Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2024

188) KENAPA HANYA SEDIKIT KITAB AKIDAH DITULIS DI ZAMAN SALAF?

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,         Hari ini semua orang mengaku ia di pihak yang  benar. Bahkan dialah satu-satunya yang benar. Dan ada pula orang mengatakan bahawa ulama salaf  tidak ada menulis kitab akidah yang sistematik.  Sehingga mereka mengatakan imam Hanafi, imam Malik, imam Syafie dan imam Ahmad itu bukan  ahli akidah.  Tapi mereka hanya ahli fiqh.       Alasannya kerana mereka tidak ada menulis kitab akidah. Kalau begitu, nabi bukan ahli akidah kerana ia tidak menulis tentang akidah? Bererti juga nabi tidak mengajar akidah secara sistematik? Tidak ilmiah      Ini semua adalah perkataan yang tidak ilmiah. Jika tidak sistematik maka adakah sahabat dulu tidak faham akidah? Sedang kan dengan kaedah-kaedah yang direka ini , akidah jadi semakin kabur. Kerana kita menjadikan quran dan hadis sebagai satu objek yang harus dibahas. Atau objek yang harus diteliti ulang. Kalau sesuai dengan penelitian kita bererti benar, kalau tidak, bererti maknanya haru

187) MENGAPA PERLU IKUT JALAN YANG LURUS?

Bismillah. Alhamdulillah, Assalamu'alaikum,        Kita di dunia ini, seperti yang kita sama-sama ketahui, adalah dalam satu perjalanan yang sangat pendek. Tetapi sangat penting. Di mana, kata nabi s.a.w umur manusia umat ini antara 60 ke 70 tahun. Sedikit sahaja yang lebih dari 70.         Dan kita ini dalam satu perjalanan yang jalannya sudah Allah tentu kan. Firman Allah dalam surah al Insan: 3,        Àllah sudah beri petunjuk jalan kepada manusia, tetapi sebahagian nya bersyukur dan sebahagian lagi kufur.       Allah juga mengutuskan  nabi-nabi untuk menjelaskan kepada umat ini. Bila ia diutus di kalangan orang Arab maka ia menggunakan bahasa arab.  Apa yang seorang rasul itu jelaskan kepada kaumnya? Iaitu suatu risalah supaya mereka tidak tersesat jalan. Sebab kalau tersalah pilih jalan akan berat bebannya dan akan  tersesat. Pesan nabi       Oleh itu ketika nabi s.a.w  ingin berpisah dengan kita, apa pesannya? Iaitu, تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ

186) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 2)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,      Di bahagian yang lepas kita telah membahaskan ayat 16 surah Luqman. Maka kali ini kita teruskan apa nasihat Luqman kepada anaknya . Seterusnya lihat surah  Luqman: 17,         Setelah Luqman menasihati anaknya dan anak-anak kita juga supaya: 1. Jangan mensyirikkan Allah 2. Berbakti kepada ibubapa 3. Allah tetap memberi balasan         Maka nasihat Luqman yang seterusnya, 4)  Dirikan solat Kata Luqman kepada anaknya,                  Ini adalah point yang penting  yang kita harus ingatkan anak-anak kita. Tentunya yang paling utama ialah solat 5 waktu. Bila sudah mengerjakan solat 5 waktu barulah kita latih mengerjakan solat-solat sunat.  Kerana jika yang wajib dibentengi dengan  yang sunat-sunat , maka yang wajib mudah terjaga. Jika yang sunat mulai diringankan oleh syaitan maka yang wajib juga akan  mula terlalai.             Maka jika anak kita sudah kuat  solat yang wajib, ia mulai sedar, mudah d