul beriman  kepada Allah.

      Kedua, beriman kepada
hari akhirat. Apa maknanya?
Kalau kita percaya bulan 10 ini kita akan pergi Mekah, apa kita buat? Kita buat persediaan. Itu tanda percaya. Kalau percaya hari akhirat apa tandanya? Iaitu buat persiapan untuk hari akhirat dan bersedia untuk mati bila-bila masa. Buat amal dan jauhi dosa-dosa. Itu tanda beriman kepada hari akhirat. 

      Ketiga, beriman dengan malaikat. Maksudnya apa?
Pernahkah mengumpat? Masa mengumpat tu percaya tak ada malaikat mencatat? Jika mengumpat juga maknanya tak cukup beriman kepada malaikat. 
Kalau kita percaya didepan sana ada polis kita akan jalan slow dan ready lesen, sebab kita percaya. Maka jika kita percaya pada malaikat kita takut nak buat dosa dan berhenti buat dosa sebab ia sentiasa mencatit perbuatan kita.

       Kita hafal rukun iman tapi tiada praktikal. Itu seperti burung yang hafal kata- kata sahaja tapi isi kosong. Iman tidak ada makna , tak memberi kesan dalam hidup.

      Seperti kisah seorang  budak yang emaknya suruh campur air sedikit ke dalam susu kambingnya  kerana tiada orang pun tahu. Tapi budak tu kata , khalifah Umar tak beri. Jawab emaknya, khalifah Umar tiada disini. Jawab anak itu, tapi tuhan khalifah Umar tahu dan nampak kita buat apa. Itu tanda beriman kepada Allah yang maha Melihat.

         Keempat , beriman dgn alquran. Apa maksudnya?
Kita banyak buang masa buka Fb dan wassap dan lain-lain. . Tapi tiada masa nak buka alquran baca dan faham. Itu maknanya  tak percaya isi alquran. Kalau percaya kenapa tak baca dan tadabbur? Bukankah isi alquran itu semuanya benar dan rawatan bagi hati kita? 

      Kelima,   Beriman dengan para nabi.
Apa maksudnya?
Adakah kita beramal yang sama macam nabi? Seperti solat dan zikir? Kalau beriman dengan nabi kita mesti ikut cara nabi beramal bukan berbeza dengan nabi. Kalau cikgu kita ajar 2+2=4 tapi kita kata 2+2=5 maknanya kita tak percaya cikgu itu sebab itu tak ikut ajarannya. Begitu juga nabi kita Muhammad s.a.w. Kalau kita percaya dia , kita akan ikut ajarannya, nasihatnya. Bukan berlawanan dengan nya.

       Contohnya apa? Bila ada kematian orang ramai atau jiran memberi makan kepada keluarga si mati. Tapi kita terbalik, keluarga simati pula yang sediakan makanan kepada jiran-jiran.

       Keenam, menderma harta atau wang kepada yang memerlukan walaupun hati ini rasa sayang. Bila ada keperluan derma kepada orang miskin sedang kita ada duit tapi tidak mahu hulur walau sedikit, kita tak termasuk orang yang berbuat kebajikan. 

         Ketujuh , mendirikan solat dan membayar zakat. Bila azan dikumandang orang yang baik akan segera tinggalkan kerjanya dan terus solat berjemaah dimana azan di azankan. Kerana ia tahu itu panggilan Allah. Dan bila sampai nisab untuk keluarkan zakat ia akan keluarkan zakat tanpa rasa sayang keluarkan zakat. Kalau duit ada 100 ribu dalam bank, diam saja tidak dileluarkan zakat. Itu bukan kebaikan,  itu keburukan.

       Kelapan , menyempurnakan janji. Manusia dipegang pada janji. Contoh si A meminjam wang rm1000 dan berjanji akan membayar pada cukup bulan. Tapi bila cukup bulan ia buat tak tau saja . Yang memberi hutang pula perlukan duit itu juga maka itu akan menyusahkan sipemberi hutang. Allah tak suka orang yang mungkir janji walau dengan kanak- kanak.

       Kesembilan, sabar menghadapi kesempitan hidup, penyakit dan musibah yang menimpa. Tanda sabar itu ialah mulut tidak mengeluarkan kata-kata yang buruk, bila ia ditimpa musibah.Tidak menyalahkan orang lain dan tetap taat membuat amal. Jika marah- marah, memaki dan mengungkit- ungkit hilanglah pahala sabar.

      Jadi kata Allah mereka itulah orang yang beriman, berbuat kebajikan dan bertaqwa. Allah nak balas mereka nanti di akhirat dengan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Kita nak syurga dunia kena bina sendiri itupun tak sebesar mana. Kadang belum sempat menikmati syurga yang kita bina ajal pun sampai. Tinggallah syurga kita.

      Tapi Allah janji syurga yang seluas langit dan bumi. Mengalir sungai-sungai di bawahnya  lagi kekal sampai bila-bila, mengapa kita tutup mata?

       Kepada Allah kita kembali....


Padang Jawa 
21/4/23
30 ramadhan 1444

          

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

164) APAKAH TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT DILUPAKAN OLEH PARA IBUBAPA ?

Bismillah. Assalamu'alaikum,         Bila hari hujan  kita pakai baju hujan supaya tak basah. Sedangkan itu hujan je. Dan bila hari panas, kita tak tahan panas, sebab itu kita pasang khemah. Pada hal panas di dunia ini taklah sepanas di akhirat. Api di akhirat nabi kata panasnya 69 kali ganda daripada api di dunia. Di akhirat ahli neraka bukan duduk tepi api tetapi di dalam api.  Pakaian ahli neraka bajunya dari api. Kemudian dituang dari atas kepalanya air yang menggelegak. Lalu masuk ke dalam badan menghancur kan semua isi perut kemudian merebak ke kulit hingga hangus kulitnya.        Bila badan terbakar hangus sampai ke hati, Allah tukar kulit yang baru, seperti firman Allah,          Bila kulit  sudah hangus ia takkan rasa kepanasan lagi, maka Allah tukar dengan kulit yang baru. Kerana Allah mahu  ahli neraka yang dulu suka buat dosa itu terus merasa kan azab.  Sebab itu pilihan mereka di dunia dulu. Mereka tahu perbuatan mereka dulu boleh menyebabkan ma

168) BENARKAH SAHABAT NABI MEMBUAT BID'AH?

Bismillah. Assalamu'alaikum,       Ada orang yang membuat bid'ah atau amalan baru iaitu yang tidak ada di zaman nabi, berdalilkan bahawa bid'ah juga ada dibuat di zaman nabi oleh para sahabat. Jadi, mengapa pula bid'ah dilarang di zaman ini? Benarkah begitu?          Sebenarnya bid'ah tidak ada di zaman nabi  s..a. w .  Maka sebab itu, keliru besar jika ada orang mengatakan sahabat membuat bid'ah di  depan nabi lalu nabi benarkan atau izinkan. Misalnya, sahabat solat sunat selepas tiap lepas wudhu' atau membaca zikir waktu iktidal yang tak pernah dibaca nabi . Tapi nabi membenarkannya.         Sebenarnya syariah pada masa itu belum selesai, maka tidak ada yang namanya menambah - nambah . Apabila sahabat membuat sesuatu amal lalu dibenarkan nabi maka itu menjadi syariat. Ada juga yang tak dibenarkan oleh nabi maka itu tidak boleh  menjadi syariat. Syariat selesai atau lengkap  bila turun ayat ini,  iaitu pada 9hb. Zulhijjah tahun 10H,

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicintai oleh kedua  ibubapanya.  Tugas ibubapa       Maka tugas ibubapa bukan  sahaja mem