Bismillah.
Alhamdulillah,
Assalamu'alaikum
Allah ada mengatakan bahawa ada manusia mengambil hawa nafsunya sebagai illah. Maknanya mereka sanggup membuat apa saja untuk memenuhi kehendak hawa nafsunya sehingga mereka sanggup meninggalkan perintah Allah.
Itu bermakna mereka menjadikan hawa nafsu itu lebih besar dari perintah Allah. Akhirnya mereka tinggalkan perintah Allah dan ia jadikan hawa nafsunya sebagai raja yang disembah sehingga mereka sanggup meletak ALLah di belakang dan meletak hawa nafsunya di depan.
Tutup telinga
Dan apabila ia diajak berubah dengan cara mari kita mengaji, mari kita mendengar ayat quran, maka yang pertama mereka tutup ialah telinga mereka. Mereka tak mahu dengar dan itulah menjadi penyebab mereka jauh dari hidayah Allah iaitu apabila mereka tak mahu lagi mendengar ayat-ayat Allah, kalimah-kalimah Allah, majlis-majlis ilmu, dan cerita-cerita yang berkaitan dengan agama. Mereka tutup telinga, buat pekak badak, seolah-olah dia dah tahu semua, seolah-olah dia tak perlu lagi bimbingan-bimbingan, terutama bimbingan wahyu.
Maka Allah kata, ' Kalaulah mereka sudah menutup telinga begitu, mereka tak mahu dengar lagi hidayah daripada Allah, maka dia nak cari hidayah mana lagi? Siapa lagi yang boleh memberinya hidayah kalau ayat Allah pun dia tak mahu dengar ? Bimbingan siapa mereka nak dengar? Al quran pun dah menyampah , kalam Allah pun tak mahu dengar, kalam siapa lagi atau kalam siapa yang boleh menyedarkan mereka? Melainkan kalam syaitan. Maka mereka menyembah syaitan waktu itu, maka Allah berkata,
Mengapa mereka tak mahu berfikir tentang ini ? Jadi, marilah sama-sama kita berfikir. Ini adalah arahan Allah, jangan sampai kita mencari selain dari bimbingan Allah.
Hidup di dunia saja?
Bila tiada bimbingan wahyu maka mereka menggunakan akal mereka saja. Kata mereka, 'Mana ada hidup lagi selepas mati.' Maka kali ini Allah menceritakan pula dalam surah al Jatsiah: 24 ,
Orang yang mengikut hawa nafsu berkata dalam keadaan jahil , bahawa kehidupan ini hanyalah kehidupan di dunia sahaja. Tidak ada hidup lagi selepas itu. Hidup kemudian mati. Kita mati ini hanya kerana masa. Mereka tak kata mati itu kerana Allah. Tapi kerana masa, sampai masa kita pun mati.
Inilah yang dinamakan fahaman atheis atau freethinker. Iaitu orang yang tak percaya adanya kuasa Tuhan. Semua berlaku kerana masa. Sampai masa ia jadi. Seperti anak pokok yang hidup dari benih , bercambah, naik lagi dan mengembang, tumbuh membesar dan sampai masa ia pun mati. Tidak ada yang menciptakannya, kata mereka.
Bila dia menetapkan begitu, maka dia meletakkan yang ber- kuasa ialah masa. Kalau berlaku tak baik pun dia akan salahkan masa. Tapi Allah melarang kita memaki masa. Kerana marah kepada masa bererti marah kepada Allah. Nabi bersabda mengenai hal ini,
Dalam riwayat Muslim:
“Allah Azzawajal berfirman, ‘Anak Adam telah menyakiti-Ku, dia berkata, ‘Alangkah celakanya masa.’ Maka, janganlah salah seorang dalam kalangan kalian mengatakan, ‘Alangkah celakanya masa.’ Sesungguhnya Akulah masa, Akulah yang membolak-balikkan waktu malam dan siangnya. Apabila Aku kehendaki, Aku akan mematikan kedua-duanya.’”
Begitu juga jangan kita marah- kan hujan, atau panas matahari atau apa saja yang diturunkan Allah. Bila berlaku yang baik nabi ajar baca ,
Dan kalau dapat benda yang tak baik nabi ajar baca,
Alhamdulillah itu semua takdir Allah. Duduk di India, tapi Allah takdirkan mati di Jalan Masjid India. Maka ia pasti datang ke tempat ia mati.
Gunakan masa hidup
Disebabkan masa itu menentu- kan segalanya kata mereka, maka mereka fikir, sebelum datang masa itu habis, katanya , gunakan masa hidup ini semaksima mungkin. Enjoy, hidup hanya sekali, born to be free....
Kerana hidup hanya sekali , jangan bazirkan umur, gunakan untuk enjoy semaksimanya kerana tidak ada lagi kehidupan selepas ini. Kalau nak enjoy lama maka jaga kesihatan , buatlah apa pun, asal jadi sihat, berapa harga ubat pun beli. Sebab apa? Sebab nak kuat , nak enjoy. Kalau dah sakit dah tak boleh nak enjoy...
Inilah fahaman yang ditanam, dipasak dalam kepala kita. Masa lah yang menentukan kita, katanya
Bahasa atheis
Ini semua adalah bahasa-bahasa atheis, bahasa free thinker. Katanya masa yang menentukan kita bukan Allah yang menentukan. Inilah akibat meninggalkan petunjuk al quran.
Sebab apa mereka berkata begitu? Kerana mereka tidak ada ilmu. Ilmu apa yang tidak ada? Iaitu ilmu wahyu, bimbingan dari Allah iaitu al quran. Yang mereka kata itu hanya sangkaan atau agak-agakan sahaja.
Datangkan datuk-nenek kami
Mereka mahukan bukti kebenaran kata-kata nabi , dengan sebab itu Allah berkata lagi ,
Apabila Allah terangkan melalui al quran bahawa kita ini dilahirkan ke dunia, hidup, kemudian mati dan dikembalikan kepada Allah, Allah terangkan dengan jelas. Bila mendengar kan ini, mereka tidak mampu melawan dengan hujah yang benar. Oleh itu apa yang mereka buat?
Iaitu katanya, 'Jika benar ada hidup lagi selepas mati, bawalah kembali datuk nenek kami yang telah mati dahulu ke depan kami.'
Jika begitu kata mereka, maka Allah pesan kepada nabi supaya katakan begini, " Yang memati dan menghidupkan lalu menghimpun- kan kamu di hari kiamat ialah Allah."
Iaitu Allah lah yang menghidup kan kamu , mematikan kamu dan mengumpulkan kamu nanti di akhirat. Bukan kita manusia. Bukan kita manusia yang boleh meng- hidupkan orang mati. Allah yang menghidupkannya. Oleh itu minta lah pada Allah. Lagipun hidup semula itu di akhirat bukan di dunia ini. Oleh itu tunggulah di akhirat nanti, pasti tahu jawapannya.
Sudah terang dan jelas Allah beritahu. Kenapa tak mahu percaya lagi? Allah yang hidupkan kita, matikan kita, jadi, apa masalahnya kalau Allah nak hidupkan semula? Lagipun itu berlaku di akhirat bukan di dunia. Jadi, di dunia ini tidak dapat kita menyaksikannya kecuali bila dah sampai di akhirat. Tapi banyak manusia tak dapat faham atau tak mahu faham.
Milik Allah
Sesudah Allah berkata bahawa Allah akan menghidupkan kita kembali di akhirat nanti, Allah tambah lagi kataNya,
Sebelum ini Allah kata Dia yang menghidupkan dan mematikan makhluk. Sekarang Allah tambah lagi bahawa Dia yang memiliki langit dan bumi. Kita ini juga milik Allah, sebab itu bila orang mati kita kata,
' Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali.'
Oleh kerana alam dan kita ini milik Allah, maka terpulanglah kepada Allah apa Dia nak buat. Kalau Dia nak hidupkan kita kembali itu mudah saja bagi Nya.
Atau bila Allah nak kiamatkan dunia ini.
Orang-orang yang rugi
Dan bila Allah bangkitkan kita kembali, orang-orang yang membuat perkara batil di dunia ia akan kerugian. Apakah yang batil itu?
Iaitu imannya yang batil, iaitu tak sama seperti yang nabi ajarkan. Dan juga amalnya yang batil tak sama seperti yang nabi syariatkan. Iaitu mereka khilaf dari petunjuk Allah, petunjuk al quran. Orang ini tidak beruntung bahkan rugi semata-mata.
Keadaan orang yang buat kebatilan
Apakah keadan orang yang membuat perkara batil di hari kiamat nanti? Allah terangkan lagi,
Keadaan orang yang membuat kebatilan di dunia dulu , ia lembut lutut bila berada di hadapan Allah. Sebab apa? Sebab mereka disuruh melihat kitab yang dibawa nabi masing-masing. Apakah sama akidahnya, adakah sama amalnya seperti yang diajar nabi dalam kitab itu?
Kitab yang kedua ialah kitab amalan masing-masing. Bila dibuka tiada satu pun yang tertinggal samada yang baik ataupun yang buruk., semuanya ditulis. Tiap solat kita ditulis, cukup atau tidak? Ikut sunnah atau tidak? Ataupun mengikut orang sahaja?
Kata ibnu Kathir dalam tafsirnya,
' Ketika mereka digiring ke neraka jahannam, semua orang berlutut, sehingga nabi Ibrahim a.s pun berkata, Selamatkan diriku, diriku. ' Seorang kekasih Allah pun takut pada waktu itu, sedangkan dia kekasih Allah.
' Nabi Isa juga berkata, Aku tidak meminta di hari ini kecuali keselamatan diriku,' Ibunya Maryam pun ia lupa. Ia minta untuk dirinya saja. Begitulah, masing-masing amat takut pada hari itu.
Cuma kita ini, yang tak mengaji , yang tak tahu , tiada rasa takut , macam confirm masuk syurga. Padahal nabi Ibrahim dan nabi Isa pun takut pada hari itu. Kerana pada hari itu sudah nampak azab neraka . Sudah benar-benar yakin, haqqul yakin. Waktu itu masing-masing takut hingga tak mampu berdiri
Balasan apa yang dikerjakan
Setelah catatan amal dibuka dan dibaca, apa tindakan Allah kepada jin dan manusia seterusnya?
Iaitu Allah balas apa yang kamu kerjakan dulu semasa hidup. Dari ayat ' Amal yang kamu kerjakan', maka , maksudnya kita kena beribadah, beramal sendiri. Bukan harapkan ibadah orang, ibadah orang tak sampai kepada kita. Dia harap, bila dah mati upahlah budak-budak tahfiz baca kan quran untuk dia. Tapi dia lupa, budak tahfiz baca itu amalnya sendiri . Nak pahala kena baca sendiri. Bukan boleh upah orang. Kalau kita hendak balasan pahala dari Allah kitalah yang beramal sendiri.
Kita suruh orang beratib untuk kita sebab ada makan. Kalau tiada makan, tok imam yang cabut dulu. Kita tak dapat apa pun bila upah orang buat untuk kita. Yang orang baca quran itu di akhirat nanti ingat dia nak bagi kita? Tak mungkin, sebab jika di dunia pun dah kedekut, di saat pahala cukup penting masa itu, takkan ada orang nak beri pahalanya kepada kita. Oleh sebab itu, kita akan dibalas dari amal yang kita sendiri lakukan.
Yang kedua, jika kita beramal pastikan amal itu jangan rosak, jangan batal. Pergi bawa amal yang banyak tapi semua ditolak, jadi muflis. Sebab apa? Sebab masa di dunia banyak aniaya orang, zalimi orang, umpat keji orang, maka habis pahala pergi ke orang tersebut.
Amal yang terbatal
Ataupun kita buat amal yang banyak, puasa , sedekah, umrah dan sebagainya , tiba-tiba kita buat syirik, percaya kepada tangkal, percaya kepada azimat atau meminta kepada orang yang sudah mati. Dengan membuat satu syirik maka terbatal semua amalan kita. Habis pahala yang dikumpul, apa yang ada yang nak dibawa nanti?
Kenapa boleh jadi begitu? Sebab kita tak tahu, tak mengaji punya pasal. Akhirnya inilah akibatnya.
Kitab catatan
Seterusnya Allah berkata,
Allah kata inilah kitab Kami. Kenapa kitab Kami? Maksudnya ialah , itulah kitab yang Allah catat , bukan kita yang catat. Sebab kalau kita catat, kita catat yang baik-baik saja. Tapi ini tidak, semuanya Rakib dan Atid catat samada yang kecil ataupun yang besar.
Sebab itu Allah berkata , ini kitab daripada Kami yang akan berkata-kata kepada kamu dengan kebenaran. Tidak kurang tidak lebih. Apa-apa yang kamu kerjakan, semua ditulis sebagaima kata Allah dalam surah al Kahfi,
Dalam kitab itu semuanya dicatat, baik yang kecil maupun yang besar. Tidak ada yang tertinggal. Sehingga takutlah orang yang berdosa bila membacanya.
Semua yang kita buat, sikit atau banyak semuanya ada balasannya.
Balasan kepada orang beriman
Selepas di buka kitab masing-masing , apa balasan kepada orang yang beriman? Lihat apa kata Allah,
Orang beriman itu apa tandanya? Tandanya ia menjauhi kesyirikan dan kekufuran. Dan ia beramal soleh. Bagaimana pula amal yang tak soleh? Iaitu amalan bid'ah. Sebab itu kita mesti jauhi amalan bid'ah sebab ia amalan yang batil.
Rahmat Allah
Orang yang beriman dan beramal soleh , Allah masukkan ke dalam rahmatNya. Rahmat Allah itu ialah syurga Nya. Kerana dalam hadis dikatakan,
"Syurga dan neraka berbantah-bantahan. Neraka berkata: 'Orang-orang congkak dan sombong memasukiku.' Syurga berkata: 'Sedangkan aku, tidak ada yang memasukiku selain orang-orang lemah, tidak berguna dan hamba.' Lalu Allah berfirman kepada syurga: 'Kau adalah rahmatKu, denganmu Aku merahmati siapa saja yang Aku kehendaki dari hamba-hambaKu."
(HR: Muslim/5083)
Rahmat Allah itu maksudnya syurga Allah. Allah ada 100 rahmat, hanya 1 diturunkan ke bumi , 99 lagi Allah simpan untuk orang yang Ia kehendaki itulah di syurga Nya. Tapi manusia kejar rahmat yang 1 itu , yang 99 ia lupa.
Seseorang masuk syurga pun dengan rahmat Allah. Sebab apa? Sebab amal kita sedikit kalau nak dibanding dengan balasan syurga. Itulah keuntungan yang sebenar.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Ust. Yob Hamid.
Klang.
28/8/24
Ulasan
Catat Ulasan