Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2025

229) BAGAIMANA KEADAAN ORANG FASIK NANTI?

Bismillah Alhamdulillah. Assalamua'alaikum,       Disebut oleh Allah swt dalam surah as Sajdah: 20,                Orang fasik berada dalam neraka , kerana tidak tahan dengan siksaan, mereka berusaha lari.  Tapi setiap kali ia lari , ia ditarik semula ke dalam neraka. L alu dikatakan kepadanya,    'Nah! Rasakan siksaan ini yang dahulu kau dustakan (tak mempercayai- nya).' Apa itu fasik?       Apa itu fasik?  Iaitu orang-orang yang melakukan dosa besar (kaba'ir)  dalam keadaan ia tahu itu dosa, tanpa bertaubat  atau  selalu terus menerus melakukan dosa-dosa kecil.        Maknanya seseorang yang mengetahui sesuatu itu haram tapi tetap dilakukannya. Ia tahu, tapi ia tetap buat, tidak ia bertaubat daripadanya. Seperti ia tahu riba' itu haram, tetap ia terlibat. Ia tahu zina itu haram, tetap ia lakukan. Ia tahu menipu, mencuri itu ha...

228) APA TANDA ALLAH NAK BERI KEBAIKAN KEPADA SESEORANG ?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,          Bila Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, maka Allah beri apa padanya? Adakah Allah beri rumah besar atau duit banyak atau isteri cantik? Jawapannya nabi s.a.w jelaskan dalam satu hadis yang pendek,       Nabi s.a.w bersabda: مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ “Barangsiapa yang Allah inginkan padanya kebaikan,  Allah akan fahamkan dia dalam (urusan) agama.” ( HR: Muslim 1037,  Bukhari:71)      Orang yang nak dapat kebaikan, tapi dia cari benda lain. Contohnya dia cari duit, tapi duit bukan semesti nya membawa kebaikan. Buktinya Qarun paling banyak harta tapi dihina oleh Allah swt. Di dunia lagi Allah azab. Nabi Muhammad s.a.w miskin tapi ia paling dicintai Allah sebab ia paling faham agama      Bila kita minta dalam solat dengan membaca ,      Maka jalan yang lurus itu ialah d...

227) APAKAH CIRI-CIRI QALBUN SALIM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,              Di dalam al quran, hati, disebut di 132 tempat. Sebahagian darinya adalah nama bagi hati yang baik seperti qalbun salim, qalbun mutmainnun, qalbun laiyid, qalbun zakirah, qalbun munif dan  sebagainya. Dan sebahagian lagi nama bagi hati yang rosak, seperti qalbun marij, qalbun qasiyah  (keras hati) dan  lain-lain.       Di sini kita nak sebut ciri-ciri Qalbun salim . Yang mana jika seseorang tak bawa qalbun salim ini ke akhirat nanti, maka harta dan anak-anaknya sedikit pun tak berfaedah nanti.  Tapi kalau ia bawa dengan  qalbun salim, harta ada faedah , anak-anak pun ada faedah.        Sebelum itu apa makna qalbun salim dari sudut bahasa? Cuba lihat surah as Syu'ara:89,       Saliim itu bermakna hati yang tetap, sejahtera dan istiqamah. Kalau perkataan saalim , itu bermakna hati yang tidak tetap....