Langkau ke kandungan utama

188) KENAPA HANYA SEDIKIT KITAB AKIDAH DITULIS DI ZAMAN SALAF?

Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamu'alaikum,

        Hari ini semua orang mengaku ia di pihak yang  benar. Bahkan dialah satu-satunya yang benar. Dan ada pula orang mengatakan bahawa ulama salaf  tidak ada menulis kitab akidah yang sistematik.  Sehingga mereka mengatakan imam Hanafi, imam Malik, imam Syafie dan imam Ahmad itu bukan  ahli akidah.  Tapi mereka hanya ahli fiqh. 

     Alasannya kerana mereka tidak ada menulis kitab akidah. Kalau begitu, nabi bukan ahli akidah kerana ia tidak menulis tentang akidah? Bererti juga nabi tidak mengajar akidah secara sistematik?

Tidak ilmiah

     Ini semua adalah perkataan yang tidak ilmiah. Jika tidak sistematik maka adakah sahabat dulu tidak faham akidah? Sedang kan dengan kaedah-kaedah yang direka ini , akidah jadi semakin kabur. Kerana kita menjadikan quran dan hadis sebagai satu objek yang harus dibahas. Atau objek yang harus diteliti ulang. Kalau sesuai dengan penelitian kita bererti benar, kalau tidak, bererti maknanya harus diubah, bukan makna ini yang dimaksudkan.  Apa sebabnya?  Sebab tak sesuai dengan mazhabnya.

     Dan tidak sedikit yang mengata- kan bahawa akidah ahli sunnah itu tidak memakai sunnah atau hadis. Kalau pakai logik itu ahli sunnah , kalau ikut sunnah itu bukan  ahli sunnah. Lihat kitab-kitab yang dikatakan kitab-kitab ahli sunnah itu atau akidah ahli sunnah wal jamaah. Pernah satu kajian kitab ahli sunnah menggunakan kitab-kitab pondok, bila disemak semula , didapati hampir tidak ada hadis atau sunnah walau satu yang digunakan  dalam kitab tersebut. Tapi mereka  namakan ianya  kitab ahli sunnah wal jamaah.

     Kalau kita baca kitab dari Ashabul Hadis, orang mengatakan bahawa itu bukan  kitab sunnah. Tapi ternyata penuh dengan sunnah, dengan hadis.  Bagaimana boleh yang banyak hadisnya dikatakan  bukan sunnah?  Yang tiada hadis pula dikatakan kitab sunnah? Yang istiqamah menjalani sunnah dipanggil bukan ahli sunnah, yang tidak istiqamah mengerjakan  sunnah, dialah ahli sunnah?



Bukan ahli akidah?

      Dari sinilah datangnya bahawa imam Syafie dituduh bukan  ahli akidah. Adakah imam Syafie bukan ahli akidah? Inilah kekeliruan yang timbul akibat tidak mengenal assalaf dalam menuntut ilmu. 

       Imamnya salafussoleh itu ialah rasulullah s.a.w. Bukankah nabi s.a.w secara ijmak dikatakan bahawa beliau mendakwahkan tauhid selama hidupnya? Di Mekah saja beliau mendakwah tauhid selama 13 tahun, sebelum di Madinah pula selama 10 tahun. Ini menunjukkan  pentingnya akidah itu bagi manusia. Sebab jika tak lurus akidahnya  maka  berimbas kepada tak lurus ibadahnya, akan bengkok muamalahnya dan akan rosak akhlaknya. 

       Kerana semua itu saling berkaitan. Bila akidahnya tak kukuh jangan harap ia mencari ibadah  yang sahih. Yang penting asal baik saja. Asal ada pendapat ulama sudah cukup.  Walaupun ulama itu tak berdalil sama sekali. Asal ada pendapat,  maka tak boleh disalahkan. Padahal semua orang ada salahnya. Ada kesalahan nahu  kesalahan sorof, kesalahan sastera dan lain-lain.
 

Lapang hatinya

       Nabi fokus akidah selama di Mekah. Tidak banyak syariat dan hukum turun di Mekah. Sebab  apa? Kerana Allah Maha Tahu, bahawa umat ini mulai rosak apabila rosak akidahnya. Sebab  akidah itu keyakinan. Yang paling susah ialah merubah keyakinan.  Kalau kita sudah biasa menerima al quran dan sunnah dengan  dada yang lapang  , seperti kata Allah ,

        Orang yang Allah beri hidayah, lapang hatinya menerima Islam, lapang bila mendengar ayat al quran. Berbeza bila orang yang tidak menerima hidayah, bila ia mendengar ayat,  ia curiga dulu. Begitu juga bila mendengar hadis, hati orang beriman lapang. Berbeza orang yang tidak mendapat hidayah ia bosan dengan hadis-hadis. 


 Berdakwah

    Kemudian para sahabat diajar oleh nabi supaya berdakwah dimulakan dengan akidah. Seperti dalam hadis yang masyhur,  ketika nabi mengutus Muaz r.a,

    Yang artinya: “Sesungguhnya engkau akan mendatangi suatu kaum dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Jika engkau menemui mereka, maka ajaklah mereka untuk menyaksikan bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Jika mereka mematuhimu dalam hal tersebut, maka sampaikanlah kepada mereka bahwa Allah mewajibkan atas mereka shalat lima kali sehari semalam."

      Ini method dakwah nabi s.a.w, kemudian sahabat mengikutinya. Pada masa itu tidak ada penolakan dari orang Islam. Yang ada ialah, satu, yang percaya iaitu yang beriman dan kedua, yang menolak iaitu kafir. Tidak ada ahli bid'ah. Kerana bid'ah itu ialah sesuatu yang dilakukan selepas zaman nabi,  yang tidak dilakukan di zaman nabi. Jadi , bid'ah itu muncul selepas zaman nabi.

     Sepertimana ijmak tidak ada di zaman nabi, ia berlaku hanya sekepas zaman nabi. Di waktu itu hanya ada al quran dan hadis serta kias. Kias itu adalah dalil yang muktabar  cuma ia adalah  ijtihad, yang mana ijtihad ada yang betul ada yang salah. Oleh itu para ulama kurang membahaskan masalah.  kias. Berapa banyak kita mengkias kan dua hal yang berbeza, maka tentu natijah dan hasilnya pasti keliru. Apalagi mengkiaskan yang ghaib dengan yang nyata atau mengkiaskan khalik dengan makhluk, tentu keliru. 


Beriman dahulu

    Jadi, as salaf dahulu, sebelum mempelajari ilmu lain, mereka mulakan dengan al quran dengan beriman dulu dengan al quran. Seperti kata mara sahabat ,
  " Kami diajar beriman dulu, sebelum belajar al quran".

      Maka ketika para sahabat membaca al quran, ia beriman dengan isinya terlebih dahulu. Tapi sekarang tidak. Belajar baca al quran dulu, imannya kemudian, percaya dikemudiankan. Akhirnya al quran tak bermenafaat baginya. Bukankah di awal al quran Allah nyatakan,

        Iaitu al quran itu petunjuk bagi orang yang bertaqwa. Siapakah orang yang bertaqwa itu? Iaitu, syarat yang pertama ialah,

      Iaitu  beriman kepada yang ghaib. Orang yang beriman ini bila ia baca quran , berbeza dengan orang yang tak beriman  baca quran. Di mana bila kita sudah percaya kepada al quran , apa saja yang isinya kita angguk semua. Tetapi kalau ragu atau belum percaya dengan al quran , maka kita geleng kepala. Semua tak enak baginya. Kalau sesuai dengan fikirannya  ia terima, kalau tak sesuai, ia belokkan maknanya. 

       Maka para salaf dulu beriman dulu. Iman itu datang dari mana ? Dari ilmu iaitu ayat yang menghasil- kan  keyakinan. Mereka belajar tauhid dulu sebelum belajar ilmu. Jadi, adalah keliru bila kita mengatakan ulama salaf dulu bukan ahli akidah. Sedangkan akidah adalah perkara pertama mereka pelajari dan yakini.  Cuma, mengapa mereka tidak menulis tentang akidah secara khusus?  


Perlukan tulisan-tulisan

       Bilakah masanya kita perlukan tulisan yang banyak?  Iaitu bila timbul banyak masalah, banyak kekeliruan, banyak keraguan.  Misalnya ramai orang ragu tentang takdir, maka perlu buku yang ditulis menerangkan tentang takdir. Bila orang wudhu' tidak mengikut sunnah nabi, maka ditulis buku tentang wudhu' nabi. Begitu juga bila orang  solat tidak seperti solat nabi, maka ditulis mengenai sifat solat nabi. 
         
        Para salaf tidak begitu, bila mereka bertanya tentang wudhu' nabi, bila diberitahu begini, begini, lalu diikuti tanpa protes. Tetapi orang kemudian bertanya andai begini, andai begitu, sah atau tidak? Adakah 3 kali atau cukup sekali? Oleh itu terpaksa ditulis oleh ulama untuk menerangkannya. 
      
      Jadi, baru mulai timbul buku-buku ini bila kita mulai lemah. Dulu orang tidak menghafal quran mengikut teori. Tapi bila gangguan hafalan itu banyak, maka akhirnya dibuat orang kaedah menghafal. 

      Jadi, dulu tentang akidah tak ditulis kerana orang cukup dengan al quran dan hadis. Tapi bila orang menolak hadis, dengan alasan  ini dan itu  maka baru dibuat buku untuk menjelaskannya .

Ilmu kalam

      Maka  datanglah  ilmu kalam, yang awalnya bimbang hujungnya ragu. Seperti juga ilmu falsafah yang berbunyi ' Kita mesti meragukan  sesuatu itu sebelum diteliti, supaya pengetahuan kepadanya benar-benar mantap. '  Lalu dibawanya ke al quran. Bila al quran kata Allah itu di atas, bagaimana cara menelitinya?

      Akhirnya lahirlah kitab-kitab ilmu kalam dan mereka mengata- kan itulah akidah Islam. Seperti oleh Abu Bakar al Baqillani (338 -403H), walaupun mereka lebih dekat kepada sunnah berbanding dengan yang mutaakhirin sekarang. Mereka dulu tidak seperti sekarang. Sekarang asal saja tidak sesuai terus ditolak dan ditakwil. Dulu tidak semua ditakwil.


Tak ditulis

    Dulu akidah tak ditulis kerana ada al quran  dan hadis, ada juga kata-kata para sahabat r.a. Jadi, imam Syafie tidak menulis tentang akidah kerana masih belum perlu. Kerana penyimpangan hanya ada sedikit sahaja. Lagipun akidah itu sifatnya statik. Tetapi muamalat itu sifatnya dinamik, berubah-ubah. Ada masalah baru yang tidak ada di zaman nabi. 

      Walaupun  imam Syafie tidak menulis tentang akidah, tetapi ada diriwayatkan oleh anak-anak muridnya tentang akidahnya. Cuma tak sebanyak masalah akidah hari ini. 

       Kalau kita buka kitab imam Nawawi  yang mana ia pengikut setia imam Syafie, dan bandingkan dengan kitab imam Syafie, mana yang lebih luas perbahasannya? Lebih banyak imam Nawawi. Maka beranikah kita mengatakan imam Nawawi lebih alim dari imam Syafie  ? Imam Nawawi sendiri mengaku imam Syafie itu jauh lebih tinggi di atasnya. 

    Itulah yang dikatakan oleh imam ibnu Rajab (736 -795 H) mengenai adab ulama yang ilmunya bermenafaat itu, ia selalu merasa rendah bila menyebut orang terdahulu. 


Lebih 'alim?

      Adakah Abu Bakar r.a.ada kitab fiqh?  Tidak ada. Lalu beranikah kita mengatakan imam Syafie lebih alim dari Abu Bakar? Atau kita mengatakan Abu Bakar bukan ahli akidah sebab ia tak menulis tentang akidah,  tetapi ia hanya ahli khilafah? 

        Ketahuilah bahawa semua ulama itu sebelum ia diberi ilmu, ia diberi iman dahulu. Cuma mereka tak suka membantah. Mereka percaya al quran dan sunnah sebagaimana adanya , sebagai -mana pendahulu mereka. Sehingga tidak perlu pembelajaran yang sistematik tentang akidah. Inilah yang kita harus kembalikan iaitu bagaimana zaman sahabat, tabiin, tabiut tabiin dan zaman imam yang 4, ayat-ayat akidah itu tidak ada masalahnya. 


Bila mulai timbul?

       Bilakah mulai timbul masalah akidah? Iaitu ketika orang mulai mengukur ayat al quran dengan akalnya. Bila orang mulai mengukur sunnah dengan  rasionalnya. Maka mulailah timbul kaedah-kaedah bahawa  'akidah itu bersifat qat'i dan hadis-hadis itu ada yang bersifat zanni.' 

      Ini kaedah yang tak dilakukan oleh nabi dan tidak ada diterapkan di zaman nabi s.a.w.  Sedangkan  manhaj nabi ialah asal yang menyampaikan itu benar, tidak ada kata sesuai atau tidak sesuai dengan akal.  Apalagi tentang masalah ghaib. Buktinya nabi menghantar utusan ke berbagai kabilah, berbagai negeri dan ke berbagai raja, nabi menghantar tidak ramai, hanya satu  dua orang sahaja. Itu bermakna ianya ahad (bukan mutawatir) .  
       
       Ahad atau tidak, tidak ada masalah di zaman nabi, asalkan penyampai itu benar maka   ia diterima oleh kaum muslimin. 



Sulit menerima al quran

       Dulu orang berakidah dengan al quran dan hadis. Maka bila di zaman Umar r.a ada seorang pemuda sulit menerima al quran ,  tentang beriman, tentang takdir dan sebagainya, tak masuk akal fikirnya,  lalu saidina Umar mencambuknya dengan tandan kurma. Kemudian disuruh pergi.

       Esoknya ia dipanggil lagi, kata Umar, ' Masih ragu dengan al quran?  Dijawab, ' Ya'  .   Dicambuk lagi oleh saidina Umar.

       Di hari ketiga, ditanya, ' Kau masih ragu lagi?'. Dijawab, ' Kalau Amirul Mukminin nak bunuh saya bunuhlah , tapi saya sudah sembuh.'  Itulah cara didikan Umar . Sememangnya  al quran itu sudah jelas, kenapa tidak yakin?


Zaman nabi

      Bilakah di zaman nabi mesti ada ayat yang mesti sesuai  dengan akal?  Bilakah di zaman nabi yang riwayatnya mesti mutawatir? Nabi sendiri mengutus pendakwah ke berbagai daerah hanya satu, dua orang sahaja. Apa yang diajarnya? Akidah.

     Allah berjanji di dalam al quran yang berbunyi,

        Bererti kalau hidup kita masih tidak kecukupan, ekonomi masih lemah, sosial-politik masih lemah , masih bergantung pada orang, bermakna kita belum beriman dan beramal soleh. Buktinya orang dulu sudah mendapatkan, berlebih-lebih sehingga orang dari San'a  ke Baghdad menjajakan zakatnya tapi tiada orang mahu menerima. Tapi sekarang, orang meminta duit zakat untuknya. 


Bukan ulama akidah?

      Jadi, pemahaman bahawa ulama fiqh yang tidak ada kitab akidahnya itu bukan ulama akidah, ini perlu diluruskan.  Ini fitnah terhadap ulama. Mereka sudah beriman dulu sebelum belajar al quran , sebelum belajar sunnah. Kenapa mereka tidak banyak menulis kaedah atau teori, tentang akidah? Kerana mereka itu orang yang lurus. Mereka cukup dengan al quran dan sunnah,  tidak ada pelanggaran akidah atau muamalat pada masanya.  Tapi bila banyak pertanyaan itu dan ini maka terpaksalah dibahaskan pula. Mana yang tidak tahu perlu diberitahu hikmah sesuatu ibadah.  Lalu diperlukan perbahasan maqasid syariah. 

     Bila banyak masalah, banyak pula perbahasannya , maka mulai ditulis mengenai kaedah-kaedah. Asalnya bahasa Arab itu lurus. Tapi bila  terasimilasi dengan bahasa-bahasa lain , ia mulai rosak. Maka mulailah orang menyusun kaedah  nahu bahasa arab. Sebelumnya orang fakeh dalam bahasa tak perlu kaedah-kaedah. Begitu juga dulu orang menafsir al quran dengan hadis, selesai. Tapi sekarang tafsir dengan hadis tak cukup lalu dibuat lah kaedah tafsir al quran. 


Tetap lebih alim
       
      Tapi beranikah kita mengata- kan ilmu ibnu Abbas lebih sedikit ilmunya  dari ibnu Kathir? Ibnu Abbas tidak ada kitabnya berbanding  ibnu Kathir. Tapi , Ibnu Abbas tetaplah lebih alim dari ibnu Kathir dan imam at Thabari. Walaupun imam Thabari pernah mengatakan jika dia tak takut orang bosan membaca, pasti ia menulis kitab tafsir sebanyak 3000 juzuk, 1juzuk ada 20 helai. Tapi adakah orang mengatakan  imam at Thabari lebih alim dari ibnu Abbas?

      Padahal ibnu Abbas tidak mempelajari kaedah-kaedah tafsir. Ini kerana di waktu sekarang hadis sahih dan  tidak sahih susah  dikenal, mana perkataan yang asli dari Islam dan yang bukan asli, semuanya sudah bercampur- baur.  Maka perlunya kaedah dan dasar tafsir al quran itu. Ketika banyak yang palsu masuk ke dalam tafsir maka perlu ilmu adakkhil fi tafsir. Ketika orang tak pandai lagi membaca quran secara i'rab, maka 
keluar pula ilmu i'rab quran. 


Lahirnya kitab

       Jadi,  lahirnya kitab  bukan kerana hebat. Tetapi bila banyak yang rosak  maka perlu ditulis oleh para ulama untuk membaikinya. Oleb sebab itu, imam Syafie, imam Ahmad, imam Malik dan imam Abu Hanifah, Suffian as Tsauri, Abdillah Mubarak dan seterusnya, mereka semua ahli akidah. Cuma di masa mereka  bila dibaca ayat, sudah selesai. Baca hadis terus beriman. Tidak perlu kaedah-kaedah pada masa itu. 

        Ketika orang mulai rosak atau sudah menyimpang,  seperti kata mereka , ' Hadis itu tak semuanya diterima dalam bab akidah, kerana akidah itu sesuatu yang pasti, sedangkan hadis ahad itu tidak pasti.' Tetapi kaedah ini tak di pakai oleh imam Syafie. Ia hanya dipakai dalam ilmu kalam. Yang mana, bila turun wahyu, masuk dalam ilmu kalam, jadi kelam hasilnya.  

      Oleh itu imam-imam yang 4 dan lain-lainnya mengingatkan supaya jangan mempelajari akidah dari ilmu kalam. Apa sebabnya? Kerana kaedah ini di adopsi dari luar Islam.
Dari pemikiran yunani kuno , socrates, yudo,  pluto  dan lain-lainnya. Lalu kaedah itu diislamisasikan seolah-olah ia lebih hebat dari quran dan sunnah. Akhirnya dibuatlah kenyataan bahawa ulama-ulama salaf itu bukan ahli akidah, imam yang 4 itu hanya ahli fiqh. Maka dipilihlah, orang India itu fiqhnya Hanafi, akidahnya Maturudi, orang Morroco fiqhnya Maliki , akidahnya Asyaari, seolah-olah imam Malik bukan ahli akidah. Sebenarnya bukan tidak ahli, tetapi akidahnya kembali kepada al quran dan sunnah.

        Selepas zaman salaf, banyaklah di kalangan ulama mutaakhirin dari kalangan mazhab yang 4 yang terpengaruh dengan cara fikir ilmu kalam. Akhirnya lahirlah slogan ahli sunnah itu ialah, misalnya di Indonesia fiqhnya Syafie, akidahnya Ashaari, tasawufnya al Ghazali dan tarikatnya naqsyabandi.
       
     Kenapa dipisah-pisah? Kalau anda mahu khusyu', ikut Syafie sudah cukup. Kata mereka , tidak cukup kerana Syafie bukan ahli tasawuf. Kalau begitu imam Syafie tak sempurna ibadatnya kerana bukan ahlu tadawuf?  Ketahuilah, Syafie itu seorang berprofil yang lengkap; ilmunya hebat, akidahnya mantap. Ia khatam quran 3 hari sekali. Kalau di ramadhan, lebih bertambah lagi.

     Jadi,  jikalau anda mahu tahu fiqhnya yang hebat, akidahnya yang hebat, tasawuf yang mantap, semua ada pada imam Syafie.  Lebih lengkap lagi ialah Muhammad bin Abdillah bin Abdul Mutalib bin Hashim, nabi kita s.a.w. Belajar lah akidah kepadanya.  Kata mereka itu tak boleh kerana tak ada kaedah-kaedahnya. 

        Kaedah-kaedah itu dari siapa? Dari ilmu kalam atau dari ulama yang istiqamah dengan quran dan sunnah yang diikuti oleh salafussoleh?  Ia bukan dari ulama salafussoleh.


Semoga bermenafaat.
Assalamu'alaikum wm wb.



Dari kuliah Dr. Dasman.
Klang.
4/8/24

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

164) APAKAH TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT DILUPAKAN OLEH PARA IBUBAPA ?

Bismillah. Assalamu'alaikum,         Bila hari hujan  kita pakai baju hujan supaya tak basah. Sedangkan itu hujan je. Dan bila hari panas, kita tak tahan panas, sebab itu kita pasang khemah. Pada hal panas di dunia ini taklah sepanas di akhirat. Api di akhirat nabi kata panasnya 69 kali ganda daripada api di dunia. Di akhirat ahli neraka bukan duduk tepi api tetapi di dalam api.  Pakaian ahli neraka bajunya dari api. Kemudian dituang dari atas kepalanya air yang menggelegak. Lalu masuk ke dalam badan menghancur kan semua isi perut kemudian merebak ke kulit hingga hangus kulitnya.        Bila badan terbakar hangus sampai ke hati, Allah tukar kulit yang baru, seperti firman Allah,          Bila kulit  sudah hangus ia takkan rasa kepanasan lagi, maka Allah tukar dengan kulit yang baru. Kerana Allah mahu  ahli neraka yang dulu suka buat dosa itu terus merasa kan azab.  Sebab itu pilihan mereka di dunia dulu. Mereka tahu perbuatan mereka dulu boleh menyebabkan ma

168) BENARKAH SAHABAT NABI MEMBUAT BID'AH?

Bismillah. Assalamu'alaikum,       Ada orang yang membuat bid'ah atau amalan baru iaitu yang tidak ada di zaman nabi, berdalilkan bahawa bid'ah juga ada dibuat di zaman nabi oleh para sahabat. Jadi, mengapa pula bid'ah dilarang di zaman ini? Benarkah begitu?          Sebenarnya bid'ah tidak ada di zaman nabi  s..a. w .  Maka sebab itu, keliru besar jika ada orang mengatakan sahabat membuat bid'ah di  depan nabi lalu nabi benarkan atau izinkan. Misalnya, sahabat solat sunat selepas tiap lepas wudhu' atau membaca zikir waktu iktidal yang tak pernah dibaca nabi . Tapi nabi membenarkannya.         Sebenarnya syariah pada masa itu belum selesai, maka tidak ada yang namanya menambah - nambah . Apabila sahabat membuat sesuatu amal lalu dibenarkan nabi maka itu menjadi syariat. Ada juga yang tak dibenarkan oleh nabi maka itu tidak boleh  menjadi syariat. Syariat selesai atau lengkap  bila turun ayat ini,  iaitu pada 9hb. Zulhijjah tahun 10H,

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicintai oleh kedua  ibubapanya.  Tugas ibubapa       Maka tugas ibubapa bukan  sahaja mem