Langkau ke kandungan utama

187) MENGAPA PERLU IKUT JALAN YANG LURUS?

Bismillah.
Alhamdulillah,
Assalamu'alaikum,


       Kita di dunia ini, seperti yang kita sama-sama ketahui, adalah dalam satu perjalanan yang sangat pendek. Tetapi sangat penting. Di mana, kata nabi s.a.w umur manusia umat ini antara 60 ke 70 tahun. Sedikit sahaja yang lebih dari 70. 

       Dan kita ini dalam satu perjalanan yang jalannya sudah Allah tentu kan. Firman Allah dalam surah al Insan: 3,


       Àllah sudah beri petunjuk jalan kepada manusia, tetapi sebahagian nya bersyukur dan sebahagian lagi kufur.

      Allah juga mengutuskan  nabi-nabi untuk menjelaskan kepada umat ini. Bila ia diutus di kalangan orang Arab maka ia menggunakan bahasa arab.  Apa yang seorang rasul itu jelaskan kepada kaumnya? Iaitu suatu risalah supaya mereka tidak tersesat jalan. Sebab kalau tersalah pilih jalan akan berat bebannya dan akan  tersesat.


Pesan nabi

      Oleh itu ketika nabi s.a.w  ingin berpisah dengan kita, apa pesannya? Iaitu,

تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا : كِتَابَ اللهِ وَ سُنَّةَ رَسُوْلِهِ

     “Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (yaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.”
 (HR. Malik; Al-Hakim, Al-Baihaqi, Ibnu Nashr, Ibnu Hazm. Hadits ini disahihkan oleh Syaikh Salim Al-Hilali )

      Potensi tersesat selepas nabi wafat itu sangat terbuka kerana nabi sudah tidak bersama kita . Iaitu bila umat Islam tidak lagi mengikut petunjuk nabi. Kalau beriman kepada nabi, pasti tidak akan tersesat. Buktinya , para sahabat sampai wafat kesemuanya,  mereka dalam redha Allah swt. Kerana tak seorang pun dari mereka memilih jalan   selain jalan nabi s.a.w.  iaitu mengikut kitab Allah dan sunnah rasul s.a.w.


Tidak menjamin

     Ketika Adam a.s dan Hawa dikeluarkan dari syurga  dan diturunkan ke bumi, maka Allah tidak menjamin ia akan  dapat kembali ke syurga. Begitu juga anak cucunya. Kecuali sesiapa yang bersalah dan mendapat petunjuk lalu ia mengikut petunjuk itu , maka ia akan selamat masuk syurga. Tetapi yang sombong dan menolak petunjuk dari Allah , maka ia tidak akan dapat kembali ke syurga. 

       Oleh itu, yang pernah bersalah atau berdosa bukanlah tiada langsung harapan untuk mendapat syurga.  Iaitu bila seseorang  diberitahu bahawa dia keliru dan  salah jalan, ia mahu mengakui dan balik ke pangkal jalan , maka ia akan selamat. Tetapi yang tidak mahu mengikut walau sudah diberitahu, bahkan dengan sombong menolak maka tiada harapan akan kembali ke tempat asal. 


Orang yang selamat

    Maka orang yang selamat itu bukan orang yang tidak pernah jatuh , bukan tidak pernah bermaksiat , tetapi ialah mereka yang bila  berlaku begitu,  mereka segera bertaubat.   Jika ia berdosa di jalan   Allah swt maka akan segera ia bertaubat. Tetapi jika ia memilih jalan lain  dari jalan Allah jangan harap dia akan  bertaubat. Sebab apa ? 

     Sebab ia tak merasa bersalah.  Orang yang berasa tak bersalah tidak akan bertaubat. Sebab  itu pentingnya jangan salah pilih jalan. 

      Kalau anda di jalan yang benar, bila terjatuh , boleh bangkit kembali.  Penat, berehat lalu menyambung perjalanan. Bahkan jika melanggar peraturan, ia masih di jalan yang benar. Maka orang yang berada di jalan  yang benar, akan  selalu kembali. Tetapi orang-orang yang menyimpang dan mengambil jalan  lain, maka susah untuk kembali. 

         Bila Adam a.s telah berbuat salah, maka Allah berkata kepadanya, dalam surah al Baqarah: 18 ,


        Iaitu Allah memerintahkan Adam dan Hawa turun, iaitu turun ke bumi. Sebab itu bumi ini sajalah tempat manusia, bukan di planet lain. Tidak akan  mampu manusia tinggal di planet lain sebab itu ketetapan Allah. Manusia  tinggal di dunia dalamasa tertentu . Nanti akan kembali. Kembali ke mana?  Adakah ada arwah yang di bawa ke mana-mana? 

          Iaitu kembali ke atas lagi. Bukankah bila kita mati , arwah kita diangkat ke atas?  Bukannya arwah kita pergi ke mana-mana. 
 


Pesan Allah

       Apa pesan Allah swt kepada nabi Adam a.s dan Hawa bila ia telah turun ke bumi.? Iaitu,

      Iaitu pesan Allah, 'apabila datang dari Ku ( Allah) petunjuk kepadamu ( Adam)' ,  bermakna petunjuk itu dari Allah. Bererti jalan yang benar  itu jalan dari Allah swt. Bukan jalan yang lain dari itu. Maka orang yang mengikut jalan itu, apa janji Allah kepadanya? Kata Allah seterusnya,

        Iaitu sesiapa yang mengikut petunjuk dari Allah dan rasul s.a.w, dia tidak akan merasa takut dan khuatir.  Tetapi yang mulai mengikut jalan-jalan yang lain  pasti khuatir . Sekurang-kurangnya ia takut disalah-salahkan. Tapi orang yang berada di jalan Allah dan rasul tidak takut disalahkan.

       Misalnya , pakai janggut. Kau tidak takut akan  dicemuh orang. Tetapi yang tak berjanggut rasa takut, terutama jika disuruh jadi imam. Membuang janggut itu asalnya dosa kecil, tapi jika berulang-ulang ia jadi dosa besar. Suatu dosa kecil yang dilakukan  berulang-ulang ia menjadi dosa besar.

       Jadi, kalau kita solat, contohnya, ikut seperti nabi solat, kita takkan rasa takut. Tapi jika ada yang solat berbeza dengan nabi, ia mulai khuatir. Takut disalahkan. Dan dia merasa solatnya diterima atau tidak?



Jika mengikut jalan Allah dan rasul

       Dan lagi, orang yang mengikut jalan Allah dan rasulNya, sepertimana firman Allah, 

           Sesiapa yang mengikut petunjuk dari Allah maka ia tidak akan sesat dan melarat. Ertinya jalan Allah adalah jalan yang selamat. Sebaliknya, sesiapa yang berpaling dari jalan Allah,  Allah beritahu akibatnya,


       Tetapi jika ia  berpaling dari petunjuk Allah  maka baginya hidup yang sempit.  Ia tak merasa bahagia, walau hartanya melimpah banyaknya. Senang, mungkin ia senang, tapi belum tentu bahagia.  Kecuali jika ia mengikut petunjuk dari Allah swt.

        Di hari akhirat pula akan dibangkitkan ia dalam keadaàn buta. Sebab apa?  Sebab dulu di dunia ia melihat petunjuk dari Allah tapi ia tidak mengikutinya, seakan-akan  ia orang yang buta. Sama seperti pesan Allah kepada Adam a.s semasa ia meninggalkan syurga dan pesan  nabi ketika ia hendak meninggalkan kita. 


Jalan yang lurus

     Oleh itu, ingat. Jangan salah pilih  jalan.  
Rasulullah s.a.w. menggariskan satu garisan dengan tangannya seraya bersabda:

“Ini adalah jalan Allah yang lurus.”

Kemudian dia membuat garisan di kanan & kirinya, lalu bersabda:

“Ini adalah jalan-jalan lain. Pada setiap jalan ini terdapat syaitan yang menyeru kepadanya.”

Baginda kemudiannya membaca ayat yang bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; & janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam). [Surah al-An’am, 6: 153]”

[HR. Ahmad]


Jalan yang menyimpang

    Jalan nabi itu ialah jalan utama. Dan segala jalan yang bukan jalan  nabi itu jalannya syaitan. Iaitu semua jalan yang menyimpang dari jalan nabi.  Penyimpangan itu selalu berkaitan dengan jalan utama. Di situlah letaknya syubhat-syubhat itu. Jika jalan yang menyimpang itu ditutup maka tidak ada lagi penyimpangan-penyimpangan.

        Tetapi jalan-jalan yang menyimpang dibuka di kiri kanan kita. Apalagi bagi sesiapa yang melalui jalan  utama itu, banyak desas-desus dan  banyak hambatannya. Diibaratkan ada satu jalan yang berlubang-lubang dan lecah. Lalu dibuat orang jalan lain belok ke kiri,  yang jalannya elok. Lalu digambarkan,  orang yang mengikut jalan yang berlubang itu, orang yang bodoh-bodoh. Yang mengikut jalan yang menyimpang itu orang yang pandai. Maka, mana yang lebih banyak diikut orang? Yang mengikut jalan  yang lurus berlubang atau jalan  yang menyimpang tapi nyaman?  Tentu yang menyimpang lebih banyak. 

       Maka ketika Allah dan rasul s.a.w menyebut jalanNya,Ia  pakai kata mufrad. Dan ketika menyebut jalan penyimpangan Ia pakai kata jamak.


Syubhat
 
      Jalan-jalan yang menyimpang itu ada syubhatnya. Ia seolah-olah bermenafaat tetapi membuat orang sesat. Betapa banyaknya jalan yang dibentangkan oleh penyesat-penyesat kepada masyarakat . Kadang lucu dibuatnya. Misalnya, kalau nak menyembelih ayam tak perlu pakai bismillah, tapi minta maaf kepada si ayam. Sampai begitu sekali orang-orang cerdas itu tersesat.

         Maka, dapat hidayah atau tidak itu tidak berkaitan dengan kecerdikan. Orang cerdik tetapi tidak patuh dengan ilmu (al quran) , ia tersesat. Berapa banyak orang yang ilmunya tinggi tapi amalnya berkualiti rendah. Kenapa? Kerana tak mengikuti jalan yang dibentang itu. Maka kita jangan sampai salah jalan.
       
      Nabi berpesan ikuti . Allah berpesan ikuti ilmuNya. Dan jalan yang lurus itu hanya satu. Siapa yang membuat jalan yang bermacam-macam,  maka ia membuka jalan untuk menyesatkan umat. 


Hanya satu

      Oleh itu bila para sahabat menyedari jalan selamat itu hanya satu, maka mereka jaga dua petunjuk itu iaitu al quran dan as sunnah. Mereka dengan penuh semangat menghafal, mempelajari, mengajarkan, menyebarkan dan mengamalkan al quran. Mereka juga bersemangat mendengar hadis, menghafal, mempelajarinya, mengikutinya dan mendakwahkannya. Sehingga timbullah nama ahli hadis kerana mereka beragama sesuai dengan hadis-hadis nabi s.a.w. Sesuai dengan pesan Allah dan nabi. Kalau kalian ingin sesat banyak jalannya, kalau ingin selamat hanya satu jalannya. Iaitu jalan Allah dan rasulNya. 

        Jalan yang ditetapkan Allah dan rasulNya itu sudah lengkap atau belum? Semestinya sudah selesai, sudah lengkap. Umpama kita lalu di jalan raya yang sudah siap, jika kita kemalangan, kita masih di jalan yang betul. Begitu juga orang yang berdosa di jalan Allah,  ia pasti terasa berdosa. Tapi bagi orang yang ada syubhat , menyimpang dari jalan Allah , ia tak rasa berdosa bila berbuat yang lain dari nabi s.a.w buat.


Kembali

       Oleh itu , orang yang menyimpang dengan syubhat payah kembalinya. Tapi orang yang berdosa dengan maksiat mudah dikembalikan. Kerana hukumnya jelas. Yang syubhat hukumnya tak jelas. Seolah-olah ia berada di jalan yang benar. Sebab  itu syaitan lebih suka ahli syubhat dari ahli maksiat  walau dua-duanya ia senangi.
       
     Kenapa? Sebab ahli syubhat membuat jalan-jalan yang lain. Sedang kan ahli syahwat kalau ia bermaksiat ia tetap di jalan Allah, jika ia di jalan Allah. 

Bertaubat

     Sebab itu, orang bertaqwa tak semestinya tidak pernah berdosa. Tetapi bila ia bermaksiat  ia ingat Allah lalu ia bertaubat.  Tetapi orang yang ada syubhat payah hendak bertaubat sebab ia merasa tak berbuat salah.  Iblis tidak mahu bertaubat pun sebab itu, ia merasa tak berbuat salah.  Bila Allah tanya mengapa dia tak mahu sujud kepada Adam? Dia menjawab  ,  sebab dia lebih baik dari Adam.  Maka dia tak mahu bertaubat.

      Tetapi Adam a.s,  ketika makan buah yang dilarang, itu ujian baginya  iaitu ujian larangan. Sedangkan  iblis ujiannya ujian perintah.  Adam terlibat dengan masalah syahwat tetapi iblis terlibat dengan  masalah syubhat. Walaupun asalnya Adam terkena syubhat dari iblis juga.  Apa syubhat dari iblis itu?

    Iaitu katanya , "Allah melarang kalian mendekati pohon itu sebab Ia tak mahu kalian menjadi malaikat, nanti kalian kekal di dalam syurga. Dengarlah cakap aku yang lebih tua ini."  Bahkan iblis bersumpah iaitu ia hanya inginkan kebaikan untuk mereka demi kemuslihatannya.  Begitulah cara ahli syubhat .

       Seperti juga jika kita difahamkan supaya jangan mempercayai Allah itu di atas. Sedangkan Allah berbicara bahawa Ia di atas, nabi pun menyampaikan  dari Allah begitu, fitrah kita juga bila sebut Allah menunjuk ke atas. Tapi ada orang berkata bahawa sesiapa yang memaksakan Allah itu di atas , hati-hati, mereka orang yang sesat. Itulah ahli syubhat. Bagi mereka, al quran, hadis , fitrah dan akal sihat , adalah syubhat.  Dan syubhat sebenar menjadi dalil dan hujah bagi mereka. 


Hadis palsu

        Tiada dalam al quran bahawa Allah tidak di atas. Tiada juga dalam hadis bahawa  Allah bukan  di atas. Kata mereka ada dalil dari Ali bin Abi Thalib katanya, " Allah wujud tanpa tempat".  Sedangkan  itu hadis palsu. Meraka bermanhaj bahawa hadis sahih sekalipun kalau tidak mutawatir tidak dijadikan hujah. Tapi hadis palsu mereka jadikan hujah pula. Inilah syubhat.  Mengalahkan hadis-hadis sahih, dan hadis mutawatir secara makna tetapi yang dipakai ialah syubhat yang  dinisbahkan ke hadis palsu. 

Hadis palsu

       Hadis palsu itu umpama layang-layang yang tak bertali. Bila tak bertali maka ia lepas. Bila sudah terlepas boleh dapatkan lagi? Tidak.

      Maka, hati-hati jangan salah pilih jalan. Nanti  payah pulangnya. Tetapi ramai orang yang salah jalan. Dan ramai juga orang yang melanggar peraturan  (maksiat) daripada mentaatinya. Adakah mungkin kita berbuat maksiat walaupun di jalan yang benar? Mungkin sekali. Tak mungkin orang beriman tak  berbuat dosa.  Tetapi ia akan cepat-cepat bertaubat. Jika tidak, ia masih ada harapan diampun Allah swt. 

       Tapi jika ia berbuat syubhat , yang terkadang berbau syirik, seperti orang yang memberi makan jin, sedekah laut, atau dibahasakannya dengan 'tolak bala',  digantikannya dengan upacara tahlil, maka ia menjadi syirik syariat. Di upacara syirik itu mereka berdoa kepada Allah. Ada pula orang menfatwakan bahawa tidak mengapa asalkan berdoa itu kepada Allah.  Itulah syubhat, iaitu yang benar dicampur dengan yang batil.



Beriman tapi syirik

        Mereka beriman kepada Allah tapi berbuat syirik. Sehingga Allah berkata ,

        
         Mereka beriman kepada Allah. Tapi dalamasa sama melakukan  syirik. Oleh sebab itu syubhat boleh menyebabkan yang haram menjadi halal, yang tauhid dianggap syirik, yang syirik pula dianggap tauhid. 


Kesimpulan
   
       Jalan yang selamat itu ialah jalan Allah dan rasul s.a.w. yang termuat dalam 2 pusaka. Yang terpelihara dan terjaga sejak zaman nabi s.a.w sampai hari ini dan hingga hari kiamat. Sampai al quran diambil kembali oleh Allah swt  dari hafalan-hafalan dan dari mushaf-mushaf. 
       
      Inilah yang menjadi pegangan bagi mereka yang ingin menuju ke syurga. Semua jalan  yang tidak berasal dari kedua-dua pusaka tadi atau mengambil dalil dari kedua-duanya tapi tidak kena pada tempatnya, maka itu adalah kesesatan. 

     Oleh itu jangan salah ambil jalan walaupun yang mengambil jalan lain itu lebih ramai  dari yang istiqamah di jalan Allah.  Maka ketika nabi menyebutkan umatnya akan terpecah kepada 73 golongan, 72 sesat, 1 sahaja yang selamat. Tanda selamat ialah ia beragama seperti nabi dan sahabatnya. Jadi,  tidak ada alasan untuk kita berkata 
" Ini bukan zaman nabi, zaman  sudah berubah'. Tidak ada alasan, sebab walaupun zaman sudah berubah, agama yang benar tidak akan berubah

      Sebab Allah yang disembah zaman nabi itu  sama dengan Allah yang kita sembah hari ini.   Dan tidak ada nabi selepas nabi Muhammad s.a.w. Apa yang bukan agama di zaman nabi, maka bukan pula agama di zaman ini.   
Walaupun yang membuatnya seorang ulama besar. 

      Jika orang berkata bahwa semua mereka merujuk kepada  al quran  dan as sunnah, orang tersesat pun begitu juga. Ketahui bahawa semua yang tersesat itu berasal dari jalan yang benar. Yang dipanggil muslim yang tersesat. Ia tersesat dengan  dua sebab:
1)  ia tak tahu
2)  tak mahu tahu

          Yang pertama ialah kerana tak belajar maka ia tak berilmu. Yang kedua, ia berilmu tapi tersesat. Sebabnya ialah syubhat. Solat nabi jelas, puasa nabi jelas, haji nabi jelas bagaimana. 

       Misalnya, selepas solat, berzikirlah dengan zikir nabi selepas solat. Tapi orang berkata, apa salahnya ditambah. Tambahan itulah yang membuat tersesat.  Allah berkata siapa yang berpaling dari  petunjukNya dia akan tersesat. Dan siapa yang mengikuti, takkan tersesat. Tapi orang berkata walaupun tidak ikut, takkan tersesat. 

Terpengaruh

       Kita jangan terpengaruh dengan syubhat-syubhat. Apalagi sekarang ini banyak sekali dongeng-dongeng yang didengungkan orang. Sehingga ada satu negeri itu dipanggil negeri para wali . Jalan-jalan nya tak diturap kerana menghormati jejak kaki para wali. Kalau begitu Mekah dan Madinah lebih  lagi tidak boleh di turap kerana di situ ada jejak-jejak  nabi. Sebenarnya, itu adalah kerana 65% penduduk di sana berada di bawah paras kemiskinan. Itulah sebab sebenarnya.

    Ada lagi mereka berkata, kalau pergi ke negeri itu, tak perlu belajar. Balik-balik terus jadi alim.  Dari spesis itu juga katanya , makan  buah betik terus jadi ulama. Tapi ada juga orang yang ada Dr. Phd yang percaya. Jadi , masalah hidayah ini bukan bergantung kepada kecerdikan. Tetapi hidayah didapati bila mahu mengikut apa yang dikhabarkan oleh nabi s.a.w.

        Oleh itu jangan salah jalan. Ikuti jalan  yang benar jangan ikuti jalan ahli syubhat.

Semoga bermenafaat..

 
Dari kuliah Dr. Dasman.
Klang.
30/7/24
       

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

164) APAKAH TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT DILUPAKAN OLEH PARA IBUBAPA ?

Bismillah. Assalamu'alaikum,         Bila hari hujan  kita pakai baju hujan supaya tak basah. Sedangkan itu hujan je. Dan bila hari panas, kita tak tahan panas, sebab itu kita pasang khemah. Pada hal panas di dunia ini taklah sepanas di akhirat. Api di akhirat nabi kata panasnya 69 kali ganda daripada api di dunia. Di akhirat ahli neraka bukan duduk tepi api tetapi di dalam api.  Pakaian ahli neraka bajunya dari api. Kemudian dituang dari atas kepalanya air yang menggelegak. Lalu masuk ke dalam badan menghancur kan semua isi perut kemudian merebak ke kulit hingga hangus kulitnya.        Bila badan terbakar hangus sampai ke hati, Allah tukar kulit yang baru, seperti firman Allah,          Bila kulit  sudah hangus ia takkan rasa kepanasan lagi, maka Allah tukar dengan kulit yang baru. Kerana Allah mahu  ahli neraka yang dulu suka buat dosa itu terus merasa kan azab.  Sebab itu pilihan mereka di dunia dulu. Mereka tahu perbuatan mereka dulu boleh menyebabkan ma

168) BENARKAH SAHABAT NABI MEMBUAT BID'AH?

Bismillah. Assalamu'alaikum,       Ada orang yang membuat bid'ah atau amalan baru iaitu yang tidak ada di zaman nabi, berdalilkan bahawa bid'ah juga ada dibuat di zaman nabi oleh para sahabat. Jadi, mengapa pula bid'ah dilarang di zaman ini? Benarkah begitu?          Sebenarnya bid'ah tidak ada di zaman nabi  s..a. w .  Maka sebab itu, keliru besar jika ada orang mengatakan sahabat membuat bid'ah di  depan nabi lalu nabi benarkan atau izinkan. Misalnya, sahabat solat sunat selepas tiap lepas wudhu' atau membaca zikir waktu iktidal yang tak pernah dibaca nabi . Tapi nabi membenarkannya.         Sebenarnya syariah pada masa itu belum selesai, maka tidak ada yang namanya menambah - nambah . Apabila sahabat membuat sesuatu amal lalu dibenarkan nabi maka itu menjadi syariat. Ada juga yang tak dibenarkan oleh nabi maka itu tidak boleh  menjadi syariat. Syariat selesai atau lengkap  bila turun ayat ini,  iaitu pada 9hb. Zulhijjah tahun 10H,

185) APA PENDIDIKAN TERAWAL KEPADA ANAK-ANAK? ( Bhg. 1)

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamu'alaikum,       Di antara hal yang menjadi perhatian ibubapa ialah pendidikan  anak-anak.  Tidak seorang pun dari ibubapa kecuali mengharapkan  anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh. Kerana anak yang soleh ialah perhiasan di dunia, kerana Allah berfirman, dalam al Kahfi:46          Lebih-lebih lagi jika anak itu anak yang soleh. Oleh kerana itu ibubapa suka membanggakan  anak-anaknya lebih-lebih  lagi jika anak itu berjaya, tidak lain kerana anak itu adalah buah hati ibubapanya. Itu sebab nya bila Allah bertanya kepada malaikat yang mencabut nyawa anak seorang yang beriman, kata Allah,     Firman Allah , 'Kamu telah mengambil nyawa buah hati hamba-Ku? Dijawab oleh malaikat, 'Ya.'  (HR: Tirmizi dan ibn Hibban)        Allah sendiri menamakan anak adalah buah hati kedua ibubapa. Ini bermaksud anak adalah sangat dicintai oleh kedua  ibubapanya.  Tugas ibubapa       Maka tugas ibubapa bukan  sahaja mem