Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,
Manhaj maksudnya method. Iaitu method beragama yang sesuai dengan fahaman salaf. Salaf maknanya ialah yang telah lalu, sebagaimana Allah sebut dalam al quran,
Jadi, salaf itu maknanya masa yang lampau, yang telah lalu.
Maksud manhaj salaf pula ialah method beragama generasi awal dari umat ini. Iaitu 3 generasi yang telah direkomendasi oleh nabi s.a.w dalam hadisnya,
“Sebaik-baik manusia ialah pada generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya.”
[HR : al-Bukhari dan Muslim]
Iaitu generasi sahabat, tabi'in dan tabiut tabi'in. Tabiut tabi'in menimba ilmu dari tabi'i, tabi'in daripada sahabat dan sahabat daripada nabi s.a.w.
Method beragama
Jadi, jika dikatakan manhaj salaf, maka itu bermaksud method beragama mengikut pemahaman tiga generasi ini. Dan itulah yang diisyaratkan oleh imam Malik r.h. Dimana beliau berkata,
" Tidaklah diperbaiki umat ini, kecuali dengan diperbaiki seperti generasi awal. "
Jadi, kalau umat ini ingin baik, harus mengikuti apa yang baik di generasi awal. Generasi awal men-jadi mulia kerana manhaj yang mereka ikuti iaitu al quran dan sunnah.
Oleh itu , agar kita lebih yakin dalam mengikuti method salaf, maka kita harus mengetahui apa keutamaan para salaf.
Keutamaan para salaf
Adapun keutamaan para salaf terutama para sahabat, telah datang banyak ayat dalam al quran seperti dalam at Taubah : 100,
Dari kaum muhajirin ada ribuan sahabat dan dari kaum ansar juga ada ribuan sahabat. Allah redha kepada mereka, dan mereka juga redha kepada Allah. Bahkan Allah juga mengatakan dalam ayat seterusnya,
Allah menjanjikan bagi mereka syurga yang ada sungai-sungai di bawahnya, dan mereka kekal di sana. Ini nas yang sangat tegas bahawasanya kaum muhajirin dan ansar dijamin masuk syurga.
Selain kaum muhajirin dan ansar, bagaimana hendak masuk syurga seperti mereka? Iaitu dengan mengikuti mereka . Dengan sebab itu ditengah-tengah ayat itu Allah mengatakan,
Iaitu orang yang mengikuti muhajirin dan ansar dengan ikutan yang baik. Ini dalil bahawa Allah mensyaratkan jika mahu masuk syurga kena ikut method para sahabat nabi. Harus mengikut, kalau tidak, maka tidak selamat. Kerana mereka lah orang yang Allah redha.
Di ayat yang lain Allah berfirman,
dalam surah al Fath: 18 ,
Dimana ada sekitar 1500 orang sahabat berbaiat dengan nabi s.a.w di Hudaibiah untuk membela nabi s.a.w sampai titik darah yang penghabisan. Semua yang berbaiat itu Allah telah redha kepada mereka. Dan Allah tahu isihati mereka semua.
Allah bukan saja merekomendasi mereka secara zahir tetapi juga Allah puji batin mereka. Hati merka benar dan zahir mereka benar.
Kata Allah lagi ,
Allah tahu isihati mereka, dengan itu Allah berikan ketenteraman dalam hati kepada mereka. Ini rekomendasi yang jelas dari Allah untuk kita. Kata Allah lagi,
Muhajirin
Orang muhajirin itu berhijrah kerana mencari keridhaan Allah, bukan kerana nafsu, maka Allah kata mereka itulah imannya yang benar. Di sini Allah menyebut orang-orang muhajirin sebagai siddiqun dan orang ansar Allah menyebutkan,
Kaum ansar
Iaitu orang ansar itu mencintai kaum muhajirin tanpa ada sedikit pun rasa dengki. Maka mereka disebut sebagai muflihun iaitu orang yang sudah sampai ke puncak kebahagiaan yang kekal iaitu syurga.
Allah menyebut kaum ansar ini seperti firman Nya lagi,
Orang-orang Madinah yang sudah beriman sebelum datangnya kaum muhajirin, menanti-nanti kedatangan orang-orang muhajirin. Seperti Allah rakamkan di sini,
Mereka mencintai saudara-saudara mereka yang berhijrah dari Mekah ke Madinah. Bahkan mereka mendahulukan dan mengutamakan muhajarin dari diri mereka sendiri. Padahal mereka juga dalam keadaan susah. Dan lagi Allah berfirman,
Maka kata Allah, siapa yang dipelihara Allah dari sifat kedekut, (mereka mendahulukan muhajirin dari diri merela sendiri.) sedang- kan mereka sendiri amat memerlukan, maka ia lah orang yang beruntung. Maksudnya itulah kaum ansar. Mereka, iaitu muhajirin yang siddiqun dan ansar yang muflihun, adalah orang-orang yang masuk syurga. Bagaimana dengan kita?
Orang-orang setelah mereka
Allah berfirman lagi,
Orang yang datang setelah mereka, mereka berdoa, 'Ya tuhan kami ampuni kami dan saudara-saudara kami, orang-orang yang mendahului kami dengan iman dan jangan jadikan kebencian kepada mereka (para sahabat),'
'Dan jangan jadikan kedengkian di hati kami kepada orang -orang beriman , sungguh Kau maha penyantun dan maha penyayang.'
Ini isyarat bahawa orang-orang selepas mereka yang mengikuti mereka, merasa lapang dengan kaum muhajirin dan ansar, iaitu turut mendoakan kaum muhajirin dan ansar. Maka syiar bagi ahli sunnah wal jamaah ialah mendoa- kan kaum muhajirin dan kaum ansar.
Tingkat-tingkat para sahabat
Seperti juga Allah sebutkan dalam ayat yang lain, ketika Allah membezakan tingkat-tingkat antara para sahabat, Allah berfirman,
Kata Allah , tidak sama orang yang berjihad selepas fathul Makkah dengan orang yang berjihad sebelum fathul Makkah. Yang sebelum fathul Makkah , mereka lebih tinggi darjatnya. Kerana apa?
Kerana selepas fathul Makkah, Islam sudah kuat, jika dibandingkan sebelum fathul Makkah. Tetapi samada yang dulu atau yang kemudian , semuanya tetap masuk syurga .
Demikian juga Allah berfirman,
Orang yang bersama Muhammad itu ialah para sahabat, yang mereka juga Allah puji. Apa sikap mereka? Iaitu tegas terhadap orang kafir, dan berkasih sayang sesama mereka.
Allah juga puji zahir mereka. Iaitu ia selalu rukuk dan sujud. Dan Allah puji juga hati mereka yang ikhlas, iaitu hanya mencari redha Allah dalam amal mereka. Ini pujian kepada para sahabat.
Bukan saja pujian bagi mereka ada dalam al Quran tetapi dalam Taurat dan Injil juga ada. Dimana di dalam Injil mereka diumpamakan bagai benih yang ditanam, hidup, tumbuh subur dan kuat. Yang menanamnya ialah nabi s.a.w. Sehingga amat gembira nabi melihat para sahabatnya ber- jemaah di waktu subuh yang terakhir beliau.
Itu isyarat bahawa nabi berhasil mendidik para sahabat. Sehingga wajah nabi berseri-seri melihat mereka berjemaah ketika nabi sakit kuat. Itulah antara kebahagiaan yang Allah berikan kepada nabi s.a.w.
Allah berfirman mengenai hal ini,
Maka Allah janjikan kepada orang beriman dan beramal soleh itu keampunan dan ganjaran yang besar ( syurga)
Berdasarkan ayat ini para ulama menyatakan bahawa para sahabat semuanya masuk syurga.
Dalil spesifik
Apakah dalil-dalil yang lebih spesifik untuk kita harus mengikuti jalan mereka? Ianya ada disebut dalam surah at Taubah :100,
Muhajirin dan ansar itu diredhai oleh Allah hingga mereka dijamin syurga. Selain daripada itu, sesiapa yang ingin masuk ke syurga maka syaratnya harus mengikuti jalan mereka itu dengan sebaik-baiknya.
Ayat kedua Allah berfirman,
Disini Allah mengatakan , jika kamu beriman seperti berimannya mereka, iaitu para sahabat, maka itulah tanda kamu dapat hidayah. Ini bermaksud jika ingin dapat hidayah mesti beriman seperti berimannya para sahabat.
Ayat ketiga pula Allah berfirman,
Allah berkata jika tidak mengikuti jalan para mukminin , kaum mukminin di zaman itu ialah para sahabat nabi s.a.w, dan Allah berkata,
Siapakah orang yang Allah puji tersebut? Iaitu para sahabat.
Ini dalil bahawa jalan yang selamat untuk diikuti ialah jalan para sahabat. Dan nabi telah menegaskan dalam hadisnya,
“Sebaik-baik manusia ialah pada generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya.” [HR : al-Bukhari dan Muslim]
Teladan
Dan ibnu Mas'ud pula berkata,
" Sesiapa ingin mencontohi atau meneladani maka teladanilah orang yang sudah meninggal dunia kerana orang yang masih hidup tidak selamat dari fitnah."
Kerana orang yang masih hidup boleh berubah sebelum ia meninggal. Tapi yang sudah meninggal, sudah jelas bagaimana agamanya. Maka, jika ingin meneladani, teladani para sahabat kerana sudah jelas mereka diredhai Allah swt. Tetapi jika kita meneladani orang yang masih hidup ia boleh berubah seperti berubah manhajnya, berubah pemikirannya atau berubah sikapnya.
Ketika Allah menurunkan ayat itu, adakah Allah tahu akhir hidup para sahabat? Ya Allah tahu. Tapi Allah tetap meredhai mereka , itu bermaksud para sahabat adalah teladan terbaik. Bukan seperti yang dituduh oleh syiah bahawa para sahabat telah murtad semuanya kecuali beberapa orang.
Ibnu Mas'ud berkata lagi,
"Mereka adalah yang paling baik hati mereka, mereka orang yang paling dalam ilmunya, dan orang yang paling tidak suka mengada-adakan sesuatu dalam agama, mereka adalah kaum yang Allah pilih menjadi sahabat nabi s.a.w. , Allah telah memilih mereka untuk membawa ajaran dari nabi s.a.w , maka tirulah akhlak mereka dan ikutilah jalan mereka, mereka adalah sahabat nabi s.a.w dan mereka berada di atas jalan yang benar."
Kemudian ibnu Masud berkata,
" Allah melihat hati manusia, Allah dapati hati Muhammad lah yang terbaik antara seluruh manusia, maka Allah pilih Muhammad sebagai rasulnya, maka Allah utus nabi Muhammad dengan risalah- nya, setelah itu Allah melihat lagi hati-hati manusia, maka Allah dapati hati-hati para sahabat nabi adalah yang terbaik, maka Allah jadikan para sahabat penolong nabiNya, dimana mereka berperang untuk membela agama nabi s.a.w. maka apa yang dilihat oleh para muslimin baik itulah pula baik di sisi Allah, apa yang pada para muslimin buruk maka ia juga buruk di sisi Allah swt."
Al muslimun ini adalah para sahabat. Apa yang mereka lihat baik maka baik pula di sisi Allah swt. Ini semua adalah rekomendasi kepada para sahabat.
Ini kita nukil dari alquran dan hadis mengenai para sahabat. Secara logik sudah tentu para sahabat adalah yang terbaik kerana mereka dididik oleh rasulullah s.a.w sendiri.
Macamana jadi begitu?
Macamana boleh para sahabat dulu jadi begitu? Contohnya kisah Abad bin Bisyir yang sedang solat malam lantas di panah 3 kali tapi ia terus solat. Kalau tidak kerana takut keselamatan pasukannya dalam bahaya ia akan terus solat kerana katanya ia tak mahu memutuskan bacaan surah al Kahfi nya ketika itu..
Ini luarbiasa, tapi tak hairan, kerana gurunya ialah nabi s.a.w. Abu Bakar korbankan seluruh hartanya dua kali. Pertama ketika mahu berhijrah dan kedua pada masa akan perang Tabuk. Kita hairan bagaimana ada manusia seperti ini? Kata hikmah ,
" Kalau tahu sebabnya, takjubnya akan hilang".
Bila kita tahu gurunya adalah
rasulullah s..a.w maka kita tidak hairan, kerana itu wajar.
Ada pula kisah Saad bin Rabi' ketika ia menawarkan hartanya kepada Abdul Rahman Bin Auf. Selepas hijrah ke Madinah , harta Abdul Rahman habis. Kata Saad, "Aku orang kaya, jika kau perlu ambillah sebahagian dari hartaku, dan pilihlah satu dari antara dua isteri ku supaya aku ceraikan dia. " Ada orang seperti ini lagi?
Ceritanya seperti cerita dongeng tapi ia benar. Jangan hairan kerana gurunya ialah rasulullah. Maka banyak lagi keajaiban-keajaiban sahabat.
Tarbiah langsung
Bukan sahaja nabi, Allah juga mentarbiah mereka secara langsung dengan turunnya ayat-ayat. Maka Jabir bin Abdillah berkata,
" Ketika kami beritahu kami melepaskan air mani di luar rahim, tetapi tidak turun ayat mengenai- nya sedangkan masa itu wahyu masih turun. Bererti hukumnya boleh. Kami dibimbing secara langsung oleh Allah, kalau kami salah maka mesti kami ditegur nabi. Kalau nabi pun tidak tahu, mesti Allah yang menegur."
Inilah generasi terbaik yang dibimbing oleh nabi s.a.w. dan dibimbing oleh Allah swt. Mereka berperang dengan nabi, mereka meihat akhlak nabi, melihat mukjizat nabi, melihat ibadah nabi s.a.w. Pasti ada pengaruh yang luar biasa kepada para sahabat.
Ikut para sahabat
Maka wajar orang yang paling faham agama ialah para sahabat. Maka jika anda ingin mencari jalan yang benar, jangan cuba bermacam-macam, ikut saja para sahabat. Agar selamat mengikut sunnah nabi s.a.w.
Kerana selain Allah menyuruh ikut al quran, nabi dan para sahabat, dan dua generasi selepasnya, nabi juga mengingat bahayanya jika melenceng dari para sahabat. Dalam hadisnya rasulullah mewasiatkan satu hal yang penting,
"Aku berwasiat kepada kalian agar bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat meskipun kalian dipimpin seorang budak. Sungguh, orang yang hidup di antara kalian sepeninggalku, ia akan melihat perselisihan yang banyak.
Oleh karena itu, wajib atas kalian berpegang teguh pada sunnahku dan Sunnah khulafaur rosyidin al-mahdiyyin (yang mendapatkan petunjuk dalam ilmu dan amal). Gigitlah sunnah tersebut dengan gigi geraham kalian, serta jauhilah setiap perkara yang diada-adakan, karena setiap bidah adalah sesat.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi, ia berkata bahwa hadits ini hasan sahih).
Perselisihan umat
Jadi rasulullah mengingatkan akan ada perselisihan umat. Solusinya ialah berpegang kepada sunnah nabi dan para sahabat, dan wajib meninggalkan perkara-perkara baru dalam agama.
Dalam hadis lain rasulullah s.a.w mengingatkan tentang perpecahan umat, sabdanya,
"Dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan kumpulan. Semuanya akan dimasukkan ke dalam neraka melainkan satu kumpulan sahaja." Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka? Nabi SAW menjawab: " Apa yang aku berada di atasnya dan juga sahabat-sahabatku.”
[Riwayat al-Tirmizi (2641)]
Ini bukti bahawa kita wajib mengikuti sunnah nabi dan para sahabat dan menjauhi tata cara beragama yang tidak diajar oleh para sahabat. Itu sangat mudah kita fahami.
Muncul bid'ah
Setelah itu maka muncul bid'ah-bid'ah. Bid'ah yang pertama ialah munculnya kaum khawarij, pada masa Ali dengan Muawiyah. Dan mereka diperangi oleh Ali r.a.
Sifat mereka kata rasulullah, mereka rajin ibadah, baca quran, hingga berkata Rasulullah ﷺ ,
“Akan muncul diantara kamu kaum yang menghina solat kamu, dibandingkan dengan solat mereka, dan puasa kamu dibandingkan dengan puasa mereka, amal perbuatan kamu dibandingkan dengan amal perbuatan mereka. Mereka itu membaca Al-Quran tetapi bacaan mereka tidak akan melewati kerongkong mereka, dan mereka akan memecah (keluar dari) agama sebagaimana anak panah keluar dari busurnya.”
(Sahih Bukhari/5058 )
Ada beberapa ayat yang mereka salah faham iaitu ayat mengenai orang kafir tapi mereka halakan kepada orang Isam lalu mereka mengkafirkan orang Islam. Bila ibnu Abbas dihantar untuk menjelaskannya , 1/3 daripada mereka sedar dan bertaubat.
Inilah firqah yang pertama muncul yang tidak memahami sebahagian al quran berasaskan manhaj salaf. Akibatnya mereka mudah mengkafirkan kaum muslimin dan membunuh kaum muslimin.
Golongan rafidhah
Kemudian setelah itu muncul golongan rafidhah. Di zaman itu ada orang benci kepada Ali r.a ada juga yang sangat ghuluw mencintai Ali r.a. Sampai mereka menuhan- kan Ali r.a. Maka Ali menegur dan mengancam mereka jika tidak bertaubat. Dan mengancam mereka akan dibakar . Tetapi mereka tidak peduli lalu Ali membakar mereka kerana sudah murtad menuhankan Ali. Itulah syiah.
Golongan qadariah
Kemudian muncul bid'ah qadariah. Mereka datang kepada ibnu Umar r.a, katanya, "Apa yang terjadi, Allah tidak mencatat sebelumnya. Allah mencipta manusia tapi Allah tidak tahu apa akan berlaku. "
Padahal salah satu rukun iman ialah percaya kepada takdir. Akhir- nya kata ibnu Umar,
" Jika kau bertemu mereka katakan aku berlepas diri dari mereka dan mereka berlepas diri dariku dan khabarkan kepada mereka, jika ia ada emas sebesar gunung Uhud, ia infakkan di jalan Allah, Allah takkan terima sampai mereka beriman kepada takdir. "
Katanya lagi ia mendengar dari ayahnya iaitu Umar r.a, dia mendengar nabi s.a.w bersabda, tentang hadis jibril yang panjang, bahawa,
" Lelaki itu berkata lagi: Khabarkanlah kepada ku tentang iman?
Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam menjawab: Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk.
Lelaki itu berkata: Benar katamu!
(HR: Muslim)
Muktazilah
Kemudian di zaman Hassan al Basri ia ditanya hal masalah pelaku dosa besar. Katanya , "Ia masih mukmin tapi imannya kurang. Ia belum kafir." Tetapi ada muridnya, Wasil bin Atha' tidak setuju , ia ikut logik akal. Padahal zaman nabi banyak mereka yang buat dosa besar tapi nabi solatkan mayatnya. Kalau kafir , tentu nabi tak solatkan jenazahnya. Ada juga orang berzina maka nabi rejam, ada orang mencuri nabi potong tangannya tetapi ia tidan kafir. Itu pemahaman salaf, ia masih muslim.
Tapi Wasil bin Atha' berkata ia tidak kafir tidak muslim. Di dunia ia tak kafir tak muslim tapi di akhirat ia masuk neraka kekal. Kemudian ia meninggalkan majlis Hassan al Basri dan sejak itu muncullah fahaman muktazilah, sebabnya kerana tidak memahami al quran menurut manhaj salaf.
Bagi ahli sunnah pelaku dosa besar akan masuk ke neraka dahulu kemudian dikeluarkan kalau tak diampuni. Kalau ia diampuni, ia akan terus masuk syurga. Itu semua atas kehendak Allah.
Fahaman falsafah
Kemudian timbul masalah asma wa sifat Allah. Seseorang bernama Jaa bin Dirham ia belajar falsafah . Semasa itu buku-buku falsafah yunani diterjemah ke bahasa Arab.
Mulanya di zaman Umaiyah hanya diterjemah buku-buku seperti matematik, sains, kimia dan lain-lainnya. Orang lslam terpukau dengan kepandaian Aristotles , Socrates , Plato dan lain-lainya. Sampai diterjemah secara banyak di zaman Al Makmun. Sehingga buku-buku ketuhanan juga diterjemah. Mereka ini bukan ahli agama samawi tetapi berbicara bab ketuhanan secara detail , tentang sifat tuhan dan lain-lain tanpa wahyu. Iaitu berbicara tentang yang ghaib. Yang tahu tentang yang ghaib hanyalah Allah. Yang tahu tentang Allah ialah Allah sendiri. Kita hanya tahu sedikit. Detail tentang Allah perlu penjelasan dari al quran dan sunnah-sunnah nabi s.a.w.
Mereka mengatakan Tuhan itu begini dan begini lalu ditulis dalam buku dan diterjemah dalam bahasa Arab. Akhirnya banyak orang membacanya dan terjebak dalam pemikiran mereka.
Kemudian muncullah Jaa bin Dirham yang menafikan sifat Allah mencintai dan berbicara. Ia mengatakan Allah tidak berbicara dengan Musa a.s, tapi dalam al quran menyatakan Allah berbicara dengan Musa. Dan ia menolak Allah mencintai nabi Ibrahim a.s padahal dalam al quran bahawa Allah mencintai nabi ibrahim. Orang yang menolak sifat Allah maka ia kafir. Kemudian ia dihukum mati oleh khalifah.
Sebelum mati ternyata ilmunya telah diambil oleh Jahm bin Sofwan lalu ia membuat berbagai macam bid'ah yang lain.
Kemudian muncul pula murjiah. Mereka mengatakan amal tidak termasuk dalam iman. Siapa yang tidak beramal ia masih beriman. Ia berlawanan dengan khawarij iaitu siapa yang tak beramal ia kafir .
Begitulah banyaknya firqah yang sesat itu sehingga ramai ulama menulis kitab tentangnya. Seperti Abul Hassan Ashaari dalam Maqalat Islamiyyin, syeikh Arristani juga ada menulis dan lain-lain ulama.
Maka , jika kita ingin selamat ikuti manhaj salaf. Iaitu ianya lebih kepada masalah akidah. Kalau masalah fiqh rata-rata ia masih lagi dalam koridor manhaj salaf.
Tokoh-tokoh manhaj salaf
Siapa kah tokoh-tokoh manhaj salaf? Iaitu para sahabat, tabi'in , tabiut tabi'in, imam yang 4, mereka ini akidahnya tidak berselisih. Para ulama sudah menulis mengenai akidah ahli sunnah seperti kitab Usulul Sunnah oleh imam Ahmad, al Balbari, Al Lalakai juga ada menulis, tentang akidah imam Bukhari dan lain-lain. Kita hanya ikut akidah mereka, mereka tak berselisih dalam bab akidah.
Adapun masalah fiqh, walaupun ada perselisihan ia tidak mengeluar kan orang dari ahli sunnah selagi tidak ada ijma'. Dan khilaf masalah fiqh sangat banyak. Selagi ia tak menyelisihi ijma', hukum yang diambil masih sesuai dengan istinbat hukum menurut usul ahli sunnah, maka ia tak mengeluarkan seseorang dari ahli sunnah wal jamaah.
Contohnya, masalah qunut subuh. Masing-masing ada istinbat yang sesuai dengan ahli sunnah. Cuma masing-masing membawa kepada hadis yang berbeza. Mazhab Hanafi mengatakan ia bid'ah, yang mengatakan sunnah ialah mazhab Syafie, Maliki dan Zahiri. Yang mengatakan tidak sunnah ialah mazhab Hanbali.
Tetapi ini khilaf. Kalau ada yang mengatakan ia bid'ah maka wajar sebab ada salafnya, jika ada mengatakan sunnah juga ada salafnya. Ada yang mengatakan tidak sunnah pun ada salafnya. Maka kita boleh pilih mana yang kita rasakan benar. Boleh menyalah kan yang lain , tetapi tidak boleh menghina pihak yang lain. Kerana ini khilaf sejak zaman dahulu.
Tetapi yang jadi masalah bila ada khilaf dalam masalah akidah. Kerana khilaf dalam masalah akidah mesti kembali ke manhaj salaf. Oleh itu bila ulama menyebut firqah-firqah yang wujud maka ia adalah kerana masalah akidah. Contohnya khawarij, ia mengkafir- kan orang Islam, bukan sekadar memberontak kepada pemerintah. Tetapi memberontak disertakan dengan mengkafirkan.
Syiah pula mengkultuskan Ali r.a dan mengkafirkan para sahabat . Muktazilah juga masalah akidah. Iaitu pelaku dosa besar tidan kafir, tidak mukmin tapi kekal didalam neraka.
Murjiah pula mengatakan amal bukan bahagian iman. Dan seterusnya qadariah tidak mempercayai takdir. Jahmiah yang menolak sifat-sifat Allah. Maka rata-rata penyimpangan yang berlaku adalah dalam masalah akidah.
Masalah akidah di zaman ini
Perhatikan masalah akidah zaman ini. Kita tahu yang berhak disembah hanya Allah swt. Tetapi dalam bab ini saja, sudah banyak penyimpangan. Ada yang menyembah wali-wali, menyembah kubur , menyembah nabi dan sebagainya. Yang menjerumuskan manusia ke lembah kesyirikan.
Sekularisma
Kemudian muncul juga fahaman sekularisma. Yang mengatakan negara tidak boleh ada agamanya. Agama hanya boleh dipakai di masjid, di rumah, manakala dalam pentadbiran negara tidak ada. Dan lebih parah lagi, tidak boleh juga ada dalam setiap urusan. Yang boleh hanya dalam bab menyembah tuhan sahaja. Tidak boleh dalam bab nikah, rumah- tangga, jual beli, pendidikan dan sebagainya, itu dipisahkan dari agama. Ini yang lebih parah.
Liberal
Ada pula puak-puak liberal yang mengatakan tak ada manhaj salaf. Manhaj ini hanya sesuai 1400 tahun yang lalu. Seperti dalam kitab Fiqh Lintas Agama. Di situ ia mengejek manhaj salaf , mengejek imam Syafie. Katanya imam Syafie meletakkan landasan-labdasan sehingga orang lebih mengkultuskan beliau lebih daripada syariat.
Mengenai nabi
Mengenai nabi pun ada banyak penyelewengan. Seperti, katanya nabi keluar dari kubur, jalan-jalan di Surabaya, nabi ziarah tok gurunya. Padahal nabi tidak mengetahui apa yang berlaku selepas ia wafat. Seperti hadis nabi mengatakan,
"Aku akan menunggu sesiapa di antara kalian yang akan dibawa kepadaku di al-Hawd. Demi Allah, pasti akan mereka akan ditarik pantas daripadaku, maka aku akan berkata: Wahai Rabb, mereka adalah daripadaku. Maka dijawab: Sesungguhnya engkau tidak tahu apa yang mereka lakukan selepas engkau meninggalkan mereka. Mereka berterusan berundur ke belakang (menjadi kafir-murtad).”
[Riwayat Muslim (2294)]
Kenapa nabi bertanya mengapa umatnya diuskr itu? Kerana nabi tidak tahu keadaan umatnya selepas ia wafat. Kalau nabi boleh jalan-jalan di dunia selepas wafat tentu beliau tahu apa umatnya lakukan. Samada yang baik ataupun yang buruk.
Cerita habib
Ada pula seorang habib bercerita ada seorang yang inngin ziarah kubur nabi. Tiba-tiba sebelum sampai ia bertemu Fatimah r.ha, ia bertanya , Mahu kemana? Kekubur nabi.
Kata Fatimah, "Bapaku tidak ada , ia sedang ziarah seorang habib di Yaman."
Inilah kesesatan yang parah . Ia tidak takut menipu denga nama nabi.
Ada juga mereka mengatakan nabi hadir di upacara maulid Nabi. Kalau ada 100 tempat sedang maulid nabi datang semuanya serentak?
Tapi dalam hadis di atas berbunyi,
Maka dijawab (oleh Allah): "Sesungguhnya engkau tidak tahu apa yang mereka lakukan selepas engkau meninggalkan mereka."
Kalau nabi pergi ziarah sana sini, ikut perkembangan politik dan sebagainya, tentu nabi tak bertanya lagi di depan Allah nanti! Sebab nabi sudah tahu.
Tapi Allah kata , " Engkau tidak tahu". Ini sudah jelas tanpa perlu diterangkan lagi. Kenapa mereka tidak berfikir?
Manhaj salaf seperti itu?
Apakah ada manhaj salaf seperti itu? Kenapa Fatimah r.ha meninggal? Kerana cintanya kepada nabi s.a.w . Ketika itu semua keluarganya sudah meninggal. Ibu, ayah dan adik beradiknya. Bila nabi wafat, 6 bulan kemudian dia meninggal kerana sangat sedihnya.
Kalau nabi boleh keluar dari kubur, kenapa Fatimah perlu sedih, jika setiap hari boleh berjumpa ayahnya?
Aishah r.ha cintaka nabi, begitu juga Abu Bakar , Umar , Usman dan Ali r.hma. Adakah nabi datang menziarahi mereka selepas kematiannya? Atau Nabi juga pernah mengunjungi imam yang 4? Tidak ada. Sebaliknya mengunjungi habib. Habib ini siapa?
Melainkan bila dia mengatakan ia bertemu nabi, bererti ia orang hebat , maka orang-orang akan mengagungkannya. Orang akan mengistimewakannya di mana-mana.
Jika mahu selamat
Banyak lagi penyelewengan dari umat ini. Intinya , jika mahu selamat , berakidahlah sesuai dengan manhaj salaf. Ini manhaj yang sempurna. Ada ajaran bagaimana bermuamalah dengan pemerintah, sesama muslim dan sebagainya. Ia membawa ketenangan dan kedamaian.
Manhaj salaf bukan terbatas kepada akidah saja. Tetapi merangkumi masalah akhlak, keikhlasan, kesabaran, sebagai- mana akhlak para sahabat.
Manhaj salaf bukanlah kelompok tertentu tetapi ia adalah satu pemahaman. Siapa saja yang beragama dengan cara ini, maka ia mengikuti manhaj salaf. Meskipun ia sendirian. Kata ibnu Mas'ud r.a, "Engkau adalah jemaah
walaupun kau sendirian selama kau benar."
Inilah method. Bukan firqah, bukan kelompok, ia adalah manhaj generasi yang terbaik. Maka , yang ingin selamat maka belajarlah agama dengan manhaj mereka.
Semoga bermenafaat.
Dari kuliah Dr. Firanda.
Klang.
27/8/24
Salam tuan, artikel yang baik cuma gambar tak sesuai. Topi tu topi logo daun ganja i.e. marijuana, pakalolo.
BalasPadam