Bismillah.

Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,
Di dalam al quran, hati, disebut di 132 tempat. Sebahagian darinya adalah nama bagi hati yang baik seperti qalbun salim, qalbun mutmainnun, qalbun laiyid, qalbun zakirah, qalbun munif dan sebagainya. Dan sebahagian lagi nama bagi hati yang rosak, seperti qalbun marij, qalbun qasiyah (keras hati) dan lain-lain.
Di sini kita nak sebut ciri-ciri Qalbun salim. Yang mana jika seseorang tak bawa qalbun salim ini ke akhirat nanti, maka harta dan anak-anaknya sedikit pun tak berfaedah nanti. Tapi kalau ia bawa dengan qalbun salim, harta ada faedah , anak-anak pun ada faedah.
Sebelum itu apa makna qalbun salim dari sudut bahasa? Cuba lihat surah as Syu'ara:89,
Saliim itu bermakna hati yang tetap, sejahtera dan istiqamah. Kalau perkataan saalim, itu bermakna hati yang tidak tetap.
Ini sifat-sifat bagi hati yang qalbun salim menurut ibnu Qayyim r.h:
1. Sejahtera dari pengaruh syahwat dan syubhat.
Hati yang terpelihara dari pengaruh nafsu syahwat yang menyalahi perintah Allah. Dan sejahtera dari syubhat-syubhat yang menyanggahi apa yang di dalam quran dan sunnah.
Apa dia syahwat? Kalau hati kita salim, kita tak terpengaruh dengan kehendak nafsu. Contohnya, bila nak makan nafsu kata ambil banyak. Tapi kalau hati yang salim, ambil sikit saja. Kalau tak cukup baru tambah. Bila nak beli baju, syahwat kata , ni ada sales. Beli 2 dapat 3. Kalau qalbun salim, beli 1 cukup. Kalau beli 3, tak pakai, Allah tanya nanti di akhirat.
Bila kita buat apa-apa saja, jangan dipengaruhi oleh nafsu. Itu qalbun salim.
Syubhat pula apa ? Iaitu sesuatu yang meragukan, betul atau salah, sunnah atau bid'ah? Yang syubhat dia buat saja tak kira betul atau salah. Tapi kalau qalbun salim, dia tanya dulu , ini nabi buat atau tak? Kalau buat, dia buat. Kalau nabi tak buat, dia stop.
Bagi orang yang syubhat, ia ber kata, buat sajalah, bukan salah pun. Kata ibnu Qayyim , jangan cakap apa yang nabi tak cakap, jangan buat apa yang nabi tak buat. Sebab Allah berkata,
Allah kata, jangan mendahului Allah dan rasul, dalam berkata apa-apa, dalam berbuat apa-apa. Fikir samada Allah redha atau tidak, nabi buat atau tidak? Kalau nabi tak buat, Allah kata jangan buat.
Iaitu hanya buat apa yang Allah suruh dan yang nabi buat. Itu maknanya jangan ikut syubhat, iaitu benda yang tak pasti, benda yang tiada dalil. Itu tanda qalbun salim.
Tapi kalau dia cakap apa saja, buat apa saja, yang penting orang tak kutuk dia dan orang puji dia. Ini qalbun tak salim. Nanti kalau aku tak buat, orang tak suka. Tak mengapa, janji Allah suka , itulah qalbun salim.
Sekarang banyak amalan dalam masyarakat yang bukan daripada nabi. Kita tahu, tapi kita kata, kalau tak buat nanti kena pulau. Akhirnya kita raikan, maka itu qalbun tak salim. Kita lebih nak jaga orang lebih daripada Allah dan rasul. Bukan senang, sebab itu nak masuk syurga bukan senang. Syurga itu hak tuhan, bila nak masuk kena ikut pemiliknya, jangan ikut kehendak orang ramai. Orang ramai tak boleh bagi syurga kepada kita, Allah yang bagi syurga kepada kita. Jadi, ikut apa yang Allah perintah, apa yang nabi buat.
2. Cinta akhirat lebih daripada cinta dunia
Dan selalu rindu kepada akhirat. Dunia sementara, akhirat itu kekal. Bila orang cinta dunia yang sementara, yang akan binasa daripada benda yang kekal, waras- kah dia? Tak.
Kenapa begitu? Kerana dunia ini sementara , akhirat yang kekal abadi. Dunia ini berapa lama? Kita hidup antara 60 ke 70 tahun biasanya. Dunia ini dibandingkan dengan akhirat , Allah kata di surah an Nazi'at: 46,
Bila orang tak beriman mati, baru ia tersedar bahawa mereka hidup itu hanya selama waktu petang atau sepagi. Jadi, yang kita kejar dunia pagi petang, sampai tua, sampai berpenyakit, rupa-rupanya yang kita kejar itu hanya sepagi atau sepetang sahaja. 70 tahun itu kita sedar hanya beberapa jam, bila kita akan sedar? Bila mati. Kenapa?
Sebab bila mati kita akan pergi ke tempat yang kekal abadi. Bila masuk waktu yang kekal abadi⁹⁹⁹ dibanding dengan 70 tahun, 70 tahun itu hanyalah sebentar. Jadi, kenapa kita habiskan masa nak kejar masa yang sepagi atau sepetang lalu kita terlepas dari masa yang kekal abadi. Sampai tak sempat baca quran, baca pun tak faham, umur dah 60.
Osman bin Affan r.a, dia kaya, dia khalifah, tapi dia khatam al quran seminggu sekali. Katanya hari yang paling ia benci ialah hari yang ia tak sempat baca quran. Dengan dia selalu baca quran adakah dia miskin? Tidak. Dengan dia baca quran adakah dia tinggalkan dunia? Tidak, bahkan dia jadi ketua negara.
Kita khatam quran berapa kali? Setahun sekali. Dengan khatam sekali setahun , sebab apa? Sibuk dunia. Dengan kita sibuk dunia adakab kita lebih kaya dari Osman r.a? Tidak. Kita perdana menteri tidak, YB pun tidak, ketua kampung pun tidak, tapi tiada masa nak baca quran. Qalbun kita tak salim.
Sebab apa tak salim? Sebab qalbun salim mesti cinta akhirat. Bila cinta akhirat ia banyak masa dengan al quran. Bila cinta dunia, memang tiada masa nak baca quran. Masak, kemas rumah, handphone, siram pokok, berjalan, main cucu, betul atau tidak?
Kita ini jauh dengan tabiat para sahabat. Mereka sentiasa sibuk dengan quran tapi mereka kaya juga. Kita tak baca quran, tak kaya juga. Abu Bakar , Osman r.a kaya , tapi banyak sumbangan kepada Islam. Kita apa sumbangan pada agama kita? Maknanya hati kita masih belum qalbun salim.
Kisah Abu Bakar bin Habib, ketika ia nazak nak meninggal, ia adalah guru, pendakwah ia sebaik-baik guru. Bila dia nazak, kawan-kawannya berkata kepada nya , tolong beri wasiat kepada lami. Maka katanya, aku wasiatkan dengan 3 perkara;
1. Sentiasa bertaqwa kepada Allah sepanjang masa.
2. Muraqabah Allah ketika berseorangan .
Kita nampak bagus jika depan orang tapi bila sorang-sorang kita lain. Depan orang elok je tahan marah, bila balik rumah, orang terkejut tengok dia pemarah. Sebab ada orang nampak baik, bila di belakang ia berubah. Sebab itu nabi kata orang yang dapat perlindungan di mahsyar, salah satunya, ia berzikir ketika seorang sampai menangis. Kalau zikir ramai-ramai, menangis ramai, itu tak termasuk.
3. Berhati-hati lah saat seperti aku sekarang, iaitu saat nazak. Pastikan kamu istiqamah beriman. Kerana mati itu tak tentu masanya. Ada mati muda, ada mati tua, ada suami bunuh isteri dan sebagainya.
Sebab itu nabi kata orang paling cerdik ialah orang sentiasa ingat mati lalu ia bersiap untuk mati.
Kemudian Abu Bakar bertanya orang kelilingnya, dahi ku berpeluh atau tidak? Jawab , berpeluh. Katanya, alhamdulillah aku harap aku mati sebagai orang yang beriman. Sebab nabi pernah bersabda,
"Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya."
[Hadith riwayat al-Tirmidzi: (982)]
Jadi, orang yang qalbun salim itu melihat dunia macam tak lalu sahaja. Ia mahu akhirat sahaja.
3. Hati bersih dari sifat dengki, dendam, benci, termasuk tidak sayang pada saudaranya.
Ini nabi sebut dalam satu hadis,
"Sesiapa suka jauh dari api neraka, dan suka nak dimasukkan ke syurga, maka hendaklah ia pastikan ia mati ia betul-betul beriman kepada Allah dan hari akhirat, bersangka baik kepada Allah ( redha dengan takdir Allah), hendaklah ia mendatangi orangramai sebagaimana ia suka orang berbuat kepadanya, ( tidak mementingkan diri sendiri baik hal dunia atau hal akhirat)."
4. Semakin dekat kepada Allah.
Bila seseorang cinta akhirat dan tak suka dunia, kesannya ia semakin dekat dengan Allah dan semakin lari kepada Allah dan rasa lazat beribadàh.
Jika sebelum ini ia solat tak khusyu', tapi selepas ia bersihkan hati, ia solat awal, solat khusyu', baca surah baru, ayat baru dia hafal, supaya ia semakin seronok beribadàh. Sebab itu kata ulama, syurga itu ada dua. Satu syurga di akhirat, dan satu lagi syurga di dunia. Di mana syurga di dunia?
Iaitu di hati. Tapi macamana? Iaitu tenang menerima takdir dan sabar. Maknanya kalau Allah timpakan musibah padanya , ia boleh senyum. Berlaku saja, ia berkata alhamdulillah 'ala kulli hal.
Dengan membacanya, dapat pahala dan kedua ia menunjukkan kita bersangka baik kepada Allah, pasti ada hikmahnya. Mungkin selama ini aku lagha, lupa Allah, bila ditimpa musibah baru ingat Allah balik. Alhamdulillah. Bukan senang tu.
Ada salafussoleh bila ia ditimpa musibah ia kata alhamdulillah 4 kali. Kenapa 4 kali? Inilah qalbun salim. Bila ditimpa musibah, yang ia nampak Allah ampunkan dosa, kedua, dengan sabar dapat pahala. Sebanyak mana pahala itu? Iaitu tiada had. Seperti dalam surah az Zumar: 10,
Ketiga, Allah beri musibah kita tak seteruk orang lain. Orang lain ada lagi teruk. Keempat, Allah tak beri musibah dalam bab agama. Musibah bab dunia sahaja. Apa kah musibah bab agama? Seperti malas nak solat, solat tak khusyu', malas baca quran, baca quran tak faham, mengantuk bila baca quran.
Kalau dibanding mana musibah lebih teruk? Kaki patah tapi tetap baca quran dengan malas baca quran. Manusia itu sangat tak nak sakit fizikal. Sedangkan sakit yang paling bahaya ialàh sakit qalbu. Tapi dia tak rasa.
Banyak sahabat mati di medan perang. Tapi tetap berlumba nak pergi, kenapa? Sebab itu laluan ke syurga dengan mudah. Dan ada sahabat yang akan banyak kesan luka dibadannya tapi tak mati di medan perang. Baginya itu satu kerugian.
5. Sentiasa berdakwah.
Ini tanda ia sayang saudaranya. Lihat surah as shaffat: 84,
Ini pujian Allah kepada nabi Ibrahim a.s. yang datang kepadaNya dengan hati yang sejahtera ( salim). Hatinya yang sejahtera itu antara amalnya ialah dakwah seperti ayat seterusnya,
Pertanyaan nabi Ibrahim itu bermaksud sebenarnya dia buat apa? Iaitu berdakwah. Dakwah kepada siapa? Kepada ayah dan kaumnya.
Jadi, apa kaitan ayat 84 ( hati sejahtera) dengan ayat 85 (dakwah) ? Iaitu kalau hati kita sejahtera maka kita pun tak mahu hati orang lain ada syirik , ada bud'ah, maka kita kena sampaikan dakwah. Maknanya kalau belum berdakwah, hati belum sejahtera.
Sebab itu hati para nabi semua sejahtera. Apa kerja semua para nabi? Dakwah. Maka itu tanda hati yang sejahtera ( qalbun salim). Bahkan nabi Muhammad s.a.w tiada masa rehat semata-mata nak selamatkan umatnya.
Dengan erti kata lain, kalau kita mengaji sorang-sorang, solat sorang-sorang , pergi umrah sorang-sorang, tak peduli orang lain, itu bukan qalbun salim. Tapi qalbun selfish.
Siapa yang ibadat sorang-sorang, yang penting dia solat, yang penting dia belajar, aku tak kacau orang, orang pun tak kacau àku, maka neraka akan kacau dia nanti.
Sehingga nabi Ibrahim sanggup dibakar demi nak selamatkan akidah orang. Yang penting jangan orang lain dibakar dalam api neraka. Itu qalbun salim. Jangan kita fikir aku nak rehat, aku nak duduk dalam air-cond, duduk dalam kelas je. Tak peduli pada orang maka kamu takkan selamat.
6. Sentiasa duduk di majlis- majlis ilmu dan bersama orang-orang soleh.
Kalau hatinya qalbun salim dia takkan duduk di tempat lagha, tempat lepak, tempat buang masa. Sebaliknya dia akan duduk di majlis yang ada faedah. Seperti majlis ilmu.
Duduk dengan orang soleh supaya jika kita tak tahu boleh tanya dia, kalau lupa dia boleh ingatkan. Itu qalbun salim.
Maknanya dia pilih kawan. Kata nabi,
“Seorang laki-laki itu bergantung dengan agama teman pergaulan- nya (sahabat rapat), maka hendak lah seseorang melihat siapa yang menjadi teman pergaulan.”
(Hasan Sahih Riwayat Abu Daud, 4833)
Kalau kawannya itu jenis buang masa, melepak, mengumpat, maka kamu akan jadi macam itu. Jadi, qalbun salim kena pilih kawan yang soleh, sentiasa ingat àkhirat, yang ingatkan bila lupa, betulkan bila salah. Tapi bukan bermakna ia tinggalkan yang jahat. Yang jahat ia berdakwah yang baik ia berkawan.
Ada banyak lagi sifat qalbun salim. Kalau dengan 6 sifat ini, sudah cukup untuk dapat qalbun salim . Bila qalbun salim kita akan berjumpa dengan Allah dengan sejahtera. Dan akan dimasukkan ke syurga Allah swt.
Oleh itu jangan duduk diam, sampaikan ke orang terdekat walauoun satu ayat. Jangan fikir apa dia kata tapi fikir lah nak dapat hati yang sejahtera. Dia tak mahu terima itu masalah dia dengan Allah. Masalah kita ialah kita dah sampaikan.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Ust. Abdul Muein.
Klang .
24/2/25
Ulasan
Catat Ulasan