Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Mari kita pelajari satu perintah Allah dalam al quran yang ditujukan kepada orang-orang yang mengaku beriman dalam surah an Nur: 30, Di dalam ayat ini Allah suruh nabi katakan kepada orang-orang yang beriman supaya menjaga pandangan. Ia berbeza dengan sesetengah ayat lain seperti , Tidak ada perkataan lilmukminin di dalam ayat ini walaupun permulaannya sama. Kenapa ayat yang atas ada perkataan lilmukminin ? Apa tujuan Allah letak perkataan lilmukminin? Kalau terus buat ayat 'Katakan supaya tundukkan sebahagian pandangan' pun boleh . Tapi kenapa Allah letak perkataan lilmukminin? Ahli tafsir mengatakan bahawa sebabnya ialah bila seseorang tundukkan pandangan, itu bermakna ia seorang mukmin atau orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat....