Langkau ke kandungan utama

195) MENGAPA WAJIB JAGA PANDANGAN?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,


       Mari  kita pelajari satu perintah Allah dalam al quran yang ditujukan kepada orang-orang yang mengaku beriman dalam surah an Nur: 30,

      Di dalam ayat ini Allah suruh nabi katakan kepada orang-orang  yang beriman supaya menjaga pandangan. Ia berbeza dengan sesetengah ayat lain seperti ,

    Tidak ada perkataan lilmukminin di dalam ayat ini  walaupun permulaannya sama. Kenapa ayat yang atas ada perkataan    lilmukminin?

     Apa tujuan Allah letak perkataan lilmukminin? Kalau terus buat ayat  'Katakan supaya tundukkan sebahagian pandangan' pun boleh . Tapi kenapa Allah letak perkataan lilmukminin?

       Ahli tafsir mengatakan bahawa  sebabnya ialah bila seseorang  tundukkan pandangan, itu bermakna ia seorang mukmin atau orang yang beriman  kepada Allah dan hari akhirat.  Jika ia tak mahu tundukkan pandangannya dari melihat yang haram, ia masih belum cukup syarat  untuk menjadi seorang mukmin. 

      Kenapa ia tak disebut seorang muslim? Tetapi orang beriman? Sebab mukmin itu maknanya beriman. Dengan  iman itulah datangnya amal seseorang. Bila ia ada iman, maka dengan  iman  itu ia menjaga pandangannya. Kalau imannya lemah ia tak dapat mengawal pandangannya. 

    Manakala muslim itu maknanya orang yang menyerah , tunduk, iaitu tunduk kepada Allah swt.  Untuk tunduk perlu ada iman dahulu. 

     Sesudah beriman , iaitu percaya dengan  Allah dan perintahnya, barulah boleh tunduk kepada perintah-perintah Allah. Kalau iman  tidak ada  atau iman  lemah, bila orang tak nampak, dia langgar perintah Allah. Orang puasa sebab ia ada iman  kepada Allah, walaupun orang tak nampak dia tetap tak makan.  Sebab itu perintah puasa, ayatnya berkait dengan orang beriman juga,

        Kenapa kita tetap puasa walaupun ada makanan yang sedap depan mata? Sebab kita beriman kepada perintah Allah swt tadi. 

        
Suruhan Allah

     Maka Allah suruh nabi perintah- kan umatnya jaga pandangan .Bila kita dapat jaga pandangan  , itu maknanya kita  sudah ada iman dalam hati kita. Sebab kalau kita tak kuat iman, mata  tak dapat nak kawal. Semua kita nak tengok samada yang di luar rumah, dalam tv atau dalam handphone. Semua kita tengok kalau iman  tak kuat. 

    Maka sebab itu kita check lah diri kita duduk di mana?  Dapat jaga atau tak dapat jaga pandangan.


Sebahagian pandangan

     Adakah semua yang dilarang lihat, kita tak boleh pandang? Lihat ayat ini,


     Perkataan min itu maknanya sebahagian. Maksudnya sebahagian  pandangan , ada sebahagian yang kita boleh pandang.  Asalnya setiap yang haram atau yang merosak hati seorang lelaki itu dilarang melihatnya. Tetapi bila ada hal-hal tertentu seperti doktor yang ingin merawat, atau imigresen  yang kena mengenali muka seseorang atau lain-lainnya, maka itu boleh dilihat. 


Kenapa wajib jaga?

       Kenapa pandangan wajib dijaga? Sebab permulaan  maksiat zina itu ialah dari pandangan. Dengan  pandangan yang tak terkawal akan membawa kepada maksiat seterusnya.  Sehingga nabi s.a.w  bersabda , bahawa beliau jamin syurga bagi orang yang menjaga 6 perkara ini iaitu,

     Dari Ubadah bin ash-Shamit bahwasanya Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda : 
    “Jaminlah enam perkara dari kalian untukku niscaya aku jamin bagi kalian syurga :
    Jujurlah apabila kalian berbicara, tepatilah (janji) apabila kalian berjanji, tunaikanlah (amanat) apabila kalian diberi amanat, jagalah kemaluan kalian, tundukkanlah pandangan kalian dan jagalah tangan-tangan kalian.” (Hadis sahih li ghairihi riwayat Ahmad & Ibnu Hibban)

 Iaitu:
1.  Berkata yang benar saja
2. Tepati janji
3. Menjaga amanah, tidak khianat
4. Jaga kemaluan dari zina
5.  Menjaga pandangan dari yang diharamkan
6. Menjaga tangan dari mengambil yang haram.


        6 perkara ini tidak dapat dijaga kecuali dengan adanya iman yang kuat.   Mengenai zina   nabi s.a.w ada bersabda ,

     Rasulullah SAW bersabda: 

       "Setiap anak Adam ada bahagiannya daripada zina, kedua-dua mata berzina dan zina keduanya adalah melihat (kepada sesuatu yang haram). Kedua-dua tangan berzina dan zina keduanya adalah memegang (kepada sesuatu yang haram atau menggunakannya secara salah). Kedua-dua kaki berzina dan zina keduanya adalah berjalan (ke tempat yang haram). Mulut berzina dan zinanya adalah mengucup (sesuatu yang haram). Hati menginginkan sesuatu dan kemaluan akan membenarkannya (iaitu dengan melakukan zina) atau mendustakannya (dengan tidak melakukannya)."
 (Hadis Riwayat Imam Muslim dan Imam Al-Baihaqi)

       Semua anggota terlibat dengan zina bila ada perhubungan dengan orang yang berlainan jantina. Permulaannya ialah pandangan mata. Itu dinamakan zina mata, bila mendengar kata-kata maka itu zina telinga, memegang dengan tangan itu zina tangan. Begitu pula dengan kaki, mulut dan hati. Itu semua menjadi  benar-benar berzina bila ia membenarkannya  dengan kemaluannya.  Maka semua ini bergantung kepada iman seseorang.

     Maka jika hendak mengawal faraj, hendaklah ia mengawal pandangannya. Jika tidak, maka itu bahaya kepada dirinya kerana  boleh membawa kepada zina. 


Apa hasilnya?

     Apa hasilnya bila dapat menjaga pandangan dan faraj? Iaitu kata Allah,

      Iaitu bila dapat jaga kedua-duanya , itu sesuatu yang bersih, suci dan subur bagi kamu. 

     Apa yang bersih dan subur itu? Iaitu iman kita bersih, dan iman kita subur. Bila iman bersih dan subur maka ia suka untuk beribadah kepada Allah. Ia rajin beribadah. Senang nak solat sunat, puasa sunat, hadir majlis ilmu dan sebagainya.  Imannya akan meningkat naik. 

   Tapi bila pandangan dan faraj tak di jaga, imannya akan kotor dan terbantut. Ia malas ibadah,  tak seronok ibadah, payah nak baca quran ,   tak seronok pergi majlis ilmu dan sebagainya.


Niat kita

    Kalau kita usaha jaga pandangan bersungguh-sungguh,  walau orang tak nampak, maka Allah sudah tahu niat kita.  Kalau kita usaha tapi tak sengaja nampak juga maka Allah tahu niat kita yang ingin menjaga pandangan itu. 

     Tapi jika semasa beramai kita jaga pandangan, tapi bila berseorangan kita lepaskan semua pandangan kita, Allah  tahu walaupun orang tidak tahu. Sebab Allah kata,

   
     Sebab itu kita beriman  bahawa Allah itu maha mengetahui apa saja yang kita kerjakan. Bila kita beriman Allah maha mengetahui, maka kita akan  takut kepada Allah sewaktu di dalam ramai atau dalam berseorangan.   Takut membuat sebarang maksiat.



Semoga bermenafaat. 



Dari kuliah  Ust. Yob Hamid.
Klang
30/8/24

     
     

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

444) APAKAH PANDUAN MEMBERI SALAM?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Anjuran Memberi Salam     Apakah dalil anjuran memberi salam?     Iaitu satu hadis yang  masyhur daripada Abdullah bin Salam r.a. ketika Nabi SAW baru tiba di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:  “Wahai manusia!   Sebarkanlah salam,   beri makan (kepada orang lain),   sambunglah silaturrahim,    dan solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,   nescaya kamu masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad – sahih)    Dalam hadis ini ada empat arahan Nabi SAW: 1. Sebarkan salam ( أفشوا السلام ) 2. Beri makan ( أطعموا الطعام ) 3. Sambung silaturrahim ( صلوا الأرحام ) 4. Solat malam ketika manusia tidur ( صلوا بالليل والناس نيام ) Apakah ganjarannya?     Iaitu  “Kamu akan masuk syurga dengan aman.” Kita fokus kepada bab memberi salam. Apa panduan dalam memberi salam?   Berikut hadis-hadis utama sebagai p...

439) APAKAH AMALAN TERBAIK BAGI UMUR 60-AN?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum, Umur 60-an...      Berada pada usia 60-an adalah fasa yang sangat mulia dalam Islam — fasa “usia peluang terakhir” (umur i‘tidzār), di mana seseorang lebih dekat dengan akhirat, tetapi masih sempat mengumpul pahala yang besar. Rasulullah ﷺ bersabda:    “Allah telah memberi uzur (alasan kuat) kepada seseorang yang dipanjangkan umurnya sehingga mencapai enam puluh tahun.” (HR al-Bukhari) Maksudnya:     Allah sudah memberi cukup masa untuk seseorang kembali kepada-Nya dengan amal yang terbaik. Amalan Paling Baik    Berikut amalan paling baik untuk usia 60-an, berdasarkan nas-nas syarak dan panduan ulama: 1. Taubat yang sungguh-sungguh    Ini amalan teragung pada usia 60-an. Allah berfirman:     “Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada siapa yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha: 82)   ...

343) BAGAIMANA MEMBACA SURAH AL MULK SECARA SUNNAH?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum, Membaca Surah Al Mulk     Membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah sunnah berdasarkan beberapa hadis sahih yang menunjukkan amalan ini diamalkan oleh Nabi ﷺ dan memberi manfaat besar kepada orang yang mengamalkannya. Dalil dari Hadis    Terdapat hadis sahih yang menganjurkan membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur:    Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda:    "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Qur’an yang terdiri daripada tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada orang yang membacanya hingga diampunkan dosanya, iaitu: ‘Tabaarakalladzii biyadihil-mulk’." (HR. Abu Dawud, Tirmizi, Ibn Majah – hadis hasan sahih) Dalam riwayat lain:  "Nabi ﷺ tidak tidur melainkan setelah membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk."  (HR. Tirmizi dan Ahmad – dinilai sahih oleh al-Albani) Amalan Sunnah Sebelum Tidur    Jadi, membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur adalah termasuk dalam ama...